SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Loading...

Saturday, December 4, 2010

TAZKIRAH HIJRAH 1432: MENZAHIRKAN RASA SYUKUR (DEVOTED MAGNIFICIENT CONDUCT)

Antara impian utama manusia ialah menjalani kehidupan yang sejahtera. Golongan yang kurang beruntung dari segi pencapaian akan berasa tenteram jika senantiasa berasa cukup walaupun berhadapan dengan kekurangan. Sifat qanaah ini senang untuk dilafazkan, namun begitu getir untuk diamalkan.

Golongan yang beruntung dari segi pencapaian duniawi, sama ada ilmu, kekayaan, pengaruh dan seumpamanya tidak dibuai keasyikan dengan nikmat itu hingga mencampakkan diri ke kancah kelalaian. Mereka sedar bahawa segala nikmat yang dikurniakan itu hanyalah pinjam-pinjaman yang bersifat sementara. Nikmat itu ialah ujian kepada hamba-Nya supaya menunaikan amanah sebagai khalifah di muka bumi.

Kehidupan yang sejahtera hanya mampu diperoleh jika seseorang itu berusaha menjadi insan yang soleh. Martabat soleh pula hanya dapat ditemui menerusi bimbingan ilmu yang autentik. Ilmu bagaikan benteng daripada terkena sifat tercela (mazmummah) seperti riya' (bergantung hati kepada orang lain supaya dipuji), 'ujub (berbangga-bangga dengan amalan) dan hasad (mengharapkan nikmat orang lain itu lenyap).

Rasa syukur boleh ditempatkan di dalam hati, dizahirkan secara lisan, dan yang paling mencabar dizahirkan menerusi perbuatan dan tingkah laku (bi'l-jawarikh). Insan soleh akan sentiasa meletakkan neraca pertimbangan atau tanda aras berdasarkan hukum hakam (taklifi, wadh'i) sebelum menetapkan sebarang keputusan atau tindakan. Pendekatan semberono atau membujur lalu melintang patah tidak menjadi pilihan.

Lisan orang yang soleh bukan bergantung kepada cakap banyak atau cakap sikit. Orang yang bercakap banyak, tetapi sarat dengan kebijaksanaan, kebajikan, dakwah dan ilmu pasti lebih baik daripada orang yang bercakap sepatah dua, tetapi mengundang fitnah, permusuhan dan umpat keji. Siapakah yang berani mengatakan bahawa bercakap sedikit itu sunnah dan bercakap banyak itu bukan sunnah?

Rasa syukur yang dizahirkan menerusi gerak geri ialah manifestasi timbal balas atas segala nikmat yang dikuniai Ilahi. Tamsilan rasa syukur menerusi gerak geri dilukiskan dengan begitu jelas dalam surah al-'Adiyat, iaitu sifat kuda yang menghambur kencang memasuki medan perang jihad fi sabilillah dengan segala kesungguhan dan tenaga yang sehabis tinggi. Jika dinisbahkan kepada manusia yang beriman, segala gerak geri, penampilan dan tingkah laku didedikasikan untuk iman dan taqwa di tahap optimum...

(sedutan kuliah Hidayah oleh Dr Zulkefli Muda, Radio Malaysia Terengganu, 4.12.10, 1.30 - 2 petang)

No comments: