Tuesday, April 7, 2009
latihan (kawat) kebakaran
Unit Keselamatan SMK St Michael telah melaksanakan program di atas kira-kira pukul 11.30 pagi hari Rabu, 8 April 2009. Latihan kali ini berfokus kepada ketertiban pergerakan, jangka masa pergerakan dari lokasi insiden ke tempat berhimpun di padang sekolah, dan kesegeraan mengumpul butiran mangsa mengikut kelas masing-masing. Ulasan dibuat oleh En. Maulid, manakala tinjauan (survey) diselaraskan oleh En. Azhar. Selain itu, sepuluh orang pelajar telah membantu dari segi pemerhatian keberkesanan program.
Pada amnya, latihan pertama bagi tahun 2009 ini berjaya mencapai ketiga-tiga objektif yang digariskan. Kekurangan yang masih ada akan dianalisis menerusi laporan penyelia insiden, dan dapatan soal selidik guru. Pada bulan Julai nanti, latihan kawat kebakaran akan membabitkan ketibaan jentera bomba dan simulasi insiden kebakaran. Kali ini tiada makluman awal akan diberi. Latihan ini mengukuhkan konsep sekolah selamat di SMK St Michael, Ipoh, insya-Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment