SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, January 13, 2012

ISU-ISU KESELAMATAN MURID SEKOLAH (THE DUTY OF CARE IN SCHOOL)

Murid sekolah berusia antara 6 tahun hingga 17 tahun, jika hanya murid prasekolah hingga tingkatan 5 diambil kira. Apabila pelajar prauniversiti tingkatan 6 dimasukkan, maka had usia budak sekolah mencecah 19 tahun. Selagi mereka berpakaian seragam sekolah atau berpakaian aktiviti kokurikulum dan sukan, serta berada dalam kawasan pagar sekolah, maka keselamatan mereka terletak di bawah tanggungjawab pihak sekolah. Maka, konsep sekolah selamat yang telah dilaksanakan di seluruh dunia, termasuk Malaysia ialah langkah asas bagi menjamin keselamatan murid di kawasan sekolah.

Kawasan sekolah terdiri daripada laluan pejalan kaki dan kenderaan, bangunan, tangga, koridor, longkang, gelanggang dan padang permainan, bilik darjah, bilik khas, pejabat, kantin, dewan, tandas, kawasan letak kenderaan, tong sampah, makmal sains dan komputer, sistem bekalan tenaga elektrik dan air, pelbagai peralatan, dokumen dan peranti elektronik. Sebaik sahaja pintu pagar sekolah dibuka untuk sesi pembelajaran, ratusan murid, guru dan kakitangan akan berada di dalam kawasan sekolah, serta terlibat dalam pelbagai bentuk aktiviti rasmi dan tidak rasmi. Mereka akan menggunakan segala kemudahan dan peralatan yang disediakan di dalam kawasan sekolah dengan kepercayaan bahawa segala-galanya berada dalam keadaan baik dan selamat.

Dari segi keselamatan, sebarang elemen bahaya dan risiko mesti diberi perhatian. Semua warga sekolah perlu diberi ingatan dari masa ke masa tentang perkara luar jangka yang boleh berlaku terhadap segala kemudahan dan peralatan yang akan mengalami keusangan akibat berlalunya masa. Dalam bahasa perakaunan, sesuatu aset akan mengalami susut nilai, haus dan rosak. 

Walaupun jadual penyenggaraan mungkin telah dipatuhi, kemudahan dan peralatan akan terdedah kepada faktor cuaca, tindak balas kimia dan tangan manusia. Warga sekolah perlu digesa supaya lebih peka terhadap disiplin dan tatacara penggunaan alat dan kemudahan di dalam kawasan sekolah supaya tidak berlaku sebarang kecuaian dan kesilapan. Kadang-kadang alat dan kemudahan yang pada zahirnya selamat akan bertukar kepada bahaya apabila tidak dikendalikan dengan betul.

bersambung...

No comments: