SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, December 7, 2010

HIJRAH ITU PERUBAHAN ('NOTHING' PERMANENT EXCEPT CHANGE)

Salam hijrah 1432. Tanggal 1 Muharram yang bermula detik Maghrib semalam bakal menginjak dan terus silih berganti siang dengan malam hinggalah tibanya waktu yang ditentukan kelak. Mudah-mudahan keampunan yang dipohonkan dalam doa akhir tahun, serta kebaikan yang didambakan lewat doa awal tahun dimakbulkan oleh-Nya.

Konsep hijrah telah sekian banyak diwacanakan dalam majlis-majlis ilmu, ditulis dalam akhbar, majalah popular dan jurnal ilmiah, serta dibincangkan secara tidak rasmi. Niat yang ikhlas dalam setiap amalan dimasyhurkan dalam hadith mutawattir, innamal a'malu bi'n-niah... (ila akhir). Kisah Hatim yang mengejar-ngejar Ummi Qais, seorang perawan yang menjadi pujaan hatinya telah memesongkan tujuannya ikut berhijrah bersama-sama rombongan baginda Salallallahu alaihi wasallam dan para sahabat dalam peristiwa yang menjadi titik tolak kiraan takwim hijrah itu.

Ikhlas ialah makam tertinggi yang membezakan amalan yang diterima dengan amalan yang ditolak. Ikhlas yang dimaksudkan ialah meniatkan segala amalan semata-mata kerana Allah Subnahu Wataala tanpa dinisbahkan dengan mana-mana makhluk yang lain. Walaupun ikhlas lebih senang dilafazkan daripada dicapai, namun sebagai hamba-Nya, kita perlu berusaha menuju makam ikhlas dalam setiap niat amalan yang dilakukan (rujuk al-Baiyyinah, 98: ayat 5).

Dari sisi yang lain, hijrah melambangkan perubahan. Sudah menjadi sifat makhluk yang baharu mengalami perubahan. Saidina Ali karamallahu wajhah pernah menyarankan muhasabah supaya pada hari ini kita lebih baik daripada semalam dan merancang supaya hari esok lebih baik pula daripada hari ini. 

bersambung...

No comments: