SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, January 3, 2011

EJAAN MANTAP, PENGECUALIAN (SPELLING ERRORS)

Sistem ejaan rumi Bahasa Melayu sudah dimantapkan menerusi majlis bersama bahasa Melayu Malaysia-Brunei-Indonesia-Singapura (Mabbims) sejak 1980-an lagi. Beberapa penyelarasan telah dipersetujui dalam usaha menyeragamkan ejaan di keempat-empat buah negara. Tiada lagi digraf ch, sh (Malaysia), dj (Indonesia), sebaliknya dirumuskan sejumlah 18 pola keselarasan vokal sebagai pedoman asas ejaan.

Setiap dasar, hukum, ketetapan atau peraturan kebiasaannya memiliki ruang untuk pengecualian. Dalam kaedah fiqh disebutkan al-masyaqqah tajlibut-taisir, iaitu kesusahan membolehkan kelonggaran, tetapi digandingkan dengan bi qadariha, iaitu berdasarkan kadar yang perlu sahaja (bagi menghapuskan kesusahan itu sahaja). Maka, demikian jugalah prinsip ejaan yang mantap juga tertakluk kepada beberapa pengecualian tertentu.
Perhatikan dahulu papan tanda arah dalam foto di atas. Adakah pihak berkuasa tempatan (PBT) yang meluluskan papan tanda berkenaan telah merujuk prinsip ejaan yang mantap, atau mungkinkah wujud prinsip pengecualian? Adakah PBT boleh terlepas daripada penguatkuasaan akta bahasa kebangsaan di bawah bidang kuasa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)?

Konvensyen ejaan kebanyakan bahasa menetapkan bahawa nama khas dikekalkan ejaan asalnya walaupun sistem ejaan secara keseluruhannya mengalami perubahan. Nama khas yang tertera dalam papan tanda di atas ialah:

          Bercham (Bercam?)


          Tasek  (Tasik?)


          Tambun


          Tanjung Rambutan  (Tanjong Rambutan?)


           Alor Setar  (Alur Star?)


           Simpang Pulai
           
           Gopeng

           Kuala Lumpur


Bercham dan Tasek mengekalkan ejaan asal. Namun, Tanjung Rambutan sebenarnya ialah Tanjong Rambutan. Mengapa pula Alor Setar, bukan Alur Star?

Alor ialah ejaan asal, manakala Setar dikatakan ialah sejenis pokok buah-buahan di sana. Setar bukanlah berasal daripada perkataan Star dalam bahasa Inggeris yang bererti bintang.


Ejaan Jalan (Sultan Azlan Shah) diringkaskan sebagai Jln. sahaja. Samalah juga halnya dengan Encik dieja sebagai En., Puan sebagai Pn., Haji sebagai Hj. dan banyak lagi. Akronim lain yang diterima ialah Psrn. (pesiaran, persiaran), Lrg. (lorong), Ckt. (Changkat), Tmn. (taman) dan Sg. (sungai).        


Bagaimanakah pula dengan ejaan Pusat Bandaraya? Jika berdasarkan prinsip yang dipersetujui bahawa ejaan bandaraya hanya boleh diterima jika digandingkan dengan nama khas, misalnya bandaraya Ipoh, bandaraya Kuala Lumpur dan bandaraya Melbourne. Jika sekadar nama am seperti dalam papan tanda di atas, ejaan yang betul ialah pusat bandar raya... apa kata munsyi bahasa?

No comments: