SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, March 6, 2012

PILIHAN KURSUS IJAZAH SARJANA MUDA BAGI LULUSAN STPM (STUDY LOCALLY OR ABROAD?)

Tanggal 7 Mac 2012 menamatkan debaran calon-calon STPM 2011 apabila keputusan peperiksaan berkenaan diumumkan secara serentak di sekolah, laman sesawang MPM dan khidmat mesej pesanan ringkas (SMS) mulai pukul 12.00 tengah hari. Lulusan STPM diberi keutamaan untuk mengisi kira-kira 40,000 tempat yang disediakan di universiti tempatan untuk kursus ijazah asas. Saingan calon lulusan STPM ialah lepasan matrikulasi, sijil dan diploma politeknik, UiTM dan institusi pengajian lain yang setara.

Calon STPM yang memperoleh pencapaian purata nilai gred kumulatif, PNGK (CGPA) yang tinggi tidak menghadapi masalah besar untuk membuat pilihan kursus yang dihajati. Misalnya, calon STPM yang mencatat PNGK 4.0 (purata gred A) boleh melamar kursus-kursus kritikal yang menjadi rebutan seperti perubatan, pergigian, farmasi, optometri, kejuruteraan dan seni bina (sains), serta undang-undang, perancangan kewangan, perakaunan dan ekonomi (sastera dan kemanusiaan). Andai kata berlaku lebihan permintaan tempat, markah kokurikulum (10 peratus) bakal menjadi penentu.

Namun, bagi calon-calon STPM yang memperoleh keputusan yang sederhana atau "cukup makan", mereka akan berada dalam dilema dan di persimpangan. Ketepatan dalam memilih kursus yang cocok dengan PNGK sangat penting. Pandangan profesional seperti kaunselor pelajar dan guru sekolah mungkin boleh membantu lulus STPM membuat keputusan yang terbaik.

Calon-calon terbaik boleh memiliki peluang yang yang lebih luas dari segi pilihan kursus dan universiti idaman. Calon biasa-biasa harus menerima hakikat bahawa pilihan mereka menjadi agak terhad dan tidak boleh terlalu meminta (demanding). Bagi calon yang mampu membiayai kos pengajian, mereka boleh beralih ke universiti swasta yang menawarkan program pengajian berkembar dengan universiti ternama dalam dan luar negara.

Buat masa ini, terdapat sejumlah 20 universiti awam tempatan, tetapi kebanyakannya menawarkan kursus sains dan teknikal. Universiti yang bertaraf premier ialah UM, UKM, UPM, USM dan UTM. Walaupun USM bukan berada pada kedudukan teratas dalam penarafan tempatan dan antarabangsa, USM menikmati kelebihan sebagai universiti Apex (accelerated programme for excellence), iaitu dengan suntikan kewangan yang besar supaya mendaki puncak kecemerlangan sebagai universiti bertaraf dunia. Keputusan kabinet bertarikh 27.8.2010 itu menyebabkan saingan untuk mendapat tempat di USM lebih sengit dan pemohon perlu melepasi tapisan khas inventori universiti di Malaysia (Malaysian University Inventory, Munsyl).

Universiti Malaya pula memiliki kelebihan dari segi reputasi sebagai universiti sulung negara dan kekuatan alumni yang menguasai kepimpinan politik, akademik dan korporat sejak sekian lama. UKM sebagai pelopor pengajian tinggi dalam bahasa Melayu sepenuhnya telah membuktikan keupayaan dengan kualiti siswazah yang mendapat pengiktirafan antarabangsa. Pelajar dari seluruh dunia juga mula beralih ke Malaysia memandangkan dasar kecurigaan negara-negara Barat terhadap warga Asia Barat yang dilabel sebagai penyokong kegiatan militan.

Walaupun bilangan universiti awam dan swasta tempatan masih boleh menampung permintaan tempat untuk kursus ijazah sarjana muda, masih banyak pelajar menanam impian untuk belajar di luar negara. Biasiswa JPA, Mara dan Petronas yang begitu terhad menjadi rebutan hingga membabitkan campur tangan politik yang tidak sepatutnya berlaku. Dasar pembiayaan yang memberi keutamaan kepada pelajar kurang berkemampuan dan rujukan kontrak sosial ketika kemerdekaan perlu dijadikan pegangan.

Sebagai contoh, kursus perubatan di United Kingdom boleh mencecah kos RM1 juta, manakala di India dan Indonesia dalam lingkungan RM300,000. Kini, sekolah perubatan terbaik dunia seperti John Hopkins (Amerika Syarikat), Monash (Australia) dan beberapa universiti terkemuka Britain dan India membuka cawangan di Malaysia bagi menampung permintaan di rantau Asia Pasifik dan Timur Tengah. Sesetengah kursus memerlukan pelajar menghabiskan sekurang-kurangnya setahun di universiti induk universiti yang berkenaan di negara asal masing-masing.

Pemilihan kursus sangat bergantung kepada matlamat yang ada dalam minda pelajar. Ada pelajar yang meletakkan peluang kerjaya sebagai sebab memilih kursus sarjana muda. Misalnya, pelajar beranggapan bahawa kursus pendidikan di UPSI dan Institut Pendidikan Guru (IPG) sebagai jaminan untuk terus mendapat pekerjaan sebaik sahaja menamatkan pengajian.

Hakikatnya, tiada sebarang jaminan bahawa kelulusan ijazah sarjana muda ialah tiket automatik jaminan kerja. Perkara yang boleh dilakukan ialah mencatat keputusan akademik sebaik mungkin dalam sepanjang tempoh pengajian, di samping menyerlahkan bakat kepimpinan dan ciri keperibadian yang bersesuaian dengan keperluan modal insan minda kelas pertama. Manusia hanya boleh berusaha dan merancang, tetapi ketentuan jodoh, rezeki dan umur ialah urusan-Nya jua...

844 comments:

«Oldest   ‹Older   401 – 600 of 844   Newer›   Newest»
Anonymous said...

Soalan kedua : adakah kedua-dua course yg sy mohon dlm rayuan itu iaitu ijazah sarjana muda sains sosial dengan kepujian (sejarah) dan ijazah sarjana muda dengan kepujian (sosiologi dan antropologi) adalah course yg popular ?
Soalan sy yg terakhir apakah peluang pekerjaan bg graduan kedua2 course berkenaan ?

Saya sangat berharap cikgu dpt membantu sy. Terima kasih
:)

Anonymous said...

Salam cikgu..saya mendapat tawaran kursus bioteknologi di um..tapi saya masih teragak agak untuk terima offer ni kerana saya dapati peluang kerja dlm bidang ni sangatlah terhad di malaysia..dan saya takut susah untuk dapat kerja after graduate.saya tengah consider untuk sambung di ipts sahaja dalam bidang farmasi..saya masih dlm dilema untuk memilih antara dua ni..pada pendapat cikgu,mana yang lebih baik?

cikgu azhar said...

Salam

Anony 5:26

persaingan memang hebat, 3.0 pun tidak ditawarkan tempat untuk pusingan pertama kemasukan. namun, kekosongan akan berlaku kerana ada calon yang mendapat dua tawaran serentak @ tidak berminat dengan kursus yang ditawarkan. memandangkan pilihan sudah dibuat, apakah lagi selain doa, pasrah dan tawakal?

Gred A sekalipun ada penarafan: A atas, A sederhana, A bawah. Tind akan susulan hanya setelah keputusan e-rayuan diketahui kelak.

popular @ tidak bergantung kepada jumlah pemohon. data berkenaan bersifat sulit dan terhad. dapat tempat dahulu, kemudian cari maklumat prospek kerja. didoakan mencapai kejayaan, amin.

Anony 7:24

Tahniah kerana dapat UM, bukan senang untuk bergelar pelajar UM. peluang kerja untuk ijazah asas adalah setara, bergantung kepada pngk, kemahiran insaniah dan kompetensi BI.

ipts? jika keluarga bersedia, terpulang kepada diri sendiri untuk membuat keputusan.

Wallahu a'lam...



Anonymous said...

Salam.. cikgu, sy pljr lepasan stpm..
sy mndpt tawaran dri USM & UM iaitu USM (Ijazah sarjana muda sastera dgn pendidikan) manakala UM(Ijazah sarjana muda sastera sejarah).. sy nk tny, yg manakah lebih bgus utk sy?? mksd sy, yg mana mngkn memberi pluang pkrjaan yg lbh luas.. sy brniat mndji ckgu dan pstiny USM pilihn yg lbh baek.. tp sy juga mahu tw, jika sy ambil kos UM tersebut, peluang pkrjaan apakah yg sy ada?? trima ksh ckgu :)

Anonymous said...

Salam cikgu. Saya nak bertanya mengenai course ijazah sarjana muda dengan kepujian (komunikasi). Adakah peluang pekerjaannya hanya sebagai wartawan atau org yg bekerja dlm bahagian media ?ada tak peluang pekerjaan lain seperti pegawai2 yg bekerja sama ada dengan kerajaan atau swasta ? Terima kasih cikgu.

Anonymous said...

salam cikgu..saya pelajar lepasan asasi..saya dapat offer untuk sambung belajar di um dalam bidang bioteknologi.tapi saya dengar bidang ni susah untuk dapat kerja after graduate.jadi saya ingat nak masok ipts ambil pharmacy.tapi saya masih dalam dilema untuk pilih antara dua ni..pada pendapat cikgu,mana yang lebih baik?

Anonymous said...

Salam,ckgu. Saya ada beberapa soalan nk tanya,jika ckgu bole membantu. ;)

Saya pelajar lepasan Matrikulasi dgn result 3.81 dan MUET Band 4. Saya juga telah mendpt tawaran sambung bljr di UKM dlm bidang Sains BioPerubatan.

Walaubagaimanapun,saya sejak dari dulu,berminat utk sambung Medik. Jadi,saya ingin tanya pendapat ckgu:

1) Layak ke jika saya terima tawaran tersebut dan kemudian minta tukar course ke bidang Doktor Perubatan?

2) Adakah mungkin ada yg pernah berjaya menukar bidang ke bidang Doktor Perubatan seperti saya katakan td?

3) Jika sy habiskan dulu pengajian BioPerubatan tu di UKM terlebih dahulu?Kemudian ,sambung Medik, bolehkah begitu??(Bagaimana caranya,kalau lebih specific?)

Harap sy boleh pencerahan atas kekeliruan yg sy alami ini,,Terima Kasih byk2,, :)

3) Atau adakah jln lain yg boleh sy usahakan?

Anonymous said...

salam cikgu,maaf mngganggu saya pelajar lepasan stpm 2011 yg mengambil sbjek PA B+,BM A-,GEO B+,EKO B+, pointer 3.42, muet bnd4 dan telah ditawarkan tmpt di ipta jurusan undang2 smsa intake thn lepas tetapi saya tidak mampu membawanya sehingga gagal. tahun ni saya apply upu lain tetapi gagal mendapat tempat di ipta. adakah rayuan kali ni saya masih ada harapan lagi? dan jurusan apakah yang sesuai dgn keputusan saya?

cikgu azhar said...

Salam

Anony Jul 15, 9:02

Tahniah kerana dapat dua tawaran serentak. Sebenarnya tiada jaminan penempatan automatik walaupun pelajar tajaan Kementerian Pendidikan. Maka, sdra/i kena catat pngk 3.8+ sepanjang tempoh pengajian supaya peluang lebih cerah, dan pilihan lain juga terbuka luas. Berkenaan BA Sejarah di UM, sama seperti ijazah asas bukan ikhtisas yang lain, perkara yang perlu deri perhatian ialah pngk, kemahiran insaniah, kepimpinan dan kebolehan bahasa. Insya-Allah, rezeki berpihak kepada sdra/i apabila berusaha sedaya upaya, lalu diiringi doa, pasrah dan tawakal.

Anony 11:19

Bidang komunikasi sangat luas termasuk komunikasi pembangunan, komunikasi organisasi, komunikasi korporat dan pelbagai pengkhususan lagi. Jadi, peluang kerjaya sebenarnya bukansekadar media @ perhubungan awam.

Anony 11:26

Dengar dari mana, ya? Cuba dapatkan pandangan kedua yang bertemakan kejayaan dan kecemerlangan, o k?
Pelajar cemerlang (misalnya ijazah kelas pertama atau dua atas) biasanya tidak menghadapi masalah seperti yang dikatakan itu. Kalau nak pilih farmasi ipts, terpulanglah kepada minat dan kesediaan ibu bapa untuk memberi sokongan kewangan selain ptptn.

Anony July 16, 7:02

1) MBBS / MD ialah kursus kritikal. biasanya calon kena dapat maksimum 4.0, serta muet band 4. kelayakan sahaja tidak mencukupi akibat persaingan.

2) buat masa ini sangat sukar, walaupun tidak mustahil.

3) Boleh juga, tetapi masih perlu pngk terbaik dan tertakluk pula kepada jumlah pengambilan pelajar.
jalan lain ialah masuk ipts, ke indonesia, india, russia atau timur tengah (yuran masih o k).

Anony 8:46

mungkin untuk pusingan pertama ini diutamakan lulusan semasa. cuba e-rayuan, kalau masih sama kena undur ke belakang sedikit, iaitu dengan memohon kursus diploma sebelum sambung ijazah. Insya-Allah, sdra/i akan muncul sebagai pelajar cemerlang kerana sudah punya pengalaman terlebih dahulu. dalam kata lain, kejayaan yang tertangguh.

Wallahu a'lam...

Unknown said...

salam cikgu ..saya lepasan stpm .. saya hanya dapat 2.58 dan aliran sastera .saya gagal dalam permohonan upu ambilan pertama .. saya ingin membuat rayuan .. apakah kos yg sesuai untuk saya ??

Unknown said...

saya mengambil m/p pa , sj.p.perniagaan dan bm .. adakah saya layak ditempatkan di ipta dan apakah kos yg sesuai untuk saya ??

cikgu azhar said...

Salam

elok cuba uitm, jika ambilan kali ini masih kecundang, cuba untuk ambilan mac nanti. kelayakan asas memang cukup (2.0), masalahnya persaingan.
pilih sahaja dua kursus daripada senarai asal, kemudian tunggu sahaja sambil berdoa dan bertawakal.

Wallahu a'lam...

Unknown said...

Salam cikgu. Nak tanya mengenai Ijazah Sarjana Muda sains sosial dgn kepujian (sains pembangunan). Sy dapat course ne kat UKM. Tapi, sy tk tahu aspek sebenarnya yg akan sy pelajari nanti. Adakah course ini dapat menjamin masa depan yg cerah? Apakah Bidang kerjaya yg bakal sy ceburi bila sudah graduasi?

Anonymous said...

Salam cikgu azhar, sy merupakan pelajar stpm 2012 aliran sastera yg mendapat pointer 2.67 dlm peperiksaan stpm yg lalu. Namun sy telah gagal dlm pengambilan pertama ke universiti baru2 ini. Dlm rayuan sy memohon course sains sosial dgn kepujian (komunikasi) di UMS. Pada pendapat cikgu, betul ke pilihan saya kali ni utk terus mendapat tempat di ipta ? Andai sy gagal juga dlm rayuan ni apa yg sy harus buat lg cikgu ?

Anonymous said...

Hai cikgu. Nk tanya betul ke sekiranya pelajar stpm yg dpt pointer dari 2.5 hingga 2.9 gagal dlm first intake dan rayuan, mereka akan confirm dpt tempat dlm mana2 tempat di ipta terutama uitm setelah memohon utk intake yg kedua ? Thank you cikgu.

cikgu azhar said...

Salam

Amanda Sweet,

Kursus sains pembangunan ialah gabungan pelbagai disiplin pengajian seperti ekonomi, sains politik, psikologi, komunikasi, perakaunan, perancangan wilayah, sosiologi dan banyak lagi. tujuannya supaya siswazah dilengkapkan dengan proses membuat keputusan terhadap kajian kemungkinan sesuatu projek pembangunan (feasible study). Prospek kerjaya bergantung kepada pencapaian pngk, kemahiran insaniah, kepimpinan dan kebolehan bahasa.

Senarai kursus Program Sains Pembangunan (Development of Science Programme)UKM seperti yang disalin daripada URL http://ukm.clc2u.com/fssk/sde/dsp

Tahun 1

SKAP1013 Alam, Manusia dan Budaya

SKAP1053 Prinsip Pengurusan Perniagaan

SKAD1263 Ekonomi dan Pembangunan

SKAD1273 Reruang dan Pembangunan

SKAD1283 Falsafah dan Teori Pembangunan

SKAD1433 Komuniti dan Pembangunan

Tahun 2

SKAP2064 Metodologi Penyelidikan

SKAD2293 Perakaunan dan Kewangan

SKAD2303 Isu-Isu Pembangunan

SKAD2313 Metodologi Penyelidikan Ilmu Pembangunan

SKAD2323 Budaya, Politik dan Pembangunan

SKAD2333 Demografi dan Pembangunan Modal Insan

SKAD2343 Urbanisasi dan Pembangunan Bandar

SKAD2353 Sistem Maklumat Pembangunan

SKAD2443 Pembangunan Produk Pelancongan

Tahun 3

SKAD3006 Latihan Industri / Kerjaya

SKAD3363 Perancangan Bandar dan Wilayah

SKAD3373 Pengurusan dan Penilaian Projek Pembangunan

SKAD3383 Globalisasi dan Pembangunan Negara

SKAD3393 Pembangunan Organisasi dan Kepimpinan

SKAD3403 Etika, Perundangan dan Pembangunan

SKAD3413 Advokasi dan Pembangunan Berpenglibatan

SKAD3423 Agama, Etnisiti dan Pembangunan

SKAD3453 Pembangunan Pelancongan dan Impak

SKAD3463 Pembangunan Lestari dan Kualiti Hidup

SKAD3476 Latihan Ilmiah

SKAD3493 Gender dan Pembangunan

Anony Jul 18, 11:18

Mohonlah apa-apa sahaja. Mungkin jika ditawarkan tempat nanti langsung tiada dalam senarai pilihan. Tunggu dahulu keputusan e-rayuan atau dari masa ke masa hubungi pihak universiti yang dipohon. Selepas itu baru fikirkanlangkah selanjutnya.

Anony 11:28

Mudah-mudahan begitu. Tahun lepas semua pemohon dengan pngk minimum 2.8 dijamin tempat di ipta. moga berjaya, amin..

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu..maaf mengganggu..saya merupakan pelajar lepasan stpm 2012 dgn pointer 2.50 sahaja..saya ingin bertanya,adakah saya mempunyai peluang ke ipta kerana saya mendapat Pengajian am D,sejarah B+,usuluddin B+ dan syariah C+..saya sgt kcewa skrg nie..apakah yang patut saya lakukan skrg?

Zulaikha Aw Mali said...

salam sejahtera cikgu.

saya ingin tanya ttg markah koko calon persendiriran stpm (Tidak pernah menduduki ting 6) bagaimana? mcm mana nak dpt markah koko?

TERIMA KASIH.

cikgu azhar said...

Salam

Anony Jul 19, 8:59

tunggu sahaja keputusan e-rayuan, setelah itu baharu fikirkan langkah selanjutnya. usia masih terlalu muda untuk mengalah begitu sahaja.

Zulaikha Aw Mali

Boleh gunakan markah koku tingkatan 1 - 5.

Wallahu a'lam...

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu.bru nie sya ditwrkan ke unimas untuk mnymbung pengajian sya dlm bidang applied art (tknologi seni reka) apakh prospek pkrjaan bg bdng yg ditwrkn dn bleykah sya hndk mnymbng pengajian dlm bidang ini di luar negara.....dn bgimna cranya untuk smbng bljr di luar negara.....sya lepasan stpm

Anonymous said...

salam sejahtera cikgu saya ingin bertanya adakah ipts menawarkan ijazah alam sekitar untuk lepasan sastera stpm?...jika ya sya ingin bertanya ipts manakah yang menawarkan ijazah alam sekitar?

cikgu azhar said...

Salam

Anony Jul 29, 3:59

bidang seni reka (art& design) banyak pula cabangnya. prospek kerjaya @ sambung belajar bergantung kepada pencapaian pngk, kemahiran insaniah dan bahasa. jika berani menceburi bidang keusahawan atau rundingan (konsultan), bidang seni reka mampu memberi pulangan lumayan. peluang ke luar negara (ijazah tinggi) memang luas. kalau hendak dapat biasiswa kena mohon skim latihan tenaga akademik / pensyarah. kalau belanja sendiri tidak timbul perkara tajaan.

Anony 10:31

ijazah alam sekitar di bawah program B.Sc: Uni. Notthingham (cawangan Malaysia) dan MUST. Kelayakan sama ada STPM aliran sains (pngk 2.0 ke atas) atau ambil foundation (setaraf asasi / matrikulasi) di uni. berkenaan. calon aliran sastera mungkin boleh mengambil kursus pelancongan alam sekitar yang banyak ditawarkan oleh ipts.

Wallahu a'lam...

Anonymous said...

As salam cikgu..saya lpasan matrik mendapat twaran smbung degree accounting di Unisel,UniKL dan Uniten..mne satu lbeh bgos dan sebabnya??..org kata UniKL boleh dpt bnyak potongn pinjman tpi bila saya semak di satu lman web ijazahnya tidak diiktiraf..apa akibatnya kalau ijazahnya tidak diiktiraf?

Blacktulips said...

Assalammualaikum cikgu. Macam mana kita nak tahu kursus yg di tawarkan oleh ipta bagi pelajar lepasan stpm dan sastera. Sy mengambil subject bm, pengajian am, geo dan perdagangan utk stpm.

t a s k n a m e ? said...

Salam cikgu, sy bakal menamatkan diplomaakauntansi di politeknik pd bulan april tahun hadapan, tp jika cgpa sy hny 3.00 boleh kan sy apply degree in accounting juga? Dan u mana yg terima cgpa 3.00 utk degreein accounting. Atau jika sy tidak dapat kos acc, sy mahu meneruskan degree dlm islamic banking atau pun finance, apa pula syarat kelayakan bg kos tersebut? Blh kah hny dgn cgpa 3.00? Harap penjelasan cikgu secepatnya. Terima kasih

najwa said...

salam..sy lepasan matrikulasi dan result sy 3.87..tp sy dpt kos yg sy x minat di U..kalau sy apply second intake,kos apa yg ditawrkn di ukm dan uitm?

Anonymous said...

Salam cikgu.... kalau sy smbung dgree mlalui pjj..pluang keje mcmmne...???

cikgu azhar said...

Salam

Anony Jul 22: 12.09,

Buat semakan di laman Institut Akauntan Malaysia. UniKL di bawah Mara, boleh hubungi pihak Mara juga. Kalau ijazah tidak diiktiraf, tidak layak mohon kerja kerajaan, swasta o k.

Lien Max,

Berdasarkan nama fakulti / pusat pengajian / sekolah, serta judul ijazah (sastera: BA, BAcc, BBA, BEc, LLB; sains: BSc, BEng, dll)

Task name: semak e-mel

Najwa,

Sanggup tunggu ambilan Mac 2014? memang ada program kemasukan khas, tetapi tempat yang ditawarkan agak terhad. punca x dapat kursus / ipta pilihan ialah persaingan. banyak yang dapat hingga 3.9 pun hanya dapat umk, umt @ uitm, bukan RU. malah, dapat pula kursus yang tiada dalam senarai permohonan asal.

Anony Jul 25,

sama sahaj, sebab dalam ijazah tidak dicatatkan siswazah sepenuh masa, sambilan @ pjj. paling penting pencapaian pngk terbaik.

Wallahu a'lam...

Anonymous said...

salam cikgu..
sy lepasan dari asasi uitm, dan alhmdulillah saya mendapat tawaran sambung belajar ke ijazah sarjana muda teknologi makmal perubatan. sy nk tanya, apakah peluang pekerjaan bagi course ini?

Anonymous said...

Salam cikgu,anak saya baru lepas matrik dan mendapat tawaran ke unimas-sains sosial(perancangan dan pengurusan pembangunan)yang sememang bukan pilihan dan minatnya..adakah dia patut menerima atau menolak.Jika terima,apakah peluang kerjaya untuknya?

cikgu azhar said...

Salam

Anony Jul 26, 12:16

Tahniah. Peluang kerja terbuka luas hingga ke luar negara. Antara tugas biasa juruteknologi makmal (lulusan sijil @ diploma) ialah menganalisis sampel darah @ urin pesakit (menerusi bacaan komputer). Sama ada kelayakan jawatan itu dinaik taraf @ bidang tugas lebih besar seperti penyenggaraan alatan dan bahan dalam makmal. Bidang teknologi makmal sangat luas dan akan terus berkembang...

Anony 6:05

Apa-apa pun terlebih dahulu tahniah. hakikatnya semua kursus di universiti direka bentuk bagi mempelajari dan mengaplikasi kemahiran tahap tinggi tanpa mengira disiplin pengajian. tambahan pula, ijazah asas bukan ikhtisas boleh dikatakan sebagai setara. capai pngk terbaik, pupuk kemahiran insaniah dan bahasa, insya-Allah akan lebih berdaya saing sebaik bergraduat.

Wallahu a'lam...

Anonymous said...

salam sejahtera cikgu,saya ingin bertanya saya tidak mempunyai basic dalam accounting tetapi jika saya mengambil ijazah dalam accounting...adakah basic accounting akan diajar?

cikgu azhar said...

Salam sejahtera

Ya, tetapi secara cepat dan sepintas lalu. Kena banyak daya usaha sendiri membuat latihan dan bacaan tentang elemen bukan angka (misalnya undang-undang kontrak) supaya setara dengan pelajar yang sudah memliki latar belakang perakaunan. lebih baik kalau boleh berbaik-baik dengan mereka.

Anonymous said...

Asssalamu'alaikum cikgu.. sy lepasan matrik.. sy nak tnya.. sy dapat twaran usm sarjana muda sains biology.. dlm masa yg sama sy dpt bachelor clinical laboratory science kt unikl.. mana satu yg patut sy pilih.. mana satu course yg lagi bgus.. dn dapat melayakkan sy untuk ambik master dlm bidang clinical, sains dn seumpamanya la nnti..lagi satu,career utk course kt unikl tu sy bnyk tau dah.. tp utk sains bilogy tu sy xtau sgt.. ble cikgu terangkan? terima kasih,,

ummu uswah said...

Asssalamu'alaikum cikgu.. sy lepasan matrik.. sy nak tnya.. sy dapat twaran usm sarjana muda sains biology.. dlm masa yg sama sy dpt bachelor clinical laboratory science kt unikl.. mana satu yg patut sy pilih.. mana satu course yg lagi bgus.. dn dapat melayakkan sy untuk ambik master dlm bidang clinical, sains dn seumpamanya la nnti..lagi satu,career utk course kt unikl tu sy bnyk tau dah.. tp utk sains bilogy tu sy xtau sgt.. ble cikgu terangkan? terima kasih,

Anonymous said...

Mia Zara...
Salam Cikgu yang dikasihi, selamat berpuasa dan bakal menyambut Hari Raya Aidil Fitri...Cikgu saya dapat tawaran UTEM tahun ini 2013/14 kursus Kejuruteraan Elektrik (Alhamdulillah)...cuma nak Tanya apa beza cara belajar dan silibus dari UTEM berbanding dengan Universiti lain spt. UTM, UPM, UKM dan USM...

Anonymous said...

Mia zara...hihi cikgu lupa nak Tanya satu lagi, Cikgu selalu kata kemahiran Insaniah itu penting sebagai asset sebelum bekerja...apa kah jenis kemahiran insaniah untuk saya tumpukan khususnya bagi yang ambil bidang kejuruteraan ini Cikgu...sayang cikgu! moga Cikgu Sihat Sentiasa..aminnn

cikgu azhar said...

Salam

ummu uswah:

Tahniah kerana terpilih ke USM, satu-satunya uni. bertaraf apex di Malaysia. Sebenarnya bidang bio sangat luas: kajian tentang manusia, haiwan, tumbuhan, organisma, alam sekitar (sekadar contoh).

UniKL (ipts Mara) pun o k, tetapi yuran pengajian berbeza, melainkan pencapaian pngk terbaik ada diskaun atau terus mendapat tajaan biasiswa.

ipts boleh masuk bila-bila masa, ipta hanya yang tersenarai pendek.

opsyen 1: masuk usm dahulu, gambaran semester pertama membantu sdri membuat keputusan selanjutnya.

opsyen 2: terus ke UniKL, tata usm

keputusan muktamad di tangan sdri. orang lain hanya boleh memberi pandangan.

memandangkan masih ada masa sebelum mendaftar, boleh terus ke pusat pengajian bio di usm untuk maklumat yang lebih khusus.

Mia Zara:

Terima kasih atas doa dan ucapan. Tahniah dapat ke Utem, ipta teknikal yang hebat. Mana-mana U pun sama, yang berbeza ialah dari segi dana penyelidikan serta nisbah pengambilan pelajar ijazah tinggi (sarjana dan PhD) di RU. Kalau teringin nak masuk RU masaa buat ijazah tinggi nanti. Atau sambung di luar negara, jadi pensyarah di UM, UKM, UPM, USM, UTM.

Kemahiran insaniah seorang jurutera ialah komunikasi, kebolehan rundingan, kepimpinan, bahasa dan 'x-factor'. sebabnya jurutera akan berurusan hingga ke peringkat antarabangsa (sering ke luar negara). Reka bentuk pengajian kejuruteraan memang pun menjurus ke arah itu.

Wallahu a'lam...

Anonymous said...

Salam cikgu. Pertama sekali selamat menyambut hari raya aidilfitri. Maaf saya cuma nak bertanya sesuatu mengenai course ijazah sarjana muda sains sosial dengan kepujian (komunikasi). Cikgu tau tak apa2 mengenai course tu ? Apa peluang pekerjaan bg graduan kursus ini ye sama ada utk kerajaan atau swasta ? Adakah masih byk peluang pekerjaan bg graduan2 tersebut ? Terima kasih.

cikgu azhar said...

Salam dan eid mubarak

Peluang pekerjaan tidak pernah tertutup. Semasa bergelar mahasiswa belajarlah dengan bersungguh-sungguh hingga beroleh pngk terbaik, di samping mengukuhkan kemahiran insaniah, interpersonal, kepimpinan dan bahasa. Komunikasi mempunyai banyak cabang seperti kom. massa, pembangunan, ekonomi, politik, media dan lain-lain.

selamat maju jaya, amin...

Anonymous said...

hai cikgu,
hem..cikgu saya merupakan seorang pelajar kolej ipts yang baru menamatkan pengajian di peringkat diploma yang diiktiraf MQA dan JPA dengan pngk 3.54..dan dalam tahun ni sedang membuat persediaan untuk mengambil muet bagi melengkapkan prasyarat permohonan ke peringkat sarjana muda pada tahun hadapan..serta mempunyai sijil kemahiran malaysia tahap 2 dan aktif kokurikulum di peringkat sekolah menengah dan pernah menjadi seorang ketua pelajar/pengawas di peringkat sekolah menengah..adakah sijil-sijil kokurikulum yang di miliki membantu saya dalam berpeluang cerah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda?..sebab semasa spm keputusan saya cukup2 je 6 kredit (2b,2c,2c-,1d,1e)...bi-D(lulus atas tapi x kredit) dan math-E(lulus tapi x kredit..keputusan cam ni sebab masa spm -sekolah menengah- aktif sangat kokurikulum banyak sijil-sijil tp spm plak cukup-cukup je..oleh itu masa kat pengajian diploma saya cuba buat yang terbaik..supaya dapat melanjutkan pengajian ke universiti.

cikgu azhar said...

Hai anony,

Tahniah atas kegigihan dan pencapaian cemerlang sdra/i.

Sudah tentu markah kokurikulum mempunyai merit tertentu, misalnya untuk kursus berkaitan dengan kepimpinan organisasi dan pengurusan kerja sosial. Persaingan merebut tempat ke ipta memang sengit, tetapi hanya dengan memohon kita masih boleh berharap. Lebih elok jika ada program Jom Masuk U berhampiran bandar sdra/i, terus berjumpa dengan pegawai / pensyarah ipta di booth mereka. Pilihan lain ialah menghubungi ipta berkenaan (fakulti yang berkaitan) dan bercakap dengan penolong pendaftar fakulti untuk maklumat terkini.

Jika ada kesempatan terus ke kampus ipta, lebih baik membuat janji temu untuk perjumpaan bersemuka.

O k, selamat mencuba dan moga berjaya hendaknya...

carwyn said...

Assalamualaikum dan selamat hari raya cikgu azhar.. saya nk tnya, adakah kursus pendidikan di ipta seperti usm akan diberikan biasiswa. atau saya perlu mintak biaya ptptn?

cikgu azhar said...

W.salam

Taqabballahu minna wa minkum

Jika guru lulusan maktab / IPG sebelumnya, akan diberi kemudahan cuti belajar separuh gaji untuk pengajian ijazah asas. Jika baru pertama kali mengikuti kursus pendidikan (sebelumnya GSTT, jawatan lain), kena memohon kepada Bahagian Biasiswa KPM dengan syarat kursus yang dipohon itu tersenarai.

Pinjaman PTPTN ialah opsyen yang seterusnya.

Untuk ijazah lanjutan (sarjana dan Ph.D), guru lantikan KPM boleh memohon hadiah latihan persekutuan (HLP) sama ada cuti belajar bergaji penuh dengan biasiswa, cuti belajar bergaji penuh (tanpa biasiswa) atau cuti belajar tanpa gaji. Pilihan lain ialah biasiswa Mosti (jurusan sains) atau MyBrain dengan mematuhi syarat yang ditetapkan.

Wallahu a'lam...

Agentyellows said...

hi cikgu ;)
saya merupakan pelajar tingkatan 6 2013/2014.saya harap cikgu dpt menjawab pertanyaan saya :)adakah pengambilan pelajar yg mdpt biasiswa dlm bidang kemanusiaan ni lebih terhad peluangnya dpd bidang sains? apakah jenis biasiswa yg menawarkan pelajar lepasan stpm yg ingin melanjutkan pelajaran di luar negara bagi jurusan undang-undang?harap cikgu dpt memberi sedikit nasihat >.<

cikgu azhar said...

Salam, hi Agentyellows,

kalau dapat 4.0 boleh mohon jpa, bank negara atau syarikat berkaitan kerajaan (glac) yang lain. sama ada di dalam @ luar negara, bergantung kepada tawaran penaja pada tahun yang berkenaan.

sebenarnya ijazah asas sarjana muda undang-undang (LL.B) boleh buat di dalam negara, kalau biasiswa luar negara boleh mohon skim pensyarah ipta untuk ijazah tinggi (sarjana undang-undang, LL.M @ MCL, doktor undang-undang LL.D)

moga berjaya hendaknya. amin.

Tini said...

Assalamualaikum cikgu,maaf mengganggu saya ingin bertanya saya pelajar lepasan stpm 2012 dan tidak berjaya ke ipta ambilan pertama dan saya telah membuat rayuan upu.Tetapi saya tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk masuk ke ipta melalui rayuan kerana saya sedar persaingan amat sengit dan pngk saya hanya 2.75 sahaja.Oleh itu saya bercadang utk ke ipts.Soalan 1 saya adalah pada pendapat cikgu kursus apakah yang sesuai yang mempunyai peluang pekerjaan yg luas?
Soalan 2 adakah benar belajar di ipts memerlukan kos yang banyak?

cikgu azhar said...

Salam,

mengapakah mahu berhenti berharap? harapan umpama roda yang menggerakkan impian kehidupan. uitm juga telah membuka pintu jika masih tidak berjaya dalam rayuan. baca 'posting' di blog ini tentangnya.

pembiayaan pengajian di ipts memang tinggi walaupun setelah beroleh ptptn, sama macam ke luar negara belanja sendiri. pilih kursus yang berbaloi dengan pengorbanan wang ringgit yang banyak.

jaminan kerja susah hendak dijangka justeru permintaan pasaran sentiasa mengalami perubahan. tugas pelajar pengajian tinggi ialah meningkatkan daya saing dari segi pencapaian pngk, kepimpinan, kemahiran insaniah, interpersonal dan bahasa.

ijazah asas umum dianggap setara, berbeza dengan ijazah ikhtisas seperti perakaunan, undang-undang, perubatan, kejuruteraan dan lain-lain.

Wallahu a'lam...

August 14, 2013 at 7:

Azham said...

Assalamualaikum cikgu. Boleh terangkan tak mrngenai Ijazah Sains Politik dan peluang pekerjaannya?

cikgu azhar said...

W.salam

DiUKM, program sains politik ditawarkan di bawah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi. Maka, pembelajaran secara bersepadu (multidisiplin) diperkenalkan sejak tahun 2001. Senarai kursus, kelebihan dan kekurangan pendekatan itu sila klik http://www.ukm.my/penerbit/akademika/ACROBATAKADEMIKA66/akademika66[06].pdf.

Peluang pekerjaan adalah setara dengan ijazah asas bukan ikhtisas yang lain. Tujuan asal ialah untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran membuat keputusan, kepimpinan, rundingan, hubungan diplomatik, analisis isu semasa dan penyelidikan.

Wallahu a'lam ...

Nurina Feeza said...

Salam cikgu..
Saya merupakan pelajar STPM 2011..pengajian am saya C-, subjek yang lain ok.. saya bercadang untuk mengambil STPM 2012, tapi kebetulan saya mendapat tawaran kerja sebagai PT P/O di jabatan kerajaan. Jadi sekarang, saya bercadang untuk mengambil STPM 2014..tapi saya nak ambil dua subjek saja iaitu PA dan Pengajian Perniagaan. muet saya band 2.
Persoalannya;
bolehkah saya menggabungkan keputusan STPM 2011 dan STPM 2014..macam mana nak tahu hasil gabungannya ya cikgu??..
STPM 2011 :
Pengajian am: C-
Bahasa melayu : B-
Sejarah : B
Pengajian perniagaan : C+
Target untuk STPM 2014 :
PA : B
PP : B
bolehkah saya tahu apa hasilnya?..
kursus apa yang saya boleh pohon di UPU jika menggabungkan keputusan seperti ini?..
-terima kasih-

Anonymous said...

Salam ckgu. sy lepasan asasi uitm. alhamdullilah sy dpt twran optometri di ukm. dan skrng sy keliru sgt xtahu nk pilih yg mna selepas sy dpt tawaran doctor of medicine di ipts. sy ingin minta pandangan cikgu yg mna lebih baik utk masa depan dan peluang pekerjaan. tolong ye cikgu. terima kasih.

cikgu azhar said...

Salam

EyzA LoVe,

Tahniah kerana berjaya mendapat kerja. Bukan mudah. Cuba mohon pengajian separuh masa, misalnya UKM, UUM di kampus Kuala Lumpur. Kuliah 6-10 malam beberapa hari sahaja dalam seminggu. Jika berjaya tidak perlu ambil STPM lagi.

Kecuali Muet, tiada masalah gabung gred STPM terbaik. Muet hanya sah untuk tempoh 3 tahun sahaja.

Pengalaman kerja akan diambil kira dalam permohonan ipta.

Anony Aug 20,

Tahniah dapat tawaran kursus kritikal (optometri) di sebuah RU. Belum banyak optometris di Malaysia, prospek kerjaya masih cerah. Elok masuk UKM dahulu, jika kurang serasi baharu ke ipts (MBBS, MD). Allianz, MSU, Mahsa, UniKL @ Masterskill?

Namun, keputusan akhir di tangan sdra/i. Orang lain hanya boleh memberi pendapat.

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

salam cikgu, saya calon spm tahun ni. saya mempunyai perancangan rapi utk lanjutkan study lepasni. matriks menjadi pilihan pertama. jika tiada rezeki, insyaAllah saya akan menyambung f6 shj.
saya amat berminat dgn course kerja khidmat sosial. tetapi tidak byk U yg tawarkan course ni. U yg ada course ni : usm, ukm, uum, usm, unimas. dan baru2 ni juga, bapa saya baru mendapat taraf warganegara m'sia (sebelum ni penduduk tetap)

Persoalan saya :
1. berapakah pointer dan band MUET utk melayakkan saya masuk course ni nanti?
2. U manakah yg kurang persaingan dlm course ni agar saya mempunyai peluang cerah utk masuk nanti?
3. Mengenai taraf warganegara bapa saya yg baru ni, adakah saya layak masuk unimas/ums utk degree nanti? (U ni letakkan syarat hanya bumiputera je layak masuk)

TQ cikgu :)

Anonymous said...

assalam cikgu, saya pelajar lepasan diploma di university swasta dan bercadang untuk melanjutka degree di university yang sama dgn memohon npinjaman Mara. saya inin tahu adakah prmohonan saya akan diambil kira berdasarkan keptusan spm atau keputusan akhir diploma?

cikgu azhar said...

Salam

Anony Aug 23:

Syarat am hanya 2.0, tetapi senang cakap elok 3.2 dan ke atas untuk ambilan pertama (sebelum rayuan). Muet kalau boleh minimum band 3 supaya tidak perlu mengulang lagi untuk memenuhi syarat pengijazahan.

Bukankah selain UiTM, ipta lain terbuka bukan sahaja untuk rakyat Malaysia, bahkan pelajar asing?

Alhamdulillah bapa sudah dapat taraf warganegara. Jadi, tiada masalah untuk beroleh kemudahan pembiayaan pengajian dan syarat lain.

Anony aug 24:

Bergantung kepada syarat khusus pengajianyang dipohon. lazimnya keputusan diploma menjadi merit utama. keputusan spm mungkin memberi kelebihan tambahan seperti kepujian matematik tambahan dan bahasa inggeris,

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

Aassalamualaikum,cikgu
ada tak universiti yang membuat ambilan kedua untuk ijazah sarjana?
Terima kasih.

cikgu azhar said...

W.salam

Mod A (penyelidikan sepenuhnya) ditawarkan oleh USM, Upsi dan beberapa uni. komprehensif lain, bergantung kepada bidang pengajian, dibuka sepanjang tahun. Boleh terus berjumpa terus dengan pensyarah yang bakal menjadi penyelia disertasi di kampus yang berkenaan.

Mod B (campuran kerja kursus, disertasi) ditawarkan di kebanyakan uni. dibuka pada setiap semester pengajian. Demikian juga mod C (kerja kursus + laporan penyelidikan).

Jumlah jam kredit pengajian sarjana = 36 unit, melainkan kaunseling 42 unit dan beberapa bidang pengajian yang memerlukan praktikum / penempatan industri.

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

Assalammualaikum ckgu... sy lpasan stpm ulangan adkah sy akn mndpt tempt di ipta.. pointer sy Alhamdulillah brjaya mencecah 3.08 & sy mmpunyai pengalamn mengajar skolah rendah slama 2 thun akn ttp sy ade mmbuat prmohonan upu utk thun ini dn sy tdak mndpat tmpt ke ipta.. jesteru sy mmbuat ryuan adkah sy mndpt tmpt di ipta ckgu..? sy calon stpm 2011 n 2012

Anonymous said...

Salam.. sy mmpunyai crita yg hmpir srupa dgn anony diats adkh sy lyak ke ipta dgn kputusn ini bm(b-) Sej(b) Sstera (a) dan p.a sy mmbuat ulangn dn mndpt b- muet sy band 3 sy juga mmbuat ryun mlalui upu

anonymous said...

salam cikgu azhar,sy ialah seorang pekerja,baru2 ni sy ade apply part time study utk dip mechanical engineering.sy mendapat tawaran utk blajar di politeknik dan utm..yg mane saya ptut plih?rmai kwn yg suggest better utm..

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu. saya pelajar diploma jurusan bisnes. saya masih tidak mempunyai pilihan untuk degree. bagi student bisnes. jurusan ape je yang kami boleh amek degree nanti ?

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu...sya mrupakan pelajar dari kolej swasta..sya lulus dengan baik dalam jurusan diploma penjagaan kesihatan.tpi saya ingin mnruskan pgjian saya ke pringkat degree di universiti krajaan pula dalam jurusan human resources.universiti mana kah yang sesuai untuk saya ? saya harap cikgu dapat membantu..terima kasih..

cikgu azhar said...

Salam

Maaf kerana lambat respons

Anony aug 30, 7:46 / 7:59

Jika R U, kursus rebutan 3.5 +, uni. komprehensif 3.2 +. namun, rezeki dan tuah tiada siapa dapat menjangka.
didoakan berjaya hendaknya, amin.

anony sep 1: pendapat kawan sdra ada benarnya. UTM ialah R U, manakala politeknik ialah institusi tinggi vokasional.

anony sep 3: kebanyakan ijazah pertama boleh, misalnya BBA (banyak bidang: kewangan, pemasaran, pengurusan, perakaunan), LL.B (undang-undang), pentadbiran, sains politik dan banyak lagi.

anony sep 4: kebanyakanRU dan uni. komprehensif menawarkan pengajian hrd. jika berkaitan keusahawanan: UMK, umum: UKM, UM, UPM, USM, UTM, UUM, UMS, UiTM. mana-mana satu pun o k.

Wallahu a'lam ...

umaira said...

assalamualaikum cikgu..
sy nk minta pendapat..sekarang nie sy tgh study course electrical engineering di uitm nak masuk tahun ke 2...
baru2 ni sy ada apply upu course pendidikan uthm...Alhamdulillah sy dpt tawaran pendidikan tu..tapi sy dilema utk memilih sama ada uthm or uitm...cikgu rasa yg lg bagus demi masa depan dr segi pekerjaan?

cikgu azhar said...

W.salam

Berdasarkan pelan pembangunan pendidikan (PPPM) hanya 30 peratus siswazah pendidikan terbaik bakal diserapkan di sekolah. Maka, kalau memilih uthm, pastikan pencapaian pngk 3.8 ke atas bagi setiap semester. Pilihan lain ialah melanjutkan pengajian ijazah tinggi (sarjana, Ph.D) dan kelayakan ikhtisas Ir. Maknanya terus di uitm dan catat pngk terbaik, kemudian sambung M.Sc @ M.Eng, dapatkan Ir. dan mohon jadi pensyarah di mana-mana institusi (termasuk politeknik, ILP, IKM, IKBN, dll)

Selamat memilih dan semoga berjaya, amin ...

Anonymous said...

Cikgu, sy nak tnya, boleh ke pelajar aliran sastera menjadi guru?

cikgu azhar said...

Salam,

Boleh, bergantung kepada opsyen mata pelajaran dan unjuran permintaan guru.

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

Salam..cikgu, ada link biasiswa KPM utk bidang ijazah pendidikan?

Anonymous said...

salam
bole ckg senaraikan u yg buat 2nd intake bg tahun 2013/2014
terima kasih..

cikgu azhar said...

Salam.

anony sep 13: terus ke moe.gov.my
(bahagian biasiswa)

anony sep 15: uitm, uum dan program kemasukan khas di ipta lain. kena layari portal rasmi uni. berkenaan dari masa ke masa.

wallahu a'lam ...

rat said...

salam cikgu,,, saya pelajar diploma sains, tetapi sebelum ni saya amik stpm, saya amik diploma sebab stp dapat 2p je utk p.am dan bio...nak tanya, nati mase saya apply UPU utk further degree, bleh x saya sertakan sekali sijil stpm saya atau lebih baik tdk perlu, saya bminat utk sambung veterinar, pertanian atau biologi,,,pngk saye ckup2 makan je nak apply veterinar.. 3.5++..minta pndapat ckgu,,tq

rat said...

lupa nak gtau,,sya bminat nak amik veterinar kat UMK,ptanian UPM atau biologi UKM...

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu,
saya bertanya apakah peluang pekerjaan bagi lulusan ijazah sains pentadbiran?
Terima kasih

Unknown said...

Assalam cikgu,

Anak sedara saya berminat menjadi jurubahasa/pegawai diplomatik sebagai kerjayanya, kursus apakah yang sesuai di ipta yang boleh diikutinya ?

Anonymous said...

Salam cikgu,

Saya lepasan spm tahun lepas, alhamdulillah diterima masuk ke uitm time intake pertama dengan asasi undang-undang. Berlainan dengan rakan saya, dia maseh tidak pasti akan subjek apa yg hendak diambil, yang dia pasti ialah dia minat geografi. Course yang macam mana spatut nya dia ambil di ipta atau ipts awam di malaysia? Dan ipta mna yang ada?
Thank you, cikgu.

Anonymous said...

Salam cikgu,

Saya lepasan spm tahun lepas, alhamdulillah diterima masuk ke uitm time intake pertama dengan asasi undang-undang. Berlainan dengan rakan saya, dia maseh tidak pasti akan subjek apa yg hendak diambil, yang dia pasti ialah dia minat geografi. Course yang macam mana spatut nya dia ambil di ipta atau ipts awam di malaysia? Dan ipta mna yang ada?
Thank you, cikgu.

Anonymous said...

*ipta dan ipts di malaysia.

Anonymous said...

salam cikgu, saye ialah pelajar asasi sain pertanian upm sem 2, saye nk tanye adakah saya boleh sambung degree kat universiti lain. memandangkqn saya lihat kat upu , tiada kategori ntuk asasi upm. adakah kategori saya adalah kqtegori diploma dan setaraf?

cikgu azhar said...

Salam

rat: boleh disekalikan. kelayakan tertinggi dan berkaitan menjadi asas pertimbangan kemasukan, manakala stpm sebagai bonus pengalaman.

anony 8 Oct: pegawai tadbir dan diplomatik (ptd), pegawai awam yang lain, pensyarah, swasta. semuanya bergantung kepada pencapaian pngk, kemahiran insaniah, kepimpinan dan bahasa.

Tuan Nasir Wahab: fakulti bahasa dan linguistik UM atau fakulti bahasa moden UPM. pilihan kursus bahasa (termasuk bahasa asing) yang banyak.

anony 0ct 15: kursus geografi RU di bawah fakulti sastera dan kemanusiaan (UM, UKM, USM). Saingan tentu lebih sengit. Banyak kursus geografi lain (aplikasi) juga ditawarkan di u komprehensif.

anony oct 20: mengapa hendak ke u lain? asasi sains pertanian memang khusus untuk B.Agr.Sc (UPM). Namun, boleh sambung ijazah lanjutan di ipta lain dalam dan luar negara.
asasi setara dengan program persediaan u yang lain seperti stpm, matrikulasi dan A Level.

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

berape lame keputusan matrikulasi boleh diguna pakai?

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu Azhar...
saya dari diploma sains (matematik)dan pngk setakat nie iaitu 3.21, sekiranya saya ingin sambung ke peringkat ijazah apakah senarai kursus yang patut saya pilih yang berkaitan pengajian saya ini? universiti manakah yang cikgu syorkan kepada saya ? dan bolehkah seandainya saya memohon ijazah pendidikan dengan pngk saya setakat 3.21

terima kasih =)

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu Azhar...
saya dari diploma sains (matematik)dan pngk setakat nie iaitu 3.21, sekiranya saya ingin sambung ke peringkat ijazah apakah senarai kursus yang patut saya pilih yang berkaitan pengajian saya ini? universiti manakah yang cikgu syorkan kepada saya ? dan bolehkah seandainya saya memohon ijazah pendidikan dengan pngk saya setakat 3.21

terima kasih =)

Anonymous said...

salam ckgu
sya bertanya apakah prospek kerjaya bg lulusan ijazah sarjan muda sains sukan (psikologi sukan)upsi?

cikgu azhar said...

Salam,

anony oct 29, 7:45

setakat ini hanya muet yang mempunyai tempoh laku 3 tahun

anony 7:58; 8:04

Mohon u komprehensif, uitm.kursus berkaitan math, statistik dan kuantitatif (ekonomi, perniagaan). kursus pendidikan sukar sedikit untuk ipta (3.5 +), tetapi boleh letak sebagai bukan pilihan pertama.

anony oct 31

sebarang jawatan am (pentadbiran, pengurusan) di sektor awam, swasta termasuk ptd (pngk 3.6 +), pensyarah, jurulatih kecergasan, dll (fisioterapi, ahli psikologi sukan), bergantung kepada pengkhususan utama pengajaian sdra/i.

Wallahu a'lam ...

faiz said...

cg..saya pelajar stpm yang mendapat c+ dalam subjek ekonomi dan B+ dalam pengajian am..keputusan keseluruhan cgpa saya adalah 2.5 berpeluangkah saya untuk menyambung pelajaran di ipta seperti ukm dan uum?

faiz555 said...

salam cg..saya mendapat cgpa 2.5 dalam stpm baru2 ini.saya ingin menyambung ke ipta seperti ukm dan uum.saya juga berhajat untuk menyambung dalam kursus ekonomi walaupun saya mendapat c+ dalam ekonomi dan B+ dalam pengajian am.berpeluangkah saya?

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu azhar.
Sy pelajar lepsn spm 2013. Bru shja tamat smlm. Sy sbnrnya dh ad prncgn iaitu sy nk ambil kos perundangn di UIA ttpi mama n abg sy xksi sy smbung bljr di stu meeka risau dgn keadaan yg brlku d situ. Mama suruh sy ambil kos fakulti pendidikan di upsi. Layak or bolehkah sy mohon di upsi utk ambil bidang fakulti pendidikan slps result d umumkan thun dpn? Wlaupun smsa sy fom4 &5 sy ambil m.pljaran elektif sastera, ekonomi asas , pendidikan seni visual, n perdagangan. Sy harap cikgu boleh bagi pendapat cikgu krna cikgu lbih arif.trima kasih.

Anonymous said...

Cikgu? Blslah cpat.

c said...

Salam,

memang ada kursus pendidikan peringkat diploma untuk lepasan spm, misalnya bahasa inggeris.

cuba lihat senarai penuh di portal rasmi upsi.

apa masalah dengan uiam?

maaflah kerana lewat respons, semingu dua ini kurang menghadap komputer, banyak tugas rasmi di luar ipoh.

Wallahu a'lam ...

Chenta Syahiera said...

Saya ada tinggalkan mesej pada akaun facebook cikgu pagi tadi. Terima kasih.

farhanafarid14 said...

Salam, cikgu.. boleh cikgu terangkan tentang degree dalam linguistic dgn lebih lanjut? Tentang universiti mana yang mempunyai course tersebut dan requirement yang diperlukan.. seperti cgpa dalam asasi dan band untuk muet .
:)

cikgu azhar said...

Salam

Linguistik bidang pengajian yang sangat luas. Misalnya kajian epistemologi (sejarah imu), psikolinguistik, sosiolinguistik, terapi linguistik dan banyak lagi. Pendek kata, pengajian linguistik menyediakan calon siswazah dengan teori dan aplikasi bahasa dalam persekitaran terkini.

Semua RU, kecuali UTM, menawarkan pengkhususan linguistik. Sebaik-baiknya dapat pngk 3.5 + dan muet minimum band 3. Namun, bagi kursus bahasa asing < 3.0 masih boleh cuba.

Wallahu a'lam ...

farhanafarid14 said...

Maksud cikgu.. hampir semua u menawarkan linguistik? Em. Bagi bahasa asing (bahasa jerman), u apa sahaja yang tawarkan? Terima kasih cikgu kerana sudi berkongsi :)

cikgu azhar said...

semua RU kecuali UTM. maksudnya UKM, UM, UPM, USM. selain itu, upsi. bahasa jerman di UM.

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

Assalam. Sy nak tanya, universiti mana lg yg mnwarkan bidang pndidikan selain usm dah upsi ? Trima ksih cikgu

Unknown said...

salam cikgu ..saya ingin bertanya..adakah tawaran sarjana muda sastera (sejarah) dapat melayakkan saya untuk menjadi seorang guru?

cikgu azhar said...

Salam

boleh, tertakluk kepada keperluan norma perjawatan dan kekosongan tempat. pilihan lain ialah sambung ijazah tinggi dan mohon skim tenaga akademik (pensyarah) ipta.

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

salam.sye lepasan spm thun 2013. sye mengambil aliran sains tulen .saya amat meminati tentang geografi sbb sye amat berminat mengetahui tentang bumi dan alam sekitar.tp saya tak tahu dan takreti nak lengkapkan permohonan upu yg berkaitan dgn minat saye ni.mungkin ckgu boleh
bantu saya.misalnya bidang ape dan program ape yg patut sye isikan.

cikgu azhar said...

Salam,

Bidang paling dekat dengan geografi di bawah pengajian sains tulen ialah geologi, astronomi dan kejuruteraan alam sekitar.

Maka, boleh mohon matrikulasi @ asasi sains: bidang sains fizikal dan gunaan.

kursus geologi ditawarkan di UKM, UM dan beberapa buah universiti komprehensif.

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

salam cikgu...saye nak mintk pendapat ckgu...saye bakal tamatkan matrikulasi...saye berminat untuk sambung degree mikrobiologi...pointer saya cuma 3.27..boleh ke saye dapat degree mikrobiologi dengan result tu

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu
alhamdulilah sya dpt sambung ke upsi ambilan feb tp ia bknlah kursus edu.
bole ke kalau sya tuka kursus bkn pendidikan ke kursus pendidikan selepas tamat sem 1 nnti?
apakah prospek kerjaya reka bentuk(animasi)?
thanks..

cikgu azhar said...

Salam

Anon Jan 26:

Tahniah, insya-Allah boleh. Cuma RU saingan sengit. U komprehensif seperti UiTM, UMT @ Unimas lebih cerah.

Selamat memohon ...

Anon Jan 28:

Lebih baik buat sasaran jadi pensyarah. Buat sementara waktu, pengisian jawatan guru sekolah agak tepu.

Bidang pengajian yang menitikberatkan inovasi, insya-Allah memiliki prospek yang cerah.

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

salam cikgu, saya yaya. sy trjumpa blog cikgu jadi minta pendapat dari cikgu sbb sblum ni sy xthu nk rujuk siapa, sy mohon utk sambung peljrn di USM. jadi bidang yg d pilih ni y mna cikgu rsa trbaik dgn faktor prsekitaran kerja y sukar skrg. 1-ijazah sarjana muda pengurusan kewangan, 2-pengurusan pemasaran, 3-pengurusan organisasi.
help me cikgu, sy buntu

cikgu azhar said...

Salam yaya,

semua bidang yang dinyatakan menarik. pengurusan kewangan jika ditambah dengan kelayakan ikhtisas perancang kewangan (chartered financial planner, UK) memiliki prospek yang cerah, hampir setara dengan akauntan bertauliah (ACCA, MACPA, CA) dan setiausaha bertauliah (chartered secretary).

kursus 2, 3 juga o k dengan syarat jangan berhenti setakat ijazah asas. sambung kelayakan ikhtisas @ ijazah tinggi.

Wallahu a'lam ...

Unknown said...

Assalamualaikum cikgu,saya ain.Saya ingin meminta pendapat dan pandangan cikgu di mana saya mendapat dua tawaran sesi second intake iaitu sarjana muda kepujian biologi di uitm selama 3tahun dan ismp sains pertanian di upsi(open market)selama 4tahun.Pada pendapat cikgu yang mana satukah lebih byk kelebihan ataupun lebih cerah peluang pekerjaan.Tq.

Unknown said...

Salam cikgu. Saya pelajar matrikulasi(perakaunan) dan sem 1 satu saya cuma dapat pointer 3.37. Saya ta tahu na amek kos apa di universiti nnty. Bole dapat ke kalo saya na amek kos perakaunan juga walaupun pointer saya rendah? Dan kalau saya na amek pengurusan harta tanah, ramai persaingan tak dan layak ke? Saya harap sangat cikgu dapat mmbantu saya buat keputusan.

cikgu azhar said...

W.salam

azzura karim @ ain:
bab peluang kerja sukar untuk dijangka dengan tepat. belajar dahulu dan capai keputusan (pngk)tertinggi, insya-Allah rezeki tetap ada. sambung belajar hingga ke peringkat tertinggi. jika sukar memilih, istikharah jalan terbaik. wallahu a'lam ...

Qurratu Aini:
Insya-Allah boleh, tetapi di uni. komprehensif seperti UMS, UiTM, dll. 3.37 tu masih tinggi, tahniah. Semoga berjaya, amin ...

Anonymous said...

cikgu kalo sy dpt sem 1 pngk 2.89, sy lepasn matrikulasi bleh ke sy memohon bioteknologi industri di mne2.adkh saingannye sengit??

Unknown said...

Ok cikgu,terima kasih atas nasihat yang diberikan..insyaAllah..

cikgu azhar said...

anony feb 4:

tiada siapa pun tahu ketentuan rezeki oleh-Nya.

kalau ikut adatnya, RU kena dapat 3.6 +, uni. komprehensif pngk selamat 3.0 +

namun, ada juga 2.4 + diterima masuk.

maka, cuba tetap cuba, moga berjaya hendaknya. amin ...

Abdullah said...

salam cikgu
sya lepasan stpm dan dpt pointer 2.50 p.a B,geo C+,sejrah B dan ekonmi C-..sya telah mencuba mohon uitm utk second intake tetpi xberjya so.skrg sya nk wt rayuan uitm utk second intake..kursus apakh yg layak utk sya plih permohonan rayuan tersebut ???

Unknown said...

Salam cg...

sy pelajar lepasan SPM 2013...
dan saya berminat dengan jurusan senibina...
pada pendapat cg...universiti mana yang menawarkan kursus seni bina yang terbaik di Malaysia...adakah uitm...utm or sebagainya..
dan juga
universiti luar negara contohnya d UK..yg menawarkan kursus seni bina yang terbaik dan di iktiraf oleh lembaga arkitek malaysia..
sekian terima kasih...

Anonymous said...

slm cikgu azhar, sy merupakan pelajar lepasan stpm 2013. sy mengambil subjek p.am, kmk, sej dan geografi. boleh kah ckgu senaraikan peluang pekerjaan bg geografi ? sy amat berminat dengan sub geografi dimana ianya berkaitan dgn alam sekitar.

Anonymous said...

soalan kedua, apakah kos yg sesuai utk sy mohon berkaitan dgn geografi ?

Διɛи Ғʏℓα said...

salam..sy pelajar jurusan diploma akaun dan selepas habis diploma,sy memutuskan utk tidak sambung ijazah dlm bidang yg sama dan sy dpt tawaran ijazah kewangan..adkah btl tindakan yg sy ambik ni?

Anonymous said...

Assalam ckgu..sya lpasan stpm modul baharu 2012/2013 mndpat kputusan penggal 1,2,3 ialah 2.92, 3.33, 3.34..mgmbil sbjek p.am sej eko dan p.prniagaan ...Universti mna ka yg sesuai sya Mohon dlm mgsi upu..

cikgu azhar said...

salam semua,

Abdullah: kalau berhampira kampus induk UITM Shah Alam, buat janji temu dengan Naib Canselor, Prof. Sahol. Paling kurang boleh bertemu penolong pendaftar kursus / fakulti yang dipohon

Mohd. Faeez: UiTM, UTM paling awal menawarkan kursus seni bina. UM, UIAM, dll menyusul kemudian. semua setara dan diiktiraf oleh Lembaga Arkitek. Hampir semua uni. di UK, Australia dan NZ mendapat pengiktirafan di Malaysia, kecuali 'ranking' uni. boleh turun naik.

Anony Feb 8: Geografi termasuk dalam dalam kategori bukan ikhtisas. Maka, peluang pekerjaan bersifat terbuka macam ijazah umum yang lain. Contoh: ptd, penguasa penjara, kastam, imigresen, pegawai polis, tentera, pensyarah, dll. Mohon ke fakulti sastera dan sains sosial (UM, UKM) @ pusat pengajian ilmu kemanusiaan, USM.

Aien Fyla: Tiada masalah. Lebih baik kalau nanti ambil kelayakan perancang kewangan (chartered financial planner, UK)

Anony Feb 10: kiranya 3.2+ lah. Tahniah. Semua u boleh mohon, rasanya akan lekat uni. komprehensif, kecuali kursus tertentu di RU. Tahniah.

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu.. sy nak tanye.. mcm sekarang ni, borg upu bagi lepasan stpm menawarkan 12 tmpt kosong untuk universiti.. jadi, apabila keputusan upu keluar, adakah kita berpeluang untuk menerima lebih daripada satu tawaran ?

Anonymous said...

salam cikgu. .saye dapt 3.2 pointer di matrikulasi...boleh ke saye mohon ijazah kejururawatan uitm

Anonymous said...

Assalamualaikum, cikgu. Sy aisyah dan juga pelajar STPM 2014. Sy mengambil subjek pengajian am, bm, usuluddin dan pengajian perniagaan. Boleh cikgu bgtau course apa yg boleh sy smbung di universiti nnt?

Anonymous said...

Cikgu, saya baru lepas dapat result dan result stpm saya cukup2 makan. Saya nak apply japanese linguistic di um, peluang utk saya dpt tu mcmana ye? Saya minat sgt kos tu.

Anonymous said...

Cikgu, saya baru lepas dpt result dan result stpm saya cukup2 makan. Saya nk apply kos japanese linguistic kt um. Peluang utk saya dapat tu macammana ye? Saya sgt minat bahasa jepun.

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu.. sy merupakan salah seorang lepasan stpm ..sy mendapat pointer lebih kurang 3.2..adakah saya layak untuk memohon universiti seperti um, ukm, upm, uiam, dan utm ?

cikgu azhar said...

W.salam

Anony, feb 14: Ya, boleh dapat lebih dp satu tawaran, sebab semua RU diberi autonomi untuk pengambilan pelajaran. U. komprehensif biasanya dapat satu sahaja.

Anony feb 15: Insya-Allah boleh mohon. Doa banyak-banyak moga rezeki berpihak kepada sdra/i. bab persaingan sukar untuk diagak kerana setiap tahun berbeza.

Aisyah: semua kursus (umum) di fakulti sastera, sains sosial, serta pengajian perniagaan.

Anony feb 18: bahasa jepun saingan sengit sedikit kerana ada asasi bahasa jepun di UM. Cuba bahasa Jerman, Itali, dll. Sebelum temu duga kena buat persiapan rapi ...

Anony feb 20: Tahniah 3.2 stpm. boleh mohon, tetapi mesti 'spare' u komprehensif juga. Insya-Allah sdra/i bakal bergelajar mahasiswa dengan pencapaian sebaik itu.

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

Salam cikgu. Saya nak bertanya, sekiranya saya mendapat keputusan kurang daripada 2 pointer untuk lepasan stpm bidang sains, adakah saya berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti? Saya harap, cikgu dapat memberikan respon secepat yang mungkin. Terima kasih atas maklum balas cikgu. Semoga cikgu sentiasa di rahmati Allah. ^^

Anonymous said...

Salam cikgu. saya ingin bertanya. Sekiranya saya mendapat keputusan Stpm kurang dari 2 pointer untuk bidang sains, bolehkah saya melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah? Bagi pengajian am saya mendapat gred B. Terima kasih atas maklum balas cikgu.

cikgu azhar said...

Salam,

cuba UiTM, termasuk diploma

Anonymous said...

salam ckgu..sy pelajar lepasan stpm aliran sastera berpluangkah sy utk melanjutkan pljaran dalam bidang binaan bangunan di peringkat ijazah.. tambahan pula sy menduduki spmv dlm aliran binaan bangunan..

NoreliaHafizah said...

assalamualaikum cikgu..maaf mengganggu, nama saya elia..saya pelajar stpm 2013/2014
saya nak tanya, adakah lepasan stpm bleyh sambung degree di oversea ?adakah sijil stpm bleyh digunakan untuk permohonan nanti ?
kalau bleyh, macam mana saya nak mohon nanti ?

terima kasih ^_^

Anonymous said...

Salam cikgu, saya nak tanya, saya sekarang pelajar akhir diploma perakaunan uitm, tapi pointer saya sekarang cgpa 2.80. Saya memang dah tak boleh nak bawak akaun ni lagi, saya nak tukar jurusan perniagaan. Jadi peluang saya nak sambung penerapan untuk bulan september ni macam mana, sebab lecturer saya ckp course akaun ni priority dia dekat atas sekali.

cikgu azhar said...

Salam,

Anony March 4:
Bergantung kepada keputusan SPM(V) dalam mata pelajaran berkaitan dan syarat khas uni. dan fakulti. laluan lain ambil diploma dahulu sama ada di UiTM @ politeknik.

BudakKechikYangChumel @ elia:
Insya-Allah, boleh. STPM diterima di seluruh dunia. Permohonan atas talian terus sahaja ke portal rasmi uni. berkenaan. Sesetengah uni. di New Zealand sebagai contoh menjalankan temu duga menerusi telefon / skype, dll untuk proses kemasukan dan tajaan kewangan.

Anony March 7:
tahniah, 2.80 sudah cukup baik untuk perakaunan. Insya-Allah, boleh bawa untuk ijazah. pengalaman pelajar terdahulu menunjukkan 2.50 semasa diploma pun masih o k, kemudian dapat ijazah dan seterusnya chartered accountant dan berdaftar dengan institut akauntan Malaysia.

namun, kalau sudah nekad hendak tukar bidang pengajian, elok juga dapatkan pandangan ketiga daripada kaunselor, senior, pensyarah dan tentunya ibu bapa.

Wallahu a'lam ...

Unknown said...

assalam. cikgu, saya lpasan stpm 12/13. boleh tak saya duduk kertas math julai tahun nie , tetapi saya dah hantar upu. kos yang saya nak hanya memerlukan saya mendapat kepujian dalam spm sahaja.adakah pihak upu akan mendapat tahu keputusan math julai saya nanti sedangkan keputusan keluar dalam bulan 8. harap dapat membantu :)

Unknown said...

*kepujian dalam math spm sahaja

Anonymous said...

terima kasih ckgu..oleh tu, utk laluan stpm bidang apa yg layak selain pendidikan??? uni mnakah yg menyediakan tempat utk lepasan stpm dalam bidang binaan bangunan utk peringkat ijazah.

Anonymous said...

salam cikgu.. sy hafizah lepasan stpm 12/13 aliran sastera dan mendapat pointer 3.08,2.70,3.75 dlm penggal 1,2, n 3.. n mendapt muet band 2.jd apkah kursus yg sesuai utk sy ke peringkat ijazah selain drpd bidang pendidikan..

Anonymous said...

cikgu sy lepasan STPM 2012 dan baru ingin menyambung pengajian sy tahun ini dan ingin menyambung jurusan tesl.apa yang perlu saya lakukan?adakah saya harus menyambung ijazah dalam bidang tesl atau kembali kepada diploma?

cikgu azhar said...

Salam,

nursyahirah izzati Kamsidi,

Boleh ambil spmu matematik (Jun), keputusan bulan 9. Boleh digunakan untuk ambilan khas bulan Mac 2015.

Anony March 10,

UTM, UiTM, UM, UIAM, USM antaranya.

Hafizah,

kira-kira pngk 3.2 lah, pengesahan 19 Mac ini. Tahniah. RU sengit, kecuali untuk kursustertentu. Uni. komprehensif peluang sangat cerah, Insya-Allah.

Anony March 11,

Cuba dua-dua sekali, diploma dan ijazah. Sambil itu berdoa semoga rezeki memihak kepada sdra/i, amin ...

cikLah said...

salam n terima kasih atas respond cikgu..agak2 kursus apa yg membuka peluang kpd sy di uni. ckgu, blh ke sy bt pmohonan biasiswa jika hnya mendapat 3.2.. dan jika blh biasiswa apa yg blh pohon..

zizie said...

salam cikgu, saya sedang mengikuti kursus asasi sains uitm. keputusan sem 1 saya hanya 3.12... dan band 2 muet.. adakah saya layak untuk mengambil jurusan sains aktuari di ukm/um ???
tetapi , ayah saya mencadangkan saya agar mengambil kursus psikologi di ukm... dan adakah kedua-dua kursus itu mempunyai jaminan kerja di masa hadapan?? Mana satu yg lebih sesuai dan layak untuk saya.. thanks cikgu...

Anonymous said...

Salam... Saya merupakan pelajar tahun akhir dlm bachelor of science (it) . Saya amat bercita-cita untuk menjadi pensyarah@ pendidik sekolah menengah. Saya Akan Bercadang utk menyambung plajaran dalam master.

Soalan saya.. Perlukah saya menukar jurusan lain utk mengejar cita2 saya kerana saya terlihat Ada jurusan educational technology? Saya x pasti.. Sekiranya saya mengambil jurusan edu tech itu, apakah jaminan untuk saya menjadi pensyarah @ guru?

Terima kasih

cikgu azhar said...

Salam

cikLah: boleh cuba mana-mana kursus yang diminati, terutama bukan kritikal. biasiswa jpa, bank negara, glc untuk 4.o. namun, kalau semasa pengajian di u catat keputusan cemerlang (3.6 dan ke atas) mungkin boleh tukar ptptn kepada status biasiswa.

zizie: lebih baik di uitm sahaja sebab saingan RU sangat kuat. tidak salah mecuba mohon psikologi ukm, tetapi mesti ada 'back-up' kursus yang sama di uni. komprehensif. khidmat ahli psikologi memang luas, termasuk di hospital dan perkhidmatan kerajaan.

Anony Matrch 17: Pensyarah kena ada ijazah sarjana, Ph.D dalam bidang pengkhususan masing-masing. Guru sekolah pula dikehendaki menjalani latihan praperkhidmatan (diploma perguruan siswazah) untuk opsyen ikhtisas mata pelajaran.

