SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, January 14, 2012

PRINSIP BELAJAR PERIBAHASA SEKOLAH MENENGAH (LANGUAGE CONTROVERSY AND TENSION)

Baru-baru ini timbul isu "batuk" atau "batok" di tangga, dan "pagar" atau "pegar" makan padi. Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bertegas mempertahankan versi sedia ada, iaitu batuk dan pagar. Punca berbalas-balas kenyataan itu ialah dakwaan tentang berlakunya kesilapan ketika proses mengalih ejaan Jawi ke tulisan rumi.

Kepada murid sekolah menengah, kalian boleh mengambil peduli (ambil pot?) tentang perbincangan berkenaan, tetapi untuk tujuan pembelajaran sila gunakan peribahasa yang telah mantap penggunaannya. Dalam kata lain, pendirian DBP hendaklah menjadi pilihan selagi tiada perubahan dilakukan. Barang diingat bahawa DBP ialah pihak berkuasa bahasa Melayu tertinggi di negara kita yang memiliki wewenang, wibawa dan sumber yang mencukupi untuk menetapkan sesuatu peraturan bahasa yang rasmi.

Ringkasnya, walaupun murid berasa "batok" lebih benar, tetapi "batuk" mesti digunakan. Demikian juga "pagar" hendaklah digunakan walaupun murid mungkin dipengaruhi pendapat bahawa "pegar" adalah lebih tepat. Pendek kata, pembelajaran peribahasa di peringkat sekolah menengah merujuk kepada senarai peribahasa yang telah mantap dari segi penggunaannya, walaupun mungkin ada banyak versi lain yang sukar ditolak mentah-mentah.

Peribahasa "melepaskan batuk di tangga" membawa maksud melakukan sesuatu dengan tidak bersungguh-sungguh (Kamus Dewan edisi IV: muka surat 137). "Batok" pula ialah leksikon Jawa yang bererti tempurung, atau sukatan beras (Ibid: 136). Batok ialah versi asal peribahasa berkenaan, manakala batuk ialah versi terkemudian, tetapi telah mantap dari segi penggunaannya.

Pada zaman dahulu, ketika tiada sistem jalan yang elok, dan tiada sepatu yang canggih seperti sekarang, seseorang tetamu perlu membasuh kaki terlebih dahulu sebelum menaiki tangga. Tuan rumah menyediakan tempayan berhampiran tangga bersekali dengan batok bagi mencedok air basuhan kaki. Tetamu akan membawa batok berisi air ke anak tangga paling atas untuk membasuh kaki, kemudian secara sambil lewa dia melempar batok berkenaan ke bawah.

Peribahasa "harapkan pagar, pagar makan padi" rasanya tidak perlu dikaji semula. Selain konotasi biasa, pagar juga membawa maksud orang yang membantu penjaga keamanan (di Jawa Barat) (Ibid: 1113). Maka, pagar juga merujuk kepada orang yang diharap menjaga sesuatu, tetapi tetapi ada risiko khianat!

"Pegar" merujuk kepada sejenis ayam atau keluarga burung tatera, atau dalam bahasa saintifik, lophura ignita rufa (Ibid: 1159). Secara logika, haiwan seperti itu tidak akan melepaskan peluang mematuk padi sampai kenyang kalau dibiarkan berada di bendang, kepuk padi atau tempat simpanan padi. Ayam dan burung memang tidak boleh disandarkan sebarang harapan! 

1 comment:

Anonymous said...

DBP sendiri harus akur kepada istilah "batok" bukannya "batuk" walaupun ianya telah mantap.Kita perlu perbetulkan.Alah bisa tegal biasalah nanti.Dahulu kita tidak ambil peduli penggunaan e taling dan e pepet. Natijahnya adalam dalam kalangan rakyat Melayu yang menyebut "keju" "keju" yang mana satu e pepet yang mana satu e talingpun tidak tahu.