SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, August 23, 2009

BAZAR RAMADAN DI IPOH: SAMBUTAN TIDAK SEHEBAT DAHULU (SEASONAL BUSINESS IN THE FASTING MONTH: LOOKS LIKE SLOW RESPONSE!)

Ipoh, Ahad: 23 Ogos 2009 / 2 Ramadan 1430





Salah satu pemandangan biasa pada setiap petang bulan puasa di seluruh Malaysia ialah kemeriahan bazar Ramadan. Perniagaan bermusim itu dikawal selia oleh pihak berkuasa tempatan bagi memastikan bahawa penjual dan penggerai mematuhi piawaian kesihatan diri dan kebersihan makanan yang dijual. Tapak bazar juga diwartakan di lokasi tertentu dengan kadar sewa yang minimum.











Seawal pukul tiga petang aktiviti jual beli mula dilihat. Hal itu bermakna bahawa juadah yang dibeli hanya akan dinikmati kira-kira empat jam setengah selepas itu. Jika diambil kira persediaan masakan penjual, berkemungkinan siap sejam sebelumnya.













Namun, bagi pengguna di Malaysia, hal sedemikian belakang kira. Urusan kehidupan yang serba serbi sibuk mengakibatkan mereka tidak punya masa untuk berfikir lebih panjang. Bak kata orang Johor, belasah sahajalah, jangan banyak songeh.











Apabila melewati laluan bazar Ramadan, aroma bau dan asap masakan bagaikan menggamit perhatian para pengunjung untuk berpisah dengan wang yang diperoleh dengan susah payah. Kreativiti penjual lauk-pauk, kuih-muih, hidangan berat, pelbagai jenis minuman dan item-item lain mempromosi jualan dan mempengaruhi pengunjung begitu terserlah. Pengunjung bagaikan terpukau dan tersihir, lalu dalam tempoh yang tidak lama mereka akan membawa pulang berbungkus-bungkus juadah yang tidak diketahui kesudahannya: berjaya dimakan, atau berakhir sebagai suatu pembaziran...












Setakat dua hari berpuasa pada tahun ini, tinjauan penulis blog mendapati bahawa sambutan pengguna terhadap bazar Ramadan belum lagi rancak. Barangkali ramai yang memilih untuk berbuka bersama-sama seisi keluarga dengan masakan ala kadar di rumah. Apabila terasa ingin bertukar selera, mungkin bazar Ramadan bakal menjadi pilihan.












Di Ipoh, antara lokasi bazar Ramadan yang menjadi tumpuan ialah di tapak pasar tani berhampiran Stadium Perak, Green Town Mall, Medan Gopeng dan Rapat Setia. Pelajar Politeknik Ungku Omar pula bertumpu di Taman Cempaka justeru menu jualan yang bersesuaian dengan kuasa beli pelajar. Sekolah-sekolah berasrama yang berdekatan seperti Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Izzudin Shah dan SM Teknik Persiaran Brash turut membenarkan pelajar membeli juadah berbuka di Taman Cempaka.

Satu perkara yang menggusarkan pihak yang prihatin terhadap kebersihan makanan ialah kegagalan peniaga mengenakan apron, topeng pelindung dan penutup kepala. Maka, kemungkinan penemuan rerambut dan cecair lain dalam makanan tetap ada. Apa lagi apabila proses komunikasi berlaku, juadah yang tidak ditutup mungkin sekali disinggahi rembisan air liur penjual dan pengunjung yang sibuk bercakap.




Kelalaian penjual dan pengunjung bazar Ramadan terhadap pencemaran juadah jualan boleh mengundang padah. Kini, pelbagai jenis penyakit boleh tersebar melalui udara, sentuhan dan cecair. Wabak selesema babi yang berleluasa di serata dunia (pandemik influenza A: H1N1 tahap 6) kini memasuki fasa 2 yang minta dijauhi bukanlah gelombang kedua. Kita mesti mengambil iktibar daripada Spanish flu yang mengorbankan berjuta-juta jiwa apabila memasuki gelombang kedua pada tahun 1918! Ya Allah, selamatkan Malaysia. Amin.




Tulisan ini tidak bermaksud untuk menakut-nakutkan sesiapa untuk berkunjung ke bazar Ramadan sambil membantu peniaga bermusim. Tidak juga untuk menyebabkan peniaga dipandang serong oleh para pengguna. Perkara utama yang hendak diberi penekanan ialah pematuhan terhadap segala tatacara penyediaan makanan, pakaian dan proses meletakkan barang jualan secara bertutup supaya tidak berlaku pencemaran makanan.








Barangkali pada masa hadapan, peniaga Ramadan hendaklah dipilih melalui proses tapisan yang ketat, dan diikuti dengan kursus khas. Negara kita tidak kurang kepakaran dari universiti, kolej komuniti dan perunding swasta yang boleh disandarkan tugas berkenaan. Pada akhirnya, rakyat mendapat jaminan tentang risiko yang minimum, jika tidak pun ke tahap sifar, dalam urusan pembelian makan minum di luar.








Bazar Ramadan juga berpotensi dimasukkan dalam katalog produk pelancongan, justeru pengunjungnya tidak terhad kepada orang Islam. Selama ini pun kelibat pengunjung bukan Islam bukanlah sesuatu yang luar biasa. Peniaga yang mengambil bahagian juga merangkumi pelbagai latar belakang agama dan etnik.









Bagaimana agaknya keadaan Ramadan di luar negara? Pengunjung blog yang berpengalaman merantau semasa berpuasa di negara orang silakan beri pandangan anda. Komen boleh dicatatkan atau e-mel ibnurodzi@gmail.com

4 comments:

Keranda-7 said...

Salam. Setuju ngan post cikgu tu. Bnyk lg aspek kebersihan yg peniaga kte lupe. maybe sebab kurang penekan oleh KKM? Kurang penguatkuasaan?

Masa sy study kt oc dlu, ramadhan kene time winter. Imsak dlm kul 6am, buka plak dlm kul 430pm. Mmg x terase penat pon. Bile da blk msia ni, terase ssh skit nk puase, ngan cuaca pns nye. Bazaar ramadhan xde. So mmg kene msk sendiri la. Makanan simple2 jer. Tp bgs, dpt elak pembaziran. Kadang2 ader klas time buka. So kene sedia roti utk buka. Blk kelas baru masak.

tu gamba bazaar ramadhan kt mane ye? ade ape2 juadah berbuka yg unik x?

CIKGU AZHAR RODZI said...

Salam

Maaf lambat respons, di luar kawasan 3G broadband sedikit bermasalah.

Terima kasih atas maklum balas. Mungkin saya masukkan cerita saudara dalam posting "Bazar Ramadan Bhg 2, Insya-Allah.

Gambar tu: Rapat Setia (23.8), Stadium Perak (24.8), Kemaman (25.8).

Pada saya unik di Kemaman. Ada air nira, kuih taming sari (macam koleh kacang), bumbur lambuk versi terengganu, nasi bukhari, dan lain-lain...

Anonymous said...

menarik dengan bazaar ramadhan.
di stadium perak saya dah pergi... rasanya ada tambahan satu lagi lorong... jenuh nak buat pusingan...
cikgu idak ke bazar di taman cempaka? entah ada idak ke lagi....

CIKGU AZHAR RODZI said...

posting saudara juga menarik
nampaknya kita sependapat

bazar di taman cempaka pasti ada
harga murah sesuai dengan budak poli, murid asrama.. bab kualiti wallahu a'alam bi's-sawab..