SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, March 5, 2012

NUANSA (SUBTLE DISTINCTION)

Perkataan nuansa berasal dari leksikon bahasa Inggeris, nuance. Kamus Dewan edisi IV (2005:1086) mentakrifkan nuansa sebagai perbezaan atau kelainan yang halus dan sangat sedikit pada bunyi, makna, perasaan, warna , rupa dan sebagainya. Hanya orang-orang yang peka dan teliti akan dapat mengenali perbezaan yang sangat kecil, misalnya dari segi fesyen, ragam alunan suara, resepi masakan dan persepsi politik.

Nuansa mudah dimanipulasi oleh pakar dan individu yang sangat berpengalaman. Penggubah lagu yang hebat dapat mencipta irama yang menangkap imaginasi khalayak berdasarkan pengamatan terhadap bunyi-bunyi yang terhasil dalam lingkungan persekitaran mereka, sama ada lagu alam, pergerakan makhluk bernyawa dan geselan objek tertentu. Mereka dapat mencantumkan segala nuansa yang tidak menarik perhatian insan biasa.

Demikian juga dengan dunia artistik dan peluahan kreatif. Pelukis dan pereka fesyen (fabrik dan pelbagai barang hiasan) menggunakan pelbagai jalur warna dan motif untuk mewujudkan nuansa pada persepsi penggemar bercita rasa tinggi. Pendek kata, nuansa sangat penting kepada orang-orang yang mengambil kisah atau peduli akan kesempurnaan.

Dalam dunia politik berasaskan parti dan pengaruh undi awam, nuansa ialah permainan persepsi yang sangat penting. Perkara-perkara titik bengik sering diungkapkan sebagai hal-hal prinsip yang seolah-olah tidak ada sebarang tolak ansur. Saingan politik diberi imej buruk umpama pengkhianat, ejen asing, transeksual, pecah amanah atau sebagai pelampau yang licik.

Perkataan nuansa mungkin masih asing bagi masyarakat di Malaysia, tetapi sudah begitu meluas terungkap di tanah seberang Indonesia. Namun, penggunaan istilah berkenaan mula mendapat perhatian dan mungkin menjadi perkataan biasa sebagaimana istilah fenomena dan paradigma suatu ketika dahulu. Penulis cerpen, lirik, novel dan skrip drama mungkin menjadi pencetus penggunaan perkataan nuansa secara awam...

20 comments:

Anonymous said...

Cikgu,saya lepasan pelajar matrikulasi sesi 2012/2013..
Pada sem 1 , pointer says cuma 2.7 sahaja tetapi dalam keputusan sem 2 yang saya terima baru-baru ini..saya berjaya mendapat pointer 3.01..
Saya mendapat gred A dlm Pengurusan Perniagaan..B+ dlm Matematik Dan Akaun..Dan ekonomi saya ,saya dapat B- sahaja...
Layak kah saya jika saya memohon jurusan Pengurusan Perniagaan Dan bidang Harta Tanah di universiti-ii seperti UKM,UPM,UMS dan UUM..?
Dan juga Bidang kos apakah yang patut saya pilih dengan adanya pointer 3.01 ini..?
Bolehkah Cikgu membantu saya..
Terima kasih

Unknown said...

Assalamualaikum cikgu. Saya bekas pelajar pasum. Result keseluruhan saya agak teruk. saya betul2 perlukan nasihat dan recommendation drpd cikgu. Pointer asasi saya 2.44. Apakah kos2 yang layak utk saya mohon?

Saya jugak sgt minat biology dan kalau bole saya nk mohon bidang zoologi ukm. Layak ke saya? Atau untuk pe2 kos biologi?

Saya harap sgt2 dpt menyambung pelajaran saya ke peringkat ijazah di ipta. Tolong bantu saya. Terima kasih.

cikgu azhar said...

W.salam nadinarenko,

2.44 di asasi U M bukanlah teruk sangat. pertama, kalau masih ke U M cuba jumpa perunding cara(kaunselor) dan bertanya terus kepada penolong pendaftar fakulti sains @ pegawai tadbir (ijazah asas) di institut sains biologi.
jika tidak, telefon sahaja dengan terlebih dahulu memberi butiran diri secara ringkas.

selain UM, boleh cuba u komprehensif, eg. UiTM, Unimas. Mohon juga kursus diploma yang menjurus kepada peluang sambung ijazah berkaitan biologi.

semoga berjaya, amin ...

Unknown said...

Cikgu, pertama sekali terima kasih kerana sudi membalas komen saya. Saya nk minta pandangan cikgu. Apakah pilihan terbaik utk saya isi dlm borg upu saya utk sambung ke peringkat ijazah ? Saya takut terslh dan akan terisi kos2 yg tidak bersesuaian dgn keputusan saya. Terima kasih sgt2 cikgu atas nasihat dan pandangan yg diberikan.

cikgu azhar said...

sama-sama. asalkan bukan kursus kritikal yang menjadi rebutan calon pngk tertinggi.

uitm banyak buka peluang untuk pelajar islam.

jika perlu mula dengan diploma, ayuh lakukan. laluan kejayaan tidak semestinya sama untuk semua orang.

Selamat mencuba ...

Unknown said...

Salam ckgu

Unknown said...

Assalam ckgu. Sya bkas pljar stpm 2014 tgh tggu result. Saya nak tnya, saya ambil subjek p.a, geo, sej dan sastera. Tp saya berminat kos perancangan bdr dan wilayah dkt um. Bleh ka saya dpt kos tu dengan jangkaan pointer stpm saya dlm 3.75. Mita pandangan ckgu

Anonymous said...

cikgu,waajaran keputusan stpm saya ialah 3.1 atau 3. 2.masalah saya ialah math semasa spm saya tidak kredit dan mendapat e.saya diberitahu banyak kos yang memerlukan kredit math spm.bagaimana saya dapat memilih kos yang sesuai semasa mengisi upu?saya mendapat bt dalam pengajian am dan selebihnya b dalam subjek bahasa arab sejarah dan syariah

Anonymous said...

cikgu,waajaran keputusan stpm saya ialah 3.1 atau 3. 2.masalah saya ialah math semasa spm saya tidak kredit dan mendapat e.saya diberitahu banyak kos yang memerlukan kredit math spm.bagaimana saya dapat memilih kos yang sesuai semasa mengisi upu?saya mendapat bt dalam pengajian am dan selebihnya b dalam subjek bahasa arab sejarah dan syariah

cikgu azhar said...

W.salam,

alif asyraf: insya-Allah. pencapaian pngk & geografi sangat membantu

unknown: akademi pengajian Islam UM (syariah, usuluddin), UKM, Usim.syarat kepujian matematik bukan mandatori kecuali kursus sastera ikhtisas, gunaan

Anonymous said...

salam..cg sy nk tanya kalau ambil kos ijazah sarjanamuda sastera dgn kpujian (pengajian bahasa inggeris) di ukm , bidang kerjaya apa yg blh dceburi oleh sy? tlong la cg bri penjelasan ..

cikgu azhar said...

guru, pensyarah, diplomat, pegawai perhubungan awam, pegawai bank, pengacara dan banyak lagi. syaratnya, pngk terbaik & kemahiran insaniah menyerlah. Wallahu a'lam
...

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu. Saya merupakan pelajar stpm 2015 . Apakah bidang kerjaya saya selepas ambil kos sarjana muda sains sosial dengan kepujian (sejarah)?

Anonymous said...

Assalamualaikum cg.. Sy bru dpt result bagi stpm 2016 td.. dan kptusan sy hanya 2.42 dan muet hnya band 3.. Sy minat dlm bidang bhsa dan kaunseling.. Pada pndpt cg kos mana yg sesuai dgn cgpa sy yg x brape tu n UA mana yg layak sy mohon?

Unknown said...

Assalamualaikum'ckgu sya nk tnya klu sya ambek akaun wktu stpm bolehka sya smbung law untk ijazah

Unknown said...

Assalamualaikum'ckgu sya nk tnya klu sya ambek akaun wktu stpm bolehka sya smbung law untk ijazah

cikgu azhar said...

W.salam,

anon may 23: terlalu banyak pilihan kerjaya jika beroleh pngk tertinggi dan muet band 4 ke atas. ahli akademik, pegawai tadbir dan diplomatik, pakar arkeologi, ahli korporat, usahawan dll

alim ahmed: boleh. muet kena band 4 dan ke atas. pngk juga mesti o k

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

Salam Cikgu saya ambik stpm thn 2018 nak Tanya saya ambik Kos p.am,ekonomi,perakaunan,matematiks m, must kalau saya nak sambung ijazah dalam bidang matematiks boleh ke atau bagi cadangan lain

Anonymous said...

Salam Cikgu saya ambik stpm thn 2018 nak Tanya saya ambik Kos p.am,ekonomi,perakaunan,matematiks m, must kalau saya nak sambung ijazah dalam bidang matematiks boleh ke atau bagi cadangan lain

cikgu azhar said...

Salam,

boleh cuba ekonomi matematik / statistik
atau perakaunan sambung master forensic accounting / acca