SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, June 11, 2013

PENARAFAN UNIVERSITI DUNIA: IPTA PENYELIDIKAN TEPATI STATUS (UNIVERSITY OF MALAYA IN THE TOP 200)

Selain Times Higher Education (The), penarafan universiti yang dilakukan oleh QS (klik di sini) turut mendapat perhatian yang meluas. Walaupun instrumen dan penanda aras yang digunakan mungkin direka bentuk berdasarkan skala Barat, tetapi sekurang-kurangnya penarafan berkenaan mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap persepsi kedudukan universiti tempatan di persada dunia. Usaha menarik kemasukan pelajar asing bagi menjadikan negara sebagai destinasi pengajian tinggi rantau sebelah sini dijangka lebih mudah apabila beberapa buah universiti utama negara tersenarai dalam kelompok universiti terbaik dunia.

Universiti Malaya (UM) sekali lagi unggul dalam carta berkenaan apabila berjaya memperoleh 55.62 mata dengan kedudukan pada tangga ke-156, berbanding dengan Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (41.22 mata) di tangga ke-261, Universiti Sains Malaysia, USM (35.90 mata) di tangga ke-326, Universiti Teknologi Malaysia, UTM (33.65 mata) di tangga ke-358 dan Universiti Putra Malaysia, UPM (33.62 mata) di tangga ke-360. Kelima-lima buah universiti berkenaan merupakan universiti penyelidikan (RU) sejajar dengan sejarah pengajian tinggi negara sebagai universiti awam terawal.

Universiti komprehensif yang tersenarai dalam kalangan 874 buah universiti seluruh dunia yang dinilai, Universiti Teknologi Mara, UiTM menghuni kelompok 601 - 650. IPTS tidak pula kelihatan tersenarai walaupun begitu banyak menawarkan program pengajian berkembar dengan universiti terkemuka di Amerika Syarikat, Australia dan United Kingdom. Dalam kata lain, IPTA masih diberikan penarafan yang jauh lebih tinggi berbanding dengan IPTS.

Senarai peringkat Asia (klik di sini) juga menunjukkan UM unggul di tangga ke-33 (76.90 mata), UKM ke-57 (63.90), USM ke-61 (61.80), UTM ke-68 (57.10) dan UPM ke-72 (55.60). Universiti terbaik Asia ialah Universiti Sains dan Teknologi Hong Kong (kedudukan ke-23 dunia), diikuti oleh Universiti Kebangsaan Singapura (NUS, ke-25 dunia). Universiti glamor Korea Selatan, Sunghyunkwan menduduki tangga ke-21 dengan catatan 87.30 mata.

Dalam kelompok 201 - 250 terbaik Asia, muncul UiTM bersama Universiti Teknologi Petronas, Universiti Tenaga Nasional, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis. Kemudian, dalam kelompok 251 - 300, terdapat Limkokwing, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Tun Husin dan Universiti Tuanku Abdul Rahman. Sebagai perbandingan, universiti kebanggaan Indonesia, iaitu Institut Teknologi Bandung hanya mampu menghuni kedudukan ke-129.

Setakat ini hanya UKM dan UM yang konsisten berada dalam carta penarafan QS dan The. Universiti awam lain dan IPTS masih tidak menentu, termasuk USM yang diberi taraf universiti apex. Memang benar bahawa kedua-dua penarafan itu bukan bersifat muktamad atau sah, tetapi sebagai suatu iklan percuma, semua universiti terkemuka akan berlumba-lumba untuk melonjak ke tangga atas carta.

...

...

...

...

No comments: