SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, July 21, 2013

PERTENGAHAN RAMADAN: MASJID DAN SURAU SEMAKIN MAJU! (SCREENING THE PIOUS AND GORGEOUS)

Permulaan Ramadan ialah rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya ialah pembebasan daripada api neraka.  Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Man soma Ramadhana imanan wahtisaban ghufira lahu ma taqqaddama min zanbihi, wa-man qama lailata imanan wahtisaban ghufira lahu ma taqqaddama min zanbihi.’ Maksudnya: ‘Barang siapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kerana keimanan dan kerana mencari pahala (di sisi Allah) diampunkan Allah baginya apa-apa yang telah mendahuluinya daripada dosa-dosanya; dan barang siapa berdiri (yakni, menetapi ibadah) pada malam qadar kerana keimanan dan kerana mencari pahala (di sisi Allah) diampunkan Allah baginya apa-apa yang mendahulukannya (iaitu dosa-dosanya). [Hadith Bukhari, Kitab Solat Terawih] (untuk huraian lanjut sila klik di sini). 

Para ulama juga mengumpamakan Ramadan sebagai penawar andainya sepanjang sesuatu tahun itu diumpamakan sebagai racun. Percakapan yang sia-sia ialah racun, manakala zikrullah ialah penawarnya. Sifat kedekut (dan bakhil) ialah racun, zakat dan sedekah ialah penawarnya.

Salah satu amalan sunat yang sangat digalakkan (muakkad) sepanjang Ramadan ialah solat sunat tarawih berjemaah, khususnya buat kaum lelaki. Ironinya, pada permulaan Ramadan, masjid dan surau penuh sesak hingga jemaah melimpah ruah entah dari mana datangnya, masya-Allah. Tempat letak kenderaan juga demikian seolah-olah waktu solat Jumaat.

Setelah dua minggu berlalu, keadaan kembali seperti biasa. Almarhum Tuan Guru Haji Hamdan yang begitu terkenal di Teluk Intan pada dekad 1970-an dan 1980-an dahulu pernah menyamakan keadaan itu sebagai masjid dan surau menjadi janda. Ustaz Badli Shah, dari Jabatan Agama Islam Pahang (slot ceramah Perak.fm 6.30 petang 21/7/13) membuat metafora tentang pusingan awal, pusingan penyingkiran (separuh akhir) dan perlawanan akhir sesuatu acara (misalnya bola sepak). Maka, hanya jemaah yang betul-betul istiqamah akan bertahan hingga ke malam terakhir Ramadan bagi menunggu pengumuman Aidil Fitri.

Hakikatnya, Ramadan bertandang setahun hanya sekali dan seseorang itu tidak pasti sama ada dia dapat bertemu dengan Ramadan berikutnya. Ramadan ialah karnival ibadah, bukan pesta makan-makan atau kemaruk membeli-belah. Begitu juga kegembiraan hakiki sewaktu berbuka puasa ialah rasa syukur kerana berjaya menyempurnakan rukun Islam ketiga itu, bukan semata-mata kerana makanan dan minuman yang mewah.

...

...

...

...

...


No comments: