SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Loading...

Thursday, March 31, 2016

TEKS UCAPAN UNTUK MAJLIS PERSARAAN GURU (APPRICIATING AND SENT OFF)

TEKS UCAPAN PENGETUA
SEMPENA MAJLIS PERSARAAN
__________________________
TARIKH: 31 MAC 2016 (KHAMIS)


Terima kasih pengacara majlis
Salam sejahtera dan selamat pagi

Yang diraikan Tuan / Puan _____________________________
Penolong-penolong Kanan, Yang Dipertua PIBG, guru kanan, guru, pemimpin pelajar
dan seterusnya pelajar yang dikasihi sekalian.

Terima kasih atas penghormatan ini untuk saya berucap sepatah dua kata dalam majlis meraikan persaraan _____________________________, guru pengkomputeran, pengajian prauniversiti tingkatan 6 SMK _______________________. Selama setahun saya mengenali _________________ di ____________ ini, saya berpendapat bahawa beliau seorang guru yang sejati dan berjaya melaksanakan segala tugas keguruan beliau dengan cemerlang.

Hari ini, 31 Mac 2016, setelah berkecimpung dalam dunia keguruan sejak tahun ______, _____________ akhirnya memilih untuk bersara secara pilihan pada hari lahir ke-58 beliau. Pengalaman _________________ cukup luas justeru telah berkhidmat di lima buah sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil sebelum  bergelar guru di SMK ______________ sejak tahun 1999, iaitu bersamaan 17 tahun lamanya. Sudah pasti bahawa sumbangan dan bakti _________________ tidak terhitung jumlahnya dalam konteks kemajuan dan perkembangan sekolah yang kita kasihi ini.

Saya percaya bahawa warga SMK ______________ akan berasa kehilangan seorang pendidik yang berdedikasi dan prihatin, lebih-lebih lagi pelajar yang pernah menerima bimbingan ikhtisas beliau dan rakan sejawatan. Bagi mereka yang tidak mengenali ___________________, beliau mungkin kelihatan pendiam, tetapi sebenarnya mudah mesra dan tidak lokek berkongsi kepakaran dan pengalaman, khususnya dalam bidang I T dan isu semasa.

Para tetamu, guru dan pelajar sekalian,

Majlis persaraan pegawai pendidikan merupakan sebahagian tatacara operasi piawai atau S.O.P. di semua peringkat organisasi pendidikan, termasuklah sekolah. Tujuan utama majlis ialah untuk menghargai segala jasa yang telah ditaburkan demi kepentingan perkhidmatan dan kemajuan organisasi tempat seseorang pegawai itu bertugas.

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. _______________ sudah tentu meninggalkan kenangan indah yang terpahat dalam ingatan sampai bila-bila. Di SMK __________________ ini ________________ membimbing pelajar sepenuh jiwa dan raga. Di sini juga, _______________________________ bertungkus-lumus bagi memastikan pencapaian pelajar pengkomputeran STPM cemerlang saban tahun, di samping melaksanakan tugas lain yang diamanahkan dengan jayanya.

Bagi pihak sekolah dan majikan, iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala bakti, pengorbanan dan susah payah yang ___________________ lalui semata-mata untuk menyumbang terhadap pendidikan generasi muda Malaysia sebagai modal insan terbilang.

Dengan izin, saya bacakan serangkap pantun yang ditujukan khas kepada _______________

           Pisang emas pisang berangan
           Selang seli si pohon ara
           Bersara tuan terasa kehilangan
           Doa kami tuan sejahtera

Selamat bersara _____________________________ .

Sekian ucapan saya. Terima kasih.

No comments: