SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, June 21, 2013

GURU EKONOMI HADIRI TAKLIMAT PBS PRAUNIVERSITI (HIGHER EDUCATION STYLE OF LEARNING)

Tapah, Sabtu: 22 Jun 2013 / 13 Syaaban 1434

Sejumlah 100 orang guru ekonomi tingkatan enam dari seluruh negeri Perak berkumpul di Dewan Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang dekat sini mulai pagi tadi hingga esok untuk menghadiri taklimat pelaksanaan kerja kursus kertas Ekonomi penggal 3. Konsep pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) digunakan sebagai komponen pembelajaran prauniversiti walaupun tahap persembahannya berlainan jika dibandingkan dengan PBS arus perdana (tingkatan 1 - 5). Pelajar tingkatan enam perlu dilengkapkan dengan pakej kemahiran menulis asas laporan kajian yang mirip dengan tahap pengajian tinggi.

Program dua hari anjuran Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) itu dikendalikan oleh Unit Peperiksaaan STPM, Jabatan Pendidikan Perak (JPN). Taklimat am dan ucapan perasmian disampaikan oleh Encik Azmi bin Zuki selaku ketua unit berkenaan. Beliau menegaskan tentang hasrat JPN supaya sistem penyelarasan PBS peringkat negeri dan daerah yang dibentuk mampu melonjakkan pencapaian cemerlang calon STPM negeri Perak selama ini.
Bahagian utama taklimat diisi oleh Encik Ahmad Latfi, guru akademik tingkatan enam gred DG 54 dari SMK Simpang, penyelaras mata pelajaran ekonomi negeri, yang juga tenaga utama MPM kebangsaan. Beliau menggesa supaya guru benar-benar jelas tentang peranan mereka sebagai pembimbing kepada pelajar, bukan sebagai pembantu atau penolong dalam proses menyiapkan kerja kursus. Pelajar hendaklah dibimbing supaya berjaya menghasilkan laporan laras ekonomi sebagai persediaan bersaing dengan lepasan diploma dan matrikulasi di universiti kelak.

Encik Ahmad Latfi yang juga dikenali sebagai sifu ekonomi kemudian meminta guru memanfaatkan perkongsian maklumat menerusi laman facebook yang khusus. Dalam nada jenaka, beliau turut mengingatkan guru supaya tidak sampai terlupa tentang pelajar tingkatan enam rendah yang juga bakal menduduki peperiksaan penggal pertama pada bulan November nanti. Demikian juga dengan pembelajaran Ekonomi Malaysia yang tidak boleh dipandang sebelah mata.

Guru ekonomi juga diminta supaya menyediakan sistem fail dan penyimpanan bahan dokumen (eviden) di tempat yang selamat dan berkunci. Selain itu, kedatangan penyelaras daerah atau negeri hendaklah dialu-alukan dengan baik. Tugas penyelaras bakal berjalan lancar apabila mereka disediakan tempat meletak kenderaan, mesin cetak, kemudahan bilik PBS bagi sesi pembentangan dan sampel kerja kursus yang mencukupi. 
Slot taklimat tentang pemarkahan disampaikan oleh timbalan penyelaras negeri, Cikgu Hesham Ro, dari SMK Sultan Abdul Jalil, Seberang Perak. Bahagian penulisan yang mewakili 50 markah mesti mematuhi format dan kandungan yang ditetapkan. Pelajar dibenarkan menyediakan draf bertulisan tangan sebelum ditambah baik dan dimuktamadkan. 

Sesi pembentangan atau viva yang membawa 10 markah bertujuan untuk memastikan bahawa pelajar memiliki kebolehan penyampaian yang diharapkan, serta berjaya membuktikan bahawa hasil kerja mereka sebagai asli. Keseluruhan markah kerja kursus ialah 60 dan dicampur dengan markah peperiksaan bertulis Ekonomi Malaysia sebanyak 40 markah lagi. Wajaran skor penggal 3 ialah sebanyak 40 peratus, berbanding dengan penggal 1 dan penggal 2 yang mewakili 30 peratus bagi setiap satunya.

Tema kerja kursus yang diberikan bersifat kajian perpustakaan data sekunder. Maka, pelajar perlu dibimbing untuk proses mengumpul data mentah yang berkenaan berdasarkan tempoh yang dikehendaki. Pelajar boleh memanfaatkan pengalaman menulis laporan kerja kursus mata pelajaran sebelum ini pada penggal kedua yang lalu...

No comments: