SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, May 1, 2009

BULU TANGKIS AKHIR: ZUL – RAVI VS. SHAKIR – SAIFUL





Gelanggang badminton MBI telah menjadi saksi kehebatan dua beregu handalan Kelab Staf SMK St Michael, Ipoh (SMI) menempah tiket ke perlawanan akhir 29 Mei 2009 sempena sambutan hari guru. Tanggal 1 Mei, cuti hari pekerja membawa tuah kepada Cikgu Zulkefli bin Sulaiman (Jabatan Bahasa) berpasangan dengan Cikgu Ravindran (Jabatan Kaunseling), sambil diiringi dan bakal berentap dengan Tuan Haji Shakir bin Tayat (Jabatan Pendidikan Islam) berpasangan dengan Cikgu Saiful Bahri (Jabatan Kemahiran Hidup). Mereka mengecewakan En. Badrul – En Shahrul (Jabatan Pengetua), dan Cikgu Maulid (Jabatan Ekonomi – Perniagaan) – Cikgu Zulkarnain (Jabatan Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan) di peringkat separuh akhir.

Beregu lain yang berjaya memenangkan pihak lawan ialah Cikgu Ibrahim (Seni) – Cikgu Shahruzzaman (Sejarah), Cikgu Prakas Rao (Jabatan Data) – Tuan Haji Zulkifli (Jabatan Matematik), penulis blog – Cikgu Azmi (Jabatan Bahasa, Anderson), serta beregu jemputan (Cikgu Chin: SMK Dato’ Ahmad Said – Cikgu Abdul Aziz: SMK Simpang Pulai).

Format perlawanan dibuat secara round robin dua kumpulan, setiap satunya menampilkan empat beregu. Pemain-pemain yang tewas (baca: berjaya memenangkan pemain lawan) membantah jadual perlawanan yang didakwa terlalu padat. Baru hendak mengambil nafas, Cikgu Maulid, presiden kelab staf memberi tempoh tidak sampai seminit untuk perlawanan berikutnya. Tetapi, pasangan yang berjaya lain pula ceritanya. Mereka sekadar tersenyum sinis terhadap bantahan tadi. Agaknya dalam hati mereka gelak besar, kot. Kalau dah tak pandai menari mengapa dikata tanah tidak rata? Ewah ewah, sendiri mahu ingatlah...

Seorang lagi pemain yang enggan disebut namanya pula memberi alasan bahawa permainannya terjejas kerana pasangan beliau menghadapi masalah tersalah makan, almaklumlah... Aiiik.. cikgu pun banyak cerita macam si corot, ingatkan murid jer.. Taklah.. itulah namanya perang psikologi dan post mortem penyedap hati. Hahaha.

Perlawanan akhir tidak terus dilangsungkan bagi menghormati hari Jumaat, sayyidil ayyam, penghulu segala hari.. Cikgu Zulkefli Sulaiman khabarnya bergegas ke masjid Tambun untuk bertugas sebagai tok siak (penghampar sejadah). Wah, wah skema juga Cikgu Zul kita.. Jangan marah Cikgu Zul, gurau sikit-sikit bukankah mengurangkan stres... beres gitu? Layan...

Penulis blog, setelah berjaya memenangkan beregu lawan, dipelawa menyertai gelanggang guru Sam Tet – staf Proton yang hanya ada tiga orang pemain. Lima set, beb! Tiga botol air RO (setiap unit = 0.5 liter) diteguk habis hingga peluh membasahi muka. Nasib baik standard permainan lebih kurang sama. Menjelang 11.30 pagi, sejurus sebelum beredar, kami bertukar-tukar nombor telefon untuk mengatur pertemuan dua gergasi kelab staf Kinta Utara, iaitu kelab staf SMI lawan kelab staf Sam Tet. Terima kasih Cikgu Siew (Jabatan Sejarah) dan Cikgu Chua (Jabatan Kemahiran Hidup).

Kesimpulannya, badminton memerlukan komitmen dan keghairahan untuk menang. Kalau sekadar suka-suka, malas kejar shuttle, kirim salam! Itulah bunyi ayat Tuan Haji Shakir, pemain badminton paling digeruni dalam kalangan kelab staf SMI. Tunggu 29 Mei di gelanggang badminton terbuka SMI!

16 comments:

William Yaw said...

Hi Mr. Azhar,
Well I was part in this Badminton group too. But since I left for Ireland, I miss the time we played Badminton every Friday so much. Moreover me partnered with my ayah-angkat(Mr. Zul) It was a pleasant time. Shall be in touch when I got back next year.

CIKGU AZHAR RODZI said...

Hi William

Thanks for joining my blog.I hope you'll success in your studies up there. Since Mr Zul was SMI teacher's badminton champion, you're welcome to partner with him again any time.Jangan lambat sangat, nanti cikgu-cikgu SMI bertambah kuat seiring dengan peningkatan usia. Bye.

Unknown said...

assalamualaikum..

nama saya azrul, mengajar di ilp ipoh.. nak tanya cikgu, boleh ker saya join kelab ni..

CIKGU AZHAR RODZI said...

saya rujuk presiden kelab dahulu, en. ibrahim;
rasanya o.k. kut; cikgu beri no. contact, atau guna e-mel pun boleh.

Unknown said...

cikgu boleh hubungi saya guna email

azrul@ilpipoh.gov.my

CIKGU AZHAR RODZI said...

waktu pertemuan ahli kelab ialah setiap jumaat 3 - 5 petang. presiden kelab, en. ibrahim berbesar hati mempelawa en. azrul datang bila-bila masa sebelum minggu puasa bermula untuk sembang-sembang. dah tentu boleh cuba kesesuaian bermain di kompleks mbi.

Unknown said...

kalau mcm tu, saya cuba.. ada tak waktu lain selain dari hari jumaat tu? buat masa skrg, saya bermain di akademi badminton kat meru setiap rabu petang.. apapun terima kasih.. satu hari saya akan cuba jenguk ke sana..

CIKGU AZHAR RODZI said...

untuk kelab, itu sahaja waktunya. tapi banyak ahli bermain pada hari lain (ada yang waktu malam). en. azrul juga boleh datang ke St Michael jika ada kelapangan. en. ibrahim (presiden kelab) kata, jika en. azrul ada group, kita boleh buat perlawanan persahabatan sebelum puasa ini. paling baik sebelah malam. terima kasih atas perhatian en. azrul

Unknown said...

emmm.. boleh jugak.. apa salahnya.. kita boleh main di akademi.. rabu malam kamis.. mmg ada group ilp ipoh yg main badminton pun... nanti saya cuba tanya kawan2 yg lain..

CIKGU AZHAR RODZI said...

kalau dah o k saya beri no.contact en. ibrahim menerusi e-mel

Unknown said...

hari ni ada bertanya pada rakan2 yg lain.. diaorg setuju.. so, cikgu rasa waktu yg sesuai tu bila? cikgu nak main di akademi atau kami dtg ke sana? nanti beritahu saya yer.. no contact saya 0133423655 - azrul

CIKGU AZHAR RODZI said...

saya akan rujuk en. ibrahim
paling lewat confirm jumaat ini
insya-Allah

Unknown said...

cadangan saya, kalau nak merasa main di akademi badminton kat taman meru, kita main rabu malam kamis.. bawa setabung.. kita setkan lima bergu.. main sampai puas... apa2pun nanti saya bincang balik dengan cikgu..

CIKGU AZHAR RODZI said...

Insya-Allah
en. ibrahim akan memberi persetujuan muktamad esok terus kepada en. azrul

Unknown said...

so, jumpa cikgu di dewan ilp pada 19/8, jam 9.15 malam

CIKGU AZHAR RODZI said...

Insya-Allah panjang umur murah rezeki