SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Loading...

Wednesday, October 21, 2015

BERJIMAT SESEKALI MENIKMATI IKAN BAKAR TANJONG RAMBUTAN (NEW FOOD HOTSPOT NEAR IPOH)

Pekan kecil Tanjong Rambutan tidak payah diperkenalkan lagi kepada umum. Satu Malaya tahu tentang kewujudan Hospital Bahagia di situ. Dalam filem P. ramlee pun ada disebut perihal Tanjong Rambutan dengan stigma pesakit jiwa,

Tanjong Rambutan kian maju dan boleh disifatkan sebagai badar satelit kepada bandaraya Ipoh, selain sebagai pusat pertumbuhan ekonomi yang baharu. Pembinaan kawasan perumahan dan tempat rekreasi yang luas telah merobah profil demografi Tanjong Rambutan. Perjalanan dengan kenderaan dalam keadaan biasa hanya memakan masa antara 10 hingga 15 minit sahaja daripada pusat bandaraya Ipoh.

Pasar malam Tanjong Rambutan pada setiap petang Khamis ditempatkan berhampiran zon perindustrian mini di situ. Harga yang ditawarkan oleh peniaga secara relatifnya murah berbanding dengan kawasan lain di Ipoh. Memang berbaloi berkunjung ke pasar malam tanjong Rambutan yang menawarkan pengalaman berbelanja yang berbaloi.

...

...

...

...

...

No comments: