SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, April 8, 2009

Prinsip Fonemik dalam Bahasa Melayu

Kebanyakan orang berpendapat bahawa bahasa Melayu mudah dipelajari. Hujah mereka, pendatang asing tanpa izin (PATI) yang baru tiba ke Malaysia dapat bertutur dalam bahasa Melayu dalam tempoh yang singkat. Maka, sudah tentu ada satu ciri bahasa Melayu yang unik.

Secara mudah, sistem ejaan dan sebutan dalam bahasa Melayu berdasarkan prinsip fonemik, iaitu "sebut sebagaimana yang dieja, eja sebagaimana yang disebut, dan tiada huruf yang disenyapkan".

Prinsip fonemik ini jugalah yang menjadi asas bahasa baku yang pernah dipertikaikan oleh kalangan yang tidak sudi merujuk pakar bahasa. Kini, bahasa baku hanya dikhususkan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu, sedangkan mata pelajaran lain menggunakan bahasa standard berasaskan sebutan Melayu Johor-Riau.


Fonem merujuk kepada sebutan setiap aksara, sama ada vokal (a, e, i, o, u) dan konsonan. Apa masalahnya untuk menyebut "ada", bukan "ade"?

Pernahkah anda menyebut ande (untuk anda), bece (untuk beca), bole (untuk bola), pole (untuk pola), tuale (untuk tuala), dan wanite (untuk wanita). Jadi, apa masalahnya? Tambahan pula, penyanyi Malaysia dan Indonesia biasanya mematuhi prinsip fonemik dalam sebutan lirik lagu.


Terdapat juga segelintir orang yang sinis terhadap bahasa tentang beza sebutan bau dengan kerbau. Begitu juga kata mereka, mengapa dia disebut sebagai diya, dan buaya disebut sebagai buwaya? Mengapa bilik disebut sebagai bilek?


Dalam semua hukum dan peraturan semestinya terdapat beberapa pengecualian, termasuklah prinsip fonemik. Antara lain ialah:


1. gelunsuran y dan w sepertimana dalam sebutan dia, bau dan buaya;


2. elemen diftong (gabungan vokal) "au" dalam sebutan kerbau, "ai" (balai), "oi" (berbaloi), "ui" (kelui), dan lain-lain;


3. elemen digraf (gabungan konsonan) "kh" (khas, akhir, tarikh), "ng" (ngaum, bengang, menang), "ny" (nyiru, tanya), "sy" (syurga, kusyuk, skuasy), "gh" (ghazal, baligh), dan lain-lain.


4. penyengauan (sebutan sengau untuk m, n, y, ng,ny): maya, menang, nganga, nyonya.


Selain itu, terdapat prinsip hentian glotis (glotal stop) yang membawa implikasi bahawa perlunya kesederhanaan dalam sebutan.

Bunyi konsonan r dalam perkataan ular perlu dizahirkan dengan jelas, supaya tidak kedengaran seperti ula. Namun, tidak pula perlu dilebih-lebihkan dengan menggetarkan sebutan r secara keterlaluan sehingga berbunyi ularrrrrrrr..

Demikian juga perkataan seperti itik, bilik, cilik, dan licik boleh disederhanakan sedikit supaya lebih dekat dengan sebutan penutur jati bahasa Melayu tempatan sekian lama (seperti dalam kajian sosiolinguistik).


Seterusnya, jika anda berminat untuk membincangkan 18 pola keselarasan vokal dalam sistem ejaan dan sebutan bahasa Melayu, kita akan berbuat demikian dalam tempoh yang terdekat.

Sesungguhnya benarlah pantun bestari bahawa yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa. Maka, konsep bahasa sebagai pancaran akal budi insan yang dimasyhurkan oleh Profesor Doktor Awang Sariyan, penyandang kerusi pengajian bahasa Melayu di Universiti Beijing hendaklah diperkukuhkan ke seantero dunia!

14 comments:

Anonymous said...

salam sejahtera...

hmm...ilmu disampaikan dslam ayat yang bederet-deret...tiada ruang antara ayat menghapuskan keinginan untuk membaca...seakan-akan tiada beza dlm buku tatabhs dewan...

sekadar memberi komen...harap maaf sekiranya menyinggung perasaan cikgu...slmt berpuasa...

CIKGU AZHAR RODZI said...

salam..

terima kasih atas perhatian dan maklum balas saudara.. tiada masalah tentang komen.. lebih banyak teguran lebih baik supaya maksud komunikasi maya (internet) sebegini mencapai matlamatnya.. saya akan mencari jalan untuk mengatasi kelemahan yang disebutkan itu...

selamat berpuasa..

Anonymous said...

Assalamualaikum,
bagi saya ilmu yang disampaikan cukup berguna dan saya sebagai pelajar IPG dapat memahami dengan lebih jelas. Justeru, saya harap cikgu dapat menambahkan lagi maklumat yang ada.

Anonymous said...

Assalamualaikum,
bagi saya ilmu yang disampaikan cukup berguna dan saya sebagai pelajar IPG dapat memahami dengan lebih jelas. Justeru, saya harap cikgu dapat menambahkan lagi maklumat yang ada.

CIKGU AZHAR RODZI said...

salam

kalau boleh harap nyatakan bidang maklumat yang perlu perbincangan lanjutan...

Anonymous said...

Salam..

Contohnya pasangan minimal.ini kerana maklumat mengenainya kurang dan jika adapun ianya dlm bahasa Indonesia.

CIKGU AZHAR RODZI said...

Pasangan minimal (PM) sangat berkaitan dengan teori pemerolehan (pembelajaran) bahasa yang begitu kuat dipengaruhi aliran struktural (Bloomfield). PM bertujuan membuat kontras (diskriminasi) terhadap kemiripan bunyi. Misalnya pola dengan pula, barang dengan parang, garam dengan geram, dan lain-lain.

Skema tatacara bunyi yang diperoleh daripada penutur jati ini menekankan pertuturan terlebih dahulu sebelum beralih kepada pembelajaran membaca dan menulis.

Apabila digandingkan dengan aliran transformasi generatif (Noam Chomsky) yang lebih formal, maka muncul disiplin psikolingustik yang mula berpengaruh sejak dekad 1950-an.

Ringkasnya, kajian tentang pasangan minimal juga teraqngkum dalam analisis fonologi, khususnya fonemik.

Wallahu a'lam...

Anonymous said...

Salam,

saya agak kurg faham mgenai pengecualian keselarasan huruf vokal...blh trgkan dgn lebih rgkas & padat x????

Anonymous said...

Pengecualian keselarasan vokal berlaku terhadap ejaan kata pinjaman atau kata serapan.

Misalnya pola a-i, bukan a-e: habis, kacip, banding, agih, pahit, sakit, alih, malim, kancing, khatib, sawit.

Pengecualian: aneh, aneka, kaget, pamer.

Huraian lanjut dalm "posting" khas tidak lama lagi...

MaMiHani said...

salam.saya sedang mendekati bahasa yg berkaitan dgn sebutan baku dan sebutan biasa johor-riau terutamanya dr segi fonologi. harap dapat membantu.

Anonymous said...

salam...

sdra dots kena beritahu secara khusus perkara yang hendak dikongsi.

saya fikir idea yang dikemukakan pasti membuka jalan kepada wacana bahasa yang lebih autentik...

rosnani yusop said...

Assalamualaikum cikgu Azhar, saya ingin mendapat penjelasan untuk membuat assigment saya tentang
a) perbezaan sebutan baku dengan sebutan johor-riau dari segi fonologi

b) kebaikan dan keburukan sebutan baku bahasa melayu.

Semuga cikgu dapat menolong saya. Terima kasih.

Anonymous said...

Soalan a) agak teknikal sedikit untuk dijelaskan. secara amnya, sebutan johor-riau boleh dikatakan lebih bersifat kolokial (pengaruh dialek dan slanga), manakala sistem sebutan baku memiliki struktur hukum yang lebih jelas, tekal dan seragam;

b) Sebutan baku lebih menjurus kepada wacana rasmi dan sebagai sarana diskusi tahap tinggi. Sebutan baku berupaya menghindarkan kecelaruan sebutan yang timbul akibat perbezaan latar belakang dialek, etnik dan geografi. Sebutan baku dapat menjadi benteng daripada pengaruh sosiolinguistik yang pada asasnya mengalah dan tunduk kepada kebiasaan masyarakat. Hanya bahasa yang memiliki sebutan baku seperti Queen's English mampu diangkat sebagai bahasa ilmu dan bahasa saintifik. Sebutan Johor-Riau bukan tidak baik, tetapi dari segi sejarahnya banyak dipopularkan oleh juruhebah RTM. Mengapa kita harus mengambil model penyiar RTM yang bukan ahli bahasa?

Keburukan sebutan baku? Tiada keburukan sebenarnya. Kalau ada pun ialah kekliruan pengguna bahasa yang tidak khatam ilmu sebutan baku: prinsip dan pengecualian. Penambahbaikan mungkin lebih kepada aspek ejaan, misalnya untuk kata pinjaman bahasa Arab: reda, saleh, zalim. Sistem transliterasi perlu penambahan simbol tertentu...

norainiabdullah said...

assalamualaikum cikgu Azhar...ingin penjelasan tentang bahasa baku untuk assignment saya...harap dapat membantu..
a) maksud sebutan baku
b) mengapakah sebutan baku wajar diamalkan dalam urusan rasmi