SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, January 12, 2012

"SEKOLAH BAHARU KAWAN BAHARU" BAB 3 NOVEL CEMPAKA PUTIH UNTUKMU (EASILY GET ALONG)

Pengarang novel:  Rohani Deraman
Rujukan muka surat:  13 - 20

Watak utama:  "aku" / Hartini Ayu binti Haris / Tini (pencerita / sudut pandangan orang pertama
Watak lain:  Pengetua Sekolah Menengah Kuala Batu
                :  Cikgu Malik / guru kelas Tingkatan 3 Teratai
                :  Cikgu Anis / guru Bahasa Inggeris
                :  Ali Sintok / ketua kelas 3 Teratai
                :  Ineng, Sinda, Ambok, Meranu
                :  Satiah
                :  Cikgu Hanafi / guru Bahasa Melayu
                :  mama / ibu Tini / Puan Sarah

Latar tempat:  kelas Tingkatan 3 Teratai
                   :  di bawah pohon jati di hadapan sekolah

Latar masa:  sesi persekolahan pagi, petang

Ringkasan bab


Pengetua memperkenalkan Tini kepada Cikgu Malik dan seterusnya ke kelas Tingkatan 3 Teratai ketika Cikgu Anis sedang mengajar. Kemudian, beberapa orang murid perempuan mendekati Tini, kecuali Satiah yang menyelitkan sekuntum cempaka putih di dalam sebuah buku yang hanya senyum. Tini mendapati keadaan kelas begitu bersih dan tersusun, hanya pakaian seragam murid sahaja yang agak lusuh. Mereka juga tekun dan memberi tumpuan terhadap pengajaran guru dan begitu menghormati guru, tidak seperti murid bandar.

Ketika rehat, Tini berkumpul bersama Ambok, Ineng, Satiah dan Sinda di bawah pohon jati. Tini diduga dengan perbezaan yang dialaminya di sekolah pedalaman, tetapi dia menegaskan bahawa dia hanya mementingkan tujuan pembelajaran dan persediaan peperiksaan PMR 6 bulan lagi. Mereka cepat mesra. Tini mencadangkan supaya mereka belajar secara berkumpulan, sambil mempelawa mereka belajar di rumahnya sahaja. Keempa-empat mereka meluahkan kebimbangan tidak mendapat izin bapa masing-masing. Mereka akhirnya menyatakan kesanggupan menjelaskan hal itu kepada bapa masing-masing, kecuali Satiah yang menyatakan bahawa bapanya "lain sikit" (muka surat 17). Bapa Satiah melarangnya bergaul dengan orang lain selepas waktu persekolahan, malah akan memukul Satiah jika ada kawan datang ke rumah. Hanya kerana rayuan ibunya sahaja membolehkan Satiah terus bersekolah. Tini bersimpati dan menawarkan pertolongan papa (Encik Haris) untuk memujuk bapa Satiah. 

Tini asyik teringat akan masalah Satiah, apatah lagi dia murid pintar yang sering dipuji oleh Cikgu Hanafi tentang hasil kerja karangannya yang sangat baik dan kemas. Di rumah, mama perasan perubahan tingkah laku Tini yang duduk membuka kasut di tangga, tetapi tidak siap-siap. Akhirnya, setelah dipujuk, Tini berkongsi cerita dengan mama . Kemudian, mama mencadangkan mereka ke rumah satiah, tetapi Tini bimbang bahawa Satiah akan dipukul.

Perwatakan:  peka / prihatin (Tini, mama)
                  :  mudah mesra / peramah (Ambok, Ineng, Sinda)
                  :  pendiam  (Satiah)
                  :  berpandangan jauh (Tini / ibu Satiah)
                  :  patuh kepada ibu bapa (Tini / Satiah / Ambok / Ineng / Sinda)
                  :  keras hati / keras kepala / degil (bapa satiah)

Latar masyarakat:  masyarakat warga Sekolah Menengah Kuala Batu
                          :  masyarakat  murid orang Asli
                          :  masyarakat yang peka / prihatin
                          :  masyarakat yang mudah mesra / peramah
                          :  masyarakat yang pendiam
                          :  masyarakat yang berpandangan jauh
                          :  masyarakat yang patuh kepada ibu bapa / ketua keluarga
                          :  masyarakat yang keras hati / keras kepala / degil

Nilai murni:  kepekaan / keprihatinan, kemesraan / keramahan, berwawasan, kepatuhan / ketaatan

Persoalan:  Kepekaan / keprihatinan terhadap masalah rakan
               :  Kemesraan / keramahan dalam menjalin perkenalan / persahabatan
               :  Kepentingan meneruskan pelajaran di sekolah
               :  Kepatuhan / ketaatan kepada ibu bapa / ketua keluarga
               :  Ketegasan yang tidak bertempat / tidak wajar

Pengajaran:  Kita hendaklah peka / prihatin terhadap masalah rakan
                 :  Kita hendaklah mesra / ramah dalam menjalin perkenalan / persahabatan
                 :  Kita hendaklah mementingkan pelajaran di sekolah
                 :  Kita hendaklah patuh / taat kepada ibu bapa / ketua keluarga
                 :  Kita hendaklah tegas secara bertempat / wajar
             
kbkk:  peranan pembimbing rakan sebaya (PRS) di sekolah
        :  masalah keciciran pelajar kurang beruntung
        :  pengaruh persekitaran dalam pembelajaran

No comments: