SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, December 16, 2015

SALAH FAHAM KONTRAKTOR TERHADAP BAYARAN GST (TRANSFERING FINANCIAL RESPONSIBILITY)

Pengenalan rejim cukai barang dan perkhidmatan, GST bermula 1 April lalu bertujuan menampung kekurangan hasil sumbangan Petronas akibat kejatuhan harga petroleum. Kutipan berjumlah hampir RM40 bilion setahun itu dijangka dapat mengehadkan tekanan kurangan (defisit) fiskal yang dihadapi dalam belanjawan negara. Pihak kastam menggalas tannggungjawab melaksanakan pentadbiran dan kutipan GST dalam pelbagai sektor produktif.

Pembelian barang siap di pasaran perlu dibayar oleh pengguna, iaitu sektor isi rumah. Para peniaga pula dikenakan cukai perkhidmatan justeru mereka dibenarkan menuntut balik cukai input atas barang supaya tidak berlaku cukai berganda. Maka, peniaga tidak dibenarkan memindahkan beban cukai kepada pembeli sekali lagi.

Berlaku tafsiran yang salah dalam kalangan kontraktor pembinaan rumah kediaman apabila cuba memindahkan bayaran GST kepada pembeli perkhidmatan mereka. Memang benar bahawa setiap kali cek bayaran kemajuan diterima, kontraktor dikehendaki membayar GST. Namun, hakikat sebenar ialah bayaran GST dikenakan terhadap perkhidmatan kontraktor, bukannya kerana pembeli memperoleh pinjaman.

Tanggungjawab terpikul ke atas kontraktor secara tuntas melunaskan bayaran GST itu, bukannya pembeli yang sudah pun menanggung bayaran GST bagi setiap barang pembinaan yang diuruskan oleh pihak kontraktor. Prinsipnya ialah pembeli tidak boleh dikenakan bayaran GST secara berganda. Kontraktor mungkin mengalami margin keuntungan yang lebih kecil kerana tuntutan semula cukai input mungkin hanya mewakili tidak sampai 40 peratus daripada keseluruhan bayaran perkhidmatan yang diterima.

Desakan kontraktor tentang tanggungan bayaran GST bukan sahaja tidak sah, bahkan melanggar undang-undang kontrak, iaitu ikatan perjanjian pembinaan rumah yang ditandatangani. Pengguna hanya perlu menanggung bayaran GST sebagaimana yang dipersetujui dalam dokumen perjanjian jual beli pembinaan rumah kediaman. Hanya pembeli yang peka mampu menggunakan kuasa tawar-menawar sebelum bersetuju menurunkan tandatangan.

Kontraktor mungkin mengambil jalan mudah kerana tidak mahu bersusah payah menuntut kembali cukai input atas pembelian barang bahan binaan. Mereka juga cuba memanipulasi kejahilan pembeli dengan alasan tindakan kastam. Selama ini, para kontraktor begitu licik dengan manipulasi dokumen belian bagi mengelak cukai serta enggan mengagihkan semula sebahagian keuntungan untuk menyumbang terhadap kesejahteraan dan kebajikan masyarakat.

Sistem komisen dan duit kopi telah sekian lama berleluasa dalam dunia perniagaan dan perkhidmatan membina rumah kediaman. Pengenalan GST yang memerlukan sokongan dokumen jual beli yang sah mengakibatkan peniaga dan kontraktor tidak boleh berdalih lagi. Dalam jangka panjang, proses pembetulan kegiatan ekonomi akan berlaku walaupun pada peringkat awal banyak kesukaran terpaksa dilalui oleh semua pihak yang masih kabur tentang mekanisme GST.

Rasional pelaksanaan GST ialah perkongsian sumbangan dan tanggungjawab dalam proses kemajuan dan oembangunan negara. Isu politik dan patuh syariah harus diserahkan kepada kumpulan pakar dan pemikir yang autentik. Pengguna harus menggunakan kuasa tawar-menawar yang mereka miliki supaya tidak terperangkap dalam manipulasi mana-mana pihak yang cuba menangguk di air keruh ...

No comments: