SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Loading...

Saturday, October 10, 2015

PELAKSANAAN HARI SUKAN NEGARA DI PERINGKAT SEKOLAH (TOWERING PERSONALITY VIA FIT LEARNER)

Sasaran penyertaan 4.2 juta rakyat Malaysia secara serentak dalam program Hari Sukan Negara pagi tadi termasuk warga sekolah yang terdiri daripada murid, guru dan kakitangan. Acara sukan dan kecergasan bukan sahaja berlangsung di dalam kawasan sekolah, malah sebilangan guru dan murid juga memenuhi jemputan program Hari Sukan Negara di peringkat daerah dan negeri yang membabitkan pelbagai jabatan kerajaan. Kebetulan, tanggal 10.10.2015 merupakan hari persekolahan gantian bagi cuti hari raya puasa dengan menggunakan jadual hari Rabu.

Memandangkan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bakal bermula pada hari Isnin, sesetengah sekolah mengecualikan penyertaan mereka sebagai langkah berjaga-jaga daripada sebarang kemungkinan. Hujan lebat yang turun pada petang sebelumnya (mungkinkah hasil pembenihan awan?) mengurangkan kesan jerebu apabila bacaan indeks pencemaran udara berada pada tahap baik untuk sebarang kegiatan di tempat terbuka. Pihak pentadbiran sekolah juga menggunakan budi bicara masing-masing berdasarkan kepentingan dan keperluan yang tertentu.

Guru dan murid yang mengambil bahagian mengenakan pakaian sukan, manakala guru sukan dan pentadbir sekolah lebih bertuah apabila dapat menayangkan baju-T Hari Sukan Negara. Walaupun acara yang dijalankan mengambil masa pembelajaran di bilik darjah, kegiatan Hari Sukan Negara masih bersifat pendidikan kerana tidak bercanggah dengan dasar melindungi masa instruksi murid, MMIM. Kegiatan bersifat jasmani yang terancang juga merupakan sebahagian komponen teras pelaksanaan kurikulum sepertimana yang tersurat dalam falsafah pendidikan kebangsaan.

...

...

...

...

...

No comments: