Thursday, March 31, 2016
TEKS UCAPAN UNTUK MAJLIS PERSARAAN GURU (APPRICIATING AND SENT OFF)
TEKS UCAPAN PENGETUA
SEMPENA MAJLIS PERSARAAN
__________________________
TARIKH: 31 MAC 2016 (KHAMIS)
Terima kasih
pengacara majlis
Salam
sejahtera dan selamat pagi
Yang
diraikan Tuan / Puan _____________________________
Penolong-penolong
Kanan, Yang Dipertua PIBG, guru kanan, guru, pemimpin pelajar
dan
seterusnya pelajar yang dikasihi sekalian.
Terima kasih atas penghormatan ini untuk saya berucap sepatah
dua kata dalam majlis meraikan persaraan _____________________________, guru
pengkomputeran, pengajian prauniversiti tingkatan 6 SMK _______________________.
Selama setahun saya mengenali _________________ di ____________ ini, saya
berpendapat bahawa beliau seorang guru yang sejati dan berjaya melaksanakan segala
tugas keguruan beliau dengan cemerlang.
Hari ini, 31 Mac 2016, setelah berkecimpung dalam dunia
keguruan sejak tahun ______, _____________ akhirnya memilih untuk bersara
secara pilihan pada hari lahir ke-58 beliau. Pengalaman _________________ cukup
luas justeru telah berkhidmat di lima buah sekolah rendah jenis kebangsaan
Tamil sebelum bergelar guru di SMK
______________ sejak tahun 1999, iaitu bersamaan 17 tahun lamanya. Sudah pasti
bahawa sumbangan dan bakti _________________ tidak terhitung jumlahnya dalam
konteks kemajuan dan perkembangan sekolah yang kita kasihi ini.
Saya percaya bahawa warga SMK ______________ akan berasa
kehilangan seorang pendidik yang berdedikasi dan prihatin, lebih-lebih lagi
pelajar yang pernah menerima bimbingan ikhtisas beliau dan rakan sejawatan. Bagi
mereka yang tidak mengenali ___________________, beliau mungkin kelihatan
pendiam, tetapi sebenarnya mudah mesra dan tidak lokek berkongsi kepakaran dan
pengalaman, khususnya dalam bidang I T dan isu semasa.
Para tetamu, guru dan pelajar sekalian,
Majlis persaraan pegawai pendidikan merupakan sebahagian
tatacara operasi piawai atau S.O.P.
di semua peringkat organisasi pendidikan, termasuklah sekolah. Tujuan utama
majlis ialah untuk menghargai segala jasa yang telah ditaburkan demi
kepentingan perkhidmatan dan kemajuan organisasi tempat seseorang pegawai itu
bertugas.
Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.
_______________ sudah tentu meninggalkan kenangan indah yang terpahat dalam
ingatan sampai bila-bila. Di SMK __________________ ini ________________
membimbing pelajar sepenuh jiwa dan raga. Di sini juga,
_______________________________ bertungkus-lumus bagi memastikan pencapaian
pelajar pengkomputeran STPM cemerlang saban tahun, di samping melaksanakan
tugas lain yang diamanahkan dengan jayanya.
Bagi pihak sekolah dan majikan, iaitu Kementerian Pendidikan
Malaysia, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas
segala bakti, pengorbanan dan susah payah yang ___________________ lalui
semata-mata untuk menyumbang terhadap pendidikan generasi muda Malaysia sebagai
modal insan terbilang.
Dengan izin, saya bacakan serangkap pantun yang ditujukan
khas kepada _______________
Pisang emas pisang berangan
Selang seli si pohon ara
Bersara tuan terasa kehilangan
Doa kami tuan sejahtera
Selamat
bersara _____________________________ .
Sekian
ucapan saya. Terima kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
THANKS FOR SHARING. semoga dikurniakan kelimpahan rezeki yang berkat setiap hari.
Post a Comment