SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, April 15, 2009

Proton Exora: Anda Pasti Terpegun!

Itulah nama model terbaharu kereta nasional dan tag linenya yang telah melalui suatu proses tapisan yang teliti. Pelancarannya di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada pukul 10.30 malam, tanggal 15 april 2009 (Rabu) membuka satu lagi lembaran baru untuk rakyat Malaysia memiliki kenderaan yang berkonsep pelbagai guna (multi purpose vehicle, MPV) yang direka bentuk mengikut cita rasa dan citra tempatan, namun dalam masa yang sama menepati piawaian antarabangsa. Dengan harga pengenalan antara RM 68 ribu hingga RM 75 ribu, Exora mampu dimiliki oleh golongan berpendapatan sederhana yang mendambakan kereta yang bergaya, selesa, selamat dan boleh mengangkut seisi keluarga untuk semua destinasi perjalanan, sama ada pasar malam, balik kampung, atau bercuti di pusat peranginan.

Dengan sesaran 125 kuasa kuda, dan dengan kelajuan maksimum 165 kilometer sejam, ia dikira sepadan dengan kapasiti 1.6 liter transmisi gear automatik yang dijana oleh enjin Campro, selain menerima sentuhan kejuruteraan Lotus. Nilai tambah yang ditawarkan termasuk sistem audio video dengan paparan cecair Kristal (LCD), pilihan GPS dan i-pod,serta kawalan pendingin hawa individu memungkinkan pengalaman pemanduan dan perjalanan yang santai dan mengujakan.

Sesuai dengan ciri sebuah kereta keluarga, Exora mungkin sekali ditujukan kepada bakal pemilik kenderaan berusia 35 tahun ke atas. Walaupun mampu membuat pecutan, pendakian dan pergerakan yang lancar di atas permukaan yang kasar, aksi-aksi drift barangkali tidak sesuai untuk Exora edisi pertamanya. Namun, pada masa depan siapa tahu bahawa inovasi dan kreativiti bisa membuat minda konservatif dan biasa-biasa ini terkesima.

Sehari dua kita akan ghairah menjenguk-jenguk Exora menjalar di jalan-jalan raya di hadapan mata kita. Kemudian, kita memasang angan-angan bahawa yang duduk di kerusi pemandu dan penumpangnya ialah kita dan keluarga. Tidak salah, bukan? Layan…

Maklumat lanjut Exora di alamat http://www.proton-edar.com.my/exora

1 comment:

ahmad nuruddin said...
This comment has been removed by the author.