SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, March 6, 2012

PILIHAN KURSUS IJAZAH SARJANA MUDA BAGI LULUSAN STPM (STUDY LOCALLY OR ABROAD?)

Tanggal 7 Mac 2012 menamatkan debaran calon-calon STPM 2011 apabila keputusan peperiksaan berkenaan diumumkan secara serentak di sekolah, laman sesawang MPM dan khidmat mesej pesanan ringkas (SMS) mulai pukul 12.00 tengah hari. Lulusan STPM diberi keutamaan untuk mengisi kira-kira 40,000 tempat yang disediakan di universiti tempatan untuk kursus ijazah asas. Saingan calon lulusan STPM ialah lepasan matrikulasi, sijil dan diploma politeknik, UiTM dan institusi pengajian lain yang setara.

Calon STPM yang memperoleh pencapaian purata nilai gred kumulatif, PNGK (CGPA) yang tinggi tidak menghadapi masalah besar untuk membuat pilihan kursus yang dihajati. Misalnya, calon STPM yang mencatat PNGK 4.0 (purata gred A) boleh melamar kursus-kursus kritikal yang menjadi rebutan seperti perubatan, pergigian, farmasi, optometri, kejuruteraan dan seni bina (sains), serta undang-undang, perancangan kewangan, perakaunan dan ekonomi (sastera dan kemanusiaan). Andai kata berlaku lebihan permintaan tempat, markah kokurikulum (10 peratus) bakal menjadi penentu.

Namun, bagi calon-calon STPM yang memperoleh keputusan yang sederhana atau "cukup makan", mereka akan berada dalam dilema dan di persimpangan. Ketepatan dalam memilih kursus yang cocok dengan PNGK sangat penting. Pandangan profesional seperti kaunselor pelajar dan guru sekolah mungkin boleh membantu lulus STPM membuat keputusan yang terbaik.

Calon-calon terbaik boleh memiliki peluang yang yang lebih luas dari segi pilihan kursus dan universiti idaman. Calon biasa-biasa harus menerima hakikat bahawa pilihan mereka menjadi agak terhad dan tidak boleh terlalu meminta (demanding). Bagi calon yang mampu membiayai kos pengajian, mereka boleh beralih ke universiti swasta yang menawarkan program pengajian berkembar dengan universiti ternama dalam dan luar negara.

Buat masa ini, terdapat sejumlah 20 universiti awam tempatan, tetapi kebanyakannya menawarkan kursus sains dan teknikal. Universiti yang bertaraf premier ialah UM, UKM, UPM, USM dan UTM. Walaupun USM bukan berada pada kedudukan teratas dalam penarafan tempatan dan antarabangsa, USM menikmati kelebihan sebagai universiti Apex (accelerated programme for excellence), iaitu dengan suntikan kewangan yang besar supaya mendaki puncak kecemerlangan sebagai universiti bertaraf dunia. Keputusan kabinet bertarikh 27.8.2010 itu menyebabkan saingan untuk mendapat tempat di USM lebih sengit dan pemohon perlu melepasi tapisan khas inventori universiti di Malaysia (Malaysian University Inventory, Munsyl).

Universiti Malaya pula memiliki kelebihan dari segi reputasi sebagai universiti sulung negara dan kekuatan alumni yang menguasai kepimpinan politik, akademik dan korporat sejak sekian lama. UKM sebagai pelopor pengajian tinggi dalam bahasa Melayu sepenuhnya telah membuktikan keupayaan dengan kualiti siswazah yang mendapat pengiktirafan antarabangsa. Pelajar dari seluruh dunia juga mula beralih ke Malaysia memandangkan dasar kecurigaan negara-negara Barat terhadap warga Asia Barat yang dilabel sebagai penyokong kegiatan militan.

Walaupun bilangan universiti awam dan swasta tempatan masih boleh menampung permintaan tempat untuk kursus ijazah sarjana muda, masih banyak pelajar menanam impian untuk belajar di luar negara. Biasiswa JPA, Mara dan Petronas yang begitu terhad menjadi rebutan hingga membabitkan campur tangan politik yang tidak sepatutnya berlaku. Dasar pembiayaan yang memberi keutamaan kepada pelajar kurang berkemampuan dan rujukan kontrak sosial ketika kemerdekaan perlu dijadikan pegangan.

Sebagai contoh, kursus perubatan di United Kingdom boleh mencecah kos RM1 juta, manakala di India dan Indonesia dalam lingkungan RM300,000. Kini, sekolah perubatan terbaik dunia seperti John Hopkins (Amerika Syarikat), Monash (Australia) dan beberapa universiti terkemuka Britain dan India membuka cawangan di Malaysia bagi menampung permintaan di rantau Asia Pasifik dan Timur Tengah. Sesetengah kursus memerlukan pelajar menghabiskan sekurang-kurangnya setahun di universiti induk universiti yang berkenaan di negara asal masing-masing.

Pemilihan kursus sangat bergantung kepada matlamat yang ada dalam minda pelajar. Ada pelajar yang meletakkan peluang kerjaya sebagai sebab memilih kursus sarjana muda. Misalnya, pelajar beranggapan bahawa kursus pendidikan di UPSI dan Institut Pendidikan Guru (IPG) sebagai jaminan untuk terus mendapat pekerjaan sebaik sahaja menamatkan pengajian.

Hakikatnya, tiada sebarang jaminan bahawa kelulusan ijazah sarjana muda ialah tiket automatik jaminan kerja. Perkara yang boleh dilakukan ialah mencatat keputusan akademik sebaik mungkin dalam sepanjang tempoh pengajian, di samping menyerlahkan bakat kepimpinan dan ciri keperibadian yang bersesuaian dengan keperluan modal insan minda kelas pertama. Manusia hanya boleh berusaha dan merancang, tetapi ketentuan jodoh, rezeki dan umur ialah urusan-Nya jua...

844 comments:

«Oldest   ‹Older   801 – 844 of 844
Anonymous said...

Salam cikgu, saya telah mndpt tmpt dlm sarjana muda perancangan bndr dan wilayah di universiti malaya.bolehkah saya tahu prospek kerjaya bg bidang ini? Adakah bidang ini mudah utk mndpt kerja kelak?

Xxxxx said...

Cikgu kalau pointer 2.3 stpm..boleh apply kos ape di um ? Apamah kos yg lurang persaingan cg ?

cikgu azhar said...

W.salam,

anon july 27: usm uni apex, persaingan sengit. layak tetapi sukar

Farid 307: muet band berapa. pelajar saya dengan pngk lebih rendah berjaya kerana muet o k

Wallahu a'lam ...

cikgu azhar said...

W.salam,

Mieeee: tahniah berjaya ke uni. nombor satu negara. macam2 kerjaya seperti pegawai tadbir dan diplomatik (ptd), sektor korporat, calon ahli akademik, inspektor, leftenan muda, ahli arkeologi dan sesenarai panjang lagi. syaratnya, pngk terbaik setiap semester pengajian di u m

ànon aug 4. tahniah juga. peluang terbuka untuk kerjaya sektor awam dan swasta. Insya-Allah joka sdra cenderung terhadap inovasi, peluang lebih cerah

Xxxxx: cuba pengajian bahada asing (fakulti bahasa & linguistik)

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu, sye ni plajar STPM 2016 dan sye ingin bertanye beberape soalan pde cikgu.

(1) Boleh ke sye mohon degree lambat, maksudnye sye mohon degree tahun 2019 contohnya. Adekah IPTA masih trime prmohonan untuk ke degree?

(2) Pengajian Am sye C- dan sye mndapat 2.42, boleh ke sye mohon untuk lanjutkan plajaran ke degree di IPTA?

Anonymous said...

Assalamualaikum, saya pelajar stpm tahun 2017.Tahun depan saya ingin memohon jurusan seni fesyen di uitm. Saya telah memenuhi semua syarat kemasukan tersebut tetapi saya tidak mengambil subjek seni semasa spm. Adakah saya layak membuat permohonan tersebut??

Unknown said...

Assalamualaikum cikgu,saya ada baca blog cikgu, berkaitan pelajar yang mengambil kos Ijazah Sarjana Muda Teknologi dan pendidikan (Kemahiran Hidup) secara 'full time' layak untuk menjadi guru...bagaimana pula dengan kelayakkan untuk menjadi guru bagi student yang ambil kos Ijazah Sarjana Muda Teknologi dan Pendidikan (Kemahiran hidup) tetapi secara'part-time'? Apakah perbezaan pengiktirafan dan kualiti sepenuh dan separuh masa.Terima Kasih cikgu..

Anonymous said...

Salam cikgu.. sy lepasan stpm 2016 dan mendapat pngk 3.92.. sy bercadang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan di universitii malaya. dan masa stpm sy ambil subjek eko dan pengajian perniagaan.. cikgu rasa peluang sy cerah tak sbb sy tak ambil subjek akaun semasa stpm?

cikgu azhar said...

W.salam,

anon aug 11: boleh mohon, tapi pengajian am kena baiki sehingga mencatat minimum gred C

anon sep 7: jika memenuhi semua syarat, layak memohon. spm sebagai merit tambahan

DUTA JAUHAR MARSAH: tiada perbezaan pengiktirafan dan kualiti. boleh mohon temu duga spp seperti yang diiklankan.

program soace atau oum?

anon nov 19: muet band berapa?. U M saingan sengit boleh cuba, tapi letak ukm & upm pilihan seterusnya

Wallahu a'lam

Unknown said...

Assalamualaikum Cikgu . Saya nak tanya sikit.Sekiranya kita mendapat keputusan yang baik di dalam STPM , dan ingin menyambung ke peringkat ijazah dalam bidang perakaunan , Adakah syarat dan kelayakan masih refer pada result SPM ? Sbb Math SPM saya lulus tak kredit .

Aisyah huda said...

Assalamualaikum cikgu

saya aisyah huda. saya baru sahaja lepasan diploma pemasaran dan mendapat cgpa 2.5 sahaja. saya imgin mohon degree krusus penulisan kreatif kerana berminat ke arah itu. adakah saya layak memohonnya dengan cgpa saya yang tidak berapa cantik.

mohon percerahan

ateyn said...

Assalamualaikum cikgu azhar saya merupakan calon spm 2018 .
Saya berminat untuk mengambil kos perhutanan dia universiti nanti.
Adakah saya layak memohon jika saya ambil sains biasa dan geografi

ateyn said...

Assalamualaikum cikgu azhar saya merupakan calon spm 2018 .
Saya berminat untuk mengambil kos perhutanan dia universiti nanti.
Adakah saya layak memohon jika saya ambil sains biasa dan geografi

ateyn said...

Assalamualaikum cikgu azhar saya merupakan calon spm 2018 .
Saya berminat untuk mengambil kos perhutanan dia universiti nanti.
Adakah saya layak memohon jika saya ambil sains biasa dan geografi

cikgu azhar said...

W.salam

Alif Farhan: kena rujuk syarat am dan syarat khas setiap universiti dengan teliti sebab tidak semestinya sama untuk untuk universiti yang berbeza

aisyah huda: layak memohon dengan merit kepada muet (band 4 misalnya). laluan lain termasuk direct intake iaitu tanpa subsidi yuran (dalam RM 40 k berbanding RM12 k dengan subsidi)

Batrisyia Batrisyia: jika gred cemerlang dalam bm, bi, sains dan matematik boleh cuba. laluan lain ambil diploma sains (uitm atau upsi) kemudian sambung ijazah perhutanan.

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu,
Saya dah habis stpm dan saya sangat berminat dengan bahasa & linguistik jepun tapi saya ragu2 dengan pilihan kos ni. Adakah ia berbaloi? Terima kasih

Unknown said...

Asalaam cikgu
1Apakah kursus yang terbaik utk smbung ke U?
2. Adkah math(A) dan bi(D) spm mengpegaruhi kursus yg dipohon
Sya meminati profesion guru dan minat ekomi. Pngk stpm sya 3.25 muet band 4.

Anonymous said...

hi cikgu. sy pelajar lepasan stpm dgn CGPA 2.75, apa course yg layak utk sy mohon?

Anonymous said...

salam satu malaysia cikgu. sy lepasan stpm. sy nak apply course pendidikan dlm Bahasa Melayu di UPSI, tapi, sy punya CGPA hanyalah 2.75 dgn memegang B solid utk matapelajaran PA dan juga BM. adakah sy layak utk memohon? adakah couse tersebut sesuai dgn CGPA sy?

Anonymous said...

dan sy dpt MUET band 4, manakala, BM (A-) dan SEJ (A) utk SPM. maaf cikgu, sy lupa letak semua ni kat komen sy ��

GIBBRAN_ said...

Assalammualaikum cikgu, saya pelajar lepasan stpm. cikgu sya berminat Dalam bidang linguistik atau lebih tepat lagi Bahasa jepun. Adakah saya Perlu mempunyai asas bahasa jepun ketika memohon ijazah tersebut? Terima kasih

Anonymous said...