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

Salam Encik...

Saya nak tny ttg Master in Educational Technologyy ? Encik Ada sebrg info ke?

TheQwertyuiop said...

Assalamualaikum cikgu. Keputusan STPM 2013 baru sahaja diumumkan dan saya mendapat CGPA 3.75 dengan MUET band 4. Saya sangat berminat untuk mengambil bidang undang-undang dan tidak begitu kisah sekiranya saya ditempatkan di mana-mana Universiti yang menawarkan kos undang-undang yang diiktiraf majlis peguam namun begitu saya tetap menyasarkan untuk memasuki fakulti Undang-undang UKM kerana sekiranya saya berjaya memasuki fakulti undang2 UKM saya akan belajar kursus sivil dan syariah berbanding dengan universiti lain seperti UM,UITM yg hanya menawarkan kursus sivil manakala UIAM pula perlu menambah setahun tempoh pengajian untuk melanjutkan pengajian dalam kursus syariah.

Soalan saya .
1.Apakah kelebihan sekiranya saya belajar kedua2 kursus sivil dan syariah ini?
2. Dengan CGPA yang saya dapat , adakah saya layak dan mempunyai peluang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang-bidang undang2?
3. Saya telah buat beberapa pembacaan dan pencarian maklumat berkenaan dengan prestasi Fakulti undang-undang di Malaysia. Dimana saya mendapati rata2 mengatakan prestasi fakulti undang-undang di UIAM Dan UITM adalah yang terbaik sejak beberapa tahun ini dan penguasaan bahasa inggeris mereka juga jauh lebih baik berbanding lulusan undang-undang lain. Persoalan saya , dalam pemilihan kursus melalui UPU . Apa yang wajar saya pertimbangkan, adakah prestasi fakulti undang2 tersebut tanpa mengira status Universiti samada RU atau komprehensif atau lebih baik jika saya meletakkan keutamaan pilihan kepada Universiti Penyelidikan berbanding Universiti Komprehensif
4. Saya tahu sekiranya saya mengambil kursus undang2 yang tidak diiktiraf oleh Majlis Peguam saya tidak boleh beramal sebagai peguam dan tidak dapat menjalani latihan dalam kamar, namun saya ingin bertanya selain menjadi peguam , apakah pekerjaan lain selain legal advisor yang berkaitan dengan bidang undang-
undang?
5. Sekiranya saya ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang perundangan , adakah saya layak dengan CGPA tersebut dan kebiasaannya negara manakah yang sesuai untuk belajar bidang perundangan?
6. Adakah saya layak mendapat mana-mana tajaan dan biasiswa dengan nilai cgpa tersebut?

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu.. saya IRA.. saya ingin menanyakan enam soalan kpd cikgu.. saya baru mendapat keputusan STPM semalam.. PNGK : 2.33 (P.A dpt C+ , BM dpt B- , SEJ dpt C dan PENGAJIAN PERNIAGAAN dpt C+ ) dan muet : band 1 .. soalan-soalan yg ingin saya tanya adalah:

Utk menjadi seorang guru,
1) Adakah saya boleh mengambil subjek BM di UPSI jika saya dpt masuk UPSI?

2) Apakah subjek lain yg boleh saya ambil berdasarkan keputusan gred matapelajaran saya itu ?

3) Bolehkah saya mengambil subjek moral walaupun saya lepasan STPM tapi tidak ada mengambil moral ?

4) Adakah saya layak utk masuk ke UPSI dengan hasil keputusan STPM (PNGK 2.33) dan muet band 1 ?

5) Adakah saya layak mohon U lain
selain UPSI ?

6) Universiti apa yg saya boleh mohon berdasarkan keputusan STPM dan muet saya itu?

Soalan tambahan:
Di UPSI , ada tak jurusan kaunseling? Saya pon mungkin nak jadi cikgu kaunseling.. adakah saya layak ?

Maaf byk soalan yg saya tanya.. harap cikgu bantu saya :( saya tgh buntu..

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu.. sy baru dpt keputusan stpm.. dan result sy ialah 3.08.. betul ke syarat untuk ukm minima 3.5 cikgu ? sbb sy teringin sgt hendak smbung belajar di ukm dlm course geografi.

Anonymous said...

selamat sejahtera cikgu.. saya student stpm dari smk saas kajang.. masa i apply upu ..i apply untuk linguistik bahasa tamil di um dan upsi sebab pointer saya dalam bahasa tamil adalah 3.67, pen am 3.00, bm 2.00, dan sej 2.33 so total cgpa aku dapat 2.75 shja.. so ade peluang untuk dapat tak cikgu.. ?? lagi nak tanye pilihan calon ke ipta perlu memenuhi syarat khas shaja atau syarat lain sebab i apply ikut e-panduan?? tq.

Anonymous said...

Salam cg. Sy bru dpt result stpm pd mggu lalu.sya xtahu nak apply apa. Harap cg dpt bntu sy. Terima kasih ;)

Anonymous said...

Salam cg. Sy baru terima result stpm. Sy xtau nak pilih u dan course ap. Harap cg dpt bntu. Terima kasih:)

Unknown said...

salam..
saya pelajar stpm penggal 2 2014.saya ambil hanya 4 matapelajaran, bm+pam+sj+syariah.
saya berminat untuk memilih bidang kerjaya sbg kaunselor. boleh cikgu terangkan berapa pointer yang perlu saya target? dan saya boleh pilih bidang apa dan universiti mana yang menawarkan jurusan terbabit?

Anonymous said...

Assalammualikum cikgu.. saya nak bertya.. saya lepasan diploma perakaunan cgpa 3.11, saya berminat utk msuk ke bdg pendidkan dan utk upu saya nk ltk semua dlm bdg pendidikan (kaunseling)adakah sy layak? dan berapakah tempoh masa dlm bdg pendidkan.. terima kasih cikgu

cikgu azhar said...

W.salam,

Anony mac 18: M.Ed (Tech) ditawarkan di UKM, UTM, UPM, USM, Upsi; M.Ed (Instructional tech) ditawarkan di UM. Nama ijazah lain, tetapi bidang pengajian sama

TheQuertyouip: tahniah, keputusan sangat cemerlang. semua fakluti undang2 ada kelebihan tersendiri, misalnya ukm ada MOU dengan Cambridge, boleh sambung sarjana undang-undang (LL.M) dan doktor undang-undang (LL.D) di sana.

Jika lulusan undang-undang konvensional (LL.B) ingin praktis syarie, boleh ikut kursus sambilan dip. amalan syarie di UiTM ketika sudah bergelar peguam, tidak semestinya uiam sahaja.

ke luar negara: uni. di UK dan australia. biasaiswa jpa untuk pngk 4.0; cuba mohon biasiswa uni. di australia, u k, sebab ada U yang memperuntukkan sejumlah biasiswa untuk pelajar asing. layari portal mereka.

pekerjaan lain: pensyarah undang2 (kena ada LL.M dan/atau sijil amalan guaman advocate & solicitor); guru, pegawai tadbir dan diplomatik, pengurusan swasta) dan banyak lagi

IRA: kelayakan minimum 2.0, mqasalahnya ialah persaingan. cuba juga UiTM. cuba mana-mana kursus, termasuk pengajian bahasa asing di fakulti linguistik UM (b. itali, jerman). Muet band 3 syarat pengijazahan, untuk mohon tidak mengapa band 1 (uni. tertentu)

student saas kajang: sudah mohon, kena doa dan pasrah. elok juga terus ke kampus UM Lembah Pantai (jabatan pengajian tamil, fakulti sastera dan sains sosial), sebelah perpustakaan utama UM, jumpa terus dengan dekan / penolong pendaftar di situ.

Ally Fardetta: e-mel (ibnurodzi@gmail.com) ubtuk perincian

Nuraisyah: ijazah kaunseling: UM, UPM, UIAM, Upsi; pngk 3.6 dan ke atas

Anony Mac 25: biasanya 3 tahun. memang layak, tetapi tertakluk kepada persaingan. jika berdekatan kampus uni. berkenaan, elok terus berjumpa penolong pendaftar di fakulti yang berkenaan.

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

As salam cikgu, saya pelajar stpm 2013, baru ni rsult da kluar dan sya mndapat 2.50 shaja.. pengajian Am sya dpat B dan pengajian perniagaan dpat C.. adakah lyak untk pohon ipta?

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu, saya lpasan spm2013, saya berminat untuk mengambil aliran perubatan tetapi kputusan spm tidak memuaskan, jadi saya b'fikir untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 dlm aliran sains. Brapa pointer yg melayakkan saya untuk masuk dlm jurusan perubatan di U nanti. Atau adakah saya patut mengambil jurusan kejuruteraan. Mohon pendapat dari Ckgu.

cikgu azhar said...

W.salam

Anony Mac 29: 10.11
Kelayakan minimum 2.00, jadi cuba sahaja, terutama UiTM, Unimap )pengurusan kejuruteraan). bekas pelajar cikgu (<2.5) berjaya ke sana panggilan kedua.

selamat mencuba dan moga berjaya, amin ...

Anony 1:04
kursus kritikal: perubatan, pergigian 4.0, farmasi 3.9, kejuruteraan 3.8 (untuk RU), u. komprehensif mungkin rendah sedikit. ipts (UniKL, MSU, Taylor, Mahsa, Masterskill) boleh bincang dengan perunding uni. terbabit.
yang penting kombinasi mata pelajaran mesti termasuk kimia & biologi.

Wallahu a'lam ...

TheQwertyuiop said...

Assalamualaikum cikgu. saya ada soalan berkenaan kos yang baru ditawarkan di UUM iaitu ijazah sarjana muda falsafah, undang-undang dan perniagaan dengan kepujian. Kursus ini kononnya bersifat elit. Jika tidak keberatan boleh cikgu beri maklumat berkenaan kursus ini? adakah undang-undang yang dimaksudkan dalam kursus tersebut menjurus ke arah L.L.B yang membolehkan graduan menjadi pengamal undang-undang seperti peguam?

cikgu azhar said...

W.salam TheQwertyuiop,

Program ijazah BPLB (Hons) ditawarkan di sekolah undang-undang UUM, tetapi bukan menjurus kepada LL.B (Hons). Kursus undang-udang hanya sebahagian komponen pengajian yang bertujuan melengkapkan calon prasiswazah dengan persekitaran organisasi masa hadapan. Klik http://sol.uum.edu.my/index.php/programme/undergraduate-program/program-offered/20-undergraduate-program/67-prospects-bplb untuk perinciannya.

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

salam sejahtera cikgu, saya pelajar lepasan stpm aliran sains dengan keputusan 3.0, adakah saya berpeluang mendapat kursus farmasi, dietetic atau fisioterapi?

Anonymous said...

Salam tuan, saya berminat mengambil pengurusan perniagaan di u, masalahnya, saya pelajar sains tulen. Adakah layak untuk mengambil kursus ini?
Soalan 2, manakah u yang terkenal dengan kursus pengurusan perniagaan? terima kasih

cikgu azhar said...

Salam,

Anony Apr 3, 5:58
kursus farmasi termasuk kategori kritikal, biasanya perlukan 3.8 - 4.0. Kalau hendak juga kena ke ipts.
Pemakanan, pemulihan anggota, radiografi ditawarkan di uni . komprehensif seperti UMT, boleh cuba.

Anony 4:22,
Lebih baik ambil sarjana muda sains terlebih dahulu, perniagaan boleh ambil di peringkat ijazah tinggi (MBA).

Wallahu a'lam ...

Atieqah_nuriz said...

salam.
saya pelajar tahun 1 di UKM. sekarang sy terpaksa menuntut di Sains Bioperubatan atas kehendak keluarga dan keputusan exam tersangat lah teruk (2.50). Baru-baru ni saya telah memohon pertukaran ke Kejuruteraan Kimia kerana saya amat meminati bidang ini berbanding bidang perubatan dan biologi.
Masalah yg dihadapi oleh sy skrang ni, kadang2 saya berasa kejuruteraan kimia sangat susah dan saya bimbang sekiranya saya tidak dapat survive dlm bidang ini. kadang2 saya merasakan bioperubatan ni agak senang sedikit tp saya tak suka kursus yg lbih kepada pembacaan seperti biologi. Dan penyakit sy yg paling parah saya tak dapat bezakan sel2 tisu di bawah mikroskop serta perbezaan subjek anatomy dan fisiologi kerana kedua2 subjek ini hampir serupa. walaupun benda tersebut asas sahaja.
oleh itu saya meminta pendapat DR. utk sebab pertukaran option ini.
terima kasih.

