SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, January 10, 2012

TENTERA KENA AMBIL SPM (MORE VETERAN CANDIDATES IN THE SCHOOL LEVEL EXAM)

Syarat baharu kenaikan pangkat untuk anggota tentera ialah minimum kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), terutama gred kepujian dalam kertas Bahasa Melayu. Jika tidak, anggota tentera sedia ada yang hanya tamat persekolahan tingkatan 5 ke bawah tanpa SPM tidak layak menikmati faedah opsyen sistem saraan baru perkhidmatan awam (SBPA). Kumpulan berkenaan mungkin terpaksa kekal dengan Sistem Saraan Malaysia (SSM) seperti sebelum ini.

Barangkali selepas ini dewan peperiksaan SPM akan menyaksikan lebih ramai calon bapa budak (40-an ke atas) tekun menjawab soalan. Perkhidmatan tuisyen untuk pelajar dewasa di kem-kem tentera mungkin membuka peluang perniagaan yang baharu jika mendapat keizinan pihak berkuasa. Kalau tidak, pihak kem bolehlah menganjurkan seminar-seminar khas berkaitan dengan pembelajaran dan pentaksiran menengah atas.

Sebilangan askar juga akan sibuk mengepit antologi dan novel komsas, atau sekadar membaca buku-buku ulasan. Mereka juga akan berkongsi bahan perbincangan daripada blog dan facebook tentang soalan ramalan. Cerita-cerita rekaan atau karut akan bertukar kepada kisah-kisah lucu yang diubah suai daripada lembaran antologi dan novel komsas.

Memandangkan perkhidmatan ketenteraan bersifat kritikal dari segi keselamatan negara, anggota tentera yang berhasrat menduduki SPM perlu mendapat kelulusan supaya giliran dapat dijadualkan. Jika abang askar segan hendak bertembung dengan budak sekolah yang berpakaian seragam, tentera boleh memilih peperiksaan SPM Ulangan pada bulan Jun yang menawarkan kertas Bahasa Melayu dan Matematik sahaja. Kertas SPM penuh hanya ditawarkan pada bulan November. 

bersambung...

No comments: