SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, July 1, 2013

HOTEL YANG PEMURAH (COURTESY BY RANDOM)

Pencarian kedudukan Hotel Flamingo di Jalan Hulu Kelang, Kuala Lumpur menerusi sistem perayauan kedudukan sejagat (GPS) hanya dapat dibuat dengan menaip MRR2. Hotel Flamingo tidaklah gah seperti hotel bertaraf empat atau lima bintang. Namun, kawasan hotel agak luas sehingga boleh menempatkan kolej kumpulan hotel berkenaan dan sebuah pusat perniagaan.

Kalau dibuka laman sesawangnya (klik di sini), Hotel Flamingo Kuala Lumpur menggunakan motto atau tag line yang bertemakan tasik. Teknik fotografi profesional menjadikan tasik yang biasa-biasa itu bagaikan suatu pemandangan yang cukup hebat. Dari tepi tasik mercu tanda Kuala Lumpur seperti Menara Berkembar Petronas kelihatan begitu jelas dan cantik, terutama pada waktu malam.

Kawasan di situ termasuk dalam parlimen Ampang, iaitu antara bahagian Kuala Lumpur yang sedikit ketinggalan dan terdapat banyak projek terbengkalai dan premis perniagaan yang sudah terbiar. Di seberang jalan di bawah laluan MRR2 terdapat kompleks perniagaan mega, iaitu Ampang Point. Sayang sekali nama dalam bahasa Melayu tidak menjadi pilihan.

Hotel bertaraf sederhana (tiga bintang ke bawah) di Kuala Lumpur masih boleh bertahan justeru menerima ketibaan pelancong asing secara pakej, atau kursus anjuran jabatan kerajaan atau swasta. Tambahan pula, Kuala Lumpur sentiasa padat dengan pelbagai acara sehingga pada musim-musim tertentu, semua bilik penginapan hotel ditempah 100 peratus.

Pengalaman menghadiri mesyuarat di Hotel Flamingo menarik juga. Logo halal yang sah terpampang di kawasan lobi hotel. Malah, terdapat surau lelaki dan wanita disediakan.

Penghuni hotel juga tidak menghadapi masalah solat Jumaat kerana terdapat surau diri Jumaat di Hotel De Palma yang hanya memerlukan 10 minit berjalan kaki ke sana. Malah, sejadah dan naskhah kitab suci al-Qur'an akan disediakan atas permintaan penghuni. Arah kiblat diletakkan di dalam laci meja utama bilik penghuni.
Hotel Flamingo suka memberi kejutan kepada penghuni yang bertuah. Setiap hari secara rawak, bilik-bilik terpilih akan menerima 'buah tangan' seperti gambar di atas. Sebagai penghuni, kejutan yang berupa rezeki itu menandakan suatu penghargaan yang unik juga.

Hotel Flamingo mengingatkan penulis blog (PB) terhadap pengalaman singkat menghuni Hotel Mehran di bandaraya Karachi, Pakistan. Setiap penghuni dibekalkan dengan sebotol besar air minuman berkarbonat dan air mineral, serta menyediakan sarapan pagi yang lazat. Hotel Mehran cukup sederhana, tetapi penghuni hotel diberi layanan yang cukup istimewa...

No comments: