SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, May 25, 2009

LANTIKAN GURU TINGKATAN ENAM: PELAJAR BERPELUANG KE LUAR NEGARA (THE PROMOTION OF THE SIXTH’S FORM TEACHERS)

Tanggal 25 Mei 2009 boleh dianggap bersejarah bagi sebahagian guru yang mengajar tingkatan enam. Mereka telah menerima surat tawaran rasmi kenaikan pangkat ke gred jawatan yang lebih tinggi, atau sekurang-kurangnya bertukar status dari jawatan khas untuk penyandang (K.U.P.) ke jawatan hakiki. Kedua-dua bentuk tawaran itu bersifat laluan pantas (fast track), berbanding dengan kaedah tempoh perkhidmatan (time-based). Bagi guru muda yang berusia dalam lingkungan 30-an berpeluang meningkat hingga ke gred khas C, iaitu bersamaan dengan tangga gaji permulaan seorang profesor di universiti, atau seorang pegawai tinggi bertaraf ketua setiausaha yang menerajui sesebuah kementerian persekutuan (junior).

Perkara yang lebih menarik ialah tarikh kuat kuasa pelantikan ialah 1.1.2008 (bagi fasa 1), bermaksud bahawa guru yang berkenaan bakal memperoleh tunggakan gaji dan elaun. Pengiktirafan kepada guru tingkatan enam sememangnya wajar justeru mereka mengendalikan kurikulum prauniversiti, di samping menyediakan pelajar dengan kualiti kepimpinan, etika dan tanggungjawab sosial tinggi yang lain. Tumpuan kepada tingkatan enam sahaja akan mengembalikan era kegemilangan kelas persediaan universiti itu yang begitu berprestij suatu ketika dahulu sebelum munculnya saingan kursus-kursus diploma, matrikulasi dan pelbagai program pengajian swasta.

Seiringan itu, pelajar tingkatan enam pula akan menikmati penambahbaikan dari segi imej, kemudahan, biasiswa dan peluang menyambung pengajian di IPT terbaik dunia. Sistem semester bakal diperkenalkan supaya sesuatu kursus diselesaikan dalam tempoh empat bulan, dan sebahagian besar markah STPM akan diambil daripada tugasan dan penilaian berterusan di peringkat sekolah. Peperiksaan akhir berpusat kendalian Majlis Peperiksaan Malaysia mungkin hanya dikira setakat 40 – 60 peratus sahaja. Semua pelajar tingkatan enam berpeluang mendapat gred tertinggi dalam STPM, dan layak dipertimbangkan pengecualian kredit pengajian di universiti ternama dunia. Maka, tempoh pengajian di universiti dapat disingkatkan, dan dalam usia yang muda pelajar berpeluang meraih ijazah tinggi (sarjana dan Ph.D).

Di SMK St Michael, Ipoh (SMI), seorang Penolong Kanan Tingkatan Enam (gred DG 48) telah dilantik. Beliau akan membantu pengetua dalam semua urusan pengajian dan aktiviti tingkatan enam. Selain itu, tiga orang guru tingkatan enam gred DG 44 bertanggungjawab sebagai guru kanan kokurikulum. Guru gred DG 52 (4 orang) dan DG 48 (lantikan baru dan tukar status KUP ke hakiki) yang lain akan diberi peranan yang bakal diaturkan kemudian. Pendek kata, pentadbiran dan pengurusan tingkatan enam (prauniversiti) kini diasingkan daripada menengah atas (4-5) dan menengah rendah (1-3).

Kepada kumpulan guru lantikan tingkatan enam yang bertuah, sekalung tahniah buat kalian. Kepada guru lain yang masih mencuba, teruslah berusaha dan berdoa. Kepada pelajar tingkatan enam, sokonglah guru-guru anda. Menjelang perayaan 100 tahun SMI (2012), marilah kita kita hadiahkan rekod pencapaian STPM yang terbaik, insya-Allah!


(Nota: SMI juga mendapat lantikan 4 orang guru cemerlang DG 48: Perakaunan, Sejarah, Fizik, dan
Sains. Kepada guru berkenaan, syabas dan tahniah! Bila dapat makan percuma?)

Catatan Hujung:
Gred perjawatan guru siswazah - pelantikan pertama DG 41;
- naik pangkat DG 44 time-based 20 tahun,fast-track minimum 5 tahun pengalaman
- naik pangkat DG 48 time-based (selepas tangga gaji
14 pada DG 44; fast-track minimum 3 tahun
- seterusnya DG 52, 54, gred khas C

405 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 400 of 405   Newer›   Newest»
cikgu chia said...

Kpd anon 8.07am,

Mungkin boleh dapat pemangkuan kalau ada kekosongan jawatan dan memenuhi syarat lulus ptk pada aras B dan LPNT yang baik. Tetapi hanya boleh disahkan pada dg44 selepas 5 tahun pd gred dg41.

Semasa memangku sesuatu jawatan yg lebih tinggi, guru dibayar elaun memangku. Fasa 2 ialah open application. Terbuka kepada cikgu yang ada opsyen subjek ting6 atau ada pengalaman mengajar ting6.

Anonymous said...

Kepada cikgu chia
Guru yang disebut oleh Anon 3.33am yang mendapat pemangkuan DG44 wef 1.1.2008 telah disahkan jawatannya juga bertarikh 1.1.2008 walaupun lantikan ke DG41 hanya pada pertengahan 2004. Bagaimana boleh hal ini berlaku sedangkan ada guru yang telah dilantik DG41 lebih awal dan telah mengajar Ting. 6 lebih lama masih belum diberi pemangkuan.

cikgu chia said...

Untuk pemangkuan fasa 1,saya difahami syarat-syarat adalah spt berikut:
1. mengajar 2007, 2008 berturut-turut
2. lulus ptk sebelum 2008
3 LPNT yg memuaskan.

Kalau ada cikgu yg pernah mengajar t6 ttp tidak mengajar pd thn 2007dan 2008 & tidak lulus ptk sb 2008, mungkin terlepas peluang mendapat pemangkuan. Ini yg dapat saya tahu dr sumber tertentu.

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM CIKGU AZHAR YANG BUDIMAN! saya ada soalan:-
1.Berapa tahun tempoh diperlukan untuk guru DG44 naik DG48 bagi;
1.1 DG44KUP
1.2 DG44 HAKIKI TING 6

Syukran cikgu!

sahabat guru t6 said...

Wa alaikumussalam

Minimum 3 tahun untuk guru dg44 yang menerima lantikan laluan pantas (fast track). KUP untuk guru cemerlang, hakiki untuk guru akademik t6, dengan syarat lulus ptk minimum B (aras III). Perlu diingat prestasi 85 selama 3 tahun berturut-turut. Proses naik pangkat ialah menerusi permohonan, dalam dalam kes khas: pencalonan pengetua, ppd, jpn, kpm mengikut merit.

Jika "time-based" kena tunggu t14.
Wallahu a'lam. Mungkin Cikgu Chia dan sahabat lain hendak menambah...

Anonymous said...

Saya telah dilantik sebagai PK T6 pada 1.4.2009. ETJ saya untuk jawatan guru kanan telah dihentikan sejak saya menerima jawatan Pk T6 DG48 hakiki(fasa 1). Baru-baru ini saya berjaya dilantik Pemangkuan Guru akademik T6 Gred DG52(fasa 1 tercicir). Saya diminta melepaskan jawatan PK T6 sebab tidak boleh memegang 2 jawatan hakiki. Tetapi Cikgu Azhar kata jawatan PK T6 tiada canggahan dengan Guru Akademaik. Tolong bagi penjelasan.Terima kasih.

Anonymous said...

Salam cg Azhar, sy mula mengajar f.6 sejak tahun 2004,sy antara penggubal soalan peringkat negeri,fasilitator kem stpm daerah n negeri, dan pemeriksa stpm (MPM).disebabkan terlalu sebuk dengan tugasan,maka sy gagal la PTK aras 1.Mybe bukan rezeki sy kot.soalan sy,adakah kriteria lulus PTK itu menjadi keutamaan utk prjawatan fasa 1? soalan seterusnya sekiranya fasa 2(Dah lulus PTK),adakah berlaku pertukaran ke sekolah lain?Bila gaknya fasa 2 akan diumumkan? TQ

sahabat cikgu azhar said...

Untuk anonymous jul 14.

setakat jawatan pk t6 hanya dikhaskan untuk dg48. semasa lantikan pertama dahulu, syarat tambahannya ialah memangku 48. Yang sudah hakiki 48 juga tidak dilantik kerana peluang 52 bila-bila masa.
Ringkasnya, jika cikgu telah masuk dg 52, memang kena lepaskan pk (overqualified).

kepada anonymous jul 21:

sayang sekali boleh jadi begitu. pada saya, guru berpengalaman seperti cikgu patut mendapat pertimbangaqn khas. memang benar ptk menjadi syarat lantikan.

tentang fasa 2 beluam ada khabarnya. namun, berdasarkan sumber, semua lantikan akan cuba diselesaikan sebelum mei 2011, iaitu pelaksanaan penjenamaan semula t6 sepenuhnya...

Anonymous said...

Nampaknya tak lama lagi keluar surat lantikan T6.

Anonymous said...

Cikgu Azhar,
Saya Guru Akademik Tingkatan Enam yang dilantik pada fasa1.Dilantik pada 1.1.2008. Saya telah menerima surat perlantikan DG 48 secara hakiki pada bulan lepas. Adakah saya perlu mengisi borang permohonan DG 52? Atau saya perlu menunggu surat siaran? Sekolah saya ada kekosongan untuk Guru Akademik Tingkatan 6 DG 52. Apakah syarat-syarat untuk memohon mengisi kekosongan ini?

Fiona, Johor.

shas said...

salam.saya guru media,dg44.hanya mengajar 4 masa seminggu T6.adakah saya berpeluang dilantik menjadi guru T6?berapa tahun mesti ajar T6?kalau dilantik,adakah masih dg44 @ dg48?

Anonymous said...

assalamualaikum..
saya yang agak naif tentang kenaikan pangkat ni nak tau..
1.apa beza antara lantikan guru T6 KUP DG 44 ke hakiki dengan lantikan terus ke Tingkatan 6 DG 44. (alhamdulillah saya telah mendapat surat latikan pada bulan mei yang lalu,dan tarikh lantikan saya pada 1 jan 08 berbanding rakan saya yang KUP ke hakiki yang tarikhnya mei 2009 dan mereka ini telah mendapat surat lantikan lebih awal dari saya.)
2.adakah status saya sama dengan hakiki DG 44 hakiki? terima kasih.

CIKGU AZHAR RODZI said...

cikgu fiona

tidak salah untuk cuba memohon dg52, jika telah lulus minimum ptk dg 48 aras III (B). tempoh 3 tahun dalam dg48 akan cukup pada 1.1.11 (2011). mohon sekarang untuk lantikan dg52 pada 2011. saya fikir tindakan itu bijak juga.

cikgu shas

jika jawatan guru media hakiki, maknanya kena lepaskan satu. mohon guru akademik t6 tiada masalah. apabila berjaya baharu buat pilihan, bukan begitu? tentang gred dg48 untuk fasa 2 sebenarnya sama dengan prinsip naik pangkat "fast track", iaitu 3 tahun selepas dg 44, bergantung kepada kekosongan jawatan di gred berkenaan, atau atas kepentingan perkhidmatan.

cikgu anonymous aug 2

semua guru akademik t6 dilantik ke jawatan hakiki. jika masih k u p bermaksud mungkin guru berkenaan masih berstatus memangku. sebabnya belum cukup tempoh perkhidmatan untuk dilantik ke gred naik pangkat hakiki, atau masih dalam tempoh pemangkuan untuk tujuan naik pangkat.

jika masih kurang jelas, harap perincikan kemusykilan cikgu. sahabat lain mungkin dapat membantu, terutama cikgu chia...

aida said...

Salam
Adakah status guru tingkatan 6 yg mendapat surat lantikan dengan ditulis (HAKIKI), sama dengan surat lantikan yang tidak ditulis(HAKIKI? terima kasih cikgu!

cikgu chia said...

Untuk fasa 1, syarat-syarat adalah berikut

•mesti lulus ptk sebelum 1.1.08.
•guru2 yg mengajar f6 tahun 2007, 2008
•guru2 time base yg nak dihakikikan di atas jwtn f6 mst mengajar 2007, 2008 dan mempunyai penglaman skknya 5thn.

Ini ialah sebab ada cikgu dg44 menganggap bahawa boleh terus naik dg48 semasa mereka memohon jawatan guru tingkatan enam. Bagi guru yang lulus PTK selepas 1.1.08 guru dg44 KUP dilantik ke jawatan hakiki. Bagi yang lulus PTK sebelum 1.1.08 mereka ditawarkan jawatan pemangkuan dan kumpulan ini ramai daripada mereka baru. menerima pengesahan. Nak naik 52 kena ada tk4 sblm 1.1.08 untuk urusan fasa 1.

Pentadbir dan guru T6 kedua-dua adalah JAWATAN HAKIKI. Kalau cikgu itu nak pegang kedua-dua jawatan secara tidak langsung dia dah tutup peluang cikgu lain untuk dapat naik pangkat ke jawatan hakiki. Ini memang tidak dibenarkan. Jwtn f6 hnya utk guru hakiki yg dh diluluskn oleh lembaga. Kalau opsyen/ jawatan penuh, baru kena pergi sekolah lain. Jawatan hakiki adalah satu jawatan yg perlu dipohon. F6 ini adalah jawatan hakiki. So kalau nak dapat lantikan, kena mohon.

Banyak sekolah saya dapat tahu jawatan dg52 tidak diisi. Ada sebuah sekolah 3 orang layak untuk post dg52, jadi dua dapat penempatan di sekolah yang sama tetapi satu kemudian dapat di sekolah lain di bawah fasa 1 urusan ke2. Kalau kekosongan yg ada telah dipenuhi, guru yg baki tu terpaksalah pindah ke sekolah lain kalau nak terima offer f6 ni.

Utk fasa 2, yg tidak ada pengalaman mengajar pun boleh mohon. Syarat basicnya pengalaman mengajar ATAU opsyen f6.

Harap ini dapat membantu maklumat yang saya kongsikan.

Sekian.

Anonymous said...

Tak dapat............

guru akademik t6 said...

apa yang "tak dapat"?

curious said...

Saya dilantik menjadi PKT6 mulai 16 Okt 2009, dengan tawaran DG44 hakiki. Saya sebenarnya telah pun dalam DG44 melalui time based. Lantikan ke PKT6 ini tidak membawa apa-apa kenaikan gaji untuk saya... Bila agaknya saya boleh diberi gerakan ke DG48??

cikgu 48 said...

soalan cepu mas ini sebenarnya susah untuk dijawab secara muktamad. jika ditanya kepada bahagian sumber manusia kpm, jawapan standard yang mungkin diberi ialah tertakluk kepada peruntukan perjawatan dg48 oleh pihak jpa.

namun, dari segi hak memohon, sebaik sahaja cukup syarat 3 tahun dalam dg44, serta lulus ptk (minimum aras III = B), cikgu sudah layak memanjangkan permohonan. lebih awal memohon lebih baik kerana jika dilengahkan, kemungkinan saingan lebih sengit...

Anonymous said...

Saya ingin tahu bolehkah guru lantikan fasa 1 pada 1.1.2008 ditukarkan ke sekolah lain sedangkan sekolah itu sudah cukup guru yang mengajar tingkatan 6? Saya difahamkan guru fasa 1 mesti mengajar tingkatan 6 di sekolah asal sekurang-kurangnya 5 tahun baru boleh bertukar. Sekolah saya ada beberapa guru tingkatan 6 yang belum dilantik lagi kerana tidak cukup syarat pada fasa 1 tetapi nama mereka dicalonkan untuk fasa seterusnya? Nampaknya prinsip lantikan secara school based indah pada nama sahaja.

Anonymous said...

Saya ingin tahu bolehkah guru lantikan fasa 1 pada 1.1.2008 ditukarkan ke sekolah lain sedangkan sekolah itu sudah cukup guru yang mengajar tingkatan 6? Saya difahamkan guru fasa 1 mesti mengajar tingkatan 6 di sekolah asal sekurang-kurangnya 5 tahun baru boleh bertukar. Sekolah saya ada beberapa guru tingkatan 6 yang belum dilantik lagi kerana tidak cukup syarat pada fasa 1 tetapi nama mereka dicalonkan untuk fasa seterusnya? Nampaknya prinsip lantikan secara school based indah pada nama sahaja.

Anonymous said...

Saya ingin tahu bolehkah guru lantikan fasa 1 pada 1.1.2008 ditukarkan ke sekolah lain sedangkan sekolah itu sudah cukup guru yang mengajar tingkatan 6? Saya difahamkan guru fasa 1 mesti mengajar tingkatan 6 di sekolah asal sekurang-kurangnya 5 tahun baru boleh bertukar. Sekolah saya ada beberapa guru tingkatan 6 yang belum dilantik lagi kerana tidak cukup syarat pada fasa 1 tetapi nama mereka dicalonkan untuk fasa seterusnya? Nampaknya prinsip lantikan secara school based indah pada nama sahaja.

confuse said...

Salam Cikgu Azhar Rodzi,
Bolehkah seseorang guru itu tidak menerima lantikan tingkatan 6 tetapi dia nak mengajar tingkatan 6 juga (sekurangnya-kurangnya 4 waktu) atas sebab dia sudah lama mengajar tingkatan 6 melebihi 10 tahun, jadi pemeriksa kertas atau ketua kumpulan? Beberapa kenalan saya termasuk dalam kategori ini. Alasannya, kuota sudah penuh dan surat permohonan tidak diajukan ke Bahagian Sumber Manusia atas sebab tiada pekeliling tentang kes rayuan atau tercicir atau silap pencalonan? Jika dihantar pun, tak tahu bila akan diketahui jawapan sama ada berjaya atau tidak? Majoritinya pula sudah hampir time-based 48 dan ada yang sudah time-based 48 KUP!
Terima kasih.

CIKGU AZHAR RODZI said...

cikgu anonymous aug 7

sesuatu dasar tertakluk kepada budi bicara dan kelonggaran tertentu. pendek kata, pengecualian boleh dibuat atas kepentingan perkhidmatan...


cikgu confuse

salam

bergantung kepada budi bicara pengetua. sebenarnya momentum sistem tingkatan 6 nampak perlahan sedikit... harap kita bakal mendapat berita perkembangan terbaharu...

Cikgu Confuse said...

Salam Cikgu Azhar Rodzi,
Terima kasih atas pandangan cikgu tu. So far, pihak pentadbir sekolah saya cukup bertimbang rasa kerana membenarkan saya mengajar tingkatan 6 walaupun saya tiada surat lantikan lagi. Lagipun saya ada pengalaman sebagai pemeriksa sejak pertengahan tahun 1990-an lagi.

Cikgu Confuse

Anonymous said...

Saya nak banding matrikulasi dengan T6. Jika seorang "freshie" berjaya ke matrikulasi adakah beliau terus ditawarkan pemangkuan DG44 atau kena berkhidmat atas DG41 selama 5 tahun.

pemerhati guru t6 said...

Jika gred DG di bawah KPM, proses dan tatacara naik pangkatnya sama. Kalau diberi memangku pun, bukan untuk tujuan naik pangkat, iaitu hanya layak menikmati elaun gred yang dipangku, bukan gaji pokok.

Namun, jika freshie berkenaan dilantik di baah skim pensyarah (IPTA), dia layak terus dilantik ke gred DS45, iaitu jawatan hakiki yang lebih tinggi dari 41. Perhatikan bahawa angka ganjil ialah lantikan pertama hakiki; angka genap ialah jawatan naik pangkat...

Anonymous said...

Adakah guru "freshie" T6 dilantik terus ke DG44(hakiki) atau kena berkhidmat sebagai guru DG41(hakiki) selama lima tahun sebelum naik ke DG44(hakiki)

pemerhati guru t6 said...

guru "freshie" t6? maksudnya baru grad? kalau begitu andaiannya hanya mengisi kekosongan opsyen mata pelajaran tertentu. tidak boleh dikira naik pangkat dg44, kena ikut syarat ptk & 5 tahun dalam 41.

pendek kata selagi ada guru yang layak dilantik ke 44, tiada istilah guru "freshie" yang boleh disenaraikan mengajar t6.

Anonymous said...

Saya telah menerima tawaran lantikan G.A ting 6 dan dipindahkan ke sekolah lain. Dilema yang saya hadapi sekarang ialah, saya hanya mengajar 8 waktu sahaja ting 6 kerana sudah ada guru ting 6 yang sama kelayakan dengan saya tetapi belum mendapat lantikan, dan mengajar 16 waktu subjek ting 3,4 dan 5 yang bukan opsyen saya di sekolah baru ini, berbanding di sekolah asal saya mengajar 8 waktu ting 6 tetapi masih mengajar opsyen (prinsip akaun) selama 9 tahun. Saya berpendapat opsyen saya lebih diperlukan di sekolah asal berbanding sekolah baru ini. Saya menjadi kurang bermotivasi dan rasa tidak berbaloi dengan perpindahan ini apatah lagi kenaikan gaji saya hanya dibezakan dengan belanja minyak sahaja. Bolehkah saya dipertimbangkan untuk memohon berpindah semula ke sekolah asal kerana alasan ini dan dikecualikan dari kontrak 5 tahun tersebut.

pemerhati guru t6 said...

Atas kertas, sukar untuk menarik balik lantikan, apatah lagi membabitkan JPA. Pada pendapat saya, cikgu perlu bersabar hingga Mei 2011 kerana ketika itu sistem tingkatan 6 yang baharu sepenuhnya mulai dilaksanakan.

Kursus perakaunan akan diberi keutamaan kepada cikgu lantikan. Kemungkinan jika cikgu perakaunan yang sedia ada (jika menerima lantikan) akan dipindahkan.

Saya beri contoh kes gc di sekolah saya yang telah 3 tahun merayu kembali ke sekolah asal, namun masih belum berjaya.

Apa-apa pun cikgu masih boleh mencuba. Sesuatu dasar mesti ada pengecualian dan kelonggaran...

Anonymous said...

Merujuk kepada kes saya lantikan 1.1.2008 tetapi dipindahkan jan 2010 setelah mendapat surat lantikan awal tahun ini,
Adakah kontrak berkhidmat selama 5 tahun diambilkira bermula dari tahun lantikan, contohnya 1.1.2008 ataupun diambil kira bermula dari terikh penempatan tahun 2010 (sekolah baru)?
Saya difahamkan guru yang memamg dapat sekolah asal terikat dengan kontrak 5 tahun bermula dari tarikh lantikan.
Ada perbezaan kah dengan guru yang dipindahkan ke sekolah baru.
Saya rasa tidak adil pula kalau guru yang dipindahkan diambil kira dari tahun ia dipindahkan.
Kalau di kira dari tahun lantikan, adakah bermakna tahun 2013 saya boleh memohon pindah
?

pemerhati guru t6 said...

Kalau menerusi e-tukar, guru akademik memang tidak boleh "key-in". Mungkin perlu buat rayuan secara biasa, tetapi lebih rumit.

guru dg44 memang 5 tahun, dg48 selama 3 tahun. Namun, dalam kes khas dan luar biasa, syarat berkenaan boleh dikecualikan.

dalam kes cikgu, saya fikir diundur dari mula lantikan (2008) walaupun cikgu masih di sekolah lama. kenapa nak mohon pindah?

mungkin cikgu azhar dan cikgu chia ada pendapat lain?

Anonymous said...

Saya anynomous ogos 17, saya nak pindah sekolah asal, sebab saya sayangkan sekolah asal lagipun saya rasa selesa sekolah asal banding sekolah baru ni. sebab utama saya mohon pindah juga ialah saya hanya mengajar 8 waktu saja ting.6 dan banyak ajar bukan opsyen (3-5),tiada peluang mengajar opsyen saya bagi ting 4 dan 5 banding dengan sekolah asal saya sangat bermotivasi dan mendapat kepuasan. Kalau saya terus berada di sekolah baru ini, tidak banyak dapat meningkatkan profesionalisme saya.

Anonymous said...

Saya anynomous ogos 17, saya nak pindah sekolah asal, sebab saya sayangkan sekolah asal lagipun saya rasa selesa sekolah asal banding sekolah baru ni. sebab utama saya mohon pindah juga ialah saya hanya mengajar 8 waktu saja ting.6 dan banyak ajar bukan opsyen (3-5),tiada peluang mengajar opsyen saya bagi ting 4 dan 5 banding dengan sekolah asal saya sangat bermotivasi dan mendapat kepuasan. Kalau saya terus berada di sekolah baru ini, tidak banyak dapat meningkatkan profesionalisme saya.

Anonymous said...

Saya anynomous ogos 17, saya nak pindah sekolah asal, sebab saya sayangkan sekolah asal lagipun saya rasa selesa sekolah asal banding sekolah baru ni. sebab utama saya mohon pindah juga ialah saya hanya mengajar 8 waktu saja ting.6 dan banyak ajar bukan opsyen (3-5),tiada peluang mengajar opsyen saya bagi ting 4 dan 5 banding dengan sekolah asal saya sangat bermotivasi dan mendapat kepuasan. Kalau saya terus berada di sekolah baru ini, tidak banyak dapat meningkatkan profesionalisme saya.

Anonymous said...

Seorang guru T6 (belum dilantik) telah mohon cuti tanpa gaji selama 6 bulan. Bagi kes ini adakah tempat guru iti diganti dengan guru T4/5 dari sekolah yang sama atau tempat diberi kepada "guru ganti" dari PPD. Jika diambil "guru ganti" pihak mana yang bayar gaji, PPD atau PIBG? Apa kah kelayakan "guru ganti" tersebut.

pemerhati guru t6 said...

sementara cikgu azhar dan cikgu chia beri pendapat, izinkan saya cuba menjawab dahulu:

anonymous 10.00 pm

biasalah cikgu,bukan mudah untuk berpisah dengan kebiasaan dan status quo. Tapi cikgu, air yang mengalir lebih baik daripada air yang bertakung (meminjam kata cikgu azhar).alah bisa tegal biasa, tunggu hingga mei 2011 dahulu, baharu buat keputusan lain. namun, kalau cikgu ada jalan, silakan mencuba...

anonymous 1:37

bab guru ganti terpulang kepada pengetua dan ppd (sekolah bantuan penuh kerajaan). hanya sekolah bantuan modal yang biasanya menggunakan dana pibg untuk gaji guru ganti dan staf tambahan...

di sekolah saya, guru ekonomi ke makkah, dia digantikan sementara oleh guru sesi petang yang opsyen ekonomi juga...

Anonymous said...

Bagi sekolah bantuan modal, gaji dibayar oleh PIBG. Adakah guru ganti sedemikian mengajar dan menjalankan koko spt. guru lain? atau hanya mengajar sahaja, tidak ada tugasan lain?

pemerhati guru t6 said...

bergantung kepada terma lantikan. biasanya perlu menjalankan tugas koku yang ditentukan oleh pengetua...

Anonymous said...

Apa cerita fasa 2?

Anonymous said...

Memanglah alah bisa tegal biasa.. tetapi kalau mengajar dengan rasa keseronokan barulah timbul keikhlasan dan kepuasan bekerja..itu yang saya rasa tiada di sekolah baru. Bukankah itu penting dalam perkhidmatan apa lagi dalam kehidupan, bukannya pangkat dan gred semata. Bukanlah bermakna tidak bersyukur. Anyway pilihan saya terpaksa bertahan atau menarik balik. I dont think i ve made a right decision. Inilah konflik yang orang lain sukar mengerti...moga ada jalan yang dapat menyelesaikannya..

pemerhati guru t6 said...

Setuju... berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

sebagai rakan seperjuangan, hanya saranan mampu diberikan. segala keputusan cikgu saya tetap sokong

saya doakan cikgu tabah menghadapi cabaran yang dilalui, serta menemui jalan keluar yang terbaik... amin.

Anonymous said...

saya ada dengar guru baru posting diminta mengajar tingkatan enam, sebab opsyenya memang untuk subjek tingkatan enam.adakah statusnya terus dg44 guru akademik tingkatan enam atau guru akademik biasa dg41?

pemerhati guru t6 said...

41
x boleh lantik 44, rujuk catatan cikgu chia sebelum ini..

Anonymous said...

maksudnya guru yang baru posting itu labelnya guru akademik tingkatan enam tapi gred dg41? dia tidak dapat diberi ajar subjek lain, memang opsyennya subjek dalam tingkatan enam sahaja. maaf sebab banyak bertanya

pemerhati guru t6 said...

apa salahnya banyak bertanya?

perbincangan memang sangatlah dialu-alikan.

guru akademik t6 ialah jawatan naik pangkat dg44 ke atas. jika 41 ajar t6, itu atas budi bicara pengetua, atau untuk kepentingan perkhidmatan.

apa mata pelajaran yang opsyen t6 sahaja? pengajian am? muet? kalau dua2 tu tiada masalah ajar lower form, hatta sekolah rendah sekalipun...

guru frust said...

salam..
sya ada dengar dri JPN, kononnya untuk lantikan guru akademik ting 6 dg44 fasa kedua pemohon mestilah lantikan 01 jan 2004 sahaja. betul ke? tapi sebelum ni sya ada terbaca post dari sini, syarat lantikan fasa kedua adalah terbuka..sya ada memohon pda 2008 utk fsa kedua.. tpi sya lantikan 2005.sdh mgajar ting 6 sejak 2006..mohon bantuan..tq

Anonymous said...

Saya adalah guru T4/5 DG48(KUP) yang telah mohon T6. Kini tak mengajar T6. Saya ada mohon Guru T6 Fasa 2. Apa peluang saya?

pemerhati t6 said...

kepada guru frust...

pada prinsipnya begitulah (terbuka), tetapi bab-bab senarai pendek ialah rahsia panel pemilihan / pelantikan. apabila permintaan melebihi penawaran, merit tertentu terpaksa digunakan sebagai tambahan syarat sedia ada.

tetapi cikgu usah berhenti berharap. teruskan usaha hingga berjaya suatu hari kelak. satu pintu tertutup, banyak pintu lain yang masih terbuka (helen keller).

kepada anonymous oct. 4

maksudnya cikgu memohon ke gred dg 52 hakiki. peluang bergantung kepada kekosongan tempat, sama ada sebab faktor biasa (bersara, letak jawatan, dipindahkan, naik pangkat ke gred lebih tinggi), atau faktor luar jangka (habis umur, medical board). saingan mamang sengit justeru dg 52 hakiki berada di puncak piramid, iaitu bilangan kekosongan agak terhad berbanding 48, 44!

Anonymous said...

Adakah guru T6 yang naik dari DG44(KUP) ke DG44 (hakiki) pada 1.1.2008 dinaikkan ke DG48(hakiki) mulai 1.1.2008?

pemerhati guru t6 said...

permohonan naik pangkat ke 48 hanya setelah 3 tahun pada gred 44. syaratnya ada kekosongan, prestasi tiada masalah + lulus ptk aras B (sebelum mansuh).

kes yang cikgu cakap (automatik 44 --> 48 serentak) tak mungkin berlaku...

Unknown said...

Saya telah mengajar t6 sejak 2001. Dilantik memangku dg 44 pada 1.1.2008 dan kemudian dapat surat dilantik guru akademik dg 44 berkuatkuasa 1.1.2008.
Soalan saya: adakah lantikan sebagai guru akademik dg44 yg kedua saya terima hakiki atau KUP? Tidak dinyatakan KUP atau hakiki cuma lantikan sebagai guru akademik dg44. TQ.

pemerhati guru akademik t6 said...

salam cikgu faizal

tidak dinyatakan bermakna hakiki.

kalau dicatat (k.u.p) barulan bukan hakiki.

semua lantikan naik pangkat guru akademik t6 ialah hakiki. maknanya tidak akan berpatah balik kepada gred yang lebih rendah apabila pencen.

kup bermakna apabila bersara kelak balik kepada hakiki dg41 walaupun pada dg 48 (kup).

Cerlin said...

cikgu, saya mula mengajar tingkatan enam pada tahun 2006 hingga kini. saya tidak dapat peluang dalam fasa pertama. mungkin peluang saya dalam fasa 2 tetapi saya kurang pasti. saya memang sayang subjek yang sedang mengajar dalam tingkatan enam. tetapi masalah saya sekarang, seolah-olah saya dilema samaada menerima lantikan tingkatan enam sekiranya ditawarkan atau tidak disebabkan beban tugas yang agak banyak. Disebabkan komitmen keluarga, saya fikir nak cuba nasib untuk guru cemerlang sahaja. Jadi, pada pendapat cikgu adakah keputusan saya tepat, adakah ini satu "fast track" yang jugaaaa tepat ataupun saya akan menyesal pada suatu hari. sekiranya saya pilih Guru cemerlang adakah peluang-peluang bagi saya untuk terus maju cerah dengan KUP. apakah istimewanya hakiki daripada Khas untuk Penyandang. Perlukan bantuan cikgu. Terima kasih

pemerhati guru t6 said...

Cikgu Cerlin

Perakuan fasa 2 untuk urusan pemangkuan 44, 48, 52 diterima KPM pada 24.8 yang lalu. Namun, bagi sesetengah negeri (contohnya Perak) belum dikeluarkan lantikan justeru masih dalam proses kelulusan JPA: Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran.

Sama ada untung KUP @ hakiki, masa yang akan menentukan. Terpulang kepada semakan syarat dan terma perkhidmatan dari masa ke masa. GC ada peluang hingga gred khas C (sama dengan jusa C, kecuali kemudahan kenderaan). Hanya lantikan GC sekolah rendah setakat ini dihadkan pada gred 48.

Guru akademik t6 walaupun hakiki setakat ini gred tertingginya ialah 52, melainkan dilantik ke jawatan pentadbiran, misalnya pengetua cemerlang (54, C). Kini terdapat 18 laluan pantas, tetapi tiada siapa yang dapat mengagak perubahan yang mungkin berlaku pada masa depan.

Kesimpulannya, cikgu pilihlah mana-mana yang dapat dahulu kerana cita-cita yang terlalu besar dalam kerjaya keguruan perlu pendakian puncak piramid yang curam dan tajam. Manalah tahu, cikgu Cerlin akan berdiri di situ...

Cerlin said...

Terima kasih sir..kerana sudi memberikan pandangan...saya juga ingin tahu proses penukaran KUP Guru Cemerlang dalam hakiki...Adakah ini sesuatu yang disetujui dan berapakah tahun diambil untuk penukaran status KUP ini supaya boleh mohon kepada DG 48. Terima kasih

Anonymous said...

Adakah benar semua negeri sudah selesai urusan Fasa 2 kecuali negeri Perak?

Anonymous said...

Salam,
Saya ingin tahu apakah tarikh berkuat kuasa penempatan sama dengan tarikh lantikan? Baru-baru ini saya menerima surat arahan penempatan sebagai guru akademik tingkatan 6 berkuat kuasa pada Oktober 2010 daripada pejabat Ketua Pengarah KPM. Lantikan saya dianggap sebagai kes fasa 2. Ada rakan-rakan mengatakan bahawa tarikh lantikan untuk DG48 saya nanti ikut time-based (Saya dilantik sebagai 44KUP pada 1.1.2005). Oleh itu, saya dinasihatkan isi borang time-based dulu sebab peluang untuk mendapat lantikan guru akademik 48Hakiki agak terhad (Terdapat ramai guru yang dilantik DG44Hakiki pada 1.1.2008). Dalam fasa 1 saya memang dicalonkan tetapi tidak layak atas kesilapan teknikal walaupun saya ada pengalaman mengajar tingkatan 6 hampir 20 tahun.
Terima kasih.

pemerhati guru t6 said...

cikgu cerlin,

setakat ini gc ialah jawatan k.u.p, ke hadapan belum tahu lagi. jika hendak berubah ke gred hakiki perlu memegang jawatan pentadbiran @ guru akademik t6. semuanya bergantung kepada kekosongan dan keperluan pengisian jawatan baharu.

cikgu anonymous nov 16,

hanya kpm yang boleh memberi kepastian. cikgu boleh berhubung terus dengan bahagian sumber manusia kpm putrajaya. cuti ni kalau hala ke sana singgah sebentar. perjawatan awam memang rumit sedikit kerana perlu kelulusan jpa yang menjaga hal-ehwal peruntukan emolumen kakitangan kerajaan.

anonymous nov 29,

lantikan tuan ialah proses naik pangkat daripada kup ke hakiki, tidak kira 44 atau 48. jika tuan memilih time-based bermakna tuan menolak lantikan hakiki guru akademik t6. cepat @ lambat ke gred seterusnya bergantung kepada kekosongan. bab-bab peluang memang sukar diramalkan kerana perubahan syarat perjawatan dan pertambahan laluan naik pangkat (seperti gc 48 di SK) kadang-kadang muncul tanpa diduga. time-based paling mengecewakan, kecuali jika pegawai berkenaan sudah tiba pada mata gaji maksimum (hantuk dinding). mungkin pendapat selain rakan cikgu (misalnya kesatuan, atau unit naik pangkat JPN) dapat membantu cikgu membuat keputusan...

izzah said...

Salam. Ada tak sesiapa boleh beritahu status guru Ting 6 fasa 2 bagi negeri perak. T/kasih.

Anonymous said...

Johor dah dapat posting fasa 2. Ada guru kena tukar sekolah tetapi dlm daerah sahaja.

Anonymous said...

"Bezanya guru t6 gred hakiki, gc gred k.u.p.

semasa perkhidmatan sama, tapi apabila bersara kup akan kembali ke gred hakiki dg 41.

namun gc boleh naik pangkat hingga gred khas C ( = Jusa C, kecuali kemudahan kenderaan); guru t6 belum dimuktamadkan..."

Terima kasih atas jawapan di atas, namun saya kurang faham dengan pernyataan ini "apabila bersara kup akan kembali ke gred hakiki dg 41."
Apakah ini bermaksud sekiranya pegawai itu telah mencapai gred GC Jusa C, ketika bersara beliau akan kembali ke gred DG41 juga???

Anonymous said...

Bila dapat posting guru T6 fasa 2. Guru T4/5 ada peluang?

pemerhati guru t6 said...

tuan anonymous jan 7,

Jusa ialah jawatan hakiki, tetapi gred khas C ialah k.u.p. Jusa tidak akan kembali ke 41, tetapi k.u.p. akan dikira gred hakiki asal untuk kiraan faedah persaraan. Namun, jumalh pencen dikira berdasarkan gaji terakhir gred k.u.p. berkenaan

tuan anon jan 9

lantikan fasa 2 tertakluk kepada kelulusan lembaga naik pangkat jpa setelah dibenarkan oleh perbendaharaan (kementerian kewangan). jalannya memang berliku-liku. maka, semua harus menunggu lagi...

Anonymous said...

Saya adalah guru DG41 yang mengajar T6. Adakah saya terus dilantik ke DG44?

Anonymous said...

Salam, saya telah dilantik menjadi guru akademik tingkatan enam dg44 hakiki. namun atas sebab-sebab tertentu,saya bercadang untuk berpindah semula ke sekolah asal saya. Sekiranya selepas habis kontrak lima tahun seperti yang disyaratkan, bolehkah saya memohon berpindah ke sekolah lain mengikut data bukan guru akadamik tingkatan enam( pertukaran menjadi guru biasa yang tidak lagi mengajar tingkatan enam). Sejauh kefahaman saya agak sukar berpindah jika mengikut kouta guru akademik tingkatan enam kerana bergantung kepada kekosongan sekolah berkenaan.
Adakah cara lain supaya saya dapat berpindah sekolah lain selain bukan mengikut kuota guru akademik tingkatan enam?

Anonymous said...

Bilakah fasa kedua akan diketahui?

Anonymous said...

Salam 1Malaysia

Saya telah mengajar F6 sejak 1988 dan dilantik ke jawatan DG41 selepas PJJ pada tahun 2005.Mengapakah saya tidak layak dilantik ke jawatan Guru Akademik T6. Fasa 2 pun tidak ada nama. Ingin tahu kenapa. Tolong jawab sekiranya ada cikgu yang tahu.

Anonymous said...

Salam buat semua

Ada berita baru tentang guru yang tercicirtak?

Anonymous said...

Ada apa-apa berita dari Sarawak dan Sabah tentang fasa kedua?

Anonymous said...

Ada berita terkini tentang fasa 2? Fasa 2 ini dibuat oleh JPN atau KPM? Keliru. Ada guru dari Selangor posting KL? Boleh kah?

Anonymous said...

Saya seorang guru yang dilantik time-based GD44 pada i.8.2007, sudah mengajar M.U.E.T. semenjak Mac 2006. Yang menyedihkan saya ialah nama saya dikatakan tercicir dalam Fasa 1, dan baru-baru ini apabila nama guru yang dilantik GA T.6 dalam Fasa 2, nama saya pun tidak tersenarai.

Perkara yang lebih menghiris hati ialah ialah guru yang jauh lebih junior ( dilantik DG41 pada tahun 2003, dilantik GA DG44 Hakiki berkuatkuasa tahun 2008 ) sudah bersedia untuk memohon DG 48. Saya yang seperti ramai guru , kena melengkapkan 10 tahun untuk naik daripada DG41 ke DG44, tertinggal pula dalam perkara ini. Malangnya nasib saya, bertungkus lumus menyiapkan & berkorban masa dan wang ringgit untuk menyiapkan pengajian Sarjana pun masih terpinggir. Saya berharap Kementerian Pendidikan bersimpati dengan golongan pendidik macam saya.

pemerhati guru t6 said...

Khabarnya KPM telah turun ke beberapa buah sekolah t6 di Perak. Pelantikan fasa 2 bakal menyusul.

Bab-bab lantikan ialah menerusi pencalonan BSM (KPM), diluluskan oleh JPA setelah mendapat lampu hijau kantung Perbendaharaan. Memang ada dasar, tetapi pengecualian boleh dibuat atas kepentingan perkhidmatan.

Pertanyaan dan rayuan boleh dimajukan, tetapi keputusan muktamadnya seperti proses yang dinyatakan...

pemerhati guru t6 said...

Menurut sumber yang layak dipercayai, urusan lantikan fasa 2 bermula awal Mac. Kes tercicir masih boleh dipertimbangkan, tertakluk kepada kekosongan dan keperluan...

Anonymous said...

Dah awal mac, tak de apa pun. Agaknya
awal april?

Anonymous said...

PK T6 sudah ada senarai. Hanya guru T6 yang mengajar pada tahun 2010 dapat lantikan. Guru yang ajar T6 pada tahun 2009 tetapi tidak pada tahun 2010, tak dapat lantikan. Harap maklum.

izzah said...

Salam, saya mengajar T6 pada 2009 dan 2011 tapi tidak mengajar pd thn 2010. So sy tak dapat ke.

Anonymous said...

Selamat sejahtera,

Saya ingin tanya sama ada permohonan fasa 2 untuk guru akademik tingkatan 6 dan penolong kanan tingkatan 6 untuk negeri sabah sudah ada keputusan?? TQ

Anonymous said...

Keputusan bagi Sabah dijangka pada 1 April. Tunggu saja.

Anonymous said...

Keputusan fasa 2 bagi Wilayah telah keluar pada 1 Mac 2011. Saya kira labuan pun 1 mac 2011. Bagaimana kes guru yang mula mengajar T6 pada 2009 dan seterusnya. Adakah mereka ini fasa 2 ? Atau fasa 2 hanya guru yang mengajar pada 2008 sahaja?

Anonymous said...

mula mengajar ting 6 tahun 1992. hingga 2006. pd masa dulu tiada istimewanya mengajar t6 ini, kini apabila adanya kenaikan pangkat dan gred barulah yg beria-ia mahu mengajar. hingga kita yg berpuluh tahun mengajar t6 tidak berpeluang.mintak komen cikgu

Anonymous said...

Lantikan ke T6 hanya bagi guru yang mengajar T6 tahun semasa. Harap cikgu "slow talk" dgn. Pengetua untuk ajar T6 bagi tahun semasa.

pemerhati t6 said...

salam

1: sistem modular belum dimuktamadkan,
mungkin ditunda ke tahun 2012;

fasa 2 negeri perak:

perakuan ke kpm 31 Mei ini.

Anonymous said...

Perakuan ke KPM telah diserah ke KPM pada oktober 2010. Harap maklum. KPM lambat process. Syaratnya mesti mengajar T6 pada tahun 2010. Kalau tak mengajar 2010 tapi mengajar 2001 hingga 2006 serta 2008 hingga 2009. Tak guna.

izzah said...

Nama fasa 2 memang dah ada di JPN, dah lulus JPA. Tapi memang pelik kerana syarat mesti mengajar 2010. Sama le dengan situasi kena ajar 2007. Tak faham langsung.

Anonymous said...

Ya. Begitu juga Selangor. Mesti mengajar 2010.

Anonymous said...

saya ingin bertanya, lantikan guru tingkatan enam fasa 2 ini hanya untuk dg44 naik de dg48 kah? adakah melibatkan dg41 ke dg44? sekolah saya dah ada beberapa cikgu dapat lantikan ke dg48 2minggu lepas, tapi tiada berita untuk yang dg41 ke dg44.terima kasih

Anonymous said...

Kepada
March 28, 2011 6:14 PM

Guru DG44 ke DG48 yang dapat lantikan di Negeri Selangor.

Anonymous said...

saya anonymous yang bertanya adakah dg44 ke dg48 saja yang terlibat? terima kasih atas jawapan yg diberi.kalau ini keadaanya, macam mana dgn dg41 ke dg44 yang telah lama mengajar tingkatan enam? atau sudah tiada peluang?terima kasih

zaki69 said...

Bagaimana dengan lantikan guru ting. enam fasa 2 Pulau Pinang ? Dah ada beritakah ?

Anonymous said...

Kepada
March 28, 2011 6:14 PM

Sekolah cikgu dinegeri mana? Kedah?

zaki69 said...

Sekolah saya di Pulau Pinang.

Anonymous said...

saya anonymous March 28, 2011 6:14 PM
,sekolah saya di bumi kenyalang, terima kasih.

Anonymous said...

tarikh lantikan dg41( tarikh lantikan pertama)saya ialah pada bulan oktober 2005.mulai tahun 2006 saya diarah untuk mengajar tingkatan enam sampailah sekarang. Tidak layak untuk lantikan guru tingkatan enam fasa 1, adakah berpeluang untuk lantikan fasa 2? terima kasih

Anonymous said...

Kepada
April 2, 2011 12:46 AM

Jika anda mengajar T6 pada 2007, maka anda layak dalam fasa 2.

Anonymous said...

Surat lantikan T6 Negeri Perak dan Sarawak mulai 16 April.

Anonymous said...

terima kasih bagi tau info tentang sarawak.tarikh lantikan pertama saya 01.01.2006 (dg41), telah mengajar mulai 01.01.2006 tingkatan enam sehingga hari ini,adakah berpeluang untuk lantikan fasa kedua? mulai 16 april?suara dari sarawak, terima kasih

Anonymous said...

Aslmlkm,sekadar nak mencelah. Di sekolah sy ada guru yg sgt dibenci oleh pengetua atas sebab hasutan seorang penasihat jahat. Guru ini tidak dicalonkan utk DG48 guru akademik T6,TETAPI ditetapkan oleh Allah swt Yang Maha Berkuasa lagi Maha Adil...tiba2 suatu hari dlm minggu lepas guru yang didengki ini dapat surat lantikan tersebut sedangkan guru jahat tadi tak dapat.....

Anonymous said...

Pengetua membuat keputusan berdasarkan kebaikan pelajar STPM. BSM membuat keputusan opsyen, pengalaman mengajar, kekosongan DG44, DG48 dsbnya. Ini bukan drama baik lawan jahat.

Anonymous said...

akum..saja nak tanya..ada tak guru ting 6 yg lantikan Dg 41 tahun 2005 sudah mendapat lantikan Dg44 untuk gru ting 6?

Anonymous said...

Assalamualaikum. Saya adalah antara mrk yg tercicir nama hanya kerana tidak mengajar f6 pd thn 2007 krn syarat guru akedemik f6 mesti mengajar pd thn 2007 dn 2008. Sy mengajar MUET sejak thn 2004 dn PA2. Nama utk fasa 2 bg negeri johor telah pun dikeluarkan dan nama sy masih tidak ada. Lantikan DG44 KUP sy ialah pd 1.1.2005. JPN beritahu kena isi iklan fasa pengisian yg akan ditawarkan tidak lama lagi. Ada sesiapa tahu mengenai fasa ini?

Anonymous said...

Salam. Sy yg tadi sebut pasal nama tercicir..by the way sy telah lulus PTK3 DG44 dgn keputusan IV (akan mendapat anjakan gaji...Alhamdullillah). Sesiapa yg tahu mengenai permohonan online harap dpt berkongsi info. Sy cuba utk telefon KPM dan dptkn maklumat mengenai Dr Ros..unit pengurusan f6..tapi tak dapat access, bole cikgu azhar beri nama full Dr Ros tersebut dan dari bahagian mana?

rey's said...

Lantikan saya 1/10/2005, mengajar tingkatan 6 sejak tahun 2006 hingga sekarang 2011 (subjek sej & p.p)...saya terlepas fasa 2 kerana syarat lantikan ialah pada atau sebelum 1.1.2004...Di sekolah skrg 4 org guru mdpt lantikan Guru Akademik T6 DG44 melalui fasa 1 (PA,BM,EKO & MUET). Subjek SEJ & PP belum ada lantikan. Soalan:
1. Adakah saya perlu tunggu sehingga ada fasa pengambilan seterusnya barulah saya perlu memohon atau adakah cara lain?

pemerhati t6 said...

salam

nampaknya semua senyap tanpa jawapan. senarai nama fasa 2 perak sudah ada di jpn, tunggu surat sahaja.

kepada semua yang bertanya, jawatan guru akademik t6 ialah urusan naik pangkat. maka, perlu isi borang permohonan. berjaya atau tidak tertakluk kepada kekosongan, atau jika ada keperluan atas kepentingan perkhidmatan.

selalulah rujuk portal kpm untuk iklan perjawatan. kepada yang berdekatan putrajaya boleh terus ke bahagian sumber manusia kpm, atau rujuk jpn negeri masing2 (unit t6). Dr. Ros khabarnya telah bertukar jawatan.

Wallahu a'lam...

Anonymous said...

Saya mohon melalui iklan pada 2008. Pengetua pilih guru yang tak mohon pada 2008 untuk ajar T6. Ajaib, Borang saya lesap, guru pemilihan pengetua boleh isi borang pada 2009. Setahu saya iklan tutup pada oktober 2008.Sandiwara sahaja.

CIKGU AZHAR RODZI said...

Salam

Tahniah kepada semua guru akademik tingkatan 6 yang telah menerima surat pelantikan fasa 2, sama ada berubah gred atau sekurang-kurangnya berubah ke status hakiki.

JPN Perak telah menyampaikan surat lantikan menerusi PK T6 Jumaat lalu dan tarikh kuat kuasa ialah 1 Mac 2011. Kebanyakan yang dilantik ialah guru DG44 tahun 2006/2007 dan lulus PTK.

SMK St Michael, Ipoh menerima lantikan 7 orang guru gred DG48, dan beberapa orang gred DG44. Semuanya masih kekal di sekolah yang sama.

Khabarnya pelantikan yang melibatkan pergerakan ke sekolah lain juga akan dilakukan dalam tempoh yang sangat dekat...

Kepada yamg masih berasa tercicir, boleh rujuk Unit Naik Pangkat JPN negeri masing-masing, atau Bahgaian Sumber Manusia KPM.

Terima kasih kepada semua sahabat yang mengambil bahagian dalam perbincangan tentang isu guru t6 di sini. Mudah-mudahan cadangan, luahan rasa dan panadangan tuan puan akan diberi perhatian yang sewajarnya..

Anonymous said...

Ada Guru DG41 dapat DG44?

Anonymous said...

saya mengajar ting 6 mulai 2004, first posting. fasa 1 saya terlepas sbb belum ambil PTK. Saya lulus PTK 2008 dan sudah mohon untuk fasa 2. tp senarai yg keluar minggu lepas, nama saya tak ada. boleh bg pendapat?

pemerhati guru t6 said...

pelantikan fasa 2 belum selesai sepenuhnya. yang aritu "school-based". khabarnya lantikan yang melibatkan tukar sekolah sebelum cuti ini. jadi mungkin ada kekosongan 44 yang belum diisi oleh guru dg41 sedia ada, atau macam kes cikgu yang terus ngajar t6 mulai 2004 di atas. pertukaran mungkin melibatkan jarak yang jauh...

pemerhati guru t6 said...

pelantikan fasa 2 belum selesai sepenuhnya. yang aritu "school-based". khabarnya lantikan yang melibatkan tukar sekolah sebelum cuti ini. jadi mungkin ada kekosongan 44 yang belum diisi oleh guru dg41 sedia ada, atau macam kes cikgu yang terus ngajar t6 mulai 2004 di atas. pertukaran mungkin melibatkan jarak yang jauh...

Anonymous said...

Apa maksud fasa 2? Saya pernah mohon fasa 2 melalui iklan tetapi pihak sekolah dan JPN tidak ada maklumat mengenai permohonan saya? Bagaimana borang permohonan saya sudah lesap?

mr tommy said...

Guru Lama T6 yang belum dilantik atas dasar pilih kasih
sibu,sarawak

Saya dah mengajar T6 selama 25 tahun tetapi tidak dilantik atas dasar pilih kasih pengetua sekolah.

Mengapa Pengetua sekolah buta dan memilih kasih dan melantik guru-guru yang tidak pernah ajar tingkatan 6 untuk dimasukkan menjadi GA.

Amat ketara,sikap pilih kasih Pengetua amat buruk dan amat mendukacitakan beberapa guru senior yang tidak dilantik.

Bilahkah fasa ketiga????????????????

Anonymous said...

saya dengar bahawa guru tingkatan enam fasa 2 ini hanya meilbatkan guru dg44 sahaja. dg44 yang kup akan diserap menjadi guru tingkatan enam dg44 hakiki atau dinaikkan pangkat dg48 hakiki. guru dg41 yang sedang mengajar tingkatan enam ini tidak lagi berpeluang dilantik sebagai guru tingkatan enam. rasanya ini cara jimat cermat kpm .adakah apa yang saya dengar ini betul? cam na dengan nasib sebilangan guru dg41 yang masih mengajar tingkatan enam? ada yang telah masuk tahun keenam dan ketujuh...harap ada respon atau maklumat. sekian terima kasih

Anonymous said...

Sekolah saya ada guru DG48 naik ke DG52. Tak tukar sekolah. Seronoknya kawan.

Anonymous said...

rasanya memang dah betul guru dg41 tak ada peluang dapat guru tingkatan enam walaupun measih mengajar kelas tersebut. hanya guru dg44(kup) yang dapat diserap ke dg44 hakiki, guru tingkatan enam

Anonymous said...

Apa kriteria guru DG48 naik DG52 bagi tingkatan 6?

Anonymous said...

Bila fasa 3?

pemerhati guru t6 said...

ada 6 soalan belum terjawab, saya cuba berdasarkan sumber yang layak dipercayai:

anon 25/5 tentang maksud fasa 2 dan borang permohonan lesap:

pelantikan fasa 2 belum selesai, kekosongan yang masih ada akan disi dalam tempoh terdekat, sebab ada guru yang menolak

sarawakblue 25 tahun mengajat t6 (sejak 1986?) tapi tak dilantik:

mungkin pengetua / jabatan hendak masukkan cikgu dalam "pool" naik pangkat laluan yang lain seperti jawatan pentadbiran, nazir, ppd dan lain-lain. Ada 18 laluan naik pangkat, sebab dari segi emolumen, cikgu mungkin lebih untung dimasukkan dalam kategori selain GA T6

anon 8/6; 16/6 lantikan 44 untuk guru 41: selepas 5 tahun lantikan dg41. kelewatan sebab proses pengisian, tapisan keutuhan, dll... tunggu dan selalulah bertanya unit naik pangkat jpn, jangan biar masa berlalu tanpa sebarang kemajuan

anon 13/6 kriteria naik 52:

minimum 3 tahun dalam 48, melepasi taisan keutuhan (pdrm, sprm) dan terdapat kekosongan berdasarkan mata pelajaran, kelulusan jpa / perbendaharaan untuk peruntukan emolumen

anon 17/7: fasa 2 juga belum berakhir, fasa-fasa lain bergantung kepada kekosongan sebab faktor persaraan, pertambahan enrolmen pelajar, atau faktor semula jadi

Anonymous said...

Assalamualaikum. Saya mula mengajar jan 1997 bermula dgn DGA29.saya menyambungkan pelajaran di UPSI selama 3 tahun dan 1.9.2005 saya dilantik ke DG41. Bermula Jan 2006 sehingga kini (2011) saya mengajar biologi tingkatan enam rendah dan enam atas. Saya sudah pun mengisi borang permohonan untuk fasa kedua pada tahun 2008. Tetapi sehingga kini saya masih belum dilantik sebagai guru akademik tingkatan 6.Ini bermakna saya sudah mengajar tkn 6 selama 6 tahun. Adakah perkhidmatan saya di DGA29 tidak diambil kira 3 tahun menyamai 1 tahun dan ini bermakna saya sudah berkhidmat sebagai pegawai DG41 selama 8 tahun.Persoalan saya adakah perkhidmatan saya selama ini tidak diambil kira untuk pelantikan ke tkn6

Anonymous said...

Ada berita terkini mngenai lantikan tingkatan 6?

pemerhati guru t6 said...

anon july 18,

tak payah kira dg29 pun cikgu sudah layak, tetapi layak bukan kriteria tunggal kerana senarai menunggu makin panjang. pihak yang paling tepat untuk rujukan ialah bahagian sumber manusia, kpm. di setiap jpn juga suadah ada unit t6...

anon aug 8

dasar lantikan pk t6 mungkin berubah sedikit. contohnya jika ada guru senior dg52, mungkin dia akan diberi tanggungjawab pk t6, bukan lagi dg48 seperti sekarang. hitam putih belum dikeluarkan...

Anonymous said...

Hello Cikgu Azhar:

Saya memiliki sarjana dan sarjana muda. Kini sedang melanjutkan PhD.

Saya berminat untuk mengajar tingkatan 6 di sekolah.

Bagaimana caranya mengemukan permohonan?

Terima kasih.

Jeti

cikgu azhar said...

sekarang bertugas di mana?

guru akademik tingkatan 6 ialah jawatan naik pangkat ke dg 44, 48 dan 52. guru dg 41 yang hendak memohon mesti sekurang-kurangnya 5 tahun dalam 41 sebelum layak memohon; 44 ke 48 perlu minimum 3 tahun; 48 ke 52 minimum 3 tahun.

skim pensyarah ipta untuk penyandang Ph.D jauh lebih baik. Lantikan pertama (angka ganjil) bermula terus pada DS45, dan kenaikan pangkat ahli akademik tiada had hingga Jusa A. Malah, beberapa orang profesor akan berada pada gred turus, yang biasanya hanya untuk 6 orang pegawai tertinggi awam (KSN, KP JPA, KSU, KP KPM, ketua polis negara, ketua angkatan tentera).

paling tidak tuan memohon pensyarah institut perguruan, institut aminuddin baki, politeknik premier (PUO, Shah Alam, JB). lantikan guru akademik t6 sudah menuju tahap tepu...

Anonymous said...

"44 ke 48 perlu minimum 3 tahun; 48 ke 52 minimum 3 tahun. "

Cikgu Azhar mungkin tersilap. Sebab jawatan hakiki tidak perlu tunggu 3 tahun. Ada kosong terus dapat.

Anonymous said...

Ada berita terkini mngenai lantikan tingkatan 6?

Anonymous said...

1. Sehingga kini elaun tanggungjawab PKT6 belum ada peruntukan. Kenapa?

2. Lantikan DG44 Guru Akademik T6 1 Jan 2008. Berapa tahun perkhidmatan utk ke DG48 Guru Akademik T6?

Anonymous said...

Bagaimana nak pohon guru tingkatan 6?

cikgu azhar said...

anonymous aug 20,

sama-sama kita tunggu sistem matriks gaji yang baharu. dalam sistem lama kalau belum layak tapi dilantik juga, kena memangku dahulu sehingga cukup kelayakan

anon sep 5: pengisian kekosongan (bersara, menolak) masih dalam proses

anon sep 8: kes pk t6 memang unik, sama macam pk (pendidikan khas). kata putus di tangan jpa. peruntukan elaun bergantung kepada vot yang diluluskan oleh perbendaharaan. ringkasnya, ada aspek teknikaliti belum selesai. harap bersabar

anon sep 11: tunggu iklan, atau terus hubungi unit tingkatan 6, jpn, atau tanya bahagian sumber manusia kpm.

Anonymous said...

Saya baru 2 tahun mengajar ting.6, masih dg41 dan belum disahkan jawatan. Adakah 5 tahun kelayakan untuk dg44 dikira selepas pengesahan jawatan (8 tahun)?Bagaimana sekiranya sudah 4 tahun mengajar, tiba-tiba tahun yang terakhir diminta mengajar ting. 1-5, adakah kelayakan untuk kenaikan pangkat dg44 hilang?

Anonymous said...

Salam cikgu. Sy ingin mendapat nasihat daripada cikgu.Sy telah mendapat tawaran ke DG44 T6 yg berkuatkuasa 1 Sept 2011 sedangkan telah menjadi GC44 semenjak tahun lepas. Sy ditawarkan utk mengajar subjek Pengajian Am yg sudahpun ditinggalkan beberapa tahun lepas dan akan ditempatkan di sekolah baru. Sy perlu memilih salah satu daripadanya. Diharapkan cikgu dapat memberikan sedikit pandangan. Terima kasih.

cikgu azhar said...

salam

anonymous sep 11

dikira dari tarikh lantikan, bukan petemapatan (sandaran terlatih) dan bukan tarikh sah jawatan.. mesti dilantik guru akademik t6 untuk menikmati laluan pantas (5 tahun), berbanding time-based 8 tahun.

anonymous sep 26

bergantung kepada minat cikgu. GC boleh pergi hingga gred khas C (sama dengan Jusa C, kecuali tiada kereta). GA T6 setakat ini maksimum DG52, dan belum ada hitam putih tentangnya lagi.

dua-dua laluan pantas. kekosongan dg48 gc dan ga t6 sudah hampir tepu, mungkin kena ikut time-based 8 tahun juga untuk 48, dan 6 tahun seterusnya untuk 52...

Anonymous said...

Saya Guru T6 mungkin dapat DG48(KUP). Patut saya tolak DG48(KUP) dan tunggu dapat DG48(Pemangkuan)? Yang mana lebih baik?

Anonymous said...

Salam sejahtera Cikgu Azhar,
Saya merupakan guru koku T.6 (DG44)lantikan sept tahun 2008. Pada masa ini terdapat iklan tawaran jawatan pensyarah kolej matrikulasi. Soalan saya, bolehkah saya memohon jawatan pensyarah gred DG48 kerana secara umumnya saya telah layak memohon kerana telah berada di gred DG44 3 tahun, telah lulus ptk aras IV di gred DG44, tetapi terikat kepada syarat mengajar di T.6 selama 5 tahun?

Anonymous said...

Tawaran matrikulasi tutup pada 30/6/2011. Harap maklum.

Anonymous said...

Ada berita terkini mengenai lantikan T.6 ? Dengar PK T.6 pergi mesyuarat. Ada beita?

Anonymous said...

Assalamua'alaikum ....
Lama dh saya menjengah dn nk cr maklumat ttg Ting 6 ni ...
Saya nk minta pandangan atau apa2 shj maklumat yg perlu saya ketahui berkenaan dgn masalah yg sedang saya hadapi ...
1) saya adalah guru DG 41 yg akan time based 10 thn pd thn 2012 .. dh isi borang dh , tetapi minggu lepas, saya telah menerima surat yg menempatkan saya ke sebuah sekolah utk mengajar ting 6 sebagai GA. Masalahnya, saya tak dapat mengajar subjek yg ditawarkan iaitu Math T, walaupun major.minor saya adalah IT/MATH, sbb saya x pernah mengambil subjek trsebut ketika di ting 4 & 5 malahan di Matrikulasi dn Universiti pun tak ada, cuma yg dipelajari adalah Math Moden, dan sebahagian asas math tambahan . Pendek kata, saya mmg tak boleh ajar subjek ini. Maka, saya call ke JPN dn bercakap dgn pegawai terbabit ttg masalah saya dn adakah peluang bg saya utk terus menerima tawaran ini sekiranya Option ditukar kepada pengajian Am . Pegawai itu memaklumkan , dia akan panjangkan kes saya ke KPM dan terpaksa menunggu surat dr KPM dalam amsa 2 bulan.Dan dia juga memaklumkan kpd saya, jgn bertukar ke stesen baru dn stay di stesen lama sehinggalah surat KPM dtg semula. Utk pengetahuna surat lantikan GA ini adalah berkuatkuasa pd 1 September 2011 dan saya br menerimanya pd 17 Oktober 2011.
Saya masih dlm keadaan dilema. Adakah KPM akan meluluskan permohonan saya utk tukar option ? Dan adakah saya memilih pilihan yg tepat sekiranya saya ambil GA dan lepaskan Time based? Saya amat berharap Cg AZHAR dan guru2 yg lain boleh memberikan nasihat , dan pandangan kpd saya berhubung perkara ini . TQ :)

Anonymous said...

ada sesiapa guru tingkatan 6 lantikan dg41 tahun 2004 dapat lantikan guru akademik tingkatan 6 fasa 2? saya telah mohon tp belum ada jawapan, saya mengajar tingkatan 6 sejak lantikan dg41 tahun 2004.

Anonymous said...

Guru T6 disekolah saya tidak suka cara pengurusan PK T6. Bolehkah PK T6 di naik pangkat jadi PK 1 disekolah lain?

Anonymous said...

Dddddddd

Anonymous said...

Jika 44 kup 2006 lantikan ke tg 6 hakiki 44 2009 tapi hanya akan naik 48 hakiki jika ada kekosongan ,tapi jika tiada kekosongan adakah tempoh time base pada guru2tg6 ini spt kup44 8 tahun time base

cikgu azhar said...

salam

anon oct 9, jika minat pentadbiran kekal pada dg48 kup dahulu (akan dilantik hakiki kemudian). kalau minat jawatan ala pensyarah ambil GA T6 hakiki (nanti akan sama dengan tarikh memangku).

anon oct 10, memohon tiada masalah, kelayakan dan kesesuaian menjadi hak jawatankuasa panel perjawatan yang berkenaan. walaupun dikatakan sudah tutup, cikgu boleh berhubung terus dengan Unit Matrikulasi di KPM.

anon oct 15, mesyuarat PK T6 baru-baru ini lebih kepada kemas kini dan semakan data perjawatan GA T6 di tiap sekolah

Warda,
rasanya tiada masalah untuk cikgu ajar Math T. Sebagai guru, cikgu pasti beberapa langkah di hadapan pelajar. Saya sendiri pernah mengajar Prinsip Akaun di sekolah teknik walaupun tidak pernah mengambil subjek berkenaan sama sekali. Kepada pelajar, guru yang tidak begitu "pintar" lebih baik kerana faham kesukaran mempelajari sesuatu yang baharu. Namun, sebab kes telah dipanjangkan ke KPM tunggu sahajalah. Sebagai makluman cikgu, pengisian gred 48 GA T6 sudah di tahap tepu. Maka, mungkin perlu tunggu lebih lama daripada tempoh minimum 3 tahun...

anon oct 19, fasa 2 belum berakhir, khususnya yang melibatkan pindah sekolah dalam daerah, antara negeri.

anon oct 21, biar PK T6 dengan kerja dia, kita dengan kerja kita. jika ada krisis, cuba slow talk dengan pengetua, atau risik-risik di JPN. Bagi memindahkan mana-mana PPPS, terpulang kepada percaturan PPD dan JPN. Barang diingat bahawa lantikan T6 ialah laluan pantas, bukan laluan pentadbiran menengah biasa.

anon oct 28, memang hampir tepu, sukar untuk mendapat 48 setelah minimum 3 tahun. kena tunggu kosong atau wujud tambahan perjawatan oleh JPA. kalau semua pun tak jalan, memang sama dengan time-based biasa (8+8+6), tetapi bezanya ialah GA T6 hakiki...

Anonymous said...

Guru T6 DG48(Hakiki) boleh dapat DG52 selepas 6 tahun? Adakah Pecahan Dg44:Dg48:Dg52 dalam PIPP 5:3:1 ?

Anonymous said...

Saya ada Master. Adakah Master diberi keutamaan jadi Guru T6?

Anonymous said...

Saya Guru DC41 tapi ada Master. Sekolah saya tidak ada tingkatan enam. Bagaimana cara jadi Guru Tingkatan 6. Kalau Master, terus dapat DG44?

pemerhati guru t6 said...

anon oct 28:
kita kena tunggu perician jpa bulan 6 nanti. maklumat yang tersebar sekarang belum muktamad. setelah tandatangan nanti, baru jelas kedudukan naik pangkat & tangga gaji

anon oct 28 / nov 3
syarat utama pengisian guru akademik t6 ialah kekosongan jawatan. gred 48, 52 hampir tepu, 44 mungkin masih ada tempat. dalam keadaan biasa, calon hendaklah telah berada dalam gred dg41 minimum 5 tahun, dan pengkhususan ijazah pertama berkaitan dengan kursus prauniversiti t6. tidak disebut pula tentang merit untuk penyandang ijazah tinggi (sarjana dan Ph.D). rujuk unit t6 / unit naik pangkat jpn untuk mendapat butiran iklan pengisian...

Anonymous said...

Adakah guru T6 yang mengajar sepenuh masa kelas T6 pada tahun 2008, 2010 dan 2011 mesti dapat surat lantikan? Sekiranya belum cukup syarat mengajar 5 tahun adakah akan diberi pemangkuan DG44? Adakah tidak mengajar T6 pada 2009 menjadi suatu halangan?

pemerhati guru t6 said...

salam anon dec 2

untuk fasa 2 ke atas, tiada syarat tentang pengalaman mengajar t6. yang penting ada kekosongan atau tidak. lantikan fasa 2 yang masih belum selesai dijangka buka sekolah januari 2012.

dari segi prinsip ga t6 mesti dapat surat lantikan, tetapi selagi wujud keperluan, pengetua boleh meminta guru lain menjalankan tugas mengajar t6 dan membuat pencalonan. namun, keputusan muktamad terletak kepada jpa setelah mendapat perakuan bahagian sumber manusia jpm dan jpn negeri masing-masing.

syarat 5 tahun untuk pemangkuan naik pangkat (DG2-2) hakiki. jika kurang 5 tahun boleh memangku untuk tujuan bukan naik pangkat, jika wujud keperluan oleh pihak berkuasa yang melantik...

Anonymous said...

"... pengetua boleh meminta guru lain menjalankan tugas mengajar t6 dan membuat pencalonan..."

Bagaimana cara Pengetua membuat pilihan? Adakah beliau perlu menulis surat sokongan dsbnya kepada pihak JPN/BSM mengenai perkara tersebut?

Anonymous said...

Dalam SBPA apa beza antara Guru T6 dan guru T1-T5?

Anonymous said...

Salam,
Saya keliru kerana tidak boleh mengajar subjek tingkatan 6 sepenuhnya (saya ajar 8 waktu saja) walapun telah dilantik dengan rasmi. Ada guru yang tidak dilantik dibenarkan ajar subjek tingkatan 6 sepenuhnya (16 waktu), sedangkan tidak dilantik lagi. Kami kena kongsi ajar subjek yang sama walaupun saya boleh ajar kedua-dua kertas dalam subjek berkenaan. Alasan pengetua, guru itu sudah lama mengajar. Dalam draf jadual waktu tahun depan pun, saya kena ajar "lower form". Ada rakan saya suruh komplen kat JPN @ NUTP. Apa pendapat cikgu?
Terima kasih.

Anonymous said...

Apakah status bagi:
1.Guru yang mengajar T6 pada 2009, 2010 & 2011 tapi tak mohon T6 pada oktober 2008
2. Guru yang tak ajar T6 pada 2009 & 2011 tapi ajar T6 pada 2010 tetapi ada mohon T6 pada oktober 2008.

Anonymous said...

hello
saya cikgu yang telah mengajar muet selama 10 tahun sehingga 2009 di sabah. Nama saya 'tercicir' di fasa pertama guru t6 . Saya telah berpindah ke negeri sembilan dan 3 bulan kemudian nama saya ada di fasa 2 tapi di sabah . Sekarang sekolah yg saya ajar tiada ting 6 . I am very upset sebab dulu KPM kata guru f2 boleh pindah negeri . Bila i call Putrajaya , they said my name is already in the list in negeri sembilan. Tapi JPNS kata tidak . Apakah yang perlu saya lakukan ?

Anonymous said...

Apa maksud Fasa 2?

Anonymous said...

Apa cerita Pensyarah T6 dalam SBPA?

Anonymous said...

saya telah dilantik sbg guru ting 6 pd 1.1.2008 bersama kumpulan guru ting6 yg lain di sekolah yg sama. tapi tarikh pengesahan mereka 1.1.2008 manakala saya 1.9.2009. mengapa ini terjadi?

cikgu capricorn said...

salam. saya dilantik sbg guru ting 6 pd 1.1.2008 bersama kumpulan guru ting 6 yg lain di sekolah sama. pd masa itu saya masih di dg41. lantikan dg41 saya pd 1.9.2004. ptk aras 111 pd 2007. tarikh pengesahan guru ting 6 rakan guru lain di sekolah yg sama pd 1.1.2008 juga tp saya pd 1.9.2009. blh tlg jelaskan?

pemerhati guru t6 said...

salam

kenaikan gred 41 ke 44 secara laluan pantas memerlukan minimum 5 tahun dari tarikh lantikan 41. sebab itu cikgu hanya disahkan pada 2009.

untuk 48 memerlukan minimum 3 tahun dalam 44, bergantung kepada kekosongan / keperluan. jika tidak kena tunggu "time-based" 6 tahun seperti tawaran asal SBPA, atau kini SSM yang diperbaharui...

cikgu capricorn said...

salam. sebelum di ting 6 (sah jwtan dg 44 pd 1.9.2009) saya sudah ada 4 thn pengalaman mengajar di dg29. telah bertanya pegawai berkenaan di jpa mengatakan 3 thn pengalaman mengajar di dg29 tdk dikira utk 1 tahun dg41 ke dg44 tp dikira 1 tahun utk dg44 ke 48. blh tlg terangkan? terima kasih. wassalam.

cikgu capricorn said...

salam. guru ting 6 akan menghadiri kursus pada cuti bulan mei 2012 selama 3 hari utk sistem modular. blh tau bila tarikh tu?

Anonymous said...

adakah guru muet dapat lantikan dalam fasa 2. saya telah memohon pd 2010 tetapi hingga kini tiada jawapan. saya telah mengajar ting 6 sejak 2004.

pemerhati guru t6 said...

ya, memang masih ada lantikan guru muet baru-baru ini (kuat kuasa 2012). boleh buat semakan dengan unti naik pangkat, jpn atau terus hubungi bahagian sumber manusia, kpm

kursus secara pakej 3 hari 2 malam untuk guru t6 mungkin pada awal, pertengahan atau akhir cuti bulan jun nanti, bergantung kepada jadual oleh pihak penganjur (ppd, jpn, kpm)

Anonymous said...

salam. harap2 kursus 3 hari 2 mlm utk guru2 ting 6 tu tlglah buat diakhir2 cuti...maklumlah awal2 cuti tu dah plan utk lawatan sejak tahun lepas.

Anonymous said...

1tahniah kpd pelajar2 yg cemerlang stpm 2012 & juga kpd guru2 yg mengajar.
2bagaimana dgn pelaksanaan r&d terhadap pelajar ting 6 di sekolah cikgu2? nampaknya di sekolah saya pelajar mcm terlalu keletihan mengejar projek r&d dan kelas2 tambahan terancang,. bila tgk results peperiksaan tak seberapa.

Anonymous said...

memang betul. kerja macam-macam sehingga rebah . pelajar t6 buang banyak masa di sekolah dengan membuat macam-macam yang tidak relevan seperti kk, kolokium dan pelbagai lagi. Lihatlah keputusan STPM- semua A hanyalah 0.59% berbanding dengan Matrikulasi yang ada
ada lebih 30% . Dua sistem ini adalah satu penhinaan kepada sistem Pra-U kerana kualitinya amat terjejas di pandangan mata dunia. Sepatutnya satu sistem yang adil dan saksama diwujudkan untuk menjadikan masa depan rakyat Malaysia yang kental dan mempunyai kekuatan untuk bersaing di peringkat global. Dengan adanya Dua sistem yang amat berbeza maka daya saing negara telah menjunam dan sehinggan hari ini kita telah kalah teruk dengan negara Brunei dan Singapura,iaitu bekas negeri kita.

Anonymous said...

baru baca satu komen di sebuah blok..ada yg mengatakan cikgu tingkatan 6 kerja senang gaji byk sebab tu ramai berebut nak jd guru ting 6. apa yg memusykilkan ialah kenyataan tersebut dibuat oleh guru yg tdk terlibat di ting 6. di sekolah saya guru ting 6 juga mengajar mata pelajaran di kelas arus perdana krn kekurangan guru. guru ting 6 juga harus mempersiapkan pelajar dengan aktiviti r&d, kokurikulum, lawatan, bengkel menjawab soalan. melalui pengalaman pula, sebelum penjenamaan guru ting 6, ramai yg tdk berminat utk mengajar tingkatan 6. maka guru2 baru posting diberi tgjwb mengajar ting 6 dan akhirnya guru tersebut dilantik sbg guru ting6 ini menimbulkan rasa penyesalan di kalangan guru td yg pd awalnya menolak utk mengajar di ting 6.

Anonymous said...

Salam Malaysia,

Sehingga hari ini pelantikkan GA masih bercelaru kerana guru sesi petang pun di lantik. Yang ajar tingkatan satu dan dua pun dilantik.Pk-Pk yang tidak pernah pun dilantik sampai DG52. Apa hal??? Sepatutnya KPM turun ke padang. Jangan percaya sangat pengetua-pengetua yang berlagak seperti little napoleon. Mereka pilih kroni-kroni mereka. Macam di sekolah saya. PK 1 letak jawatan kerana maksima DG48 untuk jadi GA DG52. Beliau tidak pernah mengajar di T6 tetapi terus diberi tempat menjadi GA dengan membekalkan dokumen yang palsu. Yang agar sesi petang dan yang mengajar T1 dan T 2 pun layak. APa sudah jadi dengan dunia sekarang. Ada guru yang sudah mengajar berpouluh=puluh tahun dan juga telah dilantik DG44 pun tidak dilantik untuk memangku. Dunia sekarang umpama sudah gila dan GA dilantik daripada pelbagai golongan guru yang langsung tidak ada kaitan dengan pengajaran T6. Merekalah korni-kroni Pengetua dan KPM telah menutup dua mata seolah-olah Pengetua sekolah adalah hero dan mereka boleh melantik sebarangan asalkan bukan orang yang beliau tidak suka walaupun mereka telah mengajar T6 selama berpuluh-puluh tahun lamanya. Semua ketidakadilan ini berlaku kerana tidak ada pemantauan yang rapi dan KPM percaya kepada Pengetua sekolah sahaja yang segolongan mereka ini membekalkan maklumat palsu. Sepatut MACC masuk campur untuk menyemak keadaan ini dan mensurcaj mereka yang memberi maklumat yang palsu.

Anonymous said...

Salam,

Saya rasa kes ini berlaku dikebanyakkan sekolah. Pengetua telah melantik guru-guru yang mereka sukai dan tidak bergantung kepada senoriti dan guru-guru T6 yang sedia ada. Pk-pk ambil kesempatan di kebanyakkan sekolah. Ini amat ketara.

Anonymous said...

Salam,

Sepatutnya untuk menyelesaikan kes ini rekod kelayakkan sepatutnya ada di KPM. Mereka sepatutnya janganlah berharap sangat pihak sekolah.Banyak kes penipuan di kalangan pentabir memang berlaku.Ini menjadikan guru-guru yang pernah mengajar T6 rasa bengong dan terpinggir. Amat sedih sekali ramai daripada mereka ini masih tercicir sehingga hari ini dan yang tidak layak dilantik pada tahun 2008 dan 2010.

Anonymous said...

Ada lagikah lantikan baru untuk GA???

Anonymous said...

Salam,
Sekarang ramai guru GA sudah dinaikkan timebased. Apakah tindakan KPM. Mereka masih menmgajar di T6. Maka tempat untuk GA sudah diblokkan oleh mereka ini. Guru baru pun tidak dilantikan. Secara rasmi apakah mereka ini masih GA atau tidak. DG44-GA,tapi DG48-time based. Adakah mereka ini GA lagi?

Anonymous said...

Salam,

Macam topik ini tidak popular lagi. Mungkin GA sudah laput ditelan zaman.

Guru-guru yang tercicir tidak berminat lagi untuk bertanya khabar disebabkan maklumat di sini tidak up to date. Apa macam?

Anonymous said...

salam..bagaimana @ apa syarat Guru akademik t6 dg44 hakiki mulai 1.1.2008 naik ke dg48??

Anonymous said...

Saya adalah mangsa sistem pemilihan guru T6. Ketika diumumkan sistem baru T6 saya adalah Guru DG44 dengan master dalam subjek yang ditawarkan di STPM di sekolah saya. Malangnya saya tak mengajar T6 pada tahun 2007 ketika pengumuman dibuat. Saya mengajar T6 pada tahun 2005/06. Oleh kerana masalah dengan Pengetua saya tidak diberi peluang mengajar T6 pada tahun 2008 dan seterusnya. Tempat saya diberi ke Guru DC41 kemudian jadi Guru DG41. Saya telah jumpa pegawai JPN, tetapi Pengetua dan Pengarah rakan karib. Akibatnya saya jadi mangsa. Pengetua maha berkuasa disekolah.

cikgu azhar said...

anon june 19

hak guru ialah untuk memohon, hak majikan ialah membuat pertimbangan dan keputusan. biasalah pelbagai anadaian akan muncul setelah sesuatu keputusan diumumkan. kepada yang berasa tersisih, teraniaya akan menjadi mangsa, ruang untuk membuat semakan dan rayuan tidak pernah tertutup. jika satu pintu tertutup, masih banyak pintu yang masih terbuka.

perbincangan tentang isu GA t6 di laman ini sentiasa dialu-alukan. Silakan.

anan aug 16

percayalah jika sudah tersurat sebagai rezeki, masanya akan tiba jua. pengarah dan pengetua akan bersara lebih awal daripada cikgu. didoakan semoga cikgu akan berjaya, insya-Allah...

Anonymous said...

Guru-guru yang tercicir tidak berminat lagi untuk bertanya khabar disebabkan maklumat di sini tidak up to date. Apa macam?

Guru yang yang tercicir sudah putus asa khasnya dengan wujudnya kolej T6 yang hanya memerlukan sebilangan GA T6 sahaja.

Peluang yang tercicir sebenarnya sudah jadi ZERO.
Tidak ada harapan lagi.

Maka dengan ini saya mencadangkan ruangnya ditutup dan dimasukkan dalam arkib sejarah.

sekian.

salam perpisahan buat semua yang tercicir. masa depan amatlah gelap khasnya kepada yang menjadi mangsa ketidakadilan PENTADBIR-PENTADBIR SEKOLAH YANG KARUT DAN HANYA MEMENTINGKAN KRONI-KRONI MEREKA.

Anonymous said...

MOGA-MOGA GURU YANG TERCICIR ITU AKAN MENDAPAT PEMBERKATAN DALAM BIDANG LAIN DAN JANGANLAH PANDANG KEBELAKANG KERANA IA MENINGGALKAN KESAN-KESAN YANG AMAT PAHIT SEKALI KERANA KERJA 'NEMESIS'

Anonymous said...

Sudah naik jemu kita mendengar ungkapan bahasa Inggeris bahawa the winners never quit, the quitters never win, iaitu yang menang tidak pernah menarik diri, manakala yang menarik diri tidak pernah menang. Si jaguh datang dengan perancangan, si corot datang dengan alasan. Walaupun jemu, demikianlah hakikat sebuah kehidupan yang penuh dengan cabaran dan perjuangan yang tidak putus-putus silih berganti persekitaran dan masa.

Dalam senario GA T6 YANG KALAH YANG MEREKA YANG PERNAH MENGAJAR DAN MASIH MENGAJAR TETAPI TIDAK AKAN DILANTIK UNTUK SELAMA-LAMANYA. INI AMAT MENYEDIHKAN KAMI YANG BELUM DILANTIK GA.

pemerhati guru akademik tingkatan 6 said...

salam

andaikan ketiga-tiga luahan terakhir di atas datang daripada sahabat kita yang sama. perjuangan tuan memang dikagumi dan perlu diteruskan.

dunia pendidikan akan sentiasa ada pembaharuan dan penambahbaikan. Dengan usaha gigih tuan, suatu hari nanti peluang tuan dan rakan-rakan akan muncul juga, justeru pentadbiran akan berganti.

perjuangan tuan akan bertambah kukuh jika digerakkan secara berorganisasi. pentadbir dan setiap penjawat awam, termasuk saya dan tuan, mesti berpegang kepada prinsip bahawa tiada sesiapa pun jua boleh menganggap dirinya sebagai terlalu penting dalam urusan perjawatan, perkhidmatan dan naik pangkat. kelayakan dan pengalaman bukanlah kriteria muktamad dalam urusan kepimpinan dan norma perkhidmatan awam...

Anonymous said...

Guru senior bukan tercicir. Pengetua pilih guru yang sesuai bukan kroni. Harap maklum.

MPTAA PENUH KENANGAN said...

Assalamualaikum Cikgu.
Saya baru diminta mengajar Tingkatan 6, apa saranan cikgu untuk saya ambil tindakan? Adakah saya perlu memohon secara rasmi? atau bagaimana?

cikgu azhar said...

w. salam

kalau sudah 5 tahun dalam 41 boleh mohon 44, kalau sudah 3 tahun dalam 44 boleh mohon 48.

rujuk pk t6 jika ada, atau terus kepada pengetua. boleh juga menghubungi unit naik pangkat jpn, atau bahagian sumber manusia kpm.

Anonymous said...

Asalamualaikum.lantikan dg48 KUP time-based saya ialah 21.01.2012. baru ni dpt surat lantikan guru akademik MUET T6 dg48 hakiki mulai Sept 2012. saya terima pendapat jika setuju utk terima tawaran tbaru ini.Antaranya:
1.rugi kerana dlm KUP naik gaji bulan Jan, tapi hakiki bulan Sept
2.terikat dgn kontrak 5thn jika terima tawaran ini
Apakah kelebihan gred hakiki?
terima kasih

cikgu azhar said...

w.salam

peluang gred hakiki untuk laluan pantas lebih tinggi, tertakluk kepada kekosongan jawatan. k.u.p. pula lebih fleksibel dari segi perjawatan.

lama-kelamaan kelebihan mana-mana gred perjawatan terhapus dengan sendirinya. keistimewaan guru naik pangkat tanpa temu duga (hingga dg 54) juga bakal dinikmati oleh pegawai awam lain yang bukan ptd dan perkhidmatan kesihatan...

Anonymous said...

February 15, 2013 at 6:50 AM.......Negeri mana dapat surat lantikan GA Ting. 6?

Unknown said...

Says adalah GC sejak 2011. Sekarang say a diberi Surat pelantikan sebagai gk. Saya diarah meletak jawatan sebagai GC Dan pegang gk. Selepas 2 bulan berkhidmat sebagai Gk , says menerima panggilan kata menarik balik gk say a sebab saya adalah GC. APA yang perlu saya lakukan

kak long said...

Hai.. sy guru dg44 kup lantikan 2006. Ajar t4-5 kimia n sc x pernah ajar. Sek skrg ada t6 8 kls. 4 6 atas n 4 6 bwh. Sy telah isi borang dg48 kup baru2 ni krn sudh lyk utk thn ini dan juga isi online etukar .Tetiba semlm pengetua maklumkan sy ditwrkn dg48 hakiki t6 kimia. Sy terkejut krn sy x pernh memohon t6. Pengetua pon pelik mcm mn benda ni berlaku. Pengetua maklumkn quota dg48 sek saya sudah cukup. Jika sy terima twrn ini hendaklh bersedia utk dipindahkn ke sek lain. Apa pendpt tuan? Suami pula pegawai polis yg kekdg diarahkn bertukar mengikut arahan bkt aman.

cikgu azhar said...

Unknown,

mungkin kes tuan / puan sudah pun selesai. GC memang tidak boleh dilantik ke jawatan pentadbiran, dan sebaliknya. hanya boleh pegang salah satu. rujuk unit naik pangkat jpn @ bahagian sumber manusia kpm

kak long,

kalau sudah time-based 48 tidak perlu terima GA T6 gred yang setara, terutama jika ada hasrat untuk jawatan pentadbiran. tentang ikut suami pindah tiada masalah kerana pegawai kanan (kritikal) seperti suami puan ada merit khas kepentingan perkhidmatan.

Wallahu a'lam ...

Unknown said...

Slmt pg...nk tanya....sy tlh sah jwtn dg41 sejak 2010. Selama ni, ajar form1-5 je....skrg, guru f6 Pengajian Perniagaan telah dpt pindah... so, sek minta saya utk ganti.... apa yg perlu saya buat? Terima atau tidak! Kalauada cikgu baru nnt, kena kick off balik ke? Minta pdpt dr guru2 yg b'pengalamn.tq

CIKGU AZHAR RODZI said...

Selamat,

GA T6 ialah jawatan naik pangkat laluan pantas. Cikgu boleh dilantik ke gred DG 44 (5 tahun daripada tarik pelantikan). Laluan pantas 5 + 3 + 3 + 2, laluan time-based 8 + 8 + 6 + 3. Minta kepastian pk t6 sama ada cikgu akan dicalonkan jawatan berkenaan.

agalnextdoor said...

Salam. Bagaimana cara memohon mengajar tingkatan 6?

cikgu azhar said...

Salam,

Tanya pk t6 @ terus kepada pengetua. jika ada kekosongan, mengajar dahulu sementara menunggu iklan pengambilan dikeluarkan.

Unknown said...

Selamat Sejahtera Tuan Azhar. Saya En.Tan, ialah seorang pensyarah dari kolej matrikulasi gred ppp DG41 dan telah berkhidmat di kolej matrikulasi selama 7 tahun. Saya ingin berkeinginan untuk mengetahui yang berikut,
1. Adakah saya boleh memohon untuk membuat pertukaran dari Sistem Matrikulasi dan mencari pengalaman baru di sistem tingkatan enam.
2. Saya sangat berkeinginan mengajar di tingkatan enam dalam subjek maths di Tingkatan enam yang saya memang graduan B. sc. Ed. Universiti Malaya major Maths minor physics dan isteri saya mengajar Physics program Matrikulasi. Kita berdua keliru dengan cara pertukaran sebegini.
3. Tujuan bertukar juga disebabkan tempat matrikulasi sangat berjauhan dari kampung kita menyebabkan banyak kekangan walaupun sangat suka mengajar prauniversiti ini.
4.jika boleh, kita berdua ingin mendapat tunjuk ajar dari Tuan Azhar. Sebab kita sangat berkeinginan dan rela untuk usaha mendapatkan peluang ini.
Terima Kasih atas komen tuan di atas yang penuh berinformasi

Unknown said...

Selamat Sejahtera Tuan Azhar. Saya En.Tan, ialah seorang pensyarah dari kolej matrikulasi gred ppp DG41 dan telah berkhidmat di kolej matrikulasi selama 7 tahun. Saya ingin berkeinginan untuk mengetahui yang berikut,
1. Adakah saya boleh memohon untuk membuat pertukaran dari Sistem Matrikulasi dan mencari pengalaman baru di sistem tingkatan enam.
2. Saya sangat berkeinginan mengajar di tingkatan enam dalam subjek maths di Tingkatan enam yang saya memang graduan B. sc. Ed. Universiti Malaya major Maths minor physics dan isteri saya mengajar Physics program Matrikulasi. Kita berdua keliru dengan cara pertukaran sebegini.
3. Tujuan bertukar juga disebabkan tempat matrikulasi sangat berjauhan dari kampung kita menyebabkan banyak kekangan walaupun sangat suka mengajar prauniversiti ini.
4.jika boleh, kita berdua ingin mendapat tunjuk ajar dari Tuan Azhar. Sebab kita sangat berkeinginan dan rela untuk usaha mendapatkan peluang ini.
Terima Kasih atas komen tuan di atas yang penuh berinformasi

cikgu azhar said...

Selamat sejahtera En. Tan,

En. Tan kena berurusan terus di putrajaya. bahagian matrikulasi berbeza denan bahagian sekolah walaupun di bawah kpm juga. terdapat isu 'body' perjawatan. jika bahagian matrikulasi bersedia melepaskan en. tan, barulah boleh ke unit tongkatan 6 pula. Kena tinjau kekosongan tempat di sekolah tingkatan 6 yang disasarkan.

Pengalaman saya memohon sekolah harian daripada sekolah teknik begitulah. pastikan maklumat yang mencukupi sebelum memohon pertukaran sama ada online atau off line.

Namun, dari segi peluang belajar sehingga Ph.D lebih cerah kepada pensyarah matrikulasi ...

GTA said...

Cikgu azhar, hendak tahu berapa lamakah boleh dapat berita Selepas Nama ditagging Dan hantar ke Kpm utk process lantikan tag.6? Thank you.

cikgu azhar said...

Cg GTA,

Lebih baik cg hubungi bahagian sumber manusia kpm yang menentukan hal perjawatan guru, termssuk urusan naik pangkat guru t6 ...

Unknown said...

Sy mngajar ting 6 bmula pd 2006..kmudian btugas di JPN.Berjaya bergerak ke sekolah ke sekolah semula selepas bberapa kali membuat dayuan.Sy dpt mngajar tingkatn smula selama 6 thn namun sy masih tidak dilantik..Pengetua tidak mahu menyokong permohonan sy dengan alasan ingin sy kekal di sekolah yg sama sebagai jurulatih kerana sy mngajar di sekolah sukan negeri.Apabila guru muda yg mngajar subjek sama dgn sy mndpt lantikan, sy tidak mngajar tingkatan 6 lg..Alasan pengetua tidak mahu sy keluar dr sekolah sy mngajar skrg menggagalkn kenaikan DG sy dgn tiket guru ting 6..Apa perlu sy buat, cikgu Azhar?

cikgu azhar said...

Sdra ZM,

hubungi unit naik pangkat jpn dan bahagian sumber manusia kpm. namun, laluan pantas guru tingkatan 6 perlahan sedikit. sebagai pilihan mohon juga program diploma kepengetuaan (npql) iab. ada nilai tambahnya untuk kepimpinan sekolah & sekolah pusat ti gkatan 6.

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

Assalamualaikum..bagus topik ni..sy seorang guru DG41..telah mengajar MUET sejak tahun 2012- 2017..awal posting sehingga ki..adakah sy layak untuk ke jawatan DG44 - fast track? Apa prosedur untuk ke DG44? Terima kasih.

«Oldest ‹Older   201 – 400 of 405   Newer› Newest»