Anonymous said...

Apa yang boleh saya jadi selepas tamat pengajian ijazah muda sastera bahasa perancis di um??? Bolehkah saya menjadi guru di sekolah menegah yang menawar mata pelajaran perancis?

cikgu azhar said...

Salam,

Atieqah nuriz,

telah dijawab menerusi e-mel

Anony:

ijazah asas bukan ikhtisas bersifat 'open market', maksudnya setara dengan ijazah lain. semua jawatan awam, swasta boleh cuba, termasuk guru bahasa peranchis ...

Wallahu a'lam.

Anonymous said...

As salam.. cikgu sya nk tya pdpt cikgu...sy dpt tmuduga pend.sas dekat usm..tp saya x minat...klu saya tk pi...usm akn twr kursus lain dk????

Anonymous said...

salam cikgu,saya pelajar lepasan asasi dan sy hnya dpt pointer 3.0,sy tidak pasti apa kos yang sesuai untk sy apply kerana sy amat berminat untk mengambil degree dalam bidang sains dan kesihatan.

cikgu azhar said...

Salam,

anony may 4:
sudah dijawab, bukan?

anony may 14:
insya-Allah berjaya, amin.
bidang perubatan dan kesihatan perlu bersaing sengit. cuba mohon kursus asas yang berkaitan laluan ke situ, misalnya B.Sc (Biomedic).

Wallahu a'lam.


Anonymous said...

Slam cgu
Sye pljr stpm 2012/2013
Sye dpt twrn tmdga UM kos sstera (ge0)
Kos ni ttg ap? Ap yg sye akn bljr jka sye dpt kos ni
N apa tips utk mghdri tmdga u????

Anonymous said...

Slam. Cgu, sye nk mnta pndpt cgu ttg kos sstra geo d UM,
Kos ni ttg ap ye????

cikgu azhar said...

Salam,

Tahniah.
Layari portal rasmi jabatan geografi (klik http://geografi.um.edu.my/, fakulti sastera dan sains sosial UM untuk maklumat umum kursus di sana. bidang geografi memang sangat luas (fizikal, kemanusiaan, ekonomi, pembangunan, dll).

temu duga biasanya berkisar tentang sebab memilih bidang pengajian, harapan dan prospek. baca juga portal jabatan geografi UKM dan uni. luar negara.

Wallahu a'lam, moga berjaya, amin ...

Anonymous said...

Salam..sy skrg berada di ting 6 bwh dan mengambil subjek bm,pa,eko,geo..dan sy bercita-cita utk menjadi guru geografi..uni manakah yg menawarkan ijazah pendidikan dlm bidang geografi selain UPSI?

cikgu azhar said...

Salam,

USM menawarkan B.Ed. Hons pengkhususan geografi. UKM, UM menawarkan B.A.Hons (geografi), kemudian sambung diploma pendidikan.

sebagai pilihan selamat, letak sasaran untuk menjadi pensyarah geografi.

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

salam cikgu.saya lepasan asasi dan berminat untuk mengambil kos perubatan.sekarang saya keliru mengenai muet.Muet saya band 3,dan kebanyakan U (IPTA/IPTS)meletakkan Muet sekurangnya band 4 untuk perubatan.jadi ada peluang ke untuk saya menyambung pengajian dalam bidang perubatan andai muet saya band 3?

Anonymous said...

Salam cikgu.. saya amat meminati bidang perakaunan... namun saya ditawarkan dip in banking uitm dan saya menerimanya... adakah saya boleh meneruskan degree ke bidang perakaunan. Berapakah tempoh masa yang diambil utk dip dan degree bg universiti yg sama? Atau sekiranya saya tidak menyambung ke bidang perakaunan, apakah bidang lain yg lebih baik?

cikgu azhar said...

salam,
saingan hebat, r u jual mahal. cuba uitm. jika perlu jumpa dekan perubatan uitm puncak alam misalnya.

u lain tetap cuba mohon, andai dapat kursus lain (pergigian, optometri, farmasi) masih perubatan, kan?


didoakan mencapai cita-cita pertama bergelar doktor perubatan, amin...


feet_3 said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

salam cgu, sya lpsn matrik aliran sains dgn cgpa 2.8..phy je A yg lain B adakah peluang utk sya dptkn kos elec. eng. or any eng. course ? n U apakah yg sesuai sya aaply dgn cgpa sya td bg memohon kos tsebut ?

cikgu azhar said...

Salam,

kejuruteraan elektrik masuk kategori kritikal sama seperti kejuruteraan kimia. kalau RU 3.8, u komprehensif boleh cuba, misalnya UiTM, Unimap, UMP, Utem, UTHM.

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

Assalam cgu..saya nhe baru tngkatan 4 ..saya nak tanya..kalau nak amik jurusan undang-2 mna plg sesuai..smbung lpas SPM tau STPM?

cikgu azhar said...

W.salam

Syabas kerana merancang bidang pengajian lebih awal. jika selepas spm boleh ambil matrikulasi, asasi @ foundation (a level) sebagai laluan ijazah. boleh juga ambil diploma dahulu, misalnya di UiTM. STPM pun o k, sama ada jurusan sains @ sastera.

segala-galanya bergantung kepada keputusan spm 2015, o k?

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

assalamualaikum , saya pelajar tahun 14/15 course kemanusiaan , subjek pengajian am , pengajian perniagaan , b. melayu dan sejarah . saya ingin bertanya kepada cikgu , bidang apa yang sesuai dgn subjek yg saya ambil ini . satu lagi , benarkah jika pelajar stpm memohon bidang kejururawatan perlu buat diploma terlebih dahulu ? boleh cikgu bagi cadangan ke mana hala tuju saya slepas ini ? adakah saya layak memohon bidang kejururawatan ?

cikgu azhar said...

W.salam,

banyak bidang jika pngk cemerlang (3.6 +) misalnya undang-undang (muet band 4 ke atas). pengajian bahasa, sejarah, antropologi / sosiologi, komunikasi, psikologi, perniagaan, kerja sosial, dll.

kejururawatan di kolej kementerian kesihatan saingannya memang sengit, tetapi jika rezeki berpihak, tida yang boleh menghalang. cuba dulu. memang kena buat diploma dengan kelayakan spm.

Wallahu a'lam ...

Unknown said...

adakah first degree di UK sama dengan diploma di Malaysia?

cikgu azhar said...

kalau diploma lanjutan (advance diploma) ya. sebnarnya setara dengan ijazah asas (sarjana muda dengan kepujian). hanya sesetengah uni. di amerika syarikat yang demikian.

Anonymous said...

slm cikgu, adakah kos geografi mempunyai peluang pekerjaan yg luas ? sy amat risau jika kos ini tidak menjaminkan apa2 pekerjaan ?

Anonymous said...

Kalau yg ada lepasan ijazah geografi (minor matematik) rasanye boleh dapat tak sambung ke master geologi atau geofizik?

Anonymous said...

assalamualaikum.. cikgu.. sya seorg pnjawat awam telah memiliki diploma psikologi. sya ingin menyambung pelajran dlm bidang sains sosial dan kemanusiaan. sya telah pun memohon UKM sarjanamuda sains sosial dan kemanusian kepujian psikologi dan UPM Bacelor Sains Pembangunan Manusia, pada pndangan cikgu manakan kos yang lebih baik?? trima kasih.

cikgu azhar said...

Salam

Anony Aug 12: Insya-Allah, berdoalah moga rezeki berpihak kepada sdra/i. capai pngk terbaik.

Anony Aug 15: kalau math. kuat, tiada masalah, insya-Allah. Kena memperoleh perakuan pensyarah dalam bidang berkenaan (bakal penasihat akademik / penyelidikan).

Anony Aug 16: minat ke mana? ahli psikologi dan berkhidmat di hospital? penyelidikan gender, warga emas? jawapannya terletak di situ.

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

Ckg kalau nak jd ckg pakar sj course apa yg perlu diambil..adakah sains sosial?

cikgu azhar said...

sj tu sejarah, ya? R U yang menawarkan sejarah ialah UKM, UM dan USM. Ambilan pelajar begitu terhad, dalam lingkungan 20-30 orang sahaja setiap U. Maka, persaingan sangat tinggi, biasanya pngk 3.6 +. pendidikan sejarah ditawarkan di upsi. ipts tiada sejarah. memang bidang sains sosial.
Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu,jika sy mdapat keputusan MUET band 1, blehkah sy memohon kursus yg mensyaratkan Band 2?, Adakah prmohonan sy dterima @ dtolak?

cikgu azhar said...

W.salam

Jika hanya antara beberapa pilihan (yang lain tiada syarat itu) apa salahnya mencuba walaupun mungkin harapan agak tipis.

didoakan berjaya hendaknya, amin ...

Anonymous said...

Salam,
Anak saya dah tamat ijazah dari oversea hampir 3 bulan biasiswa JPA. Tapi hingga sekarang masih tidak ada kerja ditawar oleh SPA. Nak kerja di oversea takut kena tangkap.
Apa pendapat cikgu.

cikgu azhar said...

Salam,

Tiada masalah bekerja di luar negara dengan syarat ada visa kerja. Pelepasan JPA tertakluk kepada syarat tertentu, misalnya penjadualan bayaran balik mengikut terma perjanjian biasiswa. Pertimbangkan juga butiran kontrak pekerjaan di luar negara. Jika dengan GLC tempatan (Petronas) lebih mudah, berbanding dengan MNC.

Maklumkan serta-merta kepada JPA andai tawaran kerja berkenaan diterima supaya tidak timbul masalah berbangkit pada kemudian hari.

Wallahua'lam ...

Anonymous said...

Assalamualaikum ckg,
sy plajar tgktn 6. kelas sy mnawrkan sbjek perniagaan, bm, sejarah & pngajian am.
sy tk pasti bdg apa yg bleh sy ambil smasa ijazah nanti.
Tlg sy ckgu.

Anonymous said...

Salam. Saya merupakan lepasan diploma farmasi. CGPA saya 3.71 tetapi saya ingin menyambung kos lain untuk degree. Saya ingin tahu, kos - kos apakah yang sy blh ambil untuk degree selain farmasi?

cikgu azhar said...

W.salam,

anony sep 20,

banyak kursus, yang penting capai pngk terbaik dahulu. letak sasaran 3.4 +

anony okt 12,

mengapa mahu bertukar haluan, sedangkan farmasi bidang yang sentiasa berkembang dan relevan. jika di ipts (contohnya UniKL) mungkin tiada masalah untuk mencuba pengajian perubatan (MBBS, MD), kejuruteraan, kimia forensik, radiologi @ teknologi makmal perubatan. kalau ipta, lebih baik terus berjumpa penolong pendaftar akademik di fakulti yang hendak dipohon.

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

salam sejahtera cikgu azhar
saya mendapat kursus perancangan bandar dan wilayah di usm dan telah belajar selama 2 bulan tetapi telah disahkan tak ada MQA. jika saya ingin menukar ke ukm geografi masih ada peluang ke?

stpm 3.67 dan muet band 3
spm 1A+,4A, 1A-,2B+,1C+

CIKGU AZHAR RODZI said...

salam sejahtera kay leng,

semak sekali lagi dengan pejabat dekan dan kpm. sebagai uni. apex, pelik pula jika ada bidang pengajian di usm tiada akreditasi MQA @ JPA. Buat sementara, beri tumpuan terhadap kuliah, tutorial dan segala tugasan, capai gred tertinggi. perancangan bandar dan wilayah sudah lama ditawarkan.

tentang ukm, kena mohon macam biasa menerusi upu. peluang tidak pernah tertutup, tetapi pengambilan bergantung kepada kelulusan senat.

Anonymous said...

Salam cikgu, apakah patut saya berhenti mengambil foundation in social science dlm sektor swasta yang kini saya ambil dan terima tawaran ke diploma in town planning di uitm? Saya confuse dan tidak berminat town planner tetapi saya rasa berat hati untuk tidak pergi kerana ibu bapa saya inginkan saya masuk uitm apakah pendapat cikgu?

«Oldest ‹Older   401 – 600 of 844   Newer› Newest»