SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, June 10, 2013

BEZA ANTARA PEMBELAJARAN DENGAN PEMELAJARAN (ADDING PREFIX AND SUFFIX TO CREATE NEW WORD)

Sebenarnya sudah banyak kupasan dibuat oleh guru bahasa tentang kekeliruan terhadap penggunaan imbuhan yang betul, imbuhan yang salah dan unsur lewah dalam pengimbuhan. Malah, penggunaan imbuhan yang tepat merupakan item pentaksiran bahasa yang penting dari peringkat sekolah rendah hingga ke universiti. Namun, berdasarkan pengamatan terhadap ucapan rasmi awam, rencana dalam media dan laporan penyelidikan dalam jurnal terkemuka, masalah pengimbuhan tidak pernah selesai dalam erti kata bahawa kekeliruan masih berlaku dengan ketara.

Tumpuan perbincangan ini ialah terhadap perkataan pembelajaran dan pemelajaran. Kata dasar bagi kedua-dua kata terbitan itu ialah 'ajar'. Kamus Dewan edisi keempat (2005: 20-21) menjelaskan ajar bermaksud petunjuk supaya diketahui (diikut dll) sebagai bimbingan atau panduan untuk melakukan sesuatu. Selain imbuhan awalan 'be', 'peN' dan 'meN', serta akhiran 'an' , kata dasar ajar menerima imbuhan yang istimewa (sisipan -el) iaitu belajar, pelajar, pembelajaran dan pemelajaran.

Kata terbitan pembelajaran pula ialah konsep besar dalam bidang pendidikan dan psikologi. Malah, kewujudan sekolah semata-mata bertujuan untuk memupuk pembelajaran. Dalam masyarakat maju yang mementingkan pengetahuan yang sentiasa diperbaharui, konsep pembelajaran secara berterusan dan sepanjang hayat semakin mustahak. 

Secara paling asas, pembelajaran bermaksud proses (kegiatan) belajar (klik juga di sini). Sejak sekian lama hanya kata terbitan pembelajaran sahaja yang digunakan sebelum ada pihak yang cuba menonjolkan kata terbitan pemelajaran sebagai istilah yang dikatakan lebih tepat. Walaupun demikian, sehingga kini kata terbitan pembelajaran masih unggul dan kata terbitan pemelajaran begitu terhadad dari segi penggunaannya.

Pemelajaran ialah proses mempelajari (klik pula di sini). Pemelajaran merujuk kepada proses untuk belajar, manakala pembelajaran merujuk kepada perbuatan menjadikan seseorang itu belajar. Titik perbezaan yang wujud sebenarnya sangat tipis dan mudah mengelirukan sesiapa sahaja yang kurang peka terhadap ketaksaan dalam bahasa dan istilah.

Contoh ayat yang tertera dalam Kamus Dewan (op.cit) berbunyi: Taraf penguasaan bahasa Inggeris begitu tinggi tetapi pemelajarannya terhad kepada mereka yang menghadiri sekolah aliran Inggeris. Maka, kalau kata terbitan pembelajaran hendak digunakan, ayatnya mungkin berbunyi: Bagi menggalakkan pembelajaran bahasa Inggeris dalam kalangan murid luar bandar, usaha yang lebih agresif perlu dilakukan.

...

...

No comments: