SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, December 5, 2010

PELUAHAN KREATIF MENERUSI MURAL DI SEKOLAH (CREATIVITY IN SCHOOLS)

Bahagian hujung sesuatu blok bangunan sekolah biasanya tidak dibiarkan kosong tanpa lakaran tertentu. Begitu juga dengan dinding bangunan di laluan strategik seperti pejabat dan kantin. Dari jauh lagi sudah ada daya tarikan tentang mesej yang hendak disampaikan jika kena pada gayanya.
salah satu mural di SK Sura

Antara imej yang biasa dilihat ialah sketsa alam dan lambang-lambang tentang ilmu. Ada juga dinding yang sekadar dihiasi dengan lencana sekolah, cogan kata atau lakaran yang sederhana sifatnya. Pendek kata, perkara itu bergantung kepada bahan catan, idea, ilham dan motif pasukan pelakarnya.

Mural boleh dijadikan projek tahunan atau paling lama dua tahun sekali. Maksudnya, lakaran mural boleh ditukar ganti saban tahun. Lakaran mural yang lama boleh diabadikan dalam foto besar yang dipamerkan secara tetap dalam sebuah galeri atau dimasukkan dalam laman sesawang rasmi sekolah.

Peluang berkarya menerusi mural boleh dijadikan projek pendidikan seni di bawah seliaan guru yang berkenaan. Kebanyakan anggota pasukan ialah murid yang mendaftar mata pelajaran pendidikan seni, dan sebahagian lagi dibuka kepada mana-mana murid yang berbakat dan mempunyai minat.

Di sekolah yang tertentu, lakaran mural tidak dapat dibuat di dinding bangunan sekolah atas sebab sejarah dan struktur konkrit yang tidak mengizinkan. Pilihan lain yang boleh dibuat ialah menyediakan lakaran pada kain kanvas dan seterusnya digantung pada dinding bangunan yang dikenal pasti boleh dilihat dari jauh. Proses pendidikan menerusi lakaran mural mungkin sekali menyumbang terhadap penurunan kes grafiti (conteng-conteng) yang "menghiasi" dinding-dinding tersembunyi sebagai media melepaskan perasaan yang tidak dapat dijamin dari segi etika dan moral...

No comments: