SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, April 6, 2009

pengenalan mata pelajaran ekonomi

Ekonomi ialah sains kekurangan. Dalam kata lain, ekonomi ialah kajian sains sosial tentang cara manusia memperuntukkan sumber yang terhad bagi memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad dengan cara yang paling cekap.


Sebenarnya, hanya terdapat tiga aktiviti asas ekonomi, iaitu penggunaan, pengeluaran, dan pertukaran. Maka, timbullah persoalan tiga masalah asas ekonomi:

1. apa dan berapa banyak hendak dikeluarkan (teori pemintaan, penawaran, dan

keseimbangan pasaran);

2. bagaimana hendak dikeluarkan (teori pengeluaran dan struktur pasaran);

3. untuk siapa dikeluarkan (teori agihan, pasaran faktor)


Terdapat pula tiga pelaku utama ekonomi, iaitu:

1. isi rumah / pengguna (tujuan: memaksimumkan kepuasan);

2. firma / pengeluar (tujuan: memaksimumkan keuntungan); dan

3. kerajaan (tujuan: mamaksimumkan kebajikan).


Untuk memudahkan pembelajaran, kajian dibahagikan kepada mikroekonomi dan makroekonomi. Mikroekonomi berasaskan kajian individu isi rumah dan firma, manakala makroekonomi berasaskan kajian secara agregat. Walaupun dipelajari secara terpisah, sebenarnya terdapat hubung kait yang jelas antara kedua-duanya. Maka, pelajar ekonomi haruslah terlebih dahulu menguasai konsep asas ekonomi, bermula daripada masalah ekonomi, iaitu kekurangan yang diikuti dengan proses membuat keputusan (pilihan) dan kos lepas. Konsep-konsep ekonomi perlu dibantu dengan sejumlah andaian, data hipotetikal, dan gambar rajah (terutamanya keluk). Pelajar harus berkebolehan melukis keluk dengan lengkap merangkumi paksi, label, skala, unit pemboleh ubah (misalnya RM, kg, dan lain-lain), dan lokus koordinat yang diambil daripada jadual atau kes dalam data hipotetikal. Pada akhirnya, pelajar ekonomi berkebolehan menggunakan konsep-konsep ekonomi secara in prompt to, iaitu penghuraian lisan tanpa bergantung kepada gambar rajah, rumus, atau sebarang catatan. Kebolehan demikian bukanlah tercapai melalui proses menghafaz, kerana kaedah itu tidak boleh diaplikasikan. Bak kata Richard Lipsey dalam an introduction to positive economics bahawa memorization is the royal road to disaster.


Pelajar ekonomi seharusnya mendapatkan bimbingan kemahiran generik pembelajaran ekonomi daripada guru berpengalaman di sekolah masing-masing. Pusat tuisyen tidak menyediakan pendekatan ini. Mikroekonomi biasanya dikuasai terlebih dahulu kerana makroekonomi lebih bersifat sambungan atau lanjutan kajian mikroekonomi, dengan peranan kerajaan (terutama dasar fiskal dan dasar kewangan), serta ekonomi antarabangsa yang amat mempengaruhi aktiviti ekonomi sesebuah negara bagi memenuhi tujuan kerajaan memaksimumkan kebajikan, iaitu:


1. guna tenaga penuh (pengangguran kurang 4 peratus);
2. inflasi rendah ( bawah 3 peratus)
3. pertumbuhan mapan (skala positif);
4. agihan pendapatan yang adil (sebaran kuasa beli, melonjakkan perbelanjaan agregat, AE);
5. imbangan bayaran positif (meraih keuntungan daripada perdagangan antarabangsa)


bersambung...

2 comments:

CIKGU AZHAR RODZI said...

harap dapat difahami oleh para pengunjung blog. sebarang kemusykilan atau penambahbaikan dialu-alukan.

Amin007.Ledang said...

cikgu, saya ada dapat soalan yang lebih berbentuk ekonomi dalam blog saya. boleh tolong selesaikan tak

"Andaikan sebuah ekonomi hipotetikal yang mengeluarkan tiga barangan sahaja; A, B dan C dan harga bagi setiap barangan adalah seperti yang berikut:
(8 markah)
Tahun K(A) H(A) K(B) H(B) K(C) H(C)
2003 100 5 300 20 100 20
2008 150 7 250 20 200 25

K-Kuantiti H-Harga
Andaikan tahun asas adalah tahun 2003. Kirakan:
a. KDNK nominal untuk tahun 2003 dan 2008.
b. Pertumbuhan nominal antara tahun 2003 dan 2008
c. KDNK benar 2003 dan 2008
d. Pertumbuhan benar antara tahun 2003 dan 2008"

boleh layari blog saya untuk maklumat lanjut
http://jangkaan.name.my/blog/2009/06/macam-mana-nak-kira-kdnk/