SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, January 4, 2014

SISTEM AUTOMASI KESELAMATAN RUMAH SEMAKIN CANGGIH (SMART PHONE, SMART HOME)

Kehadiran tetamu yang tidak diundang dan sukar ditebak niat sebenar mereka menjadi satu bentuk gangguan yang merimaskan tuan rumah, khususnya di kawasan perumahan bandar. Pagar rumah harus sentiasa dikunci supaya tiada penceroboh tiba-tiba muncul di hadapan pintu sambil mendesak isi rumah segera membuka pintu. Jurujual, sindiket pengutip derma dan barangkali penjenayah boleh menyebabkan tuan rumah berhadapan dengan masalah di luar kawalan.

Pelaburan dalam keselamatan

Istilah yang lebih tepat ialah 'perbelanjaan' dalam keselamatan, justeru pelaburan ialah pembentukan modal fizikal tetap bagi meningkatkan pengeluaran dan pendapatan pada masa depan (pelaburan dalam saham pula ialah simpanan untuk memperoleh keuntungan pada masa depan). Keselamatan ialah perkara yang tidak boleh dikompromikan sama ada di peringkat individu, masyarakat, negara dan ummah. Maka, perbelanjaan untuk keselamatan memang sangat wajar bagi menjamin kelangsungan dan kerukunan semua peringkat sosial yang disebutkan itu.

Teknologi keselamatan rumah
Kawasan perumahan bandar terdedah kepada kunjungan orang-orang yang tidak dikenali dengan membawa pelbagai niat yang tersirat. Loceng pagar konvensional boleh ditekan oleh sesiapa sahaja yang datang sehingga tiada kepastian tentang identiti mereka. Maka, paparan video pagar utama boleh menjadi penyelesaian yang berkesan bagi menjaga keselamatan isi rumah daripada ancaman orang-orang yang tidak dikenali (klik di sini).

Kamera litar tertutup (cctv)
Walaupun sudah sekian lama berada di pasaran, inovasi dan penyelidikan yang berterusan membolehkan ciri reka bentuk cctv sukar untuk dimusnahkan oleh penceroboh dan penjenayah. Aplikasi konsep yang kecil itu cantik (small is beautiful) menjadikan kedudukan cctv tidak dapat dikenal pasti dengan mudah. Penceroboh dan penjenayah akan gagal jika mereka berjaya dilengahkan.

Kawalan secara manual, atas talian
Kemajuan dalam reka cipta terkini peranti automasi telah memberi harapan baharu kepada perlindungan isi rumah daripada ancaman kunjungan yang tidak dikehendaki. Pergantungan terhadap kekuatan pancaindera perlu disokong dengan penggunaan teknologi automasi yang berfungsi sebagai alat pengintip keselamatan yang canggih. Kini, gajet mudah alih, terutama telefon pintar telah memungkinkan kawalan keselamatan rumah boleh dilakukan dari mana-mana sahaja penjuru dunia yang dapat dicapai oleh satelit.

Aktif, nyah aktif peranti elektronik
Penerimaan imej video secara masa sebenar ibarat siaran langsung sesuatu peristiwa yang penting. Tuan rumah dapat memantau keselamatan rumah di samping memberi amaran kepada penceroboh bahawa mereka akan dicekup jika cuba melakukan perbuatan khianat dan jenayah.

Risiko pintasan data
Perkara yang paling merisaukan dalam penggunaan mana-mana teknologi ialah keselamatan data dan peralatan yang digunakan. Bagi menjamin bahawa kawalan secara atas talian tidak mudah dipintas oleh pihak ketiga,khususnya penjenayah, langkah keselamatan tambahan perlu diambil. Nasihat pakar keselamatan data mungkin dapat membantu.

Keberkesanan kos: permulaan, bulanan
Anggaran harga semasa bagi memasang peranti kawalan keselamatan rumah kediaman dianggarkan sebanyak RM2,999 (harga psikologi bagi RM3k). Peralatan yang disediakan termasuk 4 unit cctv, paparan videofon pagar utama dan sistem kawalan peranti elektronik seluruh rumah (pagar automatik, lampu, peralatan elektrik). Apabila pengeluar kawalan keselamatan automasi menikmati ekonomi bidangan, pakej harga yang ditawarkan dijangka jauh lebih rendah.

Reka bentuk pelan keselamatan
Bagi rumah yang baharu dibina, pemasangan keselamatan automasi lebih baik kerana wayar yang digunakan tidak kelihatan dengan mata kasar. Sebelum proses lepa simen dilakukan, pelan asas rumah perlu dikemukakan kepada pembekal peranti keselamatan automasi. Tuan rumah boleh membuat keputusan tentang kedudukan cctv dan peranti automasi yang lain.

Pergantungan kepada teknologi / pilihan lain
Penggunaan teknologi kawalan keselamatan automasi bagi rumah kediaman ialah suatu ikhtiar yang penting dalam menghadapi kelicikan penceroboh dan penjenayah yang juga mempunyai akses kepada teknologi yang canggih. Sistem keselamatan yang termaju mampu membeli masa untuk melengahkan kegiatan ceroboh dan jenayah. Selain itu, jiran-jiran juga boleh menjadi mata dan telinga setiap pemilik kediaman apabila peranti automasi yang dipasang mengalami gangguan teknikal.

Pagar 21 kali ayat Kursi
Petua orang tua zaman dahulu ialah usaha memagar rumah dengan membaca ayat Kursi sebanyak 21 kali sambil mengelilingi rumah. Seisi keluarga juga hendaklah melazimkan diri dengan bacaan al-Quran supaya perlindungan Ilahi datang pada detik genting dan kritikal. Pendek kata, doa dan teknologi berjalan seiringan, justeru konsep pasrah dan tawakal bersifat begitu ...

No comments: