Antologi Sejadah Rindu dimulai dengan gurindam yang berjudul 'Beberapa Petua Hidup' nukilan Pendeta Za'ba: Zainal Abidin bin Ahmad, 1895 - 1973). Gurindam dibahagikan kepada 7 bahagian berasingan, iaitu Fikir dan Kata (4 rangkap), Silang Sengketa (2 rangkap), Ilmu (2 rangkap), Dunia Pergaulan (3 rangkap), Sifat-sifat Yang Baik (3 rangkap), Perbuatan Yang Baik (2 rangkap) dan Sifat-sifat Yang Jahat (2 rangkap). Keseluruhannya, terdapat 18 rangkap atau 36 baris yang dipersembahkan dalam gurindam Pendeta Za'ba itu.
Sebelum perbincangan tentang komponen sastera dan kemahiran berfikir aras tinggi (kbat), mari mulakan dengan menjelaskan maksud setiap bahagian dan rangkap gurindam.
Fikir dan Kata
Kurang fikir kurang siasat,
Tentu dirimu kelak tersesat.
(Seseorang yang kurang berfikir dan kurang teliti sudah pasti akan melakukan kesilapan)
Fikir dahulu sebelum berkata,
Supaya terelak silang sengketa.
(Sebelum bercakap, seseorang itu hendaklah berfikir terlebih dahulu agar tidak timbul salah falam dan tafsiran yang sipi yang berkemungkinan mencetuskan perbalahan)
Perkataan tajam jika dilepas,
Ibarat beringin, racun dan upas.
(Kata-kata pedas, sindiran atau kecaman jika diucapkan bagaikan mengundang bahaya besar. Beringin atau ara waringin ialah pohon yang dianggap mistik [menyeramkan dalam kalangan masyarakat Jawa kuno]. Upas atau pokok ipoh juga mengandungi getah yang beracun)
Kalau mulut tajam dan kasar,
Boleh ditimpa bahaya besar.
(Seseorang yang tidak menjaga pertuturan, celopar atau cakap lepas biasanya mudah terjebak dalam kancah kebinasaan dan kerosakan diri sendiri)
Silang Sengketa
Siapa menggemari silang sengketa,
Kelaknya pasti berdukacita.
(Individu atau pihak yang cenderung terhadap saling berbalah / bergaduh, lambat laun akan kecewa / bermuram durja)
Silang selisih jangan dicari,
Jika tersua janganlah lari.
(Saling berbalah / bergaduh / bermusuh hendaklah dielakkan, tetapi jika bertemu juga kenalah dihadapi)
Ilmu
Jikalau ilmu tiada sempurna,
Tiada berapa ia berguna.
(Andai ilmu / pengetahuan sah belum mencukupi, maka berkuranglah faedah / manfaatnya)
Ilmu kepandaian boleh dikejar,
Asal mahu rajin belajar.
(Segala kebijaksanaan / pengetahuan sah boleh dicari dengan syarat bersungguh-sungguh menuntutnya)
Dunia Pergaulan
Dunia ini taman pergaulan,
Hendaklah pilih sahabat dan taulan.
(Dunia / bumi memang tempat berkawan / berinteraksi, namun perlu berhati-hati memilih teman akrab dan rakan)
Manusia dikenal sifat budinya,
Dengan dilihat siapa kawannya.
(Seseorang itu dapat dinilai pekerti / peribadinya menerusi pemerhatian terhadap rakan yang sering bersamanya)
Burung yang sama corak dan bulu,
Selalu sekumpul ke hilir ke hulu.
(Umpama kawanan burung yang pada zahirnya serupa, sentiasa bersama ke mana-mana)
Sifat-sifat Yang Baik
Jikalau kamu bersifat budiman,
Dipandang sebagai bunga di taman.
(Andai anda / seseorang mengamalkan kebijaksanaan, maka anda / dia akan disukai dan disanjung tinggi)
Jikalau kamu bersifat dermawan,
Segala orang dapat kautawan.
(Andai anda / seseorang itu suka menderma, semua orang akan menyenangi anda / dia)
Jikalau kamu bersifat pemurah,
Segala manusia datang menyerah.
(Andai anda / seseorang itu suka memberi, semua orang bersedia menyokong / menolong anda / dia )
Perbuatan Yang Baik
Barang siapa berbuat jasa,
Mulia namanya segenap masa.
(Orang yang suka berbakti / berbuat baik akan sentiasa terhormat, terpuji, dikenang sampai bila-bila)
Menolong sesama wajib dan perlu,
Tetapi tolonglah dirimu dahulu.
(Perbuatan membantu orang lain suatu kemestian, tetapi setelah mencukupkan keperluan diri sendiri)
Sifat-sifat Yang Jahat
Telunjuk lurus kelengkeng berkait,
Hati sesama menjadi pahit.
(Jika hanya pada zahirnya kelihatan baik sedangkan di hatinya tersembunyi kejahatan / khianat, maka kedua-dua belah pihak akan menyimpan rasa curiga / tidak percaya)
Barang siapa berbuat khianat,
Tuhan kelak memberi laknat.
(Seseorang / pihak yang suka berbuat jahat / aniaya / belot / tidak setia, maka dia akan beroleh balasan keji / terkutuk / kemurkaan Allah)
Perbincangan komsas
Tema: nilai-nilai murni sebagai pegangan hidup seharian
Nilai murni:
1 Berhati- hati
2 Kesungguhan / ketekunan
3 Kebijaksanaan
4
5
6
7
Persoalan:
1 Berhati-hati dalam percakapan / komunikasi
2 Kesungguhan / ketekunan dalam menuntut ilmu / belajar
3 Kebijaksanaan dalam pergaulan
4
5
6
7
Pengajaran:
1
2
3
4
5
6
7
Perbincangan kbat
1
2
3
Contoh tugasan
1
2
3
4
Cadangan jawapan
1
2
3
4
Saranan kepada guru
1
2
Saranan kepada murid
1
2
Penutup dan kesimpulan
1
2
selamat belajar ...
1 comment:
Post a Comment