SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, January 7, 2014

PENGGUNAAN MANTAN SUDAH MANTAP (LOVE STORY AND HISTORY)

Kosa kata 'mantan' merupakan ambilan atau serapan bahasa Indonesia. Dalam lirik lagu pop, mantan sering merujuk kepada bekas pacar atau kekasih (dengan hanya menyebut 'sang mantan'). Perkataan mantan akhirnya digunakan secara meluas di Malaysia sebagai sinonim kepada perkataan 'bekas' yang merujuk kepada kedudukan atau jawatan (klik di sini). 

Badan pengembangan bahasa di Indonesia berpendapat bahawa penggunaan mantan sebagai lebih halus berbanding dengan perkataan 'bekas' yang bernilai rasa lebih rendah (klik di sini). Perkataan mantan lebih sesuai digandingkan dengan kedudukan yang dihormati dan tidak sesuai untuk kelakuan jahat. Sebagai contoh, bekas penagih dadah tidak sesuai dipanggil 'mantan penagih dadah".  

Dari segi kajian asal usul kata (etimologi), mantan berasal daripada dialek Basemah, Komening dan Rejang, serta bahasa Jawa kuno di Indonesia (Ibid). Mantan asalnya bermaksud 'sudah tidak berfungsi lagi atau sudah berhenti. Mantan digunakan untuk menghormati kedudukan orang yang dirujuk sebagai pernah berjasa dan menduduki jawatan yang luhur.

Berdasarkan hukum D-M (diterangkan -menerangkan), dalam pembentukan rangkai kata atau frasa, mantan diletakkan di hadapan atau awal frasa yang berkenaan. Contohnya, mantan imam, mantan guru, mantan penjawat awam, mantan penghulu dan lain-lain. Dakwaan kononnya mantan hanya merujuk kepada bekas pacar jelas tidak berdasarkan pengetahuan etimologi dan perkembangan korpus bahasa.

Mantan berbeza dengan perkataan matan yang lebih banyak merujuk kepada maksud naskhah atau teks asli yang banyak digunakan dalam pengajian al-hadith. Matan juga membawa erti nas (dalil) pada akhir sanad, dan maksud sesuatu ayat. Selain itu, matan juga bererti mata kayu atau teras kayu, hampir atau dekat (klik di sini).

Berdasarkan perbincangan di atas, penggunaan istilah mantan dalam percakapan dan persuratan bahasa Melayu nyata sudah mantap. Kita sudah lama menerima kata serapan dari tanah seberang seperti gembleng, pamit dan wawasan. Barangkali pada masa hadapan, lebih banyak kosa kata yang dibawa masuk ke dalam perkamusan bahasa Melayu, justeru sesebuah bahasa yang berkembang maju sentiasa mengalu-alukan perbendaharaan kata yang baharu bagi mengungkapkan sesuatu konsep atau peristiwa yang sebelumnya asing.

Sejak istilah mantan diterima sebagai kosa kata bahasa Melayu, perkataan bekas yang merujuk kepada jawatan atau kedudukan terdahulu seseorang sudah mempunyai pilihan. Bekas menteri lebih sedap disebut sebagai mantan menteri, dan bekas naib canselor lebih terserlah berbanding dengan bekas naib canselor. Namun, bekas penari tidak elok pula ditukar kepada mantan penari, dan bekas penagih dadah langsung tidak cocok dipanggil mantan penagih dadah!

Kebanjiran bahan bacaan dan program televisyen dari Indonesia telah mendedahkan lebih banyak kosa kata yang baharu. Namun, pemilihan kata serapan dari sana hendaklah dilakukan dengan teliti memandangkan pengaruh bahasa Belanda dan dialek suku kaum yang berleluasa. Tugas berkenaan merupakan tanggungjawab Dewan Bahasa dan Pustaka ...

...

...

No comments: