href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiUvXaVGGiF_H7y62WkINhSc8ekr3hffQt5zG29a3IA2fN_cBITgMrfRiryhF0RvUnMELZuGVHDwKhyphenhyphenp10uIP23zw1E4w4NA23QtHDQbraoN83Z2d_jMrSs2lt_kA1ZF1bzGCL9srEFnk4/s1600-h/tetamu+sukan.JPG">
Pada hari Khamis, 9 April 2009 telah berlangsung kejohanan sukan
tahunan SMK St Michael, Ipoh kali ke-82. Perasmian pembukaan dirasmikan oleh Encik Asir Victor, seorang old-Michaelian dan ex-Olympian Malaysia yang kini masih aktif mewakili negara dalam kategori veteran.
Acara bermula seawal 8.00 pagi dengan ucapan dan persembahan pancaragam.
Acara akhir yang dipertandingkan ialah 100 meter bagi kategori semua tingkatan, diikuti dengan acara 4 X 100 meter antara sekolah. Keadaan cuaca yang redup telah membantu peserta membuat larian yang baik, dan tiada sebarang insiden kecederaan berlaku. Acara yang turut mendapat perhatian ialah 100 meter Old Michaelian yang dimenangi oleh Encik Adi, guru PJ PK sekolah. Seterusnya, pertandingan perbarisan kawat kaki antara kelas telah berlangsung dengan meriah. Pelbagai formasi dan gimik diselitkan untuk memenangi markah hakim.
Pada keseluruhannya, semangat "upholding the great michaelian ethos" dapat dijelmakan menerusi ketertiban, disiplin dan kerjasama yang ditunjukkan oleh seluruh warga sekolah. Sesungguhnya, kecemerlangan yang hendak dipupuk menerusi acara sukan berjaya mencapai matlamatnya. Barangkali tugas untuk menjana modal insan minda kelas pertama menyerlahkan bibit-bibit permulaan yang positif.
No comments:
Post a Comment