SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Loading...

Monday, January 3, 2011

KEMBARA AMIRA: PERISTIWA PENTING BAB 1 (FIRST CHAPTER OF FORM 5'S NOVEL)

Pengenalan

Pembelajaran novel komponen sastera (komsas) lebih menjurus kepada kajian secara asas seperti tema, watak dan perwatakan, latar (masyarakat, tempat, masa), nilai, pengajaran, persoalan, teknik penceritaan dan unsur-unsur kbkk. Aspek bahasa seperti diksi, analisis plot dan kajian mendalam tentang aspek sastera yang lain kalaupun ada hanyalah disentuh secara sepintas lalu. Pembelajaran lebih terarah kepada penggunaan peristiwa yang dipaparkan sebagai hujah atau huraian kepada bidang kajian yang disebutkan.

Novel Kembara Amira ditulis dalam 27 bab yang tidak diberi subjudul sepertimana teks novel tingkatan zon utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak), iaitu Azfa Hanani. Bab 1 (muka surat 1 - 14) memaparkan beberapa peristiwa yang menjadi daya tarikan novel seperti pengenalan watak, arah penceritaan dan mewujudkan perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca. Sebahagian daripada peristiwa dalam bab 1 Kembara Amira merupakan imbas kembali watak Amira dan juga watak Malique.

Peristiwa 1

Amira mengimbas kembali kejayaannya memancing perhatian Jacinta supaya ikut serta dalam ekspedisi arkeologi pelajar tahun akhir sebuah universiti seliaan ibunya. Amira menggunakan minat (obses) Jacintha terhadap batu kuarza.

Watak:  Amira

Perwatakan: Bijak / prihatin / peka

Latar masyarakat:  Masyarakat yang bijak / prihatin / peka

Nilai:  Kebijaksanaan / keprihatinan / kepekaan

Persoalan:  Kebijaksanaan / keprihatinan / kepekaan terhadap minat orang lain

Pengajaran:  Kita hendaklah peka / prihatin / bijak memahami minat / kecenderungan orang lain


Peristiwa 2

Amira menggunakan kemudahan akses internet (jalur lebar) tanpa wayar di dalam koc / gerabak kereta api untuk berutus e-mel dan mengemas kini laman sesawang (web) milik ibunya.

Perwatakan:  Bijak (memenuhi masa) / tidak suka membuang masa

Latar masyarakat:  Masyarakat yang bijak menggunakan masa luang

Nilai:  Kesungguhan / kebijaksanaan

Persoalan:  Kebijaksanaan dalam menggunakan masa terluang

Pengajaran:  Kita hendaklah bijak menggunakan masa terluang / kita janganlah suka membuang masa


Peristiwa 3

Dr. Zawawi bergegas ke khemah pelajar bagi menyelamatkan tapak cari gali arkeologi. Jika terlambat, tapak-tapak berkenaan mungkin rosak akibat hujan lebat secara tiba-tiba itu.

Watak:  Dr. zawawi

Perwatakan:  Cekap / pantas / tangkas

Latar masyarakat:  Masyarakat yang cekap / pantas / tangkas

Nilai:  Kecekapan / kepantasan / ketangkasan

Persoalan:  Kecekapan / kepantasan / ketangkasan dalam bertindak

Pengajaran:  Kita hendaklah cekap / pantas / tangkas dalam sesuatu tindakan yang penting. 


Peristiwa 4

Profesor Zaidah telah menjangka peristiwa tali khemah diputuskan kerana berlaku persaingan di hutan. Namun, beliau cuba menyembunyikan perkara itu supaya tidak mengganggu tumpuan pelajar terhadap kerja-kerja cari gali arkeeologi.

Watak:  Profesor Zaidah / ibu Amira

Perwatakan:  Berpandangan jauh / tegas

Latar masyarakat:  Masyarakat yang berpandangan jauh

Nilai:  Kebijaksaan / kepekaan / keprihatinan / ketegasan

Persoalan:  Kebijaksanaan / keprihatinan / kepekaan / ketegasan dalam membuat keputusan

Pengajaran:  Kita hendaklah bijak / peka / prihatin / tegas dalam membuat keputusan


Peristiwa 5

Malique menunda hasratnya untuk mengenali lelaki yang ditemaninya meredah hutan pada tengah malam buta. Dia menunggu masa yang sesuai kerana pemergiannya pun semata-mata kerana didesak oleh ibunya.

Watak:  Malique

Perwatakan:  Berhati-hati / Teliti

Latar masyarakat:  Masyarakat yang berhati-hati / teliti

Nilai:  Ketelitian

Persoalan:  Ketelitian dalam bertindak

Pengajaran:  Kita hendaklah berhati-hati / teliti sebelum bertindak

2 comments:

Anonymous said...

Saya ada cadangan yang baik untuk pelajar yang mengkaji novel-novel bagi SPM.
Apa kata Cikgu membuat satu jadual seperti berikut

Nilai | Latar Masyarakat| Persoalan| Pengajaran | Perwatakan |

Setiap nilai yang dibenarkan dalam peperiksaan SPM disenaraikan bersama latar masyarakat,persoalan,pengajaran dan perwatakan yang relevan.
Contoh:

Nilai : Keberanian
Latar Masyarakat: Masyarakat yang berani
Persoalan: Keberanian dalam ....
Perwatakan : Berani

Ini memudahkan pelajar mencari nilai,pengajaran, persoalan dsb
Harap cikgu dapat mempertimbangkan cadangan saya

cikgu azhar said...

Saya amat bersetuju dengan cadangan saudara. Cara menerbitkan latar masyarakat nilai, persoalan, pengajaran berdasarkan perwatakan ialah satu strtegi / taktik yang berkesan. Senarai nilai yang utama / universal seperti baik hati, kasih sayang, kegigihan, ketabahan, tolong-menolong, hormat-menghormati dan setia kawan patut menduduki senarai teratas.

Tidak seperti mata pelajaran Pengetahuan Moral yang mengehadkan jumlah nilai yang perlu dipayungkan, nilai murni dalam bahasa lebih longgar dan luas sifatnya. Mungkin lebih elok saudara mencadangkan klasifikasi kelompok nilai yang setara dari segi konsep dan aplikasi...