SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, April 5, 2009

Konsep bahasa

Prof. Dr. Awang Sariyan, penyandang kerusi bahasa Melayu di Universiti Beijing mengatakan bahawa "bahasa ialah pancaran akal budi insan". Hal ini amat bertepatan dengan slogan "bahasa jiwa bangsa", "bahasa melambangkan bangsa", dan seumpamanya. Maka, bahasa bukan sekadar alat komunikasi, atau simbol-simbol yang dikodkan untuk kegunaan perhubungan sesama manusia. Implikasinya amatlah besar, iaitu bahasa lebih hampir kepada kebenaran, dengan syarat berlakunya pengisian ilmu. Daripada bahasa, kita dapat mengukur tahap intelektual, tamadun, dan pencapaian si penuturnya. Kita biasa mendengar orang-orang tua dahulu mengungkapkan "tidak reti bahasa.." yang membawa maksud tingkah laku seseorang yang tidak selari dengan nilai-nilai yang diamalkan dalam masyarakat. Bahasa sudah disinonimkan dengan tingkah laku yang sah dan boleh diterima.
... bersambung

7 comments:

Unknown said...

cikgu boleh terangkan saya tentang konsep bahasa melayu...?

CIKGU AZHAR RODZI said...

Konsep bahasa Melayu banyak canagnya. Boleh jelaskan perkara yang mana?

CIKGU AZHAR RODZI said...

salah eja... banyak cabangnya..

Anonymous said...

saya ingin tahu tentang konsep bahasa melayu sebagai bahasa perpaduan.boleh cikgu terangkan?terima kasih.

cikgu azhar said...

Prof. Dr. Awang Sariyan, 2004 (Teras Pendidikan Bahasa Melayu - Asas pegangan guru, PTS Bentong, ms. 41 - 56) menyebut bahawa konsep bahasa Melayu sebagai landasan perpaduan melalui pendidikan sedikit banyak dimulai oleh Laporan Barnes 1951. Namun, langkah itu terbatas setakat sekolah rendah, bahkan menjadi lemah apabila mendapat tentangan kaum Cina dan India, hingga muncul Laporan Fenn-Wu. Seterusnya Penyata Razak 1956 yang menjadi asas Ordinan Pelajaran 1957. Perenggan 12 Penyata Razak menyebutkan: "...menyatukan budak-budak ndaripada semua bangsa di dalam negeri dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan yang besar, walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta-merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur."

Penyata Razak masih lemah kerana mencadangkan pengekalan sekolah pelbagai aliran, lalu menikmbulkan perasaan tidak puas hati orang Melayu. Maka, lahir pula Laporan Rahman Talib 1960 memberi penegasan tentang pelaksanaan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Usul-usul laporan Rahman Talib diwartakan dalam Akta Pendidikan 1961 (digantikan pada 1996) iaitu kerangka rujukan peranan bahasa Melayu sebagai asas perpaduan rakyat berbilang keturunan. Pada tahun 1971 muncul Dasar Bahasa Kebangsaan. Sekolah aliran Inggeris ditukar kepada aliran kebangsaan sepenuhnya pada tahun 1979, melainkan SRJK dan SMJK yang masih dibenarkan beroperasi. Penggubalan Falsafah Pendidikan Negara (kini FP Kebangsaan) era Anwar Ibrahim (1987) telah meletakkan peranan Bahasa Melayu merentas kurikulum. Pihak berkuasa bahasa Melayu ialah Dewan Bahasa dan Pustaka, sebuah agensi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Peranan Bahasa Melayu menghadapi ancaman dan ujian berat apabila dasar PPSMI dilaksanakan di semua sekolah secara mengejut pda penghujung era pentadbiran Dr. M. Bantahan meluas pejuang bahasa akhirnya berjaya menghentikan dasar PPSMI untuk digantikan dengan dasar MBMMBI. Pengenalan bahasa baku (juga era Anwar Ibrahim) berjaya mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu, termasuk dalam perbicaraan di mahkamah sivil dan syariah.

Arahan menukar bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia hanya bersifat teknikal kerana dalam perlembagaan persekutuan, hanya bahasa Melayu yang diguna pakai. Lagi pula, perkataan Malaysia juga berakar umbi daripada Malay (Melayu), atau terjemahan kepada Tanah Melayu.

Wallahu a'lam...

rin said...

salam..boleh cikgu terangkan konsep hubungan antara bahasa dengan kesusasteraan

Anonymous said...

assalamualaikum. cikgu, blh saya tahu. bahasa melayu mempunyai berapa konsep dan apakah konsep tersebut?