SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, October 15, 2015

PERANCANGAN JAWAPAN EKONOMI MALAYSIA STPM P3 (THEORY, NOT STORY)

Apabila melangkah masuk ke ambang pengajian tinggi, iaitu kelas prauniversiti, pelajar seharusnya bersedia mempelajari dan seterusnya menggunakan pelbagai istilah, konsep, pemboleh ubah, prinsip, model, rumus dan teori. Tujuannya ialah sebagai 'alat' (teknologi ayat dan perkataan!) bagi mengungkapkan sejumlah peristiwa atau tingkah laku dengan cepat dan ringkas. Pelajar dilatih ke arah penggunaan masa yang lebih berkesan dan cekap, berbanding dengan cakap berjela-jela tetapi tiada makna, bahkan tidak ubah seperti sembang kedai kopi.

Setiap mata pelajaran atau bidang pengajian yang ditawarkan pada hakikatnya suatu disiplin yang tersendiri. Kandungan kurikulum atau sukatan pelajaran telah direka bentuk sedemikian rupa bagi mencapai hasil pembelajaran yang digariskan. Gaya berfikir dan menulis secara umum (common sense) digantikan dengan pendedahan tubuh ilmu sebagai kerangka pengetahuan yang tersusun.

Ekonomi Malaysia ditawarkan kepada calon STPM penggal tiga, bersekali dengan kesibukan menyiapkan kerja kursus. Wajaran markah bagi kertas Ekonomi 3 itu ialah 16 peratus manala kerja kursus sebanyak 20 peratus. Walaupun mewakili nisbah paling rendah, pelajar tetap perlu mengambil berat tentangnya. Kemahiran utama pembelajaran perlu disejajarkan dengan kehendak kertas peperiksaan sebenar.

...

...

...

...

...

...

...

No comments: