Wednesday, January 20, 2016
TALIA DAN RAKSASA QADQAD: CERPEN KOMSAS TINGKATAN 2 (THE STRUGGLE OF MARGINAL SOCIETY)
Pengenalan
Cerpen karya Zaniffa Azzura Abdullah, perunding penerbitan sukuk lulusan sains perakaunan dan kewangan Universiti London, 37, termuat dalam antologi 'Baik Budi, Indah Bahasa' pada halaman 58 - 67. Kisah fantasi itu berkisar terhadap budi baik berbalas jua walaupun terhadap makhluk lain. Insan yang berkelakuan jahat dan tamak pada akhirnya akan menerima padah.
Sinopsis
Talia, kanak-kanak suku orang Asli yang berpindah-randah. Suatu hari ketika bermain sendirian di sempadan huma Bulit Ungu mendengar haiwan ganjir mirip katak yang cedera. Talia menampal pucuk daun dalut yang dikunyah lumat di kepala haiwan yang mengeluarkan bunyi 'qadqad' itu. Dodo, ayah Talia menganggapnya khayalan, tetapi mula percaya apabila heboh dalam kalangan suku mereka yang diketuai Tuk Sibat itu. Raksasa qadqad tidak mengancam kegiatan pertanian mereka. Berlainan halnya dengan kumpulan pembalak dan pelombong yang diserang qadqad setelah mandur kem balak membunuh puluhan qadqad yang terperangkap setelah ditimpa pohon balak. Serangan berlaku ketika keluarga Talia mahu menumpang kereta api lombong ke bandar bagi mendapatkan rawatan adiknya yang demam. Ketua pelombong, Binjah, begitu sombong, serta enggan membenarkan keluarga Talia berlindung dalam bangunan. Namun, qadqad tidak mengapa-apakan mereka. Binjah hairan, lalu membuat andaian qadqad alah dengan tanah ungu seperti yang melekat di tangan Talia. Dengan angkuh, Binjah mengusir suku kaum Talia dari kawasan pertanian mereka untuk melombong tanah ungu. Binjah mengupah samseng sambil menggunakan senjata api. Talia menyeru qadqad, lalu orang-orang Binjah diserang. Puluhan mayat dan bangkai bergelimpangan. Bukit Ungu bebas darioada ancaman pelombong, manakala qadqad lenyap tanpa kembali lagi ...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
17 comments:
Terima kasih
Leave Your Comment
Terima kash cikgu
Cikgu kenapa Tak habiskan?
Sinopsia yang bagus
Cerita sudah habis la
Tolol kau kima
Watak dan perwatakan berserta contoh?
Apa hal
Tq, cikgu bagus sangat
Tq, cikgu bagus sangat
Nape bnyk typo susah lah gitu
Power point cerpen talia & raksasa qad qad
Yg lain panjang2 sinopsis.Yg ni ringkas.tq
Yokoo
terimah kasih cikgu. sinopsis yang bagus
Post a Comment