SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, July 23, 2011

JARING TIGA, BOCOR LIMA (CHALLENGING TIME FOR WORLD CUP SQUAD)

Singapura, Sabtu: 23.7.11 / 21 Syaaban 1432

Tiada pilihan selain memadam defisit dua gol di tempat lawan. Pada perlawanan timbal balik di Stadium Nasional, Bukit Jalil Khamis ini, Malaysia mesti menang sekurang-kurangnya dengan jaringan 2-0, 3-1, atau 4-2 bagi melayakkan diri secara automatik ke pusingan kelayakan bola sepak Piala Dunia 2014 seterusnya. Jaringan besar yang diterima berpunca daripada kerapuhan menyerap tekanan penyerang-penyerang import pasukan tuan rumah di Stadium Jalan Besar dengan kapasiti penonton sekitar 10,000 orang.

Tidak sampai 30 saat sepak mula, Malaysia berada di hadapan apabila Safee Salee bijak memanfaatkan bola yang muntah daripada tangkapan kurang kemas Izwan, penjaga gol ketiga Singapura yang diturunkan ekoran kecederaan Lionel Lewis dan penjaga gol kedua. Selepas solat Maghrib, penonton siaran langsung pasti terkedu apabila kedudukan sudah berubah kepada 1-2. Sebelum tamat babak pertama, Singapura melebarkan jurang dengan dua gol berturut-turut.
 insiden yang mengakibatkan si baju merah, Ismail Yunos (Singapura) dibuang padang

Setelah sepuluh minit separuh masa kedua, pertarungan bertukar kepada 10 sebelah apabila pengadil dari Bahrain melayangkan dua kad merah, satu kepada kapten Malaysia, Safiq Rahim (minit ke-50) dan satu kepada pertahanan Singapura (minit ke-54). Asakan demi asakan pasukan negara akhirnya berhasil. Pada minit ke-69 dan 70, kedudukan berubah kepada 3-4.

Namun, cabaran perebutan bola barisan negara yang tidak cukup kuat membolehkan Singapura membawa bekalan lebih selesa dengan gol kelima. Jurulatih, Datuk Rajagobal harus memikirkan langkah terbaik memantapkan barisan pertahanan yang melepaskan 15 gol dalam tiga perlawanan terakhir, iaitu tewas 0-4 kepada Arsenal, dan 3-6 kepada Liverpool. Anak-anak buah Ong Kim Swee, terutama Faizal Marlias yang mengawal gawang Malaysia berjaya menafikan kemenangan bergaya Chelsea, naib juara Liga Perdana Inggeris musim ini elok dicontohi dan dipelajari secara serius...

Catatan jaringan: Malaysia (Mohd Safee Mohd Salee, 1, 70; Amirul Hadi Yahya, 69)
                         : Singapura (Aleksandar Duric, 7; 82; Qiu Li, 22; Mustafic Fahruddin, 44; Jia Yi Shi (45+1)

No comments: