SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, May 25, 2009

LANTIKAN GURU TINGKATAN ENAM: PELAJAR BERPELUANG KE LUAR NEGARA (THE PROMOTION OF THE SIXTH’S FORM TEACHERS)

Tanggal 25 Mei 2009 boleh dianggap bersejarah bagi sebahagian guru yang mengajar tingkatan enam. Mereka telah menerima surat tawaran rasmi kenaikan pangkat ke gred jawatan yang lebih tinggi, atau sekurang-kurangnya bertukar status dari jawatan khas untuk penyandang (K.U.P.) ke jawatan hakiki. Kedua-dua bentuk tawaran itu bersifat laluan pantas (fast track), berbanding dengan kaedah tempoh perkhidmatan (time-based). Bagi guru muda yang berusia dalam lingkungan 30-an berpeluang meningkat hingga ke gred khas C, iaitu bersamaan dengan tangga gaji permulaan seorang profesor di universiti, atau seorang pegawai tinggi bertaraf ketua setiausaha yang menerajui sesebuah kementerian persekutuan (junior).

Perkara yang lebih menarik ialah tarikh kuat kuasa pelantikan ialah 1.1.2008 (bagi fasa 1), bermaksud bahawa guru yang berkenaan bakal memperoleh tunggakan gaji dan elaun. Pengiktirafan kepada guru tingkatan enam sememangnya wajar justeru mereka mengendalikan kurikulum prauniversiti, di samping menyediakan pelajar dengan kualiti kepimpinan, etika dan tanggungjawab sosial tinggi yang lain. Tumpuan kepada tingkatan enam sahaja akan mengembalikan era kegemilangan kelas persediaan universiti itu yang begitu berprestij suatu ketika dahulu sebelum munculnya saingan kursus-kursus diploma, matrikulasi dan pelbagai program pengajian swasta.

Seiringan itu, pelajar tingkatan enam pula akan menikmati penambahbaikan dari segi imej, kemudahan, biasiswa dan peluang menyambung pengajian di IPT terbaik dunia. Sistem semester bakal diperkenalkan supaya sesuatu kursus diselesaikan dalam tempoh empat bulan, dan sebahagian besar markah STPM akan diambil daripada tugasan dan penilaian berterusan di peringkat sekolah. Peperiksaan akhir berpusat kendalian Majlis Peperiksaan Malaysia mungkin hanya dikira setakat 40 – 60 peratus sahaja. Semua pelajar tingkatan enam berpeluang mendapat gred tertinggi dalam STPM, dan layak dipertimbangkan pengecualian kredit pengajian di universiti ternama dunia. Maka, tempoh pengajian di universiti dapat disingkatkan, dan dalam usia yang muda pelajar berpeluang meraih ijazah tinggi (sarjana dan Ph.D).

Di SMK St Michael, Ipoh (SMI), seorang Penolong Kanan Tingkatan Enam (gred DG 48) telah dilantik. Beliau akan membantu pengetua dalam semua urusan pengajian dan aktiviti tingkatan enam. Selain itu, tiga orang guru tingkatan enam gred DG 44 bertanggungjawab sebagai guru kanan kokurikulum. Guru gred DG 52 (4 orang) dan DG 48 (lantikan baru dan tukar status KUP ke hakiki) yang lain akan diberi peranan yang bakal diaturkan kemudian. Pendek kata, pentadbiran dan pengurusan tingkatan enam (prauniversiti) kini diasingkan daripada menengah atas (4-5) dan menengah rendah (1-3).

Kepada kumpulan guru lantikan tingkatan enam yang bertuah, sekalung tahniah buat kalian. Kepada guru lain yang masih mencuba, teruslah berusaha dan berdoa. Kepada pelajar tingkatan enam, sokonglah guru-guru anda. Menjelang perayaan 100 tahun SMI (2012), marilah kita kita hadiahkan rekod pencapaian STPM yang terbaik, insya-Allah!


(Nota: SMI juga mendapat lantikan 4 orang guru cemerlang DG 48: Perakaunan, Sejarah, Fizik, dan
Sains. Kepada guru berkenaan, syabas dan tahniah! Bila dapat makan percuma?)

Catatan Hujung:
Gred perjawatan guru siswazah - pelantikan pertama DG 41;
- naik pangkat DG 44 time-based 20 tahun,fast-track minimum 5 tahun pengalaman
- naik pangkat DG 48 time-based (selepas tangga gaji
14 pada DG 44; fast-track minimum 3 tahun
- seterusnya DG 52, 54, gred khas C

405 comments:

«Oldest   ‹Older   401 – 405 of 405
Anonymous said...

assalamualaikum.
saya telah mendapat tawaran GA DG44 Hakiki berkuatkuasa pada Julai 2017. semasa mendapat tawaran ini, saya telah berada pada gred DG44 KUP (time based)selama tiga tahun iaitu pada 2014. Jika mengikut time based, saya layak memohon DG48 pada tahun 2022(8 tahun). namun kemusykilan saya adakah fast track (5 tahun) saya bermula pada tarikh lantikan DG44 hakiki atau dikira pada DG44 KUP. Jika dikira dari DG44 KUP, pada tahun 2019 nanti saya layak memohon DG48, tetapi jika mengikut tarikh lantikan DG44 hakiki fast track sy tetap pada tahun 2022 untuk ke DG48.betul kah begitu? Mohon pendapat cikgu azhar.

Unknown said...

Assalamualaikum, saya nur fara wahidah binti nasip. Pelajar lepasan Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang berumur 23 tahun. Saya mempunyai Diploma Pentadbiran Awam dan Degree Sains Pentadbiran. Basically course saya major dalam subjek2 yang ada di Pengajian Am. Jadi, saya mohon penjelasan tuan apa kelayakan untuk menjadi cikgu form 6 yang mengajar subjek Pengajian Am dan di mana saluran yang betul untuk saya bertanya kan beberapa soalan. Kerjasama tuan amat saya hargai. Email saya, nurfarawahidah95@gmail.com.

Anonymous said...

Assalamualaikum tuan.
Saya cuma nak tanya. Bolehkah Guru Akademik Tingkatan 6 meletak jawatan dan memohon menjadi guru akademik biasa? Jika boleh, apa prosedurnya dan kesannya.
Terima kasih.

Unknown said...

Saya guru dg 48 tapi ingin memohon sebagai guru tingkatan 6(MUET) mohon beri panduan....

ZulEstar said...

Assalamualaikum Tuan Azhar Rodzi
Saya bertugas di sekolah rendah. Pengalaman baharu 16 tahun. Layakkah saya memohon untuk mengajar di T6?

«Oldest ‹Older   401 – 405 of 405   Newer› Newest»