Assalam cg.. Saya pelajar lepasan stpm 2017..saya mndpt pngk 3.08 dan muet band 4..saya ingin apply kos pendidikan di ukm dan uia.. Adakah saya layak? Atau kos pendidikan di uni mana yang kurang persaingan.

cikgu azhar said...

W.salam,

anon feb 27: insya-Allah berbaloi

mohd saifun: ekonomi A ke? beres. upsi pendidikan ekonomi

anon mac 7: layak memohon. jika tersenarai temu duga, buat persiapan rapi

najiha snin: tak perlu. namun jika dipanggil temu duga, buat persediaan rapi termasuk mengikuti kursus pendek bahasa jepaun / belajar melalui u tube

anon mac 9: layak memohon, tetapi keputusan pengambilan bergantung kepada markah temu duga kelulusan senat universiti berkenaan. tentang persaingan, sukar ditentukan kerana tiada data

Wallahu a'lam ...

srikandiwalidOfficial said...

Asslmualaikum cikgu, saya berminat untuk menyambung pelajaran ke upsi:)
Tapi saya tak berminat untuk menjadi guru . adakah upsi hanya menawarkan kos perguruan ?
Apa kerjaya yang saya boleh ceburi selain guru dan kos apa yang patut saya ambil di upsi? Terima kasih

cikgu azhar said...

W.salam Cherry_BloSsom,

tidak semua. kursus pendidikan pun kini berstatus 'open market'.
boleh menceburi kerjaya bukan guru, misalnya pegawai tadbir dan diplomatik, ptd ...

Wallahu a'lam

Anonymous said...

Salam cikgu...sy amir lulusan stpm 2017 cgpa 3:25, sy sudah lepas peringkat tapisan medsi dan sy dapat interview Sarjana muda sastera dgn pendidikan di usm 10/6 2018...persoalannya cikgu adakah sy layak utk mendapat tempat di usm sedangkan sy mempunyai cgpa yg agak rendah berbanding mahasiswa lain yg akan di interview nanti...apakah pendapat cikgu please respon sy nk tau samaada sy mempunyai peluang atau tidak?

cikgu azhar said...

W.salam Amir,

tahniah.

apabila sudah disenarai pendek untuk temu duga kira layaklah

buat persediaan yang rapi.

tanya senior yang telah berjaya

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

Hi cikgu. Saya lea. Sy bru habis matriks dgn cgpa 2.71 sja. Sy sdh dipanggil utk temuduga Tesl ukm hari tu utk fasa satu memandangkan result saya yg sem 1 iaitu 3.17..adakah result overall sy ini akan menjejaskan kemasukan saya ke ukm. Sbb syarat kemasukan mesti muet band 4 (sy ada) and CGPA 3.00

tembikaimanis said...

Assalamualaikum. Saya pelajar tahun akhir diploma farmasi di sebuah ipts dgn cgpa setakat ini 3.11. Dengan syarat kelayakan kemasukan degree yang menetapkan cgpa 3.5/ 3.8 membuatkan saya putus harapan untuk mengambung pengajian dalam bidang sains. Minta pandangan encik. Tq.

tembikaimanis said...

Assalamualaikum. Saya pelajar tahun akhir diploma farmasi di sebuah ipts dgn cfpa setakat ini 3.11. Kebanyakan syarat kemasukan degree dalam bidang sains mahukan cgpa 3.5/ 3.8 ka atas. Saya putus harapan untuk menyambung pengajian dalam bidang sains. Minta pandangan encik. Tq.

Amani said...

Salam Cikgu,

Saya telah menamatkan pengajian Bachelor in Bus. Admin. 9 tahun yang lepas dengan CGPA 2.73, dan diploma pengurusan 11 tahun yang lepas dengan CGPA 3.41. Kerana minat yang amat tinggi, kini saya merancang untuk mengambil sarjana muda dalam bidang bahasa moden & linguistik di UM. Namun, dengan umur saya yang matang (30-an) dan keputusan diploma yang bagi saya biasa saja, saya tidak pasti jika saya akan dipilih oleh UM.

Saya juga terfikir mungkin lebih baik sekiranya saya lanjut pelajaran di peringkat master sahaja, tetapi keputusan degree saya tidaklah begitu cemerlang dan tiada universiti tempatan yang menawarkan jurusan bahasa asing & linguistik di peringkat sarjana. Sebab itulah, saya pun bercadang untuk mengambil second degree di universiti awam yang ada menawarkan jurusan yang saya minati.

Saya ingin tahu apakah pendapat Cikgu tentang hal ini: adakah wajar saya meneruskan rancangan untuk mendapatkan sarjana muda yang kedua di UM dengan umur saya dan keputusan CGPA diploma saya tersebut?

Terima kasih.

Anonymous said...

Assalamualaikum cg .. Sya pljar lpsan stpm 2018 .. Sya brminat untuk menjadi guru sejarah .. Cg bole suggest universiti mna yang menawarkan ijazah pendidikan sejarah slain drp upsi?

kirito7iffat said...

Asslamualaikum cikgu....saya ambil stpm kos sastera....sy A- sej B- PA C+ BA D...saya mahu bidang agama....universiti ape yg boleh saya isi upu...pointer 2.42....mohon pendapat....terima kasih cikgu

cikgu azhar said...

W.salam

anon june 12: maaf terlepas pandang. bagaimana kesudahannya?

tembikaimanis: ua memang sukar. ipts pun o k tapi kena banya keluar belanja / pinjaman.
andai ada rezeki ketja dahulu. sambung sambilan

Amani: tiada had usia. cuma elok jika grad sebelum 35. cuba jumpa / call terus pejabat dekan fakulti berkenaan untuk perincian

anon mac 13: usm, ukm, um

kirito7iffat: uitm (mass com), um / upm (bahasa asing), uum (pengurusan industri kreatif), umk (keusahawanan kreatif)

Wallahu a'lam ...

Alia Syafika said...

Assalamualaikum cikgu, saya nak minta pendapat..skrg ni pointer diploma saya 3.11. Syarat nk masuk ke usm untuk program biomedik at least 2.75. Cikgu rasa sesuai tak pointer saya untuk memohon kos ni? terima kasih. :)

nurin said...

salam cg sy baru dapat result stpm 2.92 aliran sastera iaitu pa sej pp bm..klu nk mohon upm dgn upsi kos pendidikan ada peluang ke?

Cat Dealova said...

Assalammualaikum, cikgu...

Cikgu, saya mahu tanya, kalau saya ambil jurusan sejarah ...universiti mana yang baik...sama ada UM atau UKM...
(Saya merupakan pelajar lepasan STPM dengan pngk 3.67 dan MUET band 4)...

2. Adakah pembelajaran jurusan sejarah di sana dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu...atau kedua-duanya...

Terima kasih, cikgu

Unknown said...

Salam cikgu ,

Saya pelajar baru je lepasan stpm pada bulan februari yang lalu . Saya mendapat PNGK 2.33 , BAND 3 dlm MUET . Saya nak tanya cikgu berkenaan saya ada 2 pilihan dlm kerjaya . Pertama, saya berminat menjadi guru sek.rendah. Kedua, berminat menjadi setiausaha undang-undang. Saya nak tanya pendapat cikgu mengenai keputusan stpm saya ni adakah saya berpeluang utk memohon kos ISM Pendidik Seni . Sebab Seni Visual saya 3.00 pointer. Saya cuba memohon UPSI . Bagaimana ye cikgu?

Anonymous said...

Assalam, cg...mohon pandangan cg...saya pelajar diploma perakaunan sem akhir di uitm. Pointer saya 3.15..adakah saya berpeluang untuk mohon ijazah sarjana muda pendidikan?..

Anonymous said...

cg laytak tak sy ambil kos pendidikan kalau pointer sem 1 sy 3.42

Unknown said...

Assalamualaikum cg, saya lepasan stpm 2020 ...PNGK saya 3.67, muet saya band 2, english dan matematik spm saya D...markah koko saya 8.30... adakah saya layak untuk memohon usm dalam jurusan pendidikan sastera

Unknown said...

assalamualaikum cg saya nak tny saya cuma dapat pointer 2.08 je kos apa saya boleh mohon subjuk pengajian am , bhs melayu, ekonomi, dan sejarah

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu. Saya pelajar matrikulasi, pada semester 1 saya telah mendapat pointer 3.34 sahaja. Berdasarkan result sem 1 saya, adakah saya berpeluang untuk mengambil ijazah pendidikan fizik atau pendidikan biologi di universiti ternama seperti UPM dan UM? Adakah persaingan yang sengit akan berlaku dalam bidang pendidikan di mana-mana universiti? Mohon pencerahan dari cikgu:)
Terima kasih.

Anonymous said...

Apakah average gred bagi pelajar yang telah diterima untuk memasuki kos pendidikan cikgu? Terima kasih:)

«Oldest ‹Older   801 – 844 of 844   Newer› Newest»