SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, May 25, 2009

LANTIKAN GURU TINGKATAN ENAM: PELAJAR BERPELUANG KE LUAR NEGARA (THE PROMOTION OF THE SIXTH’S FORM TEACHERS)

Tanggal 25 Mei 2009 boleh dianggap bersejarah bagi sebahagian guru yang mengajar tingkatan enam. Mereka telah menerima surat tawaran rasmi kenaikan pangkat ke gred jawatan yang lebih tinggi, atau sekurang-kurangnya bertukar status dari jawatan khas untuk penyandang (K.U.P.) ke jawatan hakiki. Kedua-dua bentuk tawaran itu bersifat laluan pantas (fast track), berbanding dengan kaedah tempoh perkhidmatan (time-based). Bagi guru muda yang berusia dalam lingkungan 30-an berpeluang meningkat hingga ke gred khas C, iaitu bersamaan dengan tangga gaji permulaan seorang profesor di universiti, atau seorang pegawai tinggi bertaraf ketua setiausaha yang menerajui sesebuah kementerian persekutuan (junior).

Perkara yang lebih menarik ialah tarikh kuat kuasa pelantikan ialah 1.1.2008 (bagi fasa 1), bermaksud bahawa guru yang berkenaan bakal memperoleh tunggakan gaji dan elaun. Pengiktirafan kepada guru tingkatan enam sememangnya wajar justeru mereka mengendalikan kurikulum prauniversiti, di samping menyediakan pelajar dengan kualiti kepimpinan, etika dan tanggungjawab sosial tinggi yang lain. Tumpuan kepada tingkatan enam sahaja akan mengembalikan era kegemilangan kelas persediaan universiti itu yang begitu berprestij suatu ketika dahulu sebelum munculnya saingan kursus-kursus diploma, matrikulasi dan pelbagai program pengajian swasta.

Seiringan itu, pelajar tingkatan enam pula akan menikmati penambahbaikan dari segi imej, kemudahan, biasiswa dan peluang menyambung pengajian di IPT terbaik dunia. Sistem semester bakal diperkenalkan supaya sesuatu kursus diselesaikan dalam tempoh empat bulan, dan sebahagian besar markah STPM akan diambil daripada tugasan dan penilaian berterusan di peringkat sekolah. Peperiksaan akhir berpusat kendalian Majlis Peperiksaan Malaysia mungkin hanya dikira setakat 40 – 60 peratus sahaja. Semua pelajar tingkatan enam berpeluang mendapat gred tertinggi dalam STPM, dan layak dipertimbangkan pengecualian kredit pengajian di universiti ternama dunia. Maka, tempoh pengajian di universiti dapat disingkatkan, dan dalam usia yang muda pelajar berpeluang meraih ijazah tinggi (sarjana dan Ph.D).

Di SMK St Michael, Ipoh (SMI), seorang Penolong Kanan Tingkatan Enam (gred DG 48) telah dilantik. Beliau akan membantu pengetua dalam semua urusan pengajian dan aktiviti tingkatan enam. Selain itu, tiga orang guru tingkatan enam gred DG 44 bertanggungjawab sebagai guru kanan kokurikulum. Guru gred DG 52 (4 orang) dan DG 48 (lantikan baru dan tukar status KUP ke hakiki) yang lain akan diberi peranan yang bakal diaturkan kemudian. Pendek kata, pentadbiran dan pengurusan tingkatan enam (prauniversiti) kini diasingkan daripada menengah atas (4-5) dan menengah rendah (1-3).

Kepada kumpulan guru lantikan tingkatan enam yang bertuah, sekalung tahniah buat kalian. Kepada guru lain yang masih mencuba, teruslah berusaha dan berdoa. Kepada pelajar tingkatan enam, sokonglah guru-guru anda. Menjelang perayaan 100 tahun SMI (2012), marilah kita kita hadiahkan rekod pencapaian STPM yang terbaik, insya-Allah!


(Nota: SMI juga mendapat lantikan 4 orang guru cemerlang DG 48: Perakaunan, Sejarah, Fizik, dan
Sains. Kepada guru berkenaan, syabas dan tahniah! Bila dapat makan percuma?)

Catatan Hujung:
Gred perjawatan guru siswazah - pelantikan pertama DG 41;
- naik pangkat DG 44 time-based 20 tahun,fast-track minimum 5 tahun pengalaman
- naik pangkat DG 48 time-based (selepas tangga gaji
14 pada DG 44; fast-track minimum 3 tahun
- seterusnya DG 52, 54, gred khas C

405 comments:

1 – 200 of 405   Newer›   Newest»
NY said...

Saya ingin tanya, kalau Guru Kanan atau Penolong Kanan yang dilantik sebagai guru akademik tingkatan enam, adakah perlu letak jawatan?
tkasih.

CIKGU AZHAR RODZI said...

tak boleh pegang dua jawatan hakiki sekali gus. kena letak jawatan yang tiada kaitan dengan tingkatan 6 (kecuali PK t6, atau guru koku t6

zali said...
This comment has been removed by the author.
zali said...

Saya dah mengajar tg.6 hampir 10 tahun tapi perlantikan guru tg.6 tak dapat. Alasannya sebab saya ada jawatan di sekolah. Nak letak jawatan pun tak diberi peluang. Saya sebenarnya tak kisah tentang kenaikan pangkat DG tu tapi kesian pada pelajar2. Jadual baru nanti perlu mengutamakan guru-guru yg dilantik. Kami yg tak dilantik ini mesti mengajar saki baki subjek yg ditinggalkan oleh guru yg dilantik. Saya tak faham dan binggung dgn keputusan kementerian ini. Saya rasa pengalaman selama 10 tahun terbuang begitu saja.

CIKGU AZHAR RODZI said...

Dasar semasa ialah kenaikan pangkat melalui permohonan. Pengetua tidak boleh menghalang permohonan mana-mana guru. Jika ada aduan guru tentang itu, pengetua boleh disurcaj dan tunjuk sebab. Dalam kes cikgu, peluang masih terbuka untuk fasa 2 dan seterusnya. Di Kinta Utara, PPD telah memangggil 16 orang guru berjawatan untuk membuat pilihan menerima lantikan t6 @ status quo. SMK St Michael, Ipoh dan SMK Alang Iskandar, Bagan Serai ialah 2 buah sekolah sampel yang dikunjungi oleh kementerian sebelum kertas kerja naik taraf t6 dikemukakan kepada JPA. Saya syorkan cikgu berjumpa terus KPP Unit Naik Pangkat JPN @ terus ke Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran, Putrajaya. Bab-bab macam ni kadang2 kena bising siking... selamat mencuba dan berjaya...

Unknown said...

adakah guru pen. kanan dan koku dapat elaun khas seperti pen. kanan yang lain?

CIKGU AZHAR RODZI said...

pk (t6) ya, guru kanan koku (t6) belum dapat dipastikan. penolong kanan t6 menjaga semua aspek pentadbiran, hem dan koku untuk pra-u, sekali gus.
pen. kanan lain jaga t1 - t5 sahaja.

pendek kata, t6 diurus sebagai entiti tersendiri dalam organisasi sekolah.

Rizal said...

Saya guru DG44 KUP (dilantik 1.9.2006), kini dilantik jadi guru akademik t6 dg44 hakiki mulai i.i.2008. Adakah taraf ini akan berubah jika saya bertukar ke sek. yang tiada ting. 6.
rizal

CIKGU AZHAR RODZI said...

Berasaskan dasar lantikan semasa, guru akademik t6 perlu kekal dalam kedudukannya selama lima tahun. Bermakna, tidak boleh berpindah ke sekolah lain, kecuali wujud kekosongan dalam mata pelajaran t6 yang sama, dan tentunya dengan kelulusan KPM. Pendek kata, sepertimana pensyarah matrikulasi, politeknik dan IPG, pusingan pertukaran dan naik pangkat guru t6 kini berada dalam norma perjawatan yang tersendiri. Kes yang cikgu sebutkan sukar untuk berlaku melainkan dalam keadaan yang sangat istimewa.

highlander said...

Salam Sejahtera Cikgu AZHAR, saya adalah guru dg29/dg41. Tarikh lantikan ke dg41 ialah pada 1hb Feb 2004. Saya mengajar MUET sejak tahun 2000 hingga sekarang. Adakah saya layak memohon dan bagaimana caranya? Terima kasih.

CIKGU AZHAR RODZI said...

Salam. Saya tidak pasti sama ada fasa 2 menyenaraikan guru Muet. Fasa 1 memang dilantik. Saya syorkan cikgu memohon di bawah kategori guru akademik Pengajian Am jika Muet ditiadakan. Cikgu boleh merujuk terus Bahagian Sumber Manusia KPM, atau Unit Pengurusan T6 KPM, atau Unit Naik Pangkat JPN untuk maklumat lanjut. Kelayakan cikgu tiada masalah. Jika pejabat sekolah cikgu tidak ada borang pencalonan guru T6, rujukan juga kepada pihak yang saya sebutkan.

anna said...

sy agak sedih dgn situasi sy ni,cikgu.tahun lalu,sy tdk mgisi borang sbb tgok MUET x tersenarai.kemudian baru2 ini pun terlepas isi borang sbb PK1 kata utk isi jawatan di PPD & jabatan2. sy mengajar MUET sejak mula2 posting tahun 2002, tarikh lantikan 31 Disember 2003.skg ni sy baru dpt tahun NUTP ada borang utk mereka yg tercicir dr permohonan fasa 1,itu pun dr internet dan tarikh tutupnya dah lepas 5/7/2009. bukan nak PHD kat org,mgkin rezeki mereka tp di skolah sy ada 2 org yg x pernah mengajar tingkatan 6(mengajar sidag ptg ting.1-2)dpt pula lantikan ini.sedihnya sy,cikgu...

CIKGU AZHAR RODZI said...

Ya, saya berkongsi duka dengan cikgu
Pada pandangan saya, kes cikgu boleh dirujuk kepada unit pengurusan t6, KPM (Dr. Ros). Jika cikgu telah lulus PTK1 @ PTK2 (minimum aras III) sepatutnya tiada masalah.
Masih ada peluang untuk fasa seterusnya kerana lantikan guru akademik t6 dibuat berterusan, cuma mungkin saingannya lebih rumit.
Jika cikgu berpendapat bahawa pentadbiran sekolah terkhilaf dalam tindakan mereka, masih ada pihak lain yang boleh dirujuk. Fasa 1 mensyaratkan lantikan hanya terhad kepada guru yang mengajar t6 sekurang-kurangnya mulai 2007.
Namun, mungkin (mungkin sahaja) ada pengecualian atas kepentingan perkhidmatan.
Saya doakan cikgu berjaya untuk fasa seterusnya. Jika satu pintu tertutup, di sana masih banyak pintu yang terbuka (meminjam kata Helen Keller)

William Yaw said...

Salam Sejahtera,
Who was the teacher that was chosen to upgrade themself in our school. By the way I hope Mr. Azhar still remember me who is your ex student from 2007(William Yaw- Cikgu Zulkefli's Godson) Hope to see you again in a year or so time. Do take care in mean time and please sent my regards to all the SMI teacher expecially my Godfather(Mr Zulkefli, Mr. Shahruzaman, Mr. Ibrahim, Mr. Fauzi and all the teaher who hang around in the sport store)

CIKGU AZHAR RODZI said...

Altogether 32 of us appointed to the post. 8 teachers got higher grade inc. myself. 7 were sciences teachers, the one from arts was myself.
Thanks for your concern.. tentu saya tidak lupa anak murid saya yang baik hati seperti William.
You always make me feels proud!

gee said...

Saya baru mengajar seni visual t6 tahun ni adakah saya berpeluang mendapat perjawatan guru t6?

CIKGU AZHAR RODZI said...

hanya fasa 1 (yang sudah dilantik) banyak syarat. fasa seterusnya terbuka. cikgu boleh rujuk terus bahagian sumber manusia kpm.

Unknown said...

Saya seorang guru T4/5 yang ada opsyen t6. Saya sudah mohon fasa 2 T6 (tarikh tutup okt 2008). Sampai sekarang takde berita. Ada news?

CIKGU AZHAR RODZI said...

Secara hitam putih belum lagi. Tapi, khabarnya mulai september secara beringkat-peringkat. Unit Naik Pangkat JPN mungkin ada "hint"...

Unknown said...

Rakan saya seorang guru baru diminta ajar T6. Adakah beliau layak dilantik Guru DG44 walaupun pengalaman mengajar setahun.

CIKGU AZHAR RODZI said...

DG 41 (nombor ganjil) ialah gred hakiki. Untuk proses naik pangkat ke DG 44 (genap), mesti sah jawatan terlebih dahulu dan lulus PTK aras III. Hanya guru besar (sekolah rendah) yang boleh dipindahkan ke DG 44 3 tahun selepas pensiswazahan. Namun, pengalaman mengajar t6 semasa DG 41 boleh menjadi merit untuk naik pangkat. Jadi, teruskan mengajar t6 walaupun masih 41.

Unknown said...

Adakah guru baru mengajar T6 (mei 09), tapi tak apply fasa 2 (tarikh tutup 31 okt 08) perlu beri laluan kepada guru yang apply fasa 2?

CIKGU AZHAR RODZI said...

Proses lantikan guru t6 berterusan, tidak terhad setakat fasa 2, 3, ... akan ada kekosongan akibat persaraan guru, pertukaran jawatan dan peningkatan enrolmen pelajar. Bab beri laluan bergantung kepada keperluan sekolah. Harus diingat bahawa hanya fasa 1 mensyaratkan mesti ada pengalaman mengajar t6, fasa seterusnya hanya perlukan opsyen mata pelajaran.

Unknown said...

Apa telah berlaku kepada permohonan fasa 2 (Tarikh tutup 31/10/2008 ? Ada kah guru-guru terlibat di panggil untuk ditemuduga?

CIKGU AZHAR RODZI said...

Prosesnya memang lambat. Fasa 1 dahulu pun isi borang November 2007, surat lantikan Jun 2009 (backdated lantikan: 1.1.2008). Setakat ini, temu duga belum pernah disebut... sepertimana tatacara pelantikan penjawat awam lain, urusan naik pangkat guru akademik t6 perlu melalui tapisan keutuhan (SPRM, Bukit Aman) dan kelulusan JPA.

oranghutan2008 said...

Adakah fasa 2 ini termasuk guru yang sedang mengajar t4/5 disekolah yang tidak ada t6?

CIKGU AZHAR RODZI said...

Ya, termasuk. Selain fasa 1, terbuka untuk semua guru yang mempunyai opsyen subjek t6, lulus ptk dg41 minimum aras III, sah jawatan (mungkin ada syarat khas lain berdasarkan keperluan naik pangkat)

oranghutan2008 said...

Di kawasan saya, semua sekolah yang ada t6, belum ada lantikan PKT6. Sekolah cikgu sudah?

CIKGU AZHAR RODZI said...

smk st michael dan sm alang iskandar bagan serai ialah sekolah rintis t6 negeri perak. maka, pk dan gk koku dilantik serentak dengan guru akademik lain (32 orang)julai lalu. sekoah lain seperti ACS, Anderson borang permohonan PK t6 hanya menunggu lampu hijau...

oranghutan2008 said...

Seorang guru T6 yang belum dilantik akan berpindah ikut suami. Jadi akan berlaku kekosongan T6 pada tahun hadapan. Jika saya dipilih untuk isi kekosongan tersebut oleh pengetua, adakah saya pasti dapat lantikan?

CIKGU AZHAR RODZI said...

Selain syarat naik pangkat, sokongan pengetua sangat penting. Surat lantikan terus dari KPPM menerusi cadangan Bahagian Sumber Manusia dan kelulusan JPA. Pilihan pengetua akan menjadi merit untuk saudara. Saya doakan saudara berjaya.. Insya-Allah.

oranghutan2008 said...

Apakah syarat naik pangkat jadi Guru T6?

CIKGU AZHAR RODZI said...

sah jawatan dg 41, lulus ptk1 @ ptk 2 minimimum aras III, melepasi tapisan keutuhan (sprm, bukit aman), dicalonkan oleh bahagian sumber manusia, kpm dan diperakui oleh jpa.

jika cikgu telah berkhidmat minimum 5 tahun, permohonan boleh dimajukan untuk memangku gred dg 44 bagi tujuan naik pangkat.

pengecualian syarat boleh diberi jika terdapat elemen kepentingan perkhidmatan dan kes khas
(biasanya memangku tanpa naik pangkat).

wallahu a'lam.

oranghutan2008 said...

Maksud jika Pengetua calon guru, cukup syarat, disokong BSM, selesai. Perlu khidmat 3 tahun sebagai Guru T6? Bagi kes saya, 2010-2012 (3 tahun)?

CIKGU AZHAR RODZI said...

Kata putus, JPA. Itu yang selalu sangkut sebab pelantikan baharu atau naik pangkat sektor awam tertakluk kepada perakuan JPA. Syarat 3 tahun mengajar t6 hanya untuk fasa 1.

Pencalonan BSM memang bergantung kepada cadangan pengetua. Dianggarkan fasa 1 baru 65% lantikan berdasarkan enrolmen semasa. Jadi peluang masih terbuka luas, walaupun bilangan pencalonan mungkin lebih ramai. Jika ada rezeki, Insya-Allah tidak ke mana...

Unknown said...

PK disekolah rakan saya tak pernah ajar T6. Beliau selalu mengajar T4, kononya sebagai PK tak boleh ajar T5. Tapi pada bulan Mei 2008, beliau mula mengajar T6 Rendah. Pada tahun 2009 pun ajar T6 Rendah. Saya faham beliau dicalon oleh Pengetua untuk jadi PK T6. Pada hal dia tak ajar T6 pada 2007. Boleh kah dia jadi PKT6 melalui fasa 2?

CIKGU AZHAR RODZI said...

memang banyak isu yang belum selesai tentang pelantikan guru akademik dan pk t6. fasa 1 melibatkan pelantikan beberapa orang pk t6 sekolah terpilih sahaja. pelantikan fasa 2 berdasarkan permohonan, dan dibuka kepada mana-mana guru yang ada opsyen mata pelajaran t6..

soo said...

slm, nk tanya antra guru akdmik t.6 dg44 dgn guru cmerlang dg44, yng mana lebih bagus?

CIKGU AZHAR RODZI said...

dua2 pun "fast track".

bezanya guru t6 gred hakiki, gc gred k.u.p.

semasa perkhidmatan sama, tapi apabila bersara kup akan kembali ke gred hakiki dg 41.

namun gc boleh naik pangkat hingga gred khas C ( = Jusa C, kecuali kemudahan kenderaan); guru t6 belum dimuktamadkan...

dalam jangka panjang gc mungkin lebih baik untuk guru yang masih muda... itu pendapat peribadi sahaja...

Anonymous said...

saya dah ngajar Tg6 11 tahun, fasa 1 terlepas sebab kesihatan, fasa 2 tak dak cerita, jumpa unit naik pangkat cadagkan saya ambil "time based" . Saya rasa kecewa sbb dia tak terima borang, walaupun saya kata dah 10 tahun mengajar tg 6, jadi pemeriksa STPM lagi.

oranghutan2008 said...

Cikgu A : Pengalaman mengajar T4/5 10 tahun keatas.
Cikgu B : Pengalaman mengajar T4/5 kurang dari 3 tahun.

Jika berlaku kekosongan, Pengetua pilih Guru B ajar T6. Ini tak adil.
Apa Guru A boleh buat?

CIKGU AZHAR RODZI said...

Saya jawab soalan 27 September (anonymous) dahulu).

Memang mengecewakan. Guru sehebat cikgu tidak dilantik. Itu belum dikira guru yang dilantik tetapi berpindah sekolah, nasib mereka masih tergantung. Kes cikgu boleh dipanjangkan menerusi kesatuan guru atau terus ke Unit Pengurusan Tingkatan 6, KPM (Dr Ros).

Menurut sumber, lantikan fasa 1 masih ada review untuk kes khas dan "terlepas pandang". Saya fikir cikgu masih ada peluang dengan syarat bawa kes cikgu ke peringkat yang lebih tinggi.


Apa khabar "oranghutan 2008"? Saya telah menghadiri kursus pentadbiran sekolah. Status pengetua di sekolah ibarat "raja". Sebagai insan biasa, sang raja boleh sekali khilaf dalam membuat keputusan.

Guru A kena membaiki hubungan dengan pengetua terlebih dahulu. Buktikan diri sebagai "permata" sekolah. Mungkin mengambil sedikit masa hingga berganti pengetua lain.

Berdasarkan pengalaman, jika sudah rezeki kita, tiada siapa pun dapat menafikannya. Cepat lambat itu rahsia Ilahi...

oranghutan2008 said...

Boleh Guru A buat aduan kepada PPD, JPN dan KPM?

CIKGU AZHAR RODZI said...

Lebih sesuai buat semakan dahulu. Risiko aduan ialah konfrontasi. Kalau ada peluang secara tidak rasmi lebih baik...

oranghutan2008 said...

Saya difahamkan Guru A pernah mohon fasa 2 (tarikh tutup okt 2008). Guru B tak mohon fasa 2 tersebut. Kedua-dua guru tidak ada pengalaman ajar T6. Wajar Pengetua pilih Guru B memandangkan beliau tak mohon fasa 2?

CIKGU AZHAR RODZI said...

Naik pangkat guru 2 cara: pencalonan oleh pengetua, dan / atau permohonan.

Walaupun sistem penilaian guru berubah dari SSB ke SSM, autoriti dan budi bicara pengetua tidak pernah dikurangkan.

Namun, jika guru dan staf tidak berpuas hati atau tidak jelas, jika diminta, pengetua wajib memberi penjelasan.

Selain guru akademik t6, ada 17 lagi laluan pantas naik pangkat yang boleh dipohon / dicalonkan.
Maknanya, guru tidak boleh menunggu sahaja untuk dicalonkan.

Rajin-rajinlah bertanya supaya tidak ketinggalan! Portal KPM (walaupun telah digodam) hendaklah selalu-selau dijengah...

cikgu ani said...

salam, cikgu saya ingin bertanya berapa soalan berkaitan jawatan pk ting6 .Saya telah dilantik secara hakiki DG44 guru akedemik ting6 bersama 4 org lagi rakan saya di sek yg sama. Apakah syarat2 yg melayakkan untuk memohon pk ting 6 sekiranya saya telah terlibat dgn ting6 melebihi 10 tahun sedangkan sekarang ni pk dalaman ting6 tidak mendpt apa2 surat perlantikan dari kpm..

CIKGU AZHAR RODZI said...

saya beri contoh di perak

hanya 6 daripada 65 sekolah yang ada lantikan pk t6

keutamaan lantikan pk t6 diberi kepada sekolah yang mempunyai lebih 10 kelas (rendah dan atas), atau sekolah yang dipilih sbg 'model'

adakah cikgu mengisi borang pencalonan pk t6 akhir julai lalu?

antara kriteria yang disebutkan ialah guru akademik t6 yang memangku dg 44 (bagi kurang 10 kelas t6) / memangku dg 48 (10 kelas ke atas).

namun, ada juga guru "hakiki" yang memohon. setakat ini belum ada khabar berita.

banyak pengetua melantik guru akademik t6 menjalankan tugas pk t6, tetapi jpn / kpm tidak terikat dengan pencalonan itu. mungkin mereka ada kelebihan.

walaupun banyak saingan, termasuk calon luar, cikgu boleh terus mencuba...

tahniah kerana kesungguhan cikgu untuk menjayakan sistem t6 menjelang 2011. moga berjaya...

cikgu ani said...

Salam, terima kasih krn membalas comment saya dahulu. Sekarang ini , kami hanya 5 org yg dilantik pada jun 2009 .
seorg memangku DG48
2org secara hakiki DG44
2org memangku DG 44
Sementara penyelaras dalaman ting6 tidak mendapat sebarang surat lantikan pada bulan mei lalu dalam pemohonan fasa 1 sebelum ini beliau telah dicalonkan sbg pk ting6 dan mengisi brg sehingga kini tidk mendpt sebarang jawapan .Adakah beliau masih boleh menjalankan tugas sbg penyelaras ting 6 sdgkan pada tahunn hadapan hanya terdapat 1 kelas 6 rendah dan 1 kelas 6 atas sahaja, kami berlima telah mengajar 5 subjek sdgkan beliau sbg penyelaras tidak ada subjek. tetapi pihak pentadbir sek masih lagi melantik beliau sbg penyelaras ..Adakah ia logik???

CIKGU AZHAR RODZI said...

salam

bab logik ni payah sikit nak cakap...

sekolah sebagai sebuah organisasi manusia tidak terkecuali daripada elemen "politik, wayang, intrig, komplot, gosip" dan segala yang berlaku dalam masyarakat luas.

jika hanya dua kelas, mungkin layak seorang pk t6 tanpa guru koku t6.

lantikan dalaman tidak mengikat jpn / kpm apa-apa. namun, pencalonan oleh pengetua akan mempunyai merit tertentu.

pemilihan mungkin dibuat sebelum bermula sesi persekolahan baru justeru tugas penyusunan takwim perlu diselesaikan terlebih dahulu...

Wallahu a'lam bi's-sawab...

cikgu ani said...

Salam, terima kasih atas info yg dberikan .Hari ini saya tlh membuat panggilan ke JPN . Pegawai JPN memaklumkan kpd saya bahawa pencalonan pk ting6 sekolah saya belum dipilih oleh pengetua .Pihak pentadbir telah mencalonkan nama guru sbg pk ting6 yg tidak mendpt surat lantikan lg dan hanya mengajar kurg 3 thn tidak diterima oleh JPN .Ini menyebabkan sekolah saya tiada pencalonan tersebut . Kalau begitulah caranya apakah yg harus kami lakukan sbg guru yg telah dilantik hakiki dan memangku ??............ni wajarkah pentadbir hanya memilih beliau

CIKGU AZHAR RODZI said...

Salam

Syabas atas tindakan cepat cikgu

Setakat ini pencalonan pk t6 hanya dibuka untuk guru akademik lantikan fasa 1 memangku

Namun, harus diingat bahawa setiap dasar dan ketetapan mempunyai klausa pengecualian. Dalam kata lain, prinsip kelonggaran boleh digunakan atas sebab khas dan kepentingan perkhidmatan

Merujuk kes sekolah cikgu, jika kepimpinan pengetua bersifat terbuka, boleh berbincang secara terus.

Jika sebaliknya, dapatkan sumber ketiga yang "rapat" dengan pengetua, seperti pk.

Andai masih tidak berkesan, dapatkan pandangan KPP Unit Naik Pangkat, JPN, atau rujuk Dr Ros KPP Pengurusan Tingkatan 6, KPM).

Insya-Allah, mereka sedia membantu...

cikgu ani said...

Salam, thanks .Boleh tak saya minta no Dr Ros KPP ???

Anonymous said...

cuba talian umum kpm dahulu

direct line x ada pd saya...

pergerakan pengakap 44 smk puncak alam said...

saya satu kelas degn cikgu ani. Masalah kami ialah PK t6 yang dilantik mengajar P.am 4 masa shj. Skrg cikgu ani mengajar semua kelas. Maka PK t6 tidak mengajar apa-apa. Beliau nak mengambil subjek cikgu lain supaya beliau boleh terus menjadi PK t6. Beliau memang tak layak jadi PK t6 sebab tak dilantik dan mengajar tingkatan 6 kurang dari 3 tahun. W/p begitu beliau dah menikmati keistimewaan mengajar 6 waktu sahaja dan mengarahkan kami sesuka hati. Rasa tak adil. Cikgu ani dan saya mengajar lebih 10 tahun. saya pemeriksa kertas makro sejak 2003. rasa tak adil a/b pengetua undergrade kami.

Anonymous said...

Kes yang cikgu berdua hadapi memang rumit kerana membabitkan pentadbiran sekolah. Sesetengah pemimpin organisasi (secara umum) akan memilih pembantu yang boleh "dikawal". Pemimpin sedemikian menganggap pemilihan orang bijak akan menyusahkan mereka, khususnya dari segi membuat keputusan.

Justeru jarak perjananan dari tempat cikgu ke Putrajaya agak dekat, saya syorkan cikgu berjumpa terus dengan KPP Unit T6 (Dr Ros) atau Bahagian Sumber Manusia, KPM. Di Perak, (pertengahan 2009) pegawai JPN dan KPM turun ke beberapa daerah untuk menyiasat aduan guru berkaitan pelantikan guru akademik t6. Buku rekod mengajar dan jadual waktu peribadi dijadikan asas siasatan.

Saya berpendapat cikgu masih punya ruang justeru pelantikan pk t6 belum dimuktamadkan...

siti said...

Seorang guru yang belum disahkan mengajat T6 mulai Jan. 2009. Sepatutnya saya. Tapi saya dan pengetua dah lama masam muka(sejak 2001). Saya guru yang berpengalaman ajar lebih 10 tahun. Macam mana saya nak buat aduan?

Anonymous said...

Banyak sistem seperti SSB dan SSM dilaksanakan bagi meningkatkan peluang kenaikan pangkat dan kepuasan kerja kakitangan awam. Pengetua sebagai pemimpin utama di sekolah seharusnya membantu guru ke arah itu. Namun, kes yang seperti cikgu alami pula yang banyak berlaku.

Saya berpendapat guru yang belum disahkan tidak boleh diperakukan untuk jawatan naik pangkat guru akademik t6, apatah belum lulus PTK minimum aras III (purata gred B). Hanya dalam kes khas (kepentingan perkhidmatan, itu
pun memangku bukan untuk naik
pangkat) dan sangat istimewa, syarat berkenaan dikecualikan.

Bahagian Sumber Manusia, KPM sebagai sekretariat naik pangkat warga guru ialah tempat paling tepat untuk aduan dan semakan. Saluran lain yang boleh dicuba ialah Unit Naik Pangkat JPN dan kesatuan guru seperti NUTP.

Dan... jangan lupa mengadu kepada-Nya perihal kezaliman.

Setiap masalah pasti ada jalan keluarnya...

karthikeyan said...

hai cikgu!

Blog cikgu banyak maklumat yang berfaedah. Untuk makluman cikgu saya baru dilantik jadi pkt6 dg44 hakiki mulai 1/9/2009. lantikan saya sebelum ini dg44 kup. Ada apa-apa faedah tak? Saya terima sebab orang jabatan kata, peluang naik pangkat lebih cepat kalau jawatan hakiki. betul ke cikgu?

CIKGU AZHAR RODZI said...

hai cikgu kartikeyan

terima kasih atas maklum balas

tahniah atas lantikan pk t6

memang betul, hakiki hanya perlu tunggu kekosongan jawatan naik pangkat sahaja, tak perlu kekananan

jika markah prestasi tahunan baik, dan jika tempoh perkhidmatan cikgu masih panjang, dengan andaian tidak tersekat, dalam 10 tahun boleh pergi ke gred khas C.

proses naik pangkat diutamakan kepada permohonan, berbanding kaedah lama (pencalonan). maksudnya, jangan berpangku tangan sahaja, perlu peka terhadap peluang yang ditawarkan sepanjang masa...

cikgu ani said...

Salam, thanks for your information..saya masih dilema dengan tindakan pengetua yang masih memepertahankan penyelaras ting 6 yang tidak dilantik sebagai pkt6 kerana tidak memenuhi syarat2 kelayakan, sedangkan jpn telah meminta pengetua membuat pencalonan tetapi tidak dihantar nama sehingga ke hari ini. Adakah wajar saya menulis surat kepada KPM. s.k ke JPN untuk tindakan selanjutnya. Adakah tindakan saya ini wajar selaku guru yang telah dilantik hakiki dalam usaha menangani kemelut ini ?

Anonymous said...

nanmpak gaya kena istikharah...

pada pendapat saya, dalam cuti ini lebih baik cikgu terus ke KPM, dapatkan pandangan kedua (second opinion) sebelum tindakan selanjutnya

kes ini macam hendak menarik rambut dalam tepung: rambutnya jangan putus, tepungnya tidak berserakan

jika dokumen bertulis sudah diajukan, keadaan mungkin sedikit rumit. pertimbangan bahawa superior mungkin bertindak balas ke atas subordinat (dengan alasan kecil) hendaklah diambil kira...

chan said...

Guru muda senyum lebar pada minggu terakhir sekolah. Agaknya surat lantikan PKt6 dah sampai. Dapat tunggakan? Guru tua?

Anonymous said...

tiada komen

belum dengar cerita lagi...

cikgu zai said...

Untuk makluman cikgu, saya tlh mendpt tawaran guru akademik Ting. 6 & juga guru cemerlang perdagangan. Untuk Tingkatan 6, saya juga disyorkan sebagai Penolong Kanan T6.Apakah pendapat cikgu?

Anonymous said...

salam

syabas, bintang cikgu cerah sekali

dua2 pun laluan pantas kenaikan pangkat

bezanya, gc ialah k.u.p., manakala guru t6 hakiki

orang lain boleh beri syor sahaja, cikgu yang buat keputusan
(sebab: berat mata memandang...)

elok tanya pasangan hidup cikgu dahulu, mungkin boleh beri ilham

kemudian tanya kata hati sendiri
(jika cenderung pentadbiran --> pilih t6; jika sanggup p & p menghadap budak pilih gc)

jika masih dilema, istikharah saja...

bunga said...

Apakah status guru T6 yang tidak mengajar T6 kerana T6 Rendah belum masuk dalam tempoh jan-mei 2010?

Anonymous said...

Statusnya masih guru akademik t6 jika telah mendapat surat lantikan. Andai kata tiada pelajar sekali pun, itu perkara yang berasingan dan menjadi urusan pihak JPN dan KPM.

Pengetua boleh menggunakan budi bicara untuk mengarahkan guru t6 mengajar tingkatan lain bagi mengekalkan guru berkenaan di sekolah yang sama...

Kak S.... said...

saya merupakan guru lantikan 1987 di PPPLD. saya menyambung pelajaran dan mendapat ijazah pd 2008. soalan saya bolehkah saya memohon mengajar di t6 walaupon pengalaman di PPPS baru setahun jagung. utk makluman cikgu, saya mengajar English. layakkah saya mengajar MUET.

Anonymous said...

mengajar t6 daengan lantikan guru akademik t6 ialah dua perkara yang berbeza. mengajar t6 atas keputusan pengetua, lantikan naik pangkat ke dg44/48/52 oleh kpm (dengan syarat tertentu).

untuk mengajar t6, cikgu slow talk dengan pengetua. lantikan naik pangkat kena isi borang setelah disahkan dg41 dan lulus ptk minimum aras III (B).

siti said...

"untuk mengajar t6, cikgu slow talk dengan pengetua"

Saya pun tak tahu sistem ini! Sepatutnya ada syarat, kriteria dsbnya. Jika pengetua benarkan ajar T6, kemungkinan besar dapat perlantikan.

Anonymous said...

Penetapan tugas p & p peringkat sekolah ditetapkan oleh majlis pengurusan tertinggi sekolah (pengetua, semua pk, semua guru kanan mata pelajaran / ketua bidang). Namun, keputusan terakhir ialah di tangan pengetua.

Maka, guru yang baru mendapat penempatan atau guru yang baharu ditempatkan semula biasanya akan ditanya tentang pilihan mata pelajaran dan tingkatan yang hendak diajar. Dalam kes guru akademik t6, dasar semasa KPM ialah penyandang jawatannya gred dg44 ke atas. Jika ada keperluan, pengetua boleh menggunakan budi bicara untuk mengisi kekosongan guru t6 dalam kalangan guru yang belum layak memohon naik pangkat berkenaan.

Wallahu a'lam.

siti said...

"Dalam kes guru akademik t6, dasar semasa KPM ialah penyandang jawatannya gred dg44 ke atas."

Sekolah saya ada ramai guru DG48 layak ajar T6. Tapi Pengetua pilih DC41. Guru berkenaan pula opsyen separuh sahaja.

Anonymous said...

Bermakna pengetua menggunakan budi bicara yang diperuntukkan dalam bidang kuasa beliau.

Namun, jika ada asas untuk tidak puas hati atau berasa teraniaya, aduan boleh dipanjangkan ke JPN (Unit Naik Pangkat) atau terus ke KPM (Bahagian Sumber Manusia). Pengetua boleh dikenakan tindakan surcaj atau tatatertib jika siasatan mendapati berlaku salah guna kuasa.

Wallahu a'lam...

Anonymous said...

Guru DC41, nampaknya akan diuruskan pemangkuan DG44 tak lama lagi. Ada yang tak kena.

Anonymous said...

Kedudukan yang diperoleh secara salah tidak betah bertahan lama

Lambat-laun si zalim akan menerima balasan yang setimpal

Percayalah bahawa jika sudah trezeki, tiada sesiapa pun mampu menyekatnya...

Wallahu a'lam

siti said...

Mulai 1 Julai 2010 akan berlaku persaraan wajib 58 tahun. Guru T6 yang berumur 58 tahun akan bersara. Adakah kekosongan T6 diuruskan oleh Pengetua? Sepatutnya guru DG48 yang berada didaerah berkaitan diberi peluang mengisi jawatan tersebut. Saya harap kuasa memilih tidak diletak dalam tangan Pengetua. Apa sebenarnya cara yang ditetapkan oleh KPM?

Anonymous said...

Proses kenaikan pangkat semasa ialah menerusi permohonan. Tugas pengetua mengesahkan dan memajukan permohonan tersebut. Jika terdapat percubaan menyembunyikan permohonan, tindakan tatatertib dan surcaj boleh dikenakan.

Keadaannya sama dengan kes melambat-lambatkan urusan kenaikan gaji sama ada secara biasa atau anjakan.

Kecuali lantikan fasa 1, pengisian jawatan guru akademik tingkatan 6 terbuka kepada semua guru yang memiliki opsyen mata pelajaran t6.

Ringkasnya: guru isi borang --> pengetua mengesahkan dan memajukannya ke JPN --> Unit Naik Pangkat JPN membuat pencalonan ke Bahagian Sumber Manusia KPM --> tapisan keutuhan (SPRM / PDRM) --> Senarai lantikan ke JPA untuk dimuktamadkan.

Maka, langkah pertama yang perlu dibuat oleh guru ialah memastikan bahawa borang ditandatangani oleh pengetua masing-masing.

Jika pengetua enggan menandatangani, beliau kena memaklumkan alasan yang jelas...

Wallahu a'lam

siti said...

"Ringkasnya: guru isi borang --> pengetua mengesahkan dan memajukannya ke JPN --> Unit Naik Pangkat JPN membuat pencalonan ke Bahagian Sumber Manusia KPM --> tapisan keutuhan (SPRM / PDRM) --> Senarai lantikan ke JPA untuk dimuktamadkan."

Rakan saya jumpa Pengetua untuk dapat borang permohonan T6. Pengetua jawab tidak ada borang pemohonan. Pengetua jawab lagi kekosongan T6 hanya boleh diisi oleh calon yang ada sokonongan pengetua?

Anonymous said...

Cuba dapatkan borang terus dari JPN. Hak guru isi borang, hak pengetua menyatakan sokongan atau sebaliknya. Cikgu sekolah rendah pun boleh memohon jika memenuhi syarat naik pangkat dan opsyen mata pelajaran.

Maklumat lanjut tentang musim permohonan fasa 2 dan seterusnya (tempoh seperti borang tukar) akan dipaparkan sebaik sahaja maklumat brkenaan disahkan. Insya-Allah...

Bar69 said...

Saya masih kabur lagi dgn sistem pengurusan T6. Adakah ia sepenuhnya diasingkan dari T1 -T5. Di sekolah saya, semua subjek T6 di bawah Unit Kurikulum dan bertanggungjawab terus kpd PK T6. Pada masa yang sama, kami masih berada di dalam panitia dan bertanggungjawab terus kpd Ketua Panita, Ketua Bidang dan PK1. Ringkasnya kami ada 2 ketua. Alasan pihak pentadbiran ialah, T6 tiada PCG. PCG diberikan mengikut panitia.Maknanya, ia mengambil masa untuk diasingkan sepenuhnya. Gitu ke?

Anonymous said...

Dari segi prinsipnya memang diasingkan sepenuhnya. Sebelum Mei 2011, masih dalam tempoh peralihan.

Kohort t6 rendah 2011 akan menjalani sistem baharu (tiga semester) sepenuhnya. Maknanya, guru akademik t6 akan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap modul dan pentaksiran secara berterusan. Selain itu, elemen kepimpinan dan perkhidmatan akan diperkasakan menerusi aktiviti kokurikulum.

Walaupun sistem t6 masih belum mantap, guru lantikan t6 patut berterima kasih kepada KPM. Beri naik pangkat dahulu. Mekanisme sistem dibuat secara beransur-ansur.

Hakikat yang cikgu sebutkan memang berlaku di semua sekolah yang ada t6. Penyerahan autonomi sebagai entiti yang berasingan pastinya mengambil masa. Perubahan secara drastik menggoncang status quo...

Anonymous said...

Apakah status Guru yang dipilih sebagai Guru Amali T6 DG44? Adakah guru tersebut diserap ke Guru Akademik DG48 kelak? Berapa waktu mengajar dsbnya? Sesiapa boleh bagi tahu?

Anonymous said...

Status guru amali t6 sama dengan guru akademik t6. Semua lantikan t6 (akademik, koku, amali) dikira setara dari segi gred perjawatan dan peluang naik pangkat ke gred seterusnya (48, 52, 54, khas C).

Beza nama jawatan ialah dari segi bidang tugas sepertimana dalam Garis Panduan Pengurusan Tingkatan 6 m/s 5.

Blangan waktu p & p akan termasuk pengurusan makmal, bilik komputer, @ bilik seni visual, yang mana berkenaaan.

Dalam struktur KPM, PPPS boleh ditempatkan untuk bidang tugas lain, termasuk dilantik sebagai pengetua, pegawai di PPD, JPN, KPM. Tidak semestinya guru lantikan T6 sudah "frozen" hingga bersara...

KLLee said...

Boleh ke seorang guru dilantik sebagai Guru Amali DG48 T6? Perlukah seorang yang dilantik Guru T6 DG48, berkhidmat sebagai Guru T6 selama 5 tahun sebelum berpindah menjadi Pengetua DG52?

Anonymous said...

untuk fasa 1, guru koku dan guru amali diperuntukkan gred 44 (hakiki @ memangku). fasa seterusnya belum diketahui.

namun, yang pasti pelantikan baru guru t6 perlahan sedikit. mungkin ada kaitan dengan kemerosotan enrolmen pelajar.

selain itu, berasaskan prinsip "laluan pantas", dg 48 boleh dinaikkan ke dg 52 selepas 3 tahun, bergantung kepada kekosongan, prestasi dan tapuisan keutuhan. namun, jika ada keperluan, penyandang dg48 boleh dilantik memangku 52 tanpa naik pangkat.

saya hendak menyambung jawapan kepada puan siti. borang permohonan fasa 2 sudah lama ditutup. ambilan seterusnya belum dimaklumkan.

dalam mana-mana peluang naik pangkat, "grab" dahulu secepat mungkin sebelum dipenuhi. sekarang pengambilan gc 48 pun dihentikan buat sementara.

KLLee said...

Perlu seorang guru T6 DG48 kerja selama 5 tahun sebelum boleh tukar menjadi Guru T1-5?

Anonymous said...

Penyandang jawatan 48 hakiki kebiasaanya dikehendaki memenuhi syarat minimum 3 tahun sebelum boleh kembali ke KUP, tertakluk kepada cadangan Bahagian Sumber Manusia, KPM kepada pihak JPA.

Mengapa mahu berbuat demikian?

chan said...

Bagaimana cara seorang Guru T6 DG48 hakiki jadi PK1 DG48 sekolah.

Anonymous said...

Pertukaran kedudukan setara seperti itu sukar untuk berlaku, melainkan sangat diperlukan oleh JPN / KPM.

Semua proses naik pangkat / kes rayuan perlu isi borang.

Lebih baik tunggu 3 tahun, isi borang pelantikan pengetua...

julio said...

Adakah seorang guru T6 DG48 hakiki perlu tunggu 3 tahun sebelum kembali jadi guru T1-5 DG48 Hakiki? Adakah Guru T1-5 DG48 hakiki peluang lebih cerah jadi Pengetua DG52 dari Guru T1-5 DG48(KUP) atau guru T6 DG48 hakiki?

Anonymous said...

Hakiki tak boleh kembali jadi KUP, melainkan dalam kes khas (arahan, kepentingan perkhidmatan, rayuan).

Pelantikan pengetua ialah hak JPN / KPM. Selain kelayakan dan kekananan, banyak tapisan keutuhan lain seperti kepimpinan dan sumbangan turut diambil kira.

Di Perak, sejumlah 118 orang guru telah lulus simulasi kepengetuaan (hujung 2008), dan tersenarai sebagai calon. Namun, disebabkan umur persaraan dilanjutkan 56 --> 58, menyebabkan pergerakan menjadi lebih lambat, dan pencalonan berkenaan luput tarikh (Ogos 2009).

Peluang 48 hakiki, KUP untuk dicalonkan sebagai pengetua boleh dikatakan sama rata. Kesanggupan menjayakan NKRA (minimum "on target") mungkin menjadi "plus factor".

cikgu chia said...

Salam cikgu. I am an old timer. First thanks for such an informative post regarding form six. Very enlightening.

Sekiranya seorang guru memangku sesuatu jawatan selama 6 bulan hingga setahun, adakah ini bermaksud pengesahan dibuat selepas tempoh pemangkuan? Apa lagi syarat untuk pengesahan jawatan? Saya memangku DG52.

Thanks in advance for your reply.

Anonymous said...

Salam Cikgu Chia

Ya, betul. Syarat pengesahan jawatan ialah melepasi markah prestasi dan tapisan keutuhan.

Berdasarkan prinsip pemangkuan untuk tujuan naik pangkat, kebiasaannya tarikh lantikan hakiki diundur pada tarikh mula memangku.

Namun, semuanya tertakluk kepada budi bicara JPA. Tarikhnya mungkin boleh juga berbeza...

Anonymous said...

Nampaknya tarikh pesaraan wajib 58 tahun akan tiba tak lama lagi. Pengetua sekolah sudah ada calon guru T6 untuk isi kekosongan yang jangka berlaku. Apa jadi pada guru yang yang mohon fasa 2, tarikh tutup okt. 2008? Apa nasib mereka? Nampaknya pengetua pilih guru yang belum dilantik pada tahun 2008. Boleh gitu?

Anonymous said...

masih ada lantikan fasa 1 pusingan 2.

khabarnya pertengahan februari ada lagi eksersais (pelantikan dan pergerakan guru). sama-samalah kita tunggu..

cikgu chia said...

Salam cikgu. Terima kasih kepada anonymous 7:36 pm atas maklumat yang disampaikan.

Memang betul apa yang bereskan ialah urusan kedua fasa 1. Negeri Selangor telah dapat list nama guru ting6 kumpulan 2. Pemangkuan diambil kira seperti kumpulan pertama iaitu 1hb Jan 2008.

Perkara perlantikan ini adalah "ongoing" as many schools still have vacancies that are not filled if going by subject package.

Jadi kekosongan ini akan diisi oleh guru yang akan dilantik fasa2.

Anyway bolehkah tolong confirm sama ada PK T6 layak menerima elaun tanggungjawab? My school clerk is not preparing the arrears for my PK T6(my friend) as she said there is no instruction from higher up.

Earlier on Cikgu Azhar answered a query and said that PK T6 entitle to ETJ. Correct me if I am wrong. Thanks again.

Anonymous said...

Memang layak, just a matter of time.

Bayaran yang dibuat oleh akauntan negara (AG) mesti ada "punca kuasa" (VOT) tertentu.

Proses bayaran perlu mendapat kelulusan JPA terlebih dahulu.

Jawatan PK t6 mungkin dalam proses pewartaan, sama seperti jawatan baharu yang diwujudkan.

Jika keadaan sebaliknya berlaku, Majlis Penolong Kanan setiap negeri mungkin ada jalan...

Anonymous said...

Apakah kedudukan guru yang mula mengajar T6 pada mei 2008? Adakah dikira urusan kedua fasa 1 atau kes fasa 2? Boleh kah seorang guru datang ke sekolah sebagai urusan kedua fasa 1 dan "ganti" guru kes fasa 2?

Anonymous said...

bergantung kepada tarikh pelantikan dalam surat yang ditandatangani kpm.

jika sekadar tukar status kup ke hakiki, tarikhnya tidak diundurkan.

undur untuk memangku 44, 48, 52.

fasa 2 belum dilantik...

chan said...

Saya adalah seorang guru T4/5 yang telah mohon T6 fasa 2. Sekiranya berjaya nanti adakah saya akan diberi surat tawaran T6 atau arahan menjawat jawatan T6. Sekiranya saya diminta tukar daerah/negeri, saya cadang tidak lapor diri.

Anonymous said...

surat lantikan.

jika hendak menarik diri, perlu membuat rayuan.

berdasarkan kes fasa 1 pusingan 1, semua rayuan telah diterima.

bagaimanapun, rayuan perlu sokongan pengetua / jpn.

setiap kes mempunyai merit / pertimbangan yang berbeza...

Anonymous said...

Bagaimana cara untuk batalkan permohonon T6 fasa 2? Perlu saya pergi ke JPN/PPD?

Anonymous said...

tiada cara.

permohonan fasa 2 sudah diproses dan kemungkinan lantikan menyusul sebelum 6 rendah kohort 2010 masuk.

lantikan fasa 1 pusingan 2 sudah bermula pertengahan februari, pk t6 juga dilantik berperingkat-peringkat.

jika cikgu mahukan kepastian, buat panggilan terus ke bahagian sumber manusia, kpm, atau rujuk kpp unit naik pangkat, jpn tentang perkembangan lantikan fasa 2...

cikgu chia said...

Good evening teachers.

Sekolah saya mengisi borang mengenai bilangan guru t6 yang dilantik dan baki kekosongan. Sekolah saya masih kekurangan guru lantikan. Guru yang menolak dan yang berpindah tidak digantikan.

Harap-harap KPM akan mengatasi masalah ini dengan menghantar posting baru sebelum pelajar Pra-U kohort 2010 melapor diri.

Anonymous said...

jika boleh, cikgu chia berikan alamat e-mel supaya guru yang berminat boleh menghubungi cikgu untuk mendapatkan maklumat lanjut...

mungkin cikgu chia bakal menceriakan mereka sepanjang hayat...

KLLee said...

Sekiranya saya berjaya berpindah ke sekolah En. Chia dan dipilih oleh Pengetua untuk mengagar T6, adakah saya akan dapat lantikan dari KPM. Bagaimana status saya jika baru berapa bulan KPM lantik orang lain ganti saya? Adakah saya dapat balik kesekolah asal?

Anonymous said...

Pindah, dipilih dan dilantik ialah 3 cerita yang berbeza. Pihak yang terlibat juga berbeza.

- Pindah mungkin urusan PPD, JPN, KPM.

- Dipilih mengajar t6 budi bicara pengetua setelah wujudnya kekosongan yang belum diisi oleh guru lantikan.

- Lantikan dibuat terus oleh KPM menerusi kelulusan perjawatan naik pangkat JPA.

Cadangan pengetua mesti diperoleh supaya permohonan boleh dipanjangkan. Sama ada KPM / JPA bersetuju dengan cadangan pengetua, terpulang kepada kriteria, kekosongan dan melepasi tapisan keutuhan.

Walaupun dalam hampir semua kes, cadangan pengetua akan diterima, kekecualian masih boleh berlaku.

Hendak balik ke sekolah asal, itu kena "kaotim" dengan PPD @ JPN. Berdasarkan rekod, proses demikian tidaklah mudah.

Apa-apa pun, belum cuba belum tahu...

cikgu chia said...

Salam cikgu. Peace to all of you.

Ingin nak tahu sama ada big pool guru yang memohon fasa 2.

It would be good if KPM send out all teachers who are qualified and interested to fill up the vacant slots.

Sebenarnya banyak sekolah ada kekosongan. Semua sekolah t6 dikehendaki melaporkan baki kekosongan. Kekosongan masih belum diisi di beberapa sekolah di daerah saya.

I am not sure about other states. I think same problem exists there.

Anonymous said...

Masalah yang dihadapi KPM untuk proses naik pangkat ialah penempatan. Biasanya guru senior yang hendak digerakkan sudah membeli rumah sendiri, dan anak-anak guru sudah selesa di sekolah tertentu.

Satu lagi isu yang mungkin timbul ialah pasangan hidup mungkin tidak dapat menyertai pindah ke luar daerah, apatah lagi jika melibatkan negeri yang jauh.

Pendek kata, budaya pindah-randah belum menjadi kebiasaan kaum guru, jika dibandingkan dengan perkhidmatan awam yang lain.

Sekarang ini pun penempatan guru sandaran terlatih biasanya dibuat berhampiran dengan rumah mereka, kecuali tidak dapat dielakkan.

Banyak kekosongan di KPM sendiri akhirnya diisi oleh PTD. Apabila PTD berjaya masuk JPN dan diura-urakan akan ke sekolah, kesatuan guru mula bising.

Ada guru yang mengtakan dia jadi guru sebab hanya perlu berada di sekolah separuh hari. Dia sanggup membawa beban kerja ke rumah sebanyak mana pun...

Keadaan yang sama akan berlaku untuk lantikan fasa 2 guru akademik t6. Desas-desus bahawa seseorang guru akan dibenarkan bertugas maksimum 5 tahun di sesebuah sekolah sudah pun meresahkan sebahagian guru.

Sampai bila guru hendak bersikap begitu? Bukankah air yang mengalir lebih baik daripada air yang bertakung?

Anonymous said...

salam,sek saya memang telah mengasingkan guru t6 dari guru kbsm.namun yang menjadikan guru kbsm cemburu ialah mrk dapat gaji gred tinggi tapi purata semua hanya ajar 8 waktu saja. ada 2 orang lagi baru ajar 4 waktu.seorang tu pk t6,boleh consider tapi seorang tu guru akad biasa saja.bayangkan baru 3 kelas t6 atas tapi ada 14 orang guru t6 (5 org saja yg betul2 dpt lantikan,yg lain standby spy ada peluang dpt lantikan).bukankah minimum mengajar t6 mesti 16 waktu. guru yg dpt 4 waktu tu kalau t6 rendah masuk pun 12 waktu saja? manakah keadilan bg guru kbsm?

cikgu chia said...

Ikut panduan pengurusan t6, minimum waktu guru t6 bagi m/p t6 ialah 16 waktu. Guru t6 boleh diberi sampai 24 waktu jadi boleh digabung dengan waktu arus perdana untuk melengkapkan jadualnya.

Guidelines given by kpm very clear Form six periods for appointed teachers; minimum 16, maximun 24. PK 8 periods.

In my school to solve the problem of lack of English language teachers, appointed form six Muet teachers are deployed to teach the mainstream students as lower six hasnt reported. I do the timetable in my school. If lower six report, their periods for mainstream will be taken off.

I do the time table reshuffle about three times a year. Teachers come and go. So have to solve the problem.

mariam said...

'....5 org saja yg betul2 dpt lantikan,yg lain standby spy ada peluang dpt lantikan)...'

Siapa akan dapat lantikan? Bagaimana guru yg apply melalui fasa 2 tetapi tidak ngajar t6 sekarang?

Anonymous said...

pengetua di sek saya tidak mahu guru t6 pegang lagi kelas kbsm menyebabkan semua guru t6 baru sikit saja waktu (4 - 8 waktu) sebelum 6 rendah masuk!!memang tak adil!! kenapa jabatan tak pernah fikir ada keadaan begini yg timbul pada hal mrk tu dpt gaji tinggi2, waktu mengajar syarat minimum pun tak capai!!
mengikut guru t6 yg menghadiri taklimat, mrk kata guru t6 tidak boleh putus dari mengajar t6,kalau putus,nanti tak dpt lantikan dlm fasa 2, jadi mengikut cikgu mariam, guru yg memohon fasa2 tapi tak ajar f6 mungkin tak dpt lah tu.. ini ialah sumber yg diberi oleh guru t6 sek kami...

Anonymous said...

sistem baru t6 masih dalam tempoh peralihan, maka diakui sedikit sebanyak kucar-kacir.

pelaksanaan sebenar hanya bermula untuk kohort 6 rendah 2011.

sekarang mungkin nampak "relax", tetapi buat sementara sahaja. skop tugas guru t6 sebenarnya amat luas kerana sebahagian pentaksiran (stpm) terletak di bawah tanggungjawab mereka...

Anonymous said...

sistem baru t6 masih dalam tempoh peralihan, maka diakui sedikit sebanyak kucar-kacir.

pelaksanaan sebenar hanya bermula untuk kohort 6 rendah 2011.

sekarang mungkin nampak "relax", tetapi buat sementara sahaja. skop tugas guru t6 sebenarnya amat luas kerana sebahagian pentaksiran (stpm) terletak di bawah tanggungjawab mereka...

cikgu chia said...

Katakan "relax" sebenarnya tidak benar bagi sekolah yang akur kepada contoh jadual waktu yang dihantar oleh kpm.

Setiap hari Isnin hingga Khamis sebaik sahaja habis waktu sekolah 1.10ptg, tutorial(kelas tambahan)dijalankan.

Tutorial makes up for lost periods and also for review of lessons taught. I am all for it. Colloqium prepares student for university life. Teachers as facilitators meet students when necessary. Most of my time is spent on reading and preparing powerpoint notes and also answers to my tutorial. I also teach one class of form five.

There is not much time for me to relax as I also solve the teaching time table problems. I have other duties like analysing exam results. My hands are full.

Guru lantikan t6 di sekolah saya mengganti/ambilalih waktu guru yang cuti bersalin sementara menunggu kemasukan tingkatan enam bawah.

I think later in 2011 the modular system will be implemented. In fact the evaluation of science practicals is schoolbased and it constitute 10% of the total score of the science subject. We have to tabluate the score and send it to MPM latest by October.

Anonymous said...

satu lagi yg saya terlupa cerita, guru t6 sek saya tu, mrk bukan shj 4 hingga 8 waktu saja, mrk punya jadual pun ikut guru kbsm pulang jam 1.05 pm, satu hari saja paling lewat pun jam 2pm saja. kalau ikut yg betul sampai jam 3pm..tapi ikut budi bicara...tutorial mrk bukan buat slp waktu sek 1.05pm, tapi sebelum waktu pulang...

Anonymous said...

silap tadi,mrk ada 2 hari sampai 2pm, tapi itu pun waktu kokum t6 yg serentakkan dgn waktu kokum kbsm.jadu akhirnya jadual waktu pulang mrk sama seperti guru yg bukan mengajar t6.jadi apa bezanya guru t6 dengan guru kbsm??

Anonymous said...

Terima kasih atas maklum balas dan pandangan guru kbsm terhadap guru akademik t6.

Pada prinsipnya, walaupun masuk kelas 4 - 8 waktu (buat sementara), guru akademik t6 dikehendaki mengisi waktu-waktu lain dengan persediaan, pentaksiran, penyelidikan, pengurusan, dan lain-lain. Semua perlu direkodkan, ada hitam putihnya.

Mungkin disebabkan guru lantikan sudah berpengalaman luas, maka kerja-kerja berkenaan dapat diselesaikan dengan cepat.

Kita buat analogilah. Semasa aman, tentera mungkin ada latihan kawat sesama sendiri, tetapi kalau berlaku krisis, macam mana? Anggota bomba: semasa tiada panggilan kecemasan, mereka "lepak" di bilik persediaan, bersembang, melayari internet atau apa-apa aktiviti lain. Apabila berlaku sesuatu tragedi besar, bagaimana?

Saya berpendapat bahawa suatu hari nanti akan tiba pula giliran guru kbsm memperoleh spesifikasi tugas yang lebih adil dan baik.

Saya pernah mengambil bahagian dalam perbincangan dengan wakil KPM sebelum penjenamaan semula sistem t6 dibuat. Sebenarnya t6 akan diuruskan sebagai entiti yang berasingan daripada sistem persekolahan biasa. Mungkin akan ditempatkan secara berpusat dalam satu kolej.

Masa sahaja yang akan memberikan jawapan...

Walau apapun, pandangan cikgu kbsm dan sesiapa sahaja sangat dialu-alukan supaya pada akhirnya, pelajar t6 yang bakal beroleh manfaatnya. Teruskan memberi maklum balas, kritikan dan pandangan...

Anonymous said...

Pegawai JPN - urusan T6 melawat sekolah. Nampaknya guru yang baru mengajar t6 selama setahun akan dapat lantikan. Guru T4/5 yang mohon fasa 2, habuk pun takde. Pengetua cari kroni ajar T6 MENANG.

Anonymous said...

memang benar.

semua pk t6 diarah mengumpul maklumat guru yang sedang mengajar t6 tetapi belum dapat lantikan.

maklumat berkenaan akan diproses oleh bahagian sumber manusia, kpm.

sama ada dapat lantikan atau tidak, bukanlah bidang kuasa pengetua @ jpn lagi.

selagi belum ada keputusan yang muktamad, sama-samalah kita nantikan sahaja..

hanya itu yang mampu kita lakukan...

- sahabat guru

Anonymous said...

Apakah pdeluang guru T4/5 yang ingin mengajar T6? Apa jadi pada fasa 2?

Anonymous said...

peluang masih terbuka

tunggu hingga mei ini dahulu...

semua permohonan yang disokong oleh pengetua / jpn; diperakui bahagian sumber manusia (kpm) perlu mendapat kata putus jpa.

sehingga itu semuanya teka-teki sahajalah...

Anonymous said...

Boleh tolak jawatan T6 kalau penempatan tak sesuai?

Anonymous said...

Istilahnya "rayu", bukan tolak...

apa-apa pun rujuk unit naik pangkat jpn @ bahagian sumber manusia, kpm...

Anonymous said...

Saya memangku dg44 lantikan 1.1.08.Sekarang mengajar syariah,pelajar hanya 8 orang.Apakah risiko kepada saya sekiranya pelajar makin berkurangan atau tiada langsung untuk sesi 2010/2011 mei ini?Harap ada respon

Anonymous said...

Dasar naik pangkat ialah tidak merugikan penjawat, melainkan berlaku pelanggaran tatatertib.

Segala faedah dan kemudahan tidak ditarik balik.

Jika dan hanya jika berlaku kes yang tersebut, cikgu cubalah memohon tukar mata pelajaran kepada Pengajian Am (terbuka untuk semua pengkhusussan), atau mungkin terpaksa akur untuk berkhidmat di sekolah lain yang menawarkan mata pelajaran yang sama.

Wallahu a'lam...

KLLee said...

Disekolah rakan ada seorang guru DG41 pengalaman mengajar selasma setahun. Juga ada seorang guru DG41, pengalaman mengajar 9 tahun.Pengetua pilih guru muda ajar T6. Siapa akan dapatlantikkan, guru muda atau tua?

Anonymous said...

jika guru "muda" memenuhi syarat naik pangkat dg 44 (5 tahun dg 41, dan lulus ptk aras III / B) dia juga layak untuk lantikan.

fasa 2 terbuka kepada semua guru, asal ada opsyen mata pelajaran t6.

mungkin guru "tua" disimpan oleh pengetua untuk pencalonan naik pangkat laluan lain (pentadbiran " gc)...

KLLee said...

Guru muda dapat pemangkuan DG44 padahal baru pengalaman mengajar setahun. Kenapa tak pilih guru DG44(KUP) yang akan jadi DG44(hakiki)? Kerajaan boleh jimat dan pelajar dapat guru pengalaman. Ini asyik kroni Pengetua.

Anonymous said...

Satu penyelidikan (disertasi) Ph.D di UKM mendapati 90% kejayaan sesuatu urusan (perjawatan, perniagaan, dll)di Malaysia dipengaruhi oleh hubungan (contact). Keadaan yang sama mungkin berlaku di seluruh dunia.

Sebagai laluan pantas naik pangkat, peluang lantikan guru akademik t6 memang wajar diutamakan kepada guru yang lebih muda. Guru senior yang lebih dekat dengan "time-based" masih banyak peluang lain seperti gc dan jawatan pentadbiran.

Saya telah menghadiri kursus pentadbiran sekolah. Antara perkara yang ditekankan ialah pengetua umpama seorang "raja" di sekolah. Jika pengetua tiada masalah dengan PPD, JPN, KPM sudah pasti apa-apa cadangan pengetua dianggap lebih sah.

Namun, cikgu masih ada saluran lain seperti kesatuan guru, atau membuat pertanyaan kepada Unit Naik Pangkat JPN atau Bahagian Sumber Manusia, KPM...

Anonymous said...

Secara logiknya bagaimana seorang guru DG41 baru dilantik mengajar T6 dan diberi pemangkuan? Pemangkuan bermaksud dibayar Gaji DG44 tapi belum di lantik sebagai guru DG44. Guru DG44 (KUP) yang begitu ramai takan tak boleh ajar T6. Mereka ini cuma dapat DG44(hakiki). Berapa banyak RM KPM boleh jimat? Pelajar pun dapat faedah. Saya harap BSM ada otak, nampaknya pengetua, PPD dan JPN tak erti memikir.

CIKGU AZHAR RODZI said...

Saya guru senior yang dapat lantikan 48. Secara jujurnya, saya berpendapat pelajar t6 memerlukan gabungan guru senior dan juga muda.

Cikgu benar apabila berkata guru DG 44 sedia ada lebih layak mengajar t6.

Namun, sebagai laluan pantas naik pangkat, guru muda perlu diberi peluang. Jika sekadar pergerakan setara (KUP kepada hakiki), proses naik pangkat menjadi lebih kurang sama dengan kaedah lama.

Kerjaya guru paling lambat naik pangkat berbanding dengan PTD atau profesional lain (perkhidmatan kesihatan, jurutera, pensyarah IPTA). Anggaplah lantikan guru muda sebagai langkah ke arah perubahan.

Kuasa pengetua, PPD, JPN, KPM boleh diimbangi dengan proses tawar-menawar kesatuan guru, atau majlis profesional guru yang belum menjadi kenyataan di Malaysia.

Dalam realiti, "win-win situation" sukar dicapai. Yang selalu berlaku ialah "win-lose". Teruskan perjuangan sehingga hak guru dihormati dan salah guna kuasa dapat dibongkar...

Anonymous said...

Pada masa ini KPM mengalami masalah kewangan. Peruntukkan Sukan dsbnya di potong. Namun kroni Pengetua, PPD dan JPN boleh dapat pemangkuan. Saya harap penyelewengan ini di siasat oleh Odit Negara.

Anonymous said...

Dalam keadaan bilangan perjawatan yang terhad, faktor kelayakan bukan menjadi kriteria tunggal pelantikan.

Sistem organisasi yang diurus oleh manusia pasti terdedah kepada kepada perkara yang disebut oleh KLLee.

Maka, kita tunggu pelaksanaan program transformasi kerajaan yang dilancarkan baru-baru ini.

Contoh lain: guru yang memiliki ijazah sarjana dan Ph.D, serta PTK aras IV (A) dinafikan peluang naik pangkat.

Sebaliknya, guru ijazah pertama dan PTK aras III (B) pula yang diangkat sebagai pemimpin sekolah.

Kelemahan SSB nampaknya belum dapat dihapuskan oleh SSM...

Anonymous said...

Salam Cikgu Azhar,

Saya mengajar di Pulau Pinang ni dah 8 tahun....tetapi saya tidak pernah diberi peluang untuk ke mengajar ting 6 dan permohonan guru cemerlang kerana Pengetua dan PKP1 mempunyai orang pilihan mereka...siapa yang layak dan berhak bagi mereka...kebanyakan yg mengajar hanya guru senior yg sudah memperolehi dg44...bukankan kita nak menolong kenaikan guru dr DG41 ke 44???..

Tahap PTK sya pada level III...harap untuk mengajar ke ting 6 akhirnya saya di hantar plak ke sesi petang dengan alasan keperluan dan masih muda...

Untuk jawatan guru cemerlang juga mengikut pengetua....pilihan pengetua apabila diketahui oleh rakan guru lain menyebabkan guru2 lain seakan tidak boleh mengajar...

di mana aduan dan rasa teraniaya perlu di luahkan untuk kes2 seperti ini

CIKGU AZHAR RODZI said...

salam...

secara prinsip, semua proses naik pangkat perlu dibuat menerusi permohonan. kena isi borang.

sebaik-baiknya cikgu selalu berhubung dengan guru data di sekolah cikgu, atau mendapatkan maklumat daripada penolong kanan (pentadbiran). cara lain ialah memuat turun borang daripada portal rasmi kpm.

hak guru ialah memohon; hak pengetua ialah memberi sokongan atau sebaliknya.

selain sokongan pentadbiran, banyak perkara lain yang perlu dilepasi, antaranya:

1. tapisan keutuhan

2. kekosongan jawatan

3. kelulusan jpa

jawatan guru cemerlang (gc) boleh dipegang oleh guru petang, mahupun guru sekolah rendah.

di sekolah saya, ada gc dg48 mengajar sesi petang.

terdapat 18 cara naik pangkat tanpa perlu mengikut tempoh perkhidmatan (time-based). jika cikgu menganggotai mana-mana kesatuan guru, maklumat tentangnya lebih senang diperoleh.

tentang kes "pilihan pengetua" agak sukar untuk dijadikan hujah. seseorang guru hendaklah membuktikan dirinya sebagai "aset" sekolah terlebih dahulu. mungkin pengetua A tak nampak, pengetua B nampak.

transformasi perkhidmatan awam telah dimulai dengan sektor kesihatan, tentera dan polis. khabarnya, giliran guru akan menyusul...

mungkin kes yang cikgu sebutkan tidak lagi dominan...

Anonymous said...

Guru DG41 pengalamn mengajar 3 tahun, diberi pemangkuan DG44 selama 2 tahun dan kemudian beri DG44 hakiki setelah genap 5 tahun berkhidmat. Takde guru DG44(KUP) yang layak ajar T6 dalam daerah? Saya harap Pengarah tidak dibawah pengaruh Pengetua sekolah T6 yang promote kroni. Harap KPM bertindak.

Anonymous said...

Harap maklumat cikgu sampai ke pihak KPM untuk tindakan lanjut.

Sistem di Malaysia masih bersifat hierarki. Jika berterusan, masalah "burn-out" dalam kalangan guru senior mungkin lebih teruk.

Walaupun lantikan guru junior memangku gred lebih tinggi tidak bercanggah dengan kriteria pelantikan, kompetensi dan pengalaman perlu diberi merit yang lebih tinggi...

cg said...

salam sejahtera, saya guru koku lantikan fasa 1, adakah perlantikan guru koku lagi untuk fasa 1 kumpulan 2 atau fasa 2 bagi tingkatan 6 sepuluh kelas ke atas?

Anonymous said...

salam cg...

bergantung kepada keperluan

maksimum guru koku 3 - 4 orang

lantikan akan berterusan selagi ada keperluan (pengisian jawatan) ...

Anonymous said...

selamat pagi cikgu...

saya adalah guru ting 6 yg dilantik pd fasa yg pertama, Jan 2008. termasuk thn 2010 ini, sudah 3 thn saya dilantik sbg guru ting 6.Salah satu syarat perlantikkan ialah menetap di sekolah selama 5 thn setelah dilantik sbg guru ting 6.
Masalah saya cikgu...suami saya seorg anggota tentera telah mendpt arahan berpindah atas kenaikkan pangkat pada bulan April ini ke Labuan.
Soalan saya cikgu....boleh ke tidak saya memohon perpindahan untuk mengikut suami ? Online perpindahan antara negeri akan dibuka pada bulan April ini.
saya sedar tentang syarat perpindahan seperti dalam surat lantikkan. sebab itu saya inginkan jawapan dan panduan dr cikgu memandangkan saya mempunyai 3 org anak yg masih kecil.
Bulan berpindah saya tidak kisah samada diluluskan bulan 6 atau hujung thn ini.
sekian terima kasih cikgu

Anonymous said...

salam...

sistem e-tukar secara automatik tidak dapat memproses permohonan beberapa kategori guru, termasuk guru akademik t6, dan guru j-qaf. sistem dalam talian sifar perasaan dan tidak menyediakan respons untuk sebarang alasan yang tidak disenaraikan.

guru tg gred 44 memang 5 tahun, tetapi 48 khabarnya boleh dipertimbangkan kepada 3 tahun.

maka, dalam kes cikgu, jika menggunakan e-tukar, sudah sah ditolak mentah-mentah oleh sistem.
cikgu boleh mencubanya sendiri atau rujuk guru data.

ikhtiar terakhir yang ada ialah cikgu membuat rayuan terus ke putrajaya (bahagian sumber manusia, kpm). manalah tahu ada rezeki untuk cikgu sekeluarga.

sebelum ke sana, aturkan janji temu terlebih dahulu supaya pegawai yang berkenaan berada di pejabat. mungkin pegawai di kpm boleh memberi opsyen yang lebih baik...

cg said...

Salam sejahtera,
mengikut garis panduan, sekirannya hanya seorang shj guru koku, maka beliau akan dilantik sebagai penyelaras koku t.6. adakah guru tersebut adalah guru kanan yang terlibat dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah atau sama seperti guru akademik t.6 lain?

Anonymous said...

guru koku t6 termasuk penyelaras bertugas membantu pk t6 dalam hal berkenaan. tugas lain sama dengan guru akademik t6.

guru koku tidak termasuk dalam G10 (pentadbiran sekolah / guru kanan). skop tugas terhad setakat membantu pk t6...

cg said...

Salam sejahtera cikgu,
saya ada dua soalan, iaitu:
1. Jika guru tingkatan 6 (dg 44) yang telah cukup tempoh pada masa akan datang ingin menukar laluan kepada bidang umum (dg 48) atau gc (dg 48). Bolehkah guru tersebut berbuat demikian?
2. Bilakah guru akademik tingkatan 6 (dg 44) fasa 1 akan mendapat surat pengesahan jawatan bagi membolehkan guru mengambil ptk (tk3) untuk mendapat peluang anjakan gaji jika lulus aras iv kedua2 kertas?

Anonymous said...

salam.

1. semua proses perjawatan awam: naik pangkat / menukar laluan perlu isi borang permohonan. jawapan kepada soalan tuan, boleh mengisi borang. jika ada kekosongan dan rezeki, tiada halangan, justeru tempat tugas guru tidak semestinya di sekolah dan di kelas sahaja. jawatan tertinggi guru ialah kppm. jika pelan transformasi kerajaan menerima cadang guru boleh memohon jawatan PTD, bertambah lagi laluan naik pangkat guru hingga boleh menyandang kedudukan KSU di KPM / KSN.

2. setakat ini baru gc lantikan 2008 menerima surat lantikan. guru t6 bakal menyusul. Barang diingat bahawa tempoh pemangkuan boleh berlanjutan hingga tiga tahun. Namun, berdasarkan konvensyen, tarikh lantikan boleh diundur selepas 6 bulan pemangkuan (contohnya dikira md 1Julai 2008)...

Anonymous said...

PK sekolah saya DG44 pada tahun 2008 telah menerima T6 dan dapat DG48 guru akademik T6. Sekarang beliau nak balik ke jawatan asal PK atas DG48 hakiki. Kenapa KPM biar ini berlaku. Tahun hadapan pengetua pencen, dia pula dapat Pengetua DG52. Mana boleh? Malaysia boleh!

Anonymous said...

Semudah itu?
Minimum 3 tahun 48 diperlukan sebelum boleh memohon 52.

Maknanya paling cepat dg52 ialah 1.1.2011 (tahun hadapan), tetapi perlu lulus ptk dg48 minimum aras III (B). Jadi kena ambil ptk april ini, iaitu dalam tempoh pemangkuan.
maksimum boleh dapat aras III (B).

Tiada sesiapa pun yang penting dlam perkhidmatan awam. Itulah prinsipnya. Tidak mungkin seseorang penjawat awam dapat menentukan kedudukannya sendiri, melainkan ada merit tertentu dan demi kepentingan perkhidmatan.

Sudah tiba masanya kesatuan guru (seperti NUTP) membangkitkan isu naik pangkat supaya peluang yang lebih adil diberikan kepada kalangan guru yang berminat, layak dan disenangi oleh warga sekolah...

cikgu chia said...

Salam Mr Anonymous

I read ur answers to some queries here with great interest. A lot of us here has gained insight regarding form six promotions.

Bagi kita yang memangku jawatan, jikalau perlu menunggu tiga tahun utk pengesahan, tempoh ini macam agak lama.

Tidak lama lagi Pra U Junior akan naik sekolah mungkin bulan Mei seperti dulu. Masih lagi ada baki jawatan di beberapa sekolah belum diisi.

Adalah harapan kita kalau KPM boleh hantar guru lantikan fasa 2 untuk memenuhi jawatan yang masih kosong. Sampai sekarang belum lagi dengar apa berita. Jadual waktu perlu dirancangkan dan sedia ada sebelum Pra U Junior lapor diri.

Anonymous said...

salam cikgu chia

actually we're waiting 4 u 2 join / taking part in this discussion. since u r a very experience teacher, ur assistance is very much appreciated. u r always welcome 2 share info and thought about form six rebranding.

pada pendapat saya, yang penting ialah tarikh lantikan sebenar. jika diundur hingga 1.1.2008 lebih baik, kan? guru akademik t6 akan menerima perbezaan tangga gaji sebenar dengan elaun memangku (RM203.16) selama hamir 3 tahun. jumlahnya mungkin 3k - 5k!

harap ada pegawai jpn / kpm membaca cadangan dan harapan cikgu chia dan rakan lain di sini...

Anonymous said...

Guru DG41, berpengalaman mengajar setahun dapat ajar T6. Dapat DG44(Pemangkuan). Genap 5 tahun mengajar dapat DG44(hakiki). Gaji Pemangkuan dan hakiki hampir sama. Tiada Guru DG44(KUP) dalam daerah. Siapa tidur? PPD, JPN, KPM atau JPA?

Anonymous said...

Salam,

Beberapa persoalan tentang tugas PKT6:

1. Tugas PKT6 terlalu kabur - tiada fail meja yang daripada KPM setakat ini. Hal ini menyebabkan berlaku pertindihan tugas antara PK1, HEM dan PK Kokum T1-5.

2. Tiada geran khas untuk tingkatan 6. Guru-guru tingkatan enam terpaksa bergantung kepada peruntukan bidang ting. 1-5. PKT6 terpaksa 'mengemis' peruntukan daripada sekolah (yang tidak wujud). Kesian, konon PKT6 tetapi peruntukan khas tiada...lol

3. Benarkah sistem modular dapat dimulakan pada tahun 2011? Ramai yang ragu-ragu kerana nampaknya kebanyakan sekolah masih belum bersedia..

Terima kasih.

Anonymous said...

Salam.

Saya cuba respons anonymous 3.18am dahulu. Rasanya soalan ni dah berbangkit banyak kali. TPM pun dah umum makmal penilaian naik pangkat guru. Harap akan ada perubahan, supaya pengalaman diberi merit lebih tinggi daripada sokongan mana-mana peringkat organisasi (pengetua, ppd,jpn, dll). Selagi sistem sekarang (persepsi orang atasan) masih dominan, perkara yang cikgu cakapkan teruslah berlaku...

2. Anonymous 3.45 membangkitkan isu pk t6, dan sistem modular 2011. Rasanya lantikan pk t6 belum selesai lagi. Mungkin akan ada majlis pk t6 sebagaimana majlis pk (saya pernah hadir kursus pk). Buat sementara ini, dari segi geran atau waran peruntukan terus kepada t6 masih belum dibuat. Pemisahan secara hitam putih belum berlaku. Kita beri peluang kepada kpm (unit pengurusan t6) merangka tatacara kewangan yang khusus untuk t6 tanpa bercampur dengan t1-t5. Namaun, harus diingat, selagi t6 berada di sekolah, kata putus terletak di tangan pengetua.

Tentang sistem modular, tiada pula khabar berita. Yang saya faham, penjenamaan semula pengajian t6 pada asasnya ialah untuk menyediakan peluang naik pangkat secara "fast track" kepada guru t6. Selain itu, kpm hendak meningkatkan semula imej pengajian t6 sebagai pilihan utama pelajar. Sistem modular membolehkan pemindahan jam kredit tahun pertama universiti.

Kesimpulannya, langkah pertama kpm ialah beri naik pangkat kepada guru t6 dahulu, perkara lain akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Maka, guru t6 perlu bertolak ansur terhadap kekurangan dan banyak perkara yang belum dapat diselesaikan secara serentak...

cikgu chia said...

Salam kepada semua penyumbang forum ini. Rebranding of form six is still in its infant stage. Before any concrete changes can take place, teachers must be put in place for the system to succeed.

Do not be quick to condemn but offer constructive suggestions so that shortcomings can be rectified.

Thirty years ago sixth form was the only route for students to apply to go to institutions of higher learning.

Beberapa tahun kebelakangan pilihan tingkatan enam menjadi pilihan yang terakhir pelajar dengan adanya institusi swasta yang merebut pelajar dengan tempoh pembelajaran yang lebih singkat.

Jadi sudah sampai masanya pembelajaran tingkatan enam dihidupkan semula dengan transformasi yang akan menjadikan tingkatan enam lebih menarik kepada pelajar.

Teachers teaching sixth form must be put on par with others who are teaching preU students in the colleges and universities. KPM now is offering qualified teachers to scale up higher thru the form six route and this should be lauded.

Guru PraU mesti bersedia dengan transformasi yang akan berlaku terutama guru muda yang ditawarkan jawatan hakiki. Perubahan yang berlaku mengambil masa. Jadi kepada sesiapa yang ingin memohon jawatan guru tingkatan enam mestilah sabar.

For the time being cultivate a desire to help students succeed every day AND a motivation to constantly improve yourself as a teacher.

Anonymous said...

PK sekolah saya DG48(KUP) telah berjaya dapat jawatan Guru Akademik DG52 hakiki mulai 1.1.2008. Pengetua saya nak bersara tak lama lagi. Difahami PK tersebut telah guna kuasa menteri serta persahabatan dengan pengarah untuk menjadi calon Pengetua sekolah. Apakah syarat Guru Akademik DG52 hakiki jadi Pengetua DG52 hakiki. Nampaknya ada banyak jalan kalau ada kabel.

Anonymous said...

Pengetua DG 52 ialah jawatan pengetua cemerlang. Jika penyandang hakiki 52 memenuhi kriteria pengetua cemerlang, tiada halangan untuk dilantik.

Bab "kabel" agak sensitif. Dalam satu komen seorang anonymous sebelum ini ada menyebutkan bahawa 90% peluang perniagaan dan kedudukan perjawatan dipengaruhi faktor "contact". Perkara itu sudah menjadi rahsia umum.

Namun, jika ada bukti penyelewengan, langkah selanjutnya boleh dilakukan...

kriska said...

Cikgu Azhar,
saya dengar dari kawan saya di Negeri Sembilan bahawa senarai nama guru fasa ke dua sudah keluar. Bagaimana dengan negeri Perak ada apa-apa berita?

CIKGU AZHAR RODZI said...

kriska

fasa pertama dulu perak antara negeri terakhir. tak tahu sama ada pusingan 2 fasa 1 (lantikan 1.1.08) sudah selesai.

mungkin sebelum 10 mei apabila lower 6 mendaftar...

Anonymous said...

Perak diantara negeri yang disyaki banyak berlaku penyelewengan. Mungkin last sekali lagi.

Anonymous said...

oh, ya kah?

memang kpm, jpn ada turun ke daerah tertentu tentang hal lantikan guru akademik t6 waktu fasa 1.

hitam putih secara rasmi tidaklah pula diketahui...

Anonymous said...

Sekiranya guru diminta ajar T6 pada tahun 2009. Adakah beliau akan dapat lantikan selepas tiga tahun bekerja?

Anonymous said...

Tuan anonymous april 28,

Saya rasa cikgu azhar dan cikgu telah menjelaskan hal itu banyak kali. Tetapi tidak mengapalah untuk kita ulang semula kaedah lantikan.

Selain fasa 1 (kuat kuasa 1.1.2008), lantikan tidak terikat kepada tempoh pengalaman mengajar tingkatan 6. Mana-mana guru yang memiliki opsyen mata pelajaran t6, walaupun tidak pernah mengajar t6 dibenarkan memohon. Syaratnya telah berkhidmat sebagai guru selama minimum 5 tahun, serta lulus PTK DG41 aras III (purata gred B). Diharap cikgu jelas dan puas hati...

Anonymous said...

Saya adalah seorang guru T4/5. Saya sering lihat guru T6 ajar sambil duduk. Kami guru T4/5 tidak dibenarkan oleh Pengetua mengajar sedemikian. Apa sebenarnya kaedah mengajar T6?

Anonymous said...

Mungkin kebetulan sahaja.

Apabila pelaksanaan penuh tahun 2011 nanti, sistem modular berdasarkan semester melibatkan kuliah dan tutorial sama macam di universiti.

Campuran pedagogi dan andragogi...

Anonymous said...

Sila lihat:

http://www.scribd.com/doc/29045488/MINIT-MESYUARAT-PENGURUSAN-T6-BIL-2-2010

Adakah guru T4/5 yang tak dapat peluang ajar T6, tapi mohon fasa 2, tarikh tutup okt 2008 akan dapat lantikan ajar t6.

Anonymous said...

Berdasarkan sumber yang layak dipercayai, keutamaan memang diberi kepada guru yang sedang mengajar t6 semasa, tetapi belum mendapat surat lantikan. Pihak sekolah telah menghantar senarai nama berkenaan (dengan pengesahan dan sokongan pengetua)baru-baru ini menerusi jpn untuk dipanjangkan ke bahagian sumber manusia, kpm.

Secara prinsipnya, kpm tidak terikat dengan senarai berkenaan. Setakat ini belum ada khabar beritanya lagi. Lagi pun sistem baharu t6 hanya bermula pada mei 2011!

Dayang said...

Salam.. Saya telah dipindahkan ke sekolah baru kerana lantikan guru akademik tingkatan enam ini untuk mengajar Pengajian Perniagaan (Thanks untuk JPN). Bagaimanapun saya agak terkilan kerana perpindahan ini diluar jangkaan saya.
Kerana kekurangan guru saya telah menjadi mangsa keadaan apabila terpaksa mengajar 16 waktu PSK dan PJK selebihnya hanya 8 waktu pengajian Perniagaan. Selain tiada kuasa saya kurang selesa mengambil alih semua jadual waktu dari guru sedia ada kerana pasti akan menutup peluang beliau untuk memohon dalam fasa dua. Beliau masih mengharap untuk mendapat lantikan semenjak memohon pada tahun 2008. Dari segi kelayakan guru tersebut memang sama dengan saya.
Saya berhasrat untuk berpindah semula ke sekolah asal kerana sekolah asal jauh lebih selesa disamping merasakan lebih kepuasan kerana saya boleh mengajar 8 waktu Prinsip perakaunan yang merupakan opsyen saya dan 12 waktu pengajian perniagaan. Tambahn pula tahun hadapan saya sepatutnya boleh menikmati timebased. Dari segi kenaikan gaji tidaklah begitu berbaloi jika mengambil kira kos minyak berulang alik dari rumah ke sekolah baru yang lebih jauh 20km berbanding sekolah asal.
Saya telah membuat rayuan ke jabatan dengan mengemukakan justifikasi di atas. Tetapi seakan tidak mendapat perhatian. Saya sedar yang saya mungkin akan kehilangan jawatan ini jika saya berpindah mengikut prosedur biasa. Saya sangat bengang dengan situasi yang saya hadapi sekarang.. Kepada yang sudi berkongsi berikanlah pandangan yang wajar untuk saya.

Anonymous said...

"Saya berhasrat untuk berpindah semula ke sekolah asal "

Semasa mendapat surat lantikan sepatutnys menolak penempatan baru dan kekal sebagai guru T4/5.

CIKGU AZHAR RODZI said...

SELAMAT HARI GURU

Terima kasih kepada semua sahabat yang sudi memberi perhatian dan maklum balas terhadap perbincangan lantikan guru akademik tingkatan 6.

Saya berpendapat bahawa tulisan tuan puan akan mendatangkan manfaat bersama, dan bertujuan suci.

Forum ini bukan suatu bentuk penyataan awam yang boleh memudaratkan mana-mana dasar yang sedang berkuat kuasa. Tiada apa-apa yang perlu digusarkan...

Anonymous said...

Saya akur dengan perpindahan jika benar saya banyak mengajar kelas tingkatan enam. Tapi dengan situasi yang saya hadapi sekarang (banyak mengajar kelas 3,4, 5 yang bukan opsyen) di sekolah baru mematahkan motivasi untuk meneruskan jawatan ini. MEMANG AWALNYA SAYA MEMAKLUMKAN KEPADA PENGETUA sekolah baru yang saya ingin menolak jawatan ini kerana saya belum hantarpun surat akuan terima. Tetapi beliau tidak bersetuju kerana menurut beliau akan merugikan saya jangka panjang. Termakan dengan pujukan beliau saya gagahkan untuk stay dan beranggapan jadual ini hanya sementara. BAGAIMANAPUN, nampaknya semakin hari saya rasa semakin tidak bermotivasi kerana tidak ada perubahan jadual yang saya harapkan..Pihak pentadbir dan PK tingkatan enam seakan kurang ambil peduli berkaitan jadual saya ini..

Anonymous said...

Melihat kepada populariti tingkatan enam yng semakin menurun, saya rasa sebaiknya tingkatan enam dibuka secara berpusat, satu pusat setiap satu daerah untuk mewujudkan suasana kolej. Ini merujuk kepada daerah saya, paling ramaipun hanya 60 orang pelajar enam endah yang mendaftar satu sekolah. Ada sekolah yang hanya ada 20 orang pelajar 6 rendah. Biar alang-alang pelajar ini dikumpulkan dalam satu pusat.
Jika ada pusat khas tingkatan enam yang terasing dari sekolah biasa, guru akademik boleh lebih fokus dan tiada banyak pertindihan tugas.
Bukan semua pihak pentadbir sekolah ambil perduli tentang pengurusan tingkatan enam, kerana beranggapan ia hanya kumpulan minoriti yang tidak mempunyai sumbangan yang besar kepada pihak sekolah.
Saya berharap pihak kerajaan serius dengan pemusatan tingkatan enam dan berupaya untuk mempercepatkan kewujudannya.

Anonymous said...

Merujuk kes anonymous 5:03 pm, saya berpendapat bahawa sebarang perbincangan dengan pentadbir sekolah hendaklah bersandarkan garis panduan tugas guru akademik t6 yang disediakan oleh kpm sendiri. Pihak sekolah hendaklah seboleh mungkin memenuhkan jadual guru t6 dengan mata pelajaran t6 sebelum dilengkapkan maksimum 24 waktu.

Saya mencadangkan cikgu bersabar hingga 2011, iaitu tahun pertama sistem tingkatan 6 yang dijenamakan semula terlaksana sepenuhnya. Jika keadaan masih sama, cikgu perlu merujuk terus kepada Unit Pengurusan Tingkatan 6, KPM Putrajaya...

Tentang syor anonymous 5:28 pm, saya memang setuju. Trend penurunan yang cikgu sebutkan perlu diambil perhatian serius oleh kpm. Namun, bagi guru t6, perkara yang lebih penting ialah proses naik pangkat berjalan lancar...

Anonymous said...

Saya mencadangkann pihak jabatan yang terlibat dengan pengurusan tingkatan enam turun padang (membuat tinjauan ke sekolah2 ting.6 untuk memberikan taklimat sendiri kepada pengetua. Kalau guru2 ting.6 atau PK. ting.6 yang menyampaikan maklumat kurang diberikan perhatian dan diambil tindakan pengurusan tingkatan enam. PK.tg.6 tidak ada kuasa untuk menentukan jadual waktu guru2 ting.6, apatah lagi kalau PK ting.6 kurang bertegas.
Berkenaan populariti tingkatan enam yang semakin menurun, saya mendapat maklumbalas dari pelajar2 yang enggan mendaftar terutama di sekolah luar bandar, mereka agak kurang berminat dengan komitmen sehingga petang dengan jadual yang padat. Walaupun ada rehat 1 jam pada waktu tengahari.
Kalau dibandingkan sistem di universiti dengan sistem di sekolah memang jauh perbezaan. Di universiti jadual tidak padat di samping banyak prasarana berbanding di sekolah.
Melihat kepada situasi ini dan kekangan dari segi bajet kerajaan, saya mungkin agak pesimis dengan pelaksanaan tingkatan enam di sekolah. Kalau berterusan di sekolah pasti pengurusan tidak akan terlaksana dan objektif tidak tercapai. Bagi kebanyakan pihak ia satu perkara yang merumitkan. Pihak jabatan, pelajar dan pihak pengurusan sekolah sendiri.
Tidak keterlaluan saya katakan nasib penjenamaan semula tingkatan enam mungkin hanya tinggal harapan seperti yang terjadi dengan nasib program PPSMI yang banyak pembaziran tetapi objektif tidak tercapai.

Anonymous said...

Saya nak minta respon..jika merujuk kepada jadual kerja guru tingkatan enam yang fleksibel seperti yang dimesyuaratkan oleh pihak NUTP(tidak semestinya balik jam 3.00 bagi jadual yang bermula jam 7.00 pagi), adakah ini bermaksud guru boleh balik seawal jam 2 pada hari dia tidak terlibat dengan aktiviti tingkatan enam?
Sekiranya boleh, adakah pekeliling yang khusus yang boleh dijadikan hitam putih agar guru boleh kemukakan kepada pihak pentadbir sekolah?
Dan sekiranya boleh guru balik seawal jam 2 jika tiada aktiviti tingkatan enam, adakah guru wajar dikenakan tindakan oleh pentadbir sekolah yang mewajibkan semua guru tingkatan enam di sekolahnya punch selepas jam 3 tanpa kompromi.

cipan said...

saya nak tanye.. saye guru sekolah rendah gred 41, dah 5 taun.. nak minta guru tingkatan 6 boleh.. saye ade master kejuruteraan elektrik

Anonymous said...

mana cikgu chia? mungkin cikgu boleh memberi cadangan daan jawapan kepada banyak soalan yang dikemukakan...

pendapat anonymous may 19:5.37 memang suatu hakikat. projek penjenamaan semula t6 idea kppm (tan sri alimuddin). kita berdoa moga projek ini berterusan walaupun selepas tan sri bersara kelak. bab pelajar enggan terikat dengan "stayback" petang boleh diubah sedikit. pihak kpm telah mengeluarkan pekeliling kelonggaran menyusun jadual koku selama mana akur dengan peruntukan jam kredit sama seperti menengah atas (t4-t5). mungkin kena buat roadshow "jom masuk t6" selepas keputusan spm diumumkan. mari bersaing dengan matrikulasi dan kolej swasta! t6 tak perlu ptptn berbanding ipts!

merujuk anonymous 6:49 pula, mungkin pengetua berkenaan mentafsirkan pekeliling kpm secara rigid. walaupuan ada aktiviti koku, boleh digilirkan dalam kalangan guru penasihat, misalnya 2 daripada 3 guru hadir. memang ada pekeliling khusus hitam putih, sila rujuk pk t6 cikgu.

kepada "cipan", cikgu layak memohon jika pengkhususan 1st degree cikgu ada ditawarkan untuk t6. jika tidak, cikgu boleh cuba untuk subjek pengajian am.

Anonymous said...

Nak tanya, kalau saya opsyen Perakaunan yang ditawarkan lantikan guru akademik pengajian perniagaan, bolehkah saya mengajar subjek Pengajian Am sebagai subjek tambahan. Saya pernah tanya dengan pihak jabatan katanya tak boleh sebab bukan dalam kumpulan yang sama. Tapi saya ada terbaca dalam blog ni, apa-apa opsyen boleh ajar Pengajian Am. Ada tak sesiapa mempunyai rujukan tentang perkara ni?

Anonymous said...

Kena penuhkan jadual dengan subjek lantikan dahulu. Jika masih ada baki, baru diisi dengan subjek lain termasuk pengajian am, atau subjek bukan t6 (contoh: bm t5). Dalam kes cikgu, jika pp masih tidak mencukupi, pengetua boleh menggunakan budi bicara untuk memasukkan subjek lain dalam jadual cikgu. Maksud "apa-apa opsyen boleh ajar Pengajian Am" ialah mana-mana guru yang ingin memohon lantikan guru akademik t6 tetapi pengkhususan ijazah (katakan sosiologi, undang-undang), guru itu boleh "cuba" memohon di bawah subjek pengajian am. harap maklum...

Anonymous said...

Kepada CIPAN

Peluang anda adalah ZERO. Kroni pengetua/PPD/PK sudak bergerak kesekolah yang ada T6. Sedang ajar T6 secara pilihan oleh Pengetua. Mereka ini tunggu LANTIKAN sahaja. Paling teruk ialah saudara-mara Pengetua/PK dsbnya, baru keluar U sudah ajar T6. Kononnya guru senior yang ajar T4/5 tak mohon/tak pandai dsbnya.

cikgu chia said...

Salam cikgu.

"kita berdoa moga projek ini berterusan walaupun selepas tan sri bersara kelak. bab pelajar enggan terikat dengan "stayback" petang boleh diubah sedikit. pihak kpm telah mengeluarkan pekeliling kelonggaran menyusun jadual koku selama mana akur dengan peruntukan jam kredit sama seperti menengah atas (t4-t5). mungkin kena buat roadshow "jom masuk t6" selepas keputusan spm diumumkan. mari bersaing dengan matrikulasi dan kolej swasta! t6 tak perlu ptptn berbanding ipts!"

Apakah kekurangan dengan STPM? Nilai STPM semacam “emas” diterima bukan sahaja sebagai entry qualification di IPTA bahkan di universiti antarabangsa.

Minggu lepas saya memberitahu pelajar saya bahawa universiti terkenal macam Oxford dan universiti ranking no 1 di Asia, University of Hong Kong dan ranking no 3 di Asia National University of Singapore menerima STPM sebagai kelayakan masuk.

Program matrikulasi memakan tempoh yang singkat. Walau baaimanapun, kelayakan matrikulasi tidak disenaraikan sebagai ‘entry qualification'bagi kebanyakan universiti antarabangsa.

Program Alevel yang sekarang ditawarkan oleh kebanyakan kolej swasta memakan tempoh yang lebih kurang sama dengan STPM tetapi kosnya mahal! Sekurang-kurangnya RM20ribu dan adanya menyentuh dekat 30ribu bagi perbelanjaan program Alevel di kolej swasta yang tertentu.

Yes, we need to the make the STPM program attractive so that students want to enrol themselves for form six.

Layanan yang diberi kepada pensyarah dan pelajar kolej matrikulasi juga mesti dipanjangkan kepada guru dan pelajar form six.

Berkenaan dengan stayback sehingga 4-5 petang, kelonggaran dan fleksibiliti mesti diberikan memandangkan prasana dan kemudahan kurang sesuai di sekolah harian. Cuaca yang panas menyebabkan perasaan kurang selesa. Kekurangan bilik menyusahkan pelajar form six menjalankan aktiviti koku.

It’s an accepted fact that working conditions affects productivity. That is why people in aircon atmosphere can work extended hours.

Proses perlantikan guru PraU mesti dijalankan secara adil mengikut syarat. Pelajar matrikulasi sama seperti pelajar form 6 kedua-dua adalah pelajar Prau.

Jadi pengiktirafan yang diberikan kepada pensyarah kolej matrikulasi(that’s the title given to them) harus juga diberikan guru yang mengajar form six.

Sekiranya pensyarah kolej matrikulasi yang mengajar pelajar PraU diberi peluang naik pangkat fast track, guru form six juga mesti ditawarkan peluang yang sama. That is only fair.

Anonymous said...

tarikh lantikan dg41( tarikh lantikan pertama)saya ialah pada bulan oktober 2005.mulai tahun 2006 saya diarah untuk mengajar tingkatan enam sampailah sekarang. tapi belum lagi dilantik, kerana tidak layak pada tahun lepas. saya telah lulus ptk pada tahun 2008. tak tau ada peluang tak untuk dilantik tahun ini?

Anonymous said...

lantikan guru akademik t6 melibatkan naik pangkat. minimum 5 tahun dari tarikh lantikan pertama (dg41) diperlukan sebelum urusan pemangkuan dg44 dipertimbangkan. dalam kes cikgu, paling cepat ialah oktober 2010. pengecualian hanya boleh dibuat atas kepentingan perkhidmatan yang dibenarkan oleh pihak jpa...

Anonymous said...

Salam1 malaysia diucapkan kepada guru yg dihormati..sy ada satu persoalan, sy telah mengajar tingkatan 6 selama 3 tahun, tetapi pada tahun hadapan, sy tdk disuruh mengajar ting.6..kecewa sangat, sedangkan itulah opsyen sy..soalannya, sy masih ada peluang memohon dg44 sebagai guru akademik form 6 pada masa akan datang???? sy start mengajar form six sejak 2008, tempoh perkhimatan sekarang dah 3 tahun.terima kasih

Anonymous said...

salam...

seperti yang disebut banyak kali oleh sahabat-sahabat yang memberi komen di sini, lantikan guru akademik t6 ialah proses naik pangkat.

sdra masih belum memnuhi kriteria minimum 5 tahun untuk pertimbangan naik pangkat ke dg44, di samping perlukan ptk minimum aras III (B).

sdra kena tunggu 2 tahun lagi sebelum boleh mengisi borang naik pangkat "fast track" dg 44. buat sementara cikgu boleh berbincang dengan pengetua untuk terus mengajar t6 tanpa melibatkan pelantikan dan naik pangkat...

Anonymous said...

saya anonymous yang masih mengajar tingkatan enam. menurut komen 23may, saya tidak layak, sebab bulan oktober barulah cukup 5 tahun. mungkin ini bukan rezeki saya. tapi kalau nak berunding dengan pihak pentadbir untuk terus mengajar pada tahun hadapan adalah musykil. saya dengar muli tahun depan, guru tingkatan enam tidak boleh mengajar kelas T1-5 dan sebaliknya. rasa kecewa memang ada, sebab sudah tahun kelima mengajar, tapi tidak terdaya mengubah kenyataan...

Anonymous said...

hanya tinggal lima bulan, mengapa cikgu tidak cuba terus bertahan? sementara itu, carilah jalan. tahun depan (januari 2011) cikgu sudah pun melebihi tempoh kelayakan, tiada sebab cikgu harus berserah kepada perasaan kecewa...

Anonymous said...

Setahu saya belum ada pekeliling menetapkan guru tingkatan enam tidak akan mengajar form 1-5. Kalau akan diwujudkan pekelilingnya, sayalah orang yang paling gembira kerana situasi saya sekarang berpindah dan hanya mengajar 8 waktusahaja tingkatan enam. 18 waktu subjek lain ting 3,4,5 yang bukan opsyen.

Tu yang saya rasa terkilan, sudahlah terpaksa berpindah dari zon selesa, terpaksa pula mengorbankan opsyen yang saya telah pegang selama 9 tahun di sekolah asal.
Saya ni macam guru baru posting pla di sekolah baru ni. Ambil alih kelas yang orang tak suka. Bukan nak sangat diberi keistimewaan, tapi rasa terkilan kerana perpindahan di luar jangkaan.

Anonymous said...

Ramai Guru DG44(KUP) diNegara kita. Ini asyik nak cari guru DG41 cukup 5 tahun nak beri pemangkuan. Negara kita bukan kaya raya. Sedarlah diri!

Anonymous said...

salam 1 malaysia diucapkan kepada guru yang manyap kita...saya amat berterima kasih kepada komen2 dulu yang telah diberikan di mana ia dapat memberi ksedaran sy terhadap perkara mengenai lantikan guru ting.6...syabas...di sini saya ada 1 persoalan, iaitu sy telah mengajar form 6 selama 3 tahun, tahun depan, sy tidak disuruh mengajar form 6 (bersamaan dengan tempoh perkhimatan sy iaitu 3tahun), sekiranya tempoh perkhimatan sy telah mencukupi 5 tahun, adakah sy ada peluang memohon kenaikan pangkat dg44 utk guru ting.6 walaupun dua tahun masa yang akan datang, sy tdk mengajar form 6???????? tetapi masih ada simpan rekod mengajar 3 tahun tu, dan satu lg, subjek tu betul2 opsyen sy..

Anonymous said...

Guru t6 yg dpt pemangkuan pd thn 2009 boleh sekarang menyemak status pada laman kpm e perkhidmatan utk mendpt tahu sama ada berjaya atau tidak dlm urusan naik pangkat.

Anonymous said...

peluang memohon lantikan dibuka secara berterusan untuk mengisi kekosongan akibat persaraan, atau sebab lain. maka, sentiasalah mendapatkan maklumat drp portal kpm @ guru data.

semakan e-perkhidmatan menunjukkan bahawa tarikh lantikan bersamaan dengan tarikh pemangkuan. kemusykilannya, bagaimana dengan guru yang lulus ptk aras IV selepas tarikh lantikan itu? adakah layak mendapat anjakan untuk 44 sebab ketika keputusan ptk diumumkan, surat lantikan belum terima. tarikh surat itu juga terkemudian sedikit...

Anonymous said...

Salam. Boleh tanya siapa guru lantikan t6 fasa1 telah dapat surat pengesahan jawatan selepas pemangkuan?

Semakan naik pangkat boleh dapat tahu online ttp mana negeri sudah dpat surat pengesahan? Tolong beritahu kalau ada sesiapa yang telah menerima surat pengesahan.

Terima kasih.

Anonymous said...

perak dah dapat surat lantikan jpa bertarikh 11 Mei lalu. Mesyuarat Lembaga Naik Pangkat JPA 24 April...

siti said...

Apakah markah prestasi yang diperoleh oleh guru untuk mendapat lantikan T6. Adakah lebih 90%, lebih 85% atau lebih 80%?

Anonymous said...

biasanya untuk tujuan naik pangkat, 85 ke atas 3 tahun berturut-turut akan diambil kira. namun, syarat lantikan guru t6 dg44 ialah minimum 5 tahun dalam 41, sah jawatan, dan lulus minimum PTK aras III (B).

jika terdapat kepentingan perkhidmatan, elemen markah prestasi mungkin diketepikan...

Anonymous said...

Anonymous 9.11pm menyebut bahawa satu syarat lantikan guru T6 adalah minimum 5 tahun dalam DG41. Namun, seorang guru di sekolah saya yang masuk DG41 pada pertengahan tahun 2004 dan mengajar T6 sejak masa itu telah dilantik guru T6 berkuatkuasa 1 Jan 2008 walaupun perkhidmatan beliau sebagai guru DG41 hanya 3 tahun setengah sahaja.

cikgu chia said...

Kpd Anon 3.33 am

Guru fasa 1 yang dilantik diberi status pemangkuan dahulu sebelum diberi pengesahan. Baru-baru ini guru fasa 1 boleh membuat semakan naik pangkat pada laman kpm.

Seorg guru dr sekolah saya yg belum cukup lima thn pd gred DG41 semasa lantikan disahkan dg44 pada 01.01.2009. Dia pegang jwt dg41 pada thn 2003. Guru tersebut memangku dg44 dahulu dan bila genap 5 thn disahkan pd dg44.

Utk fasa 1 guru yang memangku mesti ada ajar pd thn 2007 dan 2008dan lulus ptk sebelum 2008 utk naik gred yg lebih tinggi.

Anonymous said...

Bagaimana Guru T6 yang dilantik ke DG41 pada 2008 dan terus mengajar T6 pada 2008, 2009 & 2010? Adakah dapat pemangkuan DG44?

«Oldest ‹Older   1 – 200 of 405   Newer› Newest»