SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, December 18, 2015

PENYAMUN BERSENJATA TUMPAS DI DEPAN MATA (CRIME DOES NOT PAY)

Kegiatan jenayah berlaku kerana wujud niat, peluang dan mangsa. Penjenayah berkeliaran sepanjang masa dan di mana-mana. Kealpaan mangsa sasaran walaupun kecil akan dimanipulasikan dengan begitu licik dan kejam.

Apa-apa pun alasan pelakuan jenayah, tiada sebarang kewajaran untuknya. Penjenayah menceroboh hak sah mangsa secara kekerasan ataupun tanpa kesempatan untuk menyelamatkan diri. Masyarakat yang menjunjung peradaban dan tamadun akan mengenakan hukuman yang setimpal atas setiap perbuatan jenayah.

Kejadian samun di kawasan kejiranan penulis blog (PB) mempunyai jalur cerita yang sama, iaitu masyarakat sangat membenci kegiatan jenayah. Seorang wanita Cina separuh umur telah ditetak dengan pisau pemotong daging di tangannya. Dua orang penjenayah bermotosikal nekad melakukan samun pada waktu siang hari, iaitu kira-kira pukul 3 petang.

Dalam keadaan terkejut, nyonya itu menjerit, lalu menarik perhatian orang awam lain. Seorang pemandu keturunan India sempat menghimpit motosikal penjenayah yang dipercayai menghadapi masalah clutch. Penjenayah terjatuh, lalu cuba melarikan diri.

Penjenayah yang menunggang motosikal tidak sempat mencapai apa-apa senjata lalu dibelasah oleh orang ramai. Namun, penjenayah kedua menghayun-hayunkan pisau pemotong daging menyebabkan dia sukar didekati. Orang ramai terpaksa menggunakan kayu panjang untuk melemahkan pergerakan penjenayah, iaitu mensasarkan bahagian kaki.

Akhirnya, penjenayah membaling pisau ke dalam longkang sambil melarikan diri tetapi nendapati kepungan senakin kuat. Dia terjelepuk lalu dibelasah sehingga tidak bermaya. Polis berpakaian preman muncul setengah jam kemudian bagi menggari penjenayah yang ganas itu.

Seorang anggota keluarga yang berbadan tegap kelihatan membawa kayu panjang bagi membelasah penjenayah, tetapi berjaya dihalang kerana penjenayah sudah dikawal ketat. Polis tidak memberi muka kepada penjenayah lalu disumbat dalam kenderaan polis dan dibawa pergi. Penjenayah tidak dibenarkan berbaring.

Tindakan berani orang awam walaupun berisiko tinggi patut dipuji. Tindakan secara kolektif dengan mengenepikan segala perbezaan telah berjaya menumpaskan penjenayah yang sanggup membunuh mangsa demi mencapai matlamat jenayah. Orang ramai mengetahui had tindakan mereka supaya penjenayah dapat diserahkan kepada pihak berkuasa bagi tonakan selanjutnya ...

No comments: