SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, June 30, 2013

PEMBENTANGAN GURU CEMERLANG FIZIK (TEN PER CENT OF HIGHER ORDER THINKING SKLILLS, HOTS)

Penarafan daya saing pelajar Malaysia di peringkat antarabangsa tidak menggembirakan penggubal dasar pendidikan kebangsaan. Malaysia didapati ketinggalan jauh di belakang berbanding dengan Singapura yang setanding dengan negara maju. Pada ketika Malaysia boleh menarik nafas lega apabila Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM) silih berganti tersenarai antara 200 buah universiti terbaik dunia, Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) sudah mampu menghuni tangga ke-20 terbaik dunia. 

Walaupun sistem penarafan berkenaan masih terbuka kepada perdebatan, tetapi persepsi antarabangsa tentang mutu pendidikan sesebuah negara tidak boleh dipandang sebelah mata. Konglomerat Singapura misalnya telah berjaya menguasai perkhidmatan telekom di Thailand dan Kanada, di samping memiliki pegangan hartanah strategik di negara maju seperti Amerika Syarikat dan Australia. Mereka juga pernah melobi untuk memiliki kepentingan utama dalam perkhidmatan rawatan di negara kita.

Begitu juga dengan lonjakan industri teknologi tinggi di Korea Selatan yang kini dikenali di seantero dunia menerusi jenama Samsung, Hyundai, Kia dan LG. Pada hal, pada dekad 1970-an dan 1980-an Korea Selatan berada pada kedudukan yang setara sahaja dengan Malaysia. Langkah mengukuhkan daya saing pelajar kejuruteraan Korea Selatan dipercayai telaj menyumbang terhadap kemajuan hebat negara tersebut walaupun pada peringkat awalnya mengalami lambakan siswazah kejuruteraan yang menganggur.

Demikian juga India, China dan Filipina yang mengalami fenomena pengangguran siswazah yang meruncing. Namun, harga yang dibayar itu sangat berbaloi justeru ketiga-tiga negara bakal muncul sebagai kuasa ekonomi rantau sebelah sini dalam tempoh yang terdekat. Industri yang berteraskan pembaharuan dan reka cipta begitu cepat berkembang.

Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 (PPPM) memberi penekanan dan penjenamaan semula terhadap konsep kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT atau HOTS, higher order thinking skills). Taksonomi Bloom yang menjadi kerangka pedagogi selama ini juga mengalami proses ubah suai (klik di sini). Demikian juga dengan item pentaksiran dan peperiksaan, serta kegiatan luar bilik darjah akan menjurus kepada unsur KBAT.

Persekitaran pembelajaran digital juga mendapat maklum balas yang memberangsangkan dengan 80 peratus murid menunjukkan kesediaan dan penerimaan pembelajaran secara tuntas. Potensi dan fakulti murid benar-benar digembleng ke arah optimum sehingga mencetuskan minat yang luar biasa dalam aktiviti bilik darjah. Murid didedahkan dengan penembusan teknologi terkini dari seluruh dunia sebagai persediaan melakukan pembaharuan dalam persekitaran tempatan.

Buat permulaan, tiga mata pelajaran pilihan KBAT ialah Sejarah, Matetamtik dan Sains. Guru-guru mata pelajaran bakal mengahdiri kursus dua hari yang dikendalikan oleh jurulatih utama yang terdiri daripada guru cemerlang. Hakikatnya prinsip KBAT telah dilasanakan sekian lama, tetapi kali ini  tumpuan dan pemantauan yang lebih khusus akan diberi penekanan (kenyataan Datuk Ahmad Senin, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, New Straits Times, 31.7.2013, ms 9).

Sejumlah 53 orang guru Fizik daerah Kinta Utara telah menghadiri taklimat khas KBAT yang disampaikan oleh guru cemerlang Fizik gred DG 52, Encik Chong Weng Sung, dari SMK St. Michael, Ipoh. Program Peningkatan Akademik Panitia Fizik Daerah Kinta Utara itu berlangsung pada hari Khamis, 4 Julai yang lalu bertempat di SMK Methodis (ACS) Ipoh selaku pengerusi daerah. Usai taklimat, semua peserta dipecahkan kepada 10 kumpulan bagi menghasilkan item ujian dan pentaksiran berunsur KBAT.

Selain bank item soalan berunsur KBAT, guru-guru Fizik Kinta Utara juga boleh memuat turun slaid persembahan power point taklimat dengan menghubungi pihak urus setia program. Daerah Kinta Utara ialah sandaran utama Jabatan Pendidikan Perak untuk melonjakkan kecemerlangan pencapaian akademik peringkat negeri. Program KBAT berkenaan dijangka diperluaskan ke daerah-daerah lain dalam tempoh yang terdekat.

KBAT seharusnya disambut dengan baik justeru berupa kesinambungan dan pengukuhan konsep kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (kbkk) selama ini. Guru, ibu bapa dan murid hendaknya memberi sokongan padu terhadap pelaksanaan konsep KBAT sejajar dengan cita-cita negara maju acuan sendiri berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Sesungguhnya bukanlah mustahil untuk kita mengejar dan seterusnya memintas kedudukan Singapura, India, China, Korea Selatan dan Filipina andai kata kita berani merintis pembaharuan dan meniti cabaran hari muka dengan bijaksana ...

8 comments:

pn sal said...

assalam ckgu
sy bminat utk membuat penyelidikan tentang kbat fizik tp msh kekurangan bhn.andainy ckgu tdk kberatan,sy ingin dptkn bhn atau laporan dr taklimat khas tsbut.tq

cikgu azhar said...

W.salam

maklumkan alamat e-mel puan

pn sal said...

Terima kasih atas perhatian.alamat email saya pnsalfarinasani@gmail.com

Anonymous said...

assalamualaikum tuanm
sy berminat untuk mengetahui dgn lebih mendalam tentang KBAT, bolehla kiranya tuan berkongsi tentang maklumat KBAT. sekiranya boleh tuan boleh emailkan kepad asy di alamat :
entah_aput@yahoo.com
terima kasih

suhaila said...

saya juga guru fizik, tetapi masih tidak menguasai bagaimana nak menrapkan KBAT dalam pdp saya.mohon bantuan jika ada bahan untuk saya rujuk.tq

cikgu azhar said...

beri alamat e-mel cikgu

Unknown said...

saya juga guru fizik, dan berminat untuk berkongsi ilmu dari cg Chong.
Alamat email saya dayangis@yahoo.com

cikgu azhar said...

Salam tuan / puan guru2 fizik,

hantar terus e-mel ke alamat: ibnurodzi@gmail.com

nanti saya forward kepada en. chong (guru dg 54), insya-Allah