SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, July 27, 2011

SISTEM JUALAN LANGSUNG KEJAM? (THE MANIPULATION OF DOWNLINES)

Penganjur-penganjur jualan langsung sering menjaja hujah lebih kurang bunyinya, "kita biarkan wang yang bekerja untuk kita, bukan kita yang bekerja untuk wang."  Pemidato jualan langsung yang terlatih juga akan menayangkan beberapa kerat kader mereka yang hidup mewah dengan banglo, kenderaan termahal dan melancong ke serata dunia. Namun, kegagalan 90 peratus peserta jualan langsung tidak pula diungkapkan.

Bukan tiada langsung warga sekolah terbabit dengan jualan langsung, tetapi bilangannya sangat kecil. Sebagai penjawat awam, guru dan kakitangan sekolah wajib akur terhadap perintah am perkhidmatan awam dan segala pekeliling yang berkuat kuasa. Pembabitan dalam perniagaan jualan langsung, khususnya yang berciri piramid dan tidak jelas adalah terlarang.

Sebahagian besar perniagaan jualan langsung berpangkalan di negara-negara kapitalis seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan. Kini, sistem jualan langsung juga dimodifikasi oleh usahawan-usahawan tempatan, terutama produk kosmetik, kopi segera, suplemen makanan tambahan, dan susu kambing. Mereka beroperasi setelah memperoleh lesen yang sah daripada pihak berkuasa.

Hierarki dalam perniagaan langsung mengakibatkan kemungkinan peserta awal yang dapat mengumpul downlines akan goyang kaki, serta hanya perlu menekan tetikus komputer bagi menyemak jumlah wang masuk setiap beberapa jam. Kalau ingin lebih kaya, mesti sanggup menjaja ceramah di hotel-hotel pilihan. Hinggakan aktiviti menjual kad prabayar dan khidmat jalur lebar tanpa wayar juga dijadikan jualan langsung!

Jika diamati secara halus, up lines hakikatnya ditanggung oleh down lines yang bertungkus-lumus di lapangan. Orang ramai yang menjadi sasaran pula akan dipujuk rayu hingga "terpaksa" membeli produk yang asalnya tiada dalam senarai belanjawan mereka. Pendek kata, kelihatannya banyak sekali "mangsa" dibabitkan.

Dakwaan ekstrem mengatakan bahawa pendapatan yang diperoleh oleh uplines yang goyang kaki itu sebagai kabur dan tidak sah. Mereka tidak mengeluarkan peluh atau perlu bersusah payah menjual produk, sebaliknya hanya perlu menganga untuk "ngap" makanan yang datang bergolek. Seolah-olahnya bahawa ada orang membina kesenangan hidup atas manipulasi kejahilan orang lain yang besar bilangannya...

No comments: