SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, December 19, 2015

SEJADAH RINDU: ANTOLOGI TEKS KOMSAS BAHARU TINGKATAN 5 (NEWCOMER AND ESTABLISHED WRITERS TOGETHER)

Naskhah antologi 'Harga Remaja' mengucapkan selamat tinggal bagi memberi laluan kepada teks komsas terkini yang berjudul 'Sejadah Rindu'. Hanya calon SPM ulangan (Jun) masih menggunakan naskhah terdahulu. Murid tingkatan 5 tahun 2016 dan empat kohort seterusnya bakal menekuni naskhah antologi baharu.

Naskhah 'Sejadah Rindu' dijual pada harga rak RM4.30 sahaja. Naskhah setebal 120 halaman itu dicetak dengan menggunakan kertas bermutu tinggi. Reka bentuk kulit hadapannya boleh dikatakan sebagai kreatif dan menarik.
Naskhah Sejadah Rindu memuatkan hanya 11 buah karya pelbagai genre. Naskhah dimulai dengan dua buah karya Pendeta Za'aba, iaitu Beberapa Petua Hidup dan Berbuat Istana Zaman Dahulu. Zaaba memang penulis yang berfikir mendahului zaman dengan menerapkan nilai murni serta jati diri yang sangat mulia.

Puisi moden menampilkan nukilan 4 buah sajak, diikuti oleh prosa tradisional tunggal berjudul Burung Terbang Dipipiskan Lada. Tiga buah cerpen terpilih berupa buah tangan Zainal Rashid Ahmad, Illias Zaidi dan Aminah Mokhtar. Naskhah diakhiri dengan skrip drama 'Bukan Gila' karya Sharif Shaary.
Judul antologi diangkat daripada sajak karya pe ulis muda, Mohd. Haikal bin Aminuddin, 24. Sajak lima rangkap itu dipaparkan pada halaman 13 - 14. Sajak bertemakan ketuhanan dan ketaatan kepada agama.

Terkedu aku
di sejadah rindu
mengungkap kalimah syahdu
merekah keinsafan di hati yang beku
mengenang dosaku yang terdahulu

(Penyajak seperti kehilangan kata-kata ketika berada dalam keadaan beribadat / bermunajat / bermuhasabah diri / mengadu kepada Tuhan sambil mengucapkan perkataan yang memuji kebesaran Ilahi. Kesedaran tentang kesilapan / kesalahan yang lalu muncul satu demi satu dalam kalbu yang selalu tertutup)

Berbekal pancaindera anugerah Tuhan
kupohon kembali nafas kehidupan
dalam keterhadan dan keterbatasan insan
moga terbuka ruang keampunan
sebelum saat aku dinisankan

(Menerusi segala deria kuniaan Ilahi, penyajak merayu dipulihkan jalan yang benar walaupun akur tentang kekurangannya sebagai manusia biasa. Penyajak mengharapkan taubatnya diterima sebelum dia mati)

Air mata menjadi saksi
keikhlasan menjadi bukti
akhirnya
aku sujud menghadap Ilahi
di keheningan yang sepi
lafaz taubat mengiringi
nafas sebak kian mengikuti.

(Penyajak menangis dengan sesungguh hati sehingga dia menyerah diri kepada Tuhan. Dalam suasana bening, penyajak teresak-esak menyatakan keinsafan diri)

Hati ini luluh
jiwa yang kaku tersentuh
ayat-ayat cinta disusun kukuh
di sejadah rindu yang lusuh
kemaafan yang kupohon sungguh
dari Pencipta dalam gemuruh.

(Penyajak benar-benar berasa dirinya kosong dan ego dirinya musnah. Dia memuji-muji keagungan Tuhan di hamparan tempat dia berdoa sekian lama. Dia memohon keampunan yang tuntas terhadap Tuhan dengan penuh gementar)

Ungkapan doa pada Yang Esa
izinkan aku menjadi manusia
yang taat sentiasa
pada perintah Maha Kuasa
agar aku tidak lupa
dunia ini hanya bersifat sementara.

(Permintaan penyajak terhadap Tuhan yang satu agar dia menjadi hamba yang patuh sepanjang hayat, serta supaya dia tidak alpa tentang sifat kehidupan yang fana / tidak kekal)

Kalam Pertama, 2013
Dewan Bahasa dan Pustaka

Tema:

Nilai:

1

2

3

Persoalan

1

2

3

Pengajaran

1

2

3

Contoh tugasan


1 (aras petikan)

2 (aras kbat)

3 (aras komsas)

Saranan kepada guru

Saranan kepada murid

Kesimpulan dan penutup

1 comment:

faiz said...

Watak&perwatakan bukan gila