SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Loading...

Wednesday, July 20, 2011

AMALAN SIKAP TERBUKA (THERE WILL ALWAYS BE A FRONTIER)

Antara halangan utama terhadap proses perubahan ialah pemikiran jumud atau tertutup. Keengganan menerima anjuran atau saranan yang bersifat baharu bererti jalan mati. Konsep-konsep seperti inertia, status quo, dan daya rintangan (restraining forces) sering digunakan bagi merujuk kelompok sedemikian.

Sesebuah organisasi yang dipenuhi anggota-anggota yang sudah terperangkap dalam zon selesa itu akan cepat mengalami proses keusangan dan tidak relevan. Organisasi itu tidak akan berupaya menonjol dalam persekitaran yang pesat berubah. Pendek kata, sesebuah organisasi yang kuat dipengaruhi orang-orang yang tegar tentang sesuatu aliran akan jatuh, serta makin jauh ketinggalan.

Walaupun sikap terbuka itu sangat penting sebagai prasyarat proses perubahan, ia mesti dipandu oleh ilmu dan sejumlah konsep yang betul. Jika sebaliknya, sikap terbuka yang kononnya diamalkan akan bersifat angan-angan, arbitrari, dakwaan (claim) falasi, khayalan, palsu dan tidak sah. Nilai-nilai murni yang menjadi tunjang sikap terbuka mungkin diselewengkan kepada prinsip hedonisme.

Amalan sikap terbuka bukanlah lesen untuk mempromosikan hedonisme. Alasan bahawa sikap terbuka merujuk kepada tingkah laku yang tidak terikat kepada mana-mana peraturan ialah satu bentuk kesesatan dan penyelewengan yang serius. Semua perkara pun mesti ada unsur kawalan.

Hedonisme ialah aliran pemikiran yang taksub kepada prinsip keseronokan. Perkataan hedonisme berasal daripada leksikon Greek hedonismos yang bererti keseronokan (joy, pleasure) dan sekali gus berusaha bagi menghindari sengsara (pain, sorrow). Hedonisme sangat dekat dengan fahaman utilitarian dan pagan.

Memang benar bahawa manusia perlu bahagia dan sejahtera dalam kehidupan. Namun, bahagia dan sejahtera yang didambakan wajib merujuk kepada ilmu yang sah. Dalam usaha mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan, tiada kerosakan harus dibenarkan berlaku sama ada kepada diri sendiri dan orang lain.

Sebagai contoh, amalan sikap terbuka dalam kalangan warga sekolah. Ada murid mengaitkan sikap terbuka dengan kebebasan dalam pergaulan berlainan jantina. Bagi mereka yang sedemikian, contoh yang dipaparkan menerusi layar kaca (televisyen), layar perak (pawagam) dan pelbagai media yang lain menunjukkan perkara berkenaan adalah biasa-biasa sahaja.

Tindakan pertama yang perlu diambil ialah membuat penegasan tentang peraturan sekolah yang tidak membenarkan sentuhan fizikal antara berlainan jantina dalam kawasan sekolah. Seterusnya, konsep sebenar sikap terbuka hendaklah disampaikan dengan cara yang paling hikmah. Dunia pendidikan ialah antara benteng terakhir bagi mempertahankan akhlak yang mulia...

No comments: