SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, April 17, 2009

Berita Kelab Staf SMI

Kelab Staf SMK St Michael, Ipoh sesi 2009 / 2010 diterajui oleh En. Maulid bin Ismail selaku presiden. Exco lain termasuk penulis blog ini sendiri sebagai naib presiden, Cik Mimi Ashikin (setiausaha), En. Prakas Rao, En Panirchelvam, En. Zulkefli Sulaiman, En. Pritam Singh dan En. Redzuran. Aktiviti besar pertama yang bakal menggemparkan warga SMI ialah pertandingan tenpin bowling antara jabatan yang bakal berlangsung di pusat bowling, Ipoh Parade pada 25 April 2009. Perang psikologi telah pun bermula.

Jabatan Bahasa dikepalai oleh Tuan Haji Mohamad Sidik bin Haji Zakaria, jabatan Kemanusiaan (Cik Tan Mee Hong), Jabatan Sains (Puan Chong Sau Han), dan Jabatan Vokasional dan Teknik (penulis blog ini yang menjalankan tugas guru kanan). Setiap jabatan akan menghantar dua pasukan. Turut menghangatkan saingan kelak ialah pasukan pejabat yang bakal diketuai oleh tuan pengetua sendiri.

Saya tidak tahu kehebatan pasukan lain, tetapi pasukan Vokasional dan Teknik mempunyai pemain berpengalaman seperti En. Veeriah, En. Mohd Zumairi, En. Saiful Bahri, Puan Rasidah, Puan Hajjah Norhamisah Haji Ibrahim, Puan Jot Mao Tan, Cik Rossabarina, Puan Low, dan lain-lain. Jabatan ini mensasarkan untuk muncul sebagai juara, maka awas pasukan lain!

Semua warga SMI dan pembaca blog ini dijemput memeriahkan hari pertandingan. Maklumat lanjut akan dihebahkan dari masa ke masa, insya-Allah.

No comments: