SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, January 7, 2012

BAB 1, 2 CEMPAKA PUTIH UNTUK MU (FROM THE CITY TO REMOTE AREA)

Pengarang novel:  Rohani Deraman
Bab 1:  Akur Akan Perintah, muka surat 1 - 6
Bab 2:  Tersalah Duga, muka surat 7 - 12

Bab 1

Watak utama:  "Aku" / Hartini / Tini (pencerita / sudut pandangan orang pertama)
Watak lain:  papa / ayah Tini / Encik Hasrul / pegawai pertanian
                :  mama / ibu Tini / Puan Sarah / suri rumah
                :  Along / abang sulung Tini
                :  Angah / abang kedua Tini
                :  Amin / adik Tini
                :  Mak Cik Yam / bidan / tukang urut / "pembantu perubatan" mama

Latar tempat:  rumah Tini
                   :  taman perumahan di Kuala Lumpur / kawasan kejiranan rumah Tini

Ringkasan cerita:

Papa menerima surat kenaikan pangkat dan dikehendaki bertukar ke tempat baharu, sebuah penempatan orang Asli. Seisi keluarga, termasuk Tini menunjukkan reaksi kurang senang kerana membayangkan keadaan kalut yang mungkin berlaku akibat ketiadaan bekalan air dan elektrik. Namun, papa hanya tersenyum. Tini mengatakan dirinya tiada masalah asalkan ada sekolah. Mereka akan tinggal dikuarters kerajaan. Papa menegaskan bahawa kecantikan dan kecanggihan sekolah bukan syarat kejayaan, tetapi niat dan usaha. Berita pertukaran papa cepat tersebar. Mak Cik Yam menawarkan bantuan untuk mencarikan penyewa rumah supaya jatuh ke tangan penyewa yang betul. Panggilan telefon tidak henti-henti berdering, kecuali untuk Tini yang tidak suka diganggu. Setelah balik dari Jerantut, papa menjelaskan bahawa rumah yang disediakan sudah lengkap dengan kemudahan dan perabot. Mereka akan berpindah dalam tempoh seminggu untuk urusan persekolahan Tini adik-beradik. Walaupun mama pada mulanya berasa perpinhan itu terlalu cepat, mama akur juga atas keputusan papa sebagai nakhoda keluarga.

Bab 2

Watak utama:  "Aku" / Hartini / Tini (pencerita / sudut pandangan orang pertama)
Watak lain:  papa / ayah Tini / Encik Hasrul / pegawai pertanian
                :  mama / ibu Tini / Puan Sarah / suri rumah 
                :  Along / abang sulung Tini
                :  Angah / abang kedua Tini
                :  Amin / adik Tini
                :  Junah / wanita orang Asli sebaya mama

Latar tempat:  Kampung Kuala Batu, Jerantut
                   :  rumah kuarters kerajaan (untuk keluarga Tini)

Ringkasan cerita:

Rumah keluarga Tini dibiarkan kosong supaya mereka ada tempat menginap apabila berurusan di Kuala Lumpur. Hanya sebuah lori digunakan untuk mengangkut barang. Rakan papa dan mama datang membawa buah tangan sebagai tanda selamat jalan. Adik Amin muntah-muntah kerana jalan agak berliku. Rumah kuarters mereka berseri dengan cat biru lembut dan perabot kayu hasil kerja tangan masyarakat tempatan. Pada sebelah malamnya mereka tertidur kepenatan tanpa menjamah makanan. Tini bangun lebih awal kerana terdengar ayam berkokok, bunyi cengkerik dan burung hutan, selain udara nyaman tanpa pencemaran. Papa gembira dengan sikap Tini begitu. Tini terus melayan muzik alam dan suasana desa yang cukup indah. Nyata bahawa anggapan mereka meleset walaupun tidak setanding dengan Kuala Lumpur. Rumah penduduk orang Asli sudah moden dan tiada lagi atap nipah atau rumbia. Pada sebelah petang, Junah datang membawa keledek dan pisang. Junah juga memberitahu hanya terdapat tiga buah keluarga Melayu di situ. Setelah dua tiga hari, nyata bahawa mereka sekeluarga cepat menyesuaikan diri.


No comments: