SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Loading...

Tuesday, January 10, 2012

INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA: SUMBANGAN DAN MASA DEPAN (THE DEMAND OF FOREIGN TRAVELLER)

Sesebuah negara yang berjaya memanipulasikan panorama persekitaran yang cantik, tinggalan sejarah, keunikan budaya, kemajuan ekonomi, peluang pendidikan dan rawatan, serta penganjuran acara bertaraf antarabangsa akan menarik kadar ketibaan pelancong yang tinggi dari serata pelosok dunia. Sektor pelancongan bukan sahaja muncul sebagai penyumbang besar pendapatan negara, bahkan menjana kesan pengganda yang besar dalam kegiatan ekonomi. Peluang pekerjaan dan penyelidikan dalam bidang pelancongan juga dapat dikembangkan secara lebih agresif. Dengan kemudahan perkhidmatan atas talian, keberkesanan kos dalam aspek pemasaran pelancongan dapat dioptimumkan.

Secara tradisional, pelancongan menjurus kepada keindahan alam semula jadi ciptaan Tuhan yang mempersonakan. Pelancong dalam dan luar negara menikmati pemandangan yang mendamaikan jiwa, sehingga menjadi terapi dan pelarian daripada urusan hidup yang begitu rencam. Malaysia memang kaya dengan destinasi pelancongan yang terhebat seperti Langkawi, Pulau Pinang, pesisiran pantai Terengganu, Hutan Belum dan Taman Negara di Pahang, Sabah dan Sarawak. Kehijauan hutan tropika, desiran angin sepoi-sepoi bahasa di pinggir pantai dan pengembaraan di tempat-tempat peranginan menjadikan Malaysia bagaikan syurga dunia yang menggamit kedatangan pelancong.

Pelancongan berkonsep pengembaraan dan santai seperti yang disebutkan telah merancakkan perkembangan sektor perkhidmatan, serta perusahaan kecil dan sederhana. Agensi pelancongan berdaftar, penyedia penginapan, operator pengangkutan, sajian makanan, cenderamata, kraf tangan dan pemandu pelancong bebas tidak menang tangan dalam melayan keperluan pelancong. Pelesenan yang dikenakan kepada pemain-pemain industri pelancongan bertujuan bagi meningkatkan profesionalisme dan mutu perkhidmatan yang ditawarkan. Lebih banyak kolej dan universiti menawarkan kursus pelancongan hingga ke peringkat doktor falsafah bagi menyiapkan pemain industri pelancongan yang lebih berdaya saing dan dihormati. Perkhidmatan yang dikendalikan secara teratur bakal memberi melonjakkan imej sektor pelancongan negara.

Malaysia juga memiliki sejarah pembentukan negara bangsa yang sangat unik. Kepelbagaian budaya dan etnik sama ada di tanah Semenanjung atau Malaysia Timur menjadi modal yang sangat berharga kepada sektor pelancongan. Melaka Bandaraya Bersejarah sebagai contoh hanyalah sebuah bandar yang lengang dan sepi pada suatu ketika dahulu. Pemuliharaan bangunan bersejarah seperti A Farmosa, deretan premis cat merah tinggalan Belanda dan lokasi pengisytiharan kemerdekaan di Bandar Hilir dan banyak lagi telah meletakkan Melaka di peta pelancongan dunia, lebih-lebih lagi dengan status tapak warisan dunia yang dianugerahkan oleh Unesco. Monumen sejarah bersekali dengan maklumat yang disediakan menjadikan Malaysia lebih berbaloi untuk dikunjungi.

Di Sabah dan Sarawak, kegiatan seni dan manipulasi fabrik suku kaum Kadazan dan Iban telah dipromosikan dengan begitu berkesan. Kehidupan di rumah panjang dan rumah kelong (kawasan berair) juga diuar-uarkan sebagai pengalaman pelancongan yang begitu istimewa. Udara yang segar dan nyaman tanpa pencemaran menjadi nilai tambah yang menjadi lambang sebuah kehidupan yang tenang dan bersahaja. Pelancong antarabangsa, khususnya dari negara maju menganggap negara kita sebagai destinasi percutian murah kerana kadar tukaran asing yang menarik. Sektor pelancongan dapat menyumbang terhadap saiz rezab asing yang lebih besar.

Pelabur asing, pakar runding dan kakitangan syarikat multinasional yang berurusan di negara ini juga akan tertarik dengan kemajuan ekonomi negara yang pesat. Kawasan Lembah Kelang telah lama menjadi tumpuan kerana terdapatnya ibu pejabat institusi kewangan antarabangsa dan syarikat teknologi tinggi. Begitu juga dengan pembangunan pusat kewangan pesisir Labuan dan projek Iskandar Malaysia di Johor. Dengan promosi dan tawaran pakej pelancongan yang menarik, ekspetariat asing tentu akan membawa anggota keluarga melancong ke nagara ini, selain cerita mulut ke mulut dan rangkaian maya seperti facebook dan twitter tentang pengalaman indah berkunjung ke Malaysia. 

Malaysia juga telah memajukan sektor pengajian tinggi dan hospital pakar swasta. Promosi seberang laut yang agresif telah menjadikan sebagai salah satu destinasi pelancongan untuk tujuan pendidikan dan kesihatan. Program pertukaran pelajar antarabangsa akan memberi impak positif dalam jangka panjang kepada sektor pelancongan. Ketibaan pesakit dan kaum keluarga bagi mendapatkan rawatan pakar dengan kos yang berdaya saing menyumbang terhadap permintaan barang dan perkhidmatan tempatan oleh warga asing. Pembukaan kampus perubatan John Hopkins baru-baru ini menunjukkan kepercayaan universiti terkemuka dunia itu tentang prospek bidang rawatan di Malaysia. Maka, ketibaan pelajar asing dan pelancong kesihatan dijangka meningkat secara drastik.

Penganjuran acara sukan bertaraf dunia dan persidangan antarabangsa juga meletakkan Malaysia di peta pelancongan sukan dan forum. Acara sukan pemotoran F1, Monsoon Cup kejohanan golf dan tenis terbuka Malaysia, dan Le Tour de Langkawi sebagai contoh telah menggamit kehadiran penyokong-penyokong bintang sukan antarabangsa ke Malaysia. Perbelanjaan pelancong sukan untuk pembelian tiket, makanan, penginapan dan cenderamata, serta hak iklan dan siaran telah menjana pendapatan bernilai bilion ringgit. Sekali pelancong sukan tertawan dengan keindahan alam dan budi bahasa masyarakat Malaysia, mereka pasti datang lagi. Begitu juga dengan pembinaan pusat konvensyen seperti Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC), Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan dewan persidangan hotel bertaraf lima bintang telah merancakkan ketibaan pelancong yang gemar menyertai perbincangan peringkat tinggi serta acara-acara korporat antarabangsa. Kesempatan mempromosi destinasi pelancongan negara untuk semua peserta dan penyokong mereka akan menyumbang terhadap kepesatan sektor pelancongan negara dalam jangka panjang.

Kesimpulannya, perspektif tentang sektor pelancongan di Malaysia telah menjangkau segmen di luar tarikan keindahan alam semula jadi. Strategi kepelbagaian segmen tarikan pelancongan memberikan kelebihan kepada Malaysia untuk menawarkan produk pelancongan yang lebih berdaya saing. Sumbangan sektor pelancongan terhadap pendapatan negara akan terus meningkat. Kedudukan ekonomi, politik, sosial dan keselamatan yang baik menjamin bahawa negara ini akan menjadi pilihan utama pelancong asing. Kedatangan hampir 30 juta pelancong asing saban tahun membuktikan bahawa Malaysia memiliki masa depan yang sangat cemerlang dalam sektor pelancongan. 

6 comments:

Anonymous said...

meh la ke CH..Galeri BiGDee Magic Potions Taman Royal Lily, Tanah Rata

Anonymous said...

waaahhh,, sungguh gramatis! :D

Anonymous said...

cantik karangan ny.. mmg bgos.. thanks ckgu.. sya dah dpt jwpn untk krangan sya..

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit, semoga kebaikan hati Tuan/Puan menjadi amal ibadah hendaknya amiin.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


Liya said...

Ok.

everyday's holiday said...

Assalamualaikum Tuan/Puan.

mohon maaf ikut iklan disini.
Kami siap membantu Tuan/Puan bila melancong ke Indonesia.
Looking for Minibus/Van/Car Hire/Rental for traveling in Bandung? We provide various type of transport from 7 seater up to 19 seater in BUDGET.

MPV (7 seater) : Rp 400K/day (Our fleet are Avanza, Livina, APV)
VAN (12-19 seater) : Rp 850K/day (Our fleet are Hiace, Isuzu Elf)
Price including Car/Van Hire and driver fee. Hiring period is 24 hour (in same date). No overtime charge. This is NOT 12 or 18 hours hiring period like other companies.

For Petrol we use PAY AS YOU USE system means you only pay as far as you go according to petrol meter on dashboard. It keeps your travel budget in control. FYI, for whole day traveling it won't be that much around Rp 50-100K. For toll road and parking follow the price on the road. Ask us for detail.

Booking and question (We speak fluent english)
WhatsApp / Text / iMessage / Call
+62 818 0201 5555 & +62 821 15161817 / +62 858 600 91092
PIN BB : 76BEF43F | 7E5B1279
email :everyholiday.bdg@gmail.com

We do also airport pick up and transfer services.
Bandung's Airport for MPV Rp 250K & VAN Rp 400K
Jakarta's Airport for MPV Rp 800K & VAN Rp 1.400K

We provide budget hotel booking, attraction ticket, meals etc while traveling in Bandung. Feel free to ask us for travel consultation for time-efficiency schedule with your group. It's free... Call us now!
[link text][1]
[1]: http://rentalelfmurahbandung.blogspot.com/