SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, December 18, 2010

AWAN DI KAKI GUNUNG (DOWN TO EARTH)

Awan ialah pengelompokan titisan air sejat yang terapung di atmosfera bumi. Dalam keadaan biasa, awan berwarna putih bagaikan kapas yang dipintal dengan begitu kemas. Apabila hari hendak hujan, warna awan mula bertukar menjadi kelabu, atau hitam.
dari kejauhan


Dalam keadaan biasa juga, awan biasanya mungkin melitupi bahagian puncak gunung yang mempunyai aras ketinggian tertentu. Namun, apabila cuaca menjadi dingin, awan boleh turun hingga ke kaki gunung. Kabus yang tebal akan kelihatan sebagai awan daripada jauh.

Jeram, Kampar


Awan mungkin fenomena geografi yang tidak diberi perhatian oleh orang awam. Mereka hanya melihatnya sepintas lalu tanpa sebarang tindak balas dalam fikiran atau perbualan. Bahkan, apa-apa unsur alam yang dianggap tiada kaitan dengan kepentingan hidup mereka tidak pernah diendahkan.

Awan ialah suatu nikmat yang kurang disedari oleh kebanyakan manusia. Awan bukan sahaja berfungsi sebagai "atap" yang memberi teduhan yang meredupkan bumi daripada pancaran terik matahari, bahkan menjadi sumber titisan hujan yang membekalkan air kepada hidupan, termasuk manusia. Kawasan yang kekurangan awan akan mengalami suhu yang panas membahang, di samping pandangan darat yang kontang.

Beberapa tahun dahulu, Malaysia dicemaskan oleh ancaman kemarau yang diakibatkan oleh kekurangan awan. Maka, usaha membenihkan awan terpaksa dilakukan walaupun kosnya memang tinggi. Rakyat Malaysia belum biasa menghadapi krisis air, terutamanya penduduk bandar.

Pencemaran yang berleluasa di daratan mengakibatkan air yang tersejat ke atmosfera turut mengandungi sisa bahan kimia yang berbahaya, khususnya asid. Pada zaman dahulu, kanak-kanak sangat bergembira menantikan hujan turun untuk berpesta mandi-manda. Kini, ibu bapa melarang anak-anak mereka daripada disirami hujan yang dikhuatiri ialah hujan asid.

Selain sisa bahan kimia, partikel habuk dan sisa-sisa cemar lain yang terampai di atmosfera juga mempengaruhi tekstur awan yang terbentuk di sesuatu tempat. Maknanya, manusia harus menanggung sendiri akibat perbuatan tangan mereka yang tega melakukan kerosakan di daratan dan di lautan atas nama kemajuan dan pembangunan. Sebenarnya, aktiviti segelintir manusia tamak haloba itulah yang menjadi punca kos kehidupan yang makin tinggi...

No comments: