SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, July 28, 2011

PERCATURAN TAKTIKAL MALAYSIA TIDAK MENJADI (HAVE TO WAIT LONGER TO WORLD CUP)

Kuala Lumpur, Khamis: 28.6.11 / 24 Syaaban 1432

Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, penjaga gol Malaysia menganggap bahawa dalam permainan bola sepak, segala kemungkinan boleh berlaku. Semua pemain negara telah bermain berhabis-habisan, tetapi rezeki lebih memihak kepada Singapura yang memiliki kelebihan dua gol di Stadium Jalan Besar tempoh hari. Pasukan pelawat memberi tekanan psikologi yang hebat kepada skuad kebangsaan dengan taktik melengah-lengahkan permainan, serta berlakon cedera sehingga penjaga gol mereka, Izwan turut dilayangkan kad kuning.

Keputusan seri 1-1 di tengah-tengah lautan lebih 90,000 penonton di Stadium Nasional, Bukit Jalil sudah memadai buat Singapura mara ke pusingan ketiga kelayakan pra-Piala Dunia zon Asia. Kemenangan bergaya mereka di tempat sendiri dengan jaringan 5-3 menjadikan agregat keseluruhan 6-4. Kesempatan pertama yang telah direbut berjaya dipertahankan.
Setelah tidak menemui sentuhan penyudah dalam separuh masa pertama, Mohd Safee Mohd Salee akhirnya memecah kebuntuan dengan rembatan kencang pada minit ke-58. Ketika bunga-bunga harapan mula berkembang untuk mencapai sasaran dua gol kosong (2-0), ruang-ruang kosong yang ditinggalkan dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh Shia Juiyi (pemain 'import' kelahiran China) menerusi tiga sentuhan bola sahaja daripada hantaran Izwan untuk meledak tendangan leret ke bucu kanan gawang Khairul Fahmi. Gol minit ke-73 itu sekali gus menyempitkan peluang pasukan Malaysia.

Kini, harapan untuk mengibarkan Jalur Gemilang dalam saingan bertaraf dunia terletak kepada skuad Olimpik bawah 23 tahun yang akan menghadapi Jepun yang berkedudukan nombor satu Asia. Selepas itu, negara akan berhadapan dengan Syria dan Bahrain, kedua-duanya pasukan kental yang tidak mudah untuk ditundukkan. Pengajaran daripada skuad pra-Piala Dunia yang mengharapkan kebangkitan lewat pada perlawanan ulangan perlu dihalusi oleh jurulatih, Ong Kim Swee.

Saingan bola sepak mutakhir tidak semudah dahulu yang didominasi oleh beberapa pasukan handalan. Di benua Amerika Latin sendiri, Argentina dan Brazil tidak lagi digeruni oleh pasukan kerdil seperti Paraguay, Uruguay, mahupun Mexico. Di Asia, pasukan bukan kuasa bola sepak seperti Bangladesh, Filipina, India dan Taiwan kini juga begitu liat untuk ditewaskan, apatah lagi dengan peraturan longgar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) yang membenarkan penggunaan pemain asing yang didaftarkan sebagai warganegara dalam tempoh begitu singkat... 

No comments: