Sunday, July 31, 2011
BERMULA RAMADAN (THE MONTH OF CHARITY AND SPRITUAL TRAINING)
Kebetulan umat Islam menyambut tanggal 1 Ramadan 1432 bersamaan 1 Ogos 2011. Setiap individu yang beriman, yang cukup segala syarat mula menjalani ibadah puasa, iaitu rukun Islam yang ketiga. Dalam persekitaran iklim Khatulistiwa, tempoh berpuasa ialah kira-kira 14 jam, bermula lebih kurang pukul 5.30 pagi.
Malam sebelum bermula hari puasa, umat Islam mula menunaikan solat tarawih, sama ada secara sendirian atau berjemaah selepas solat Isyak. Kebiasaannya selepas doa, niat akan dilafazkan. Waktu tidur dipercepat sedikit supaya boleh bangun seawal pukul 5.00 pagi untuk persediaan sahur, dan mengerjakan solat malam.
Aktiviti harian harus berjalan seperti biasa. Puasa bukanlah alasan untuk bermalas-malas atau menjadi kurang produktif. Hakikatnya puasa ialah suatu proses pendidikan rohani dan kejiwaan yang mengajar erti kesyukuran dan kecekalan diri dalam mengangkat martabat taqwa masing-masing.
Dari segi biologi, organ-organ yang selama ini bekerja keras memproses makanan tanpa henti kini berpeluang untuk berehat. Dalam satu hadith dilaporkan bahawa bekas yang paling buruk untuk dipenuhkan oleh anak Adam ialah perutnya. Sepatutnya hanya sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman dan baki sepertiga lagi untuk bernafas.
Antara nikmat orang yang berpuasa ialah ketika menunggu waktu berbuka. Seisi keluarga menghadap hidangan seadanya tanpa perlu membazir. Makan dengan banyak kononnya untuk "balas dendam" hanya mengakibatkan perut menjadi berat dan terkejut, dan seterusnya mata menjadi kuyu tidak berdaya lagi untuk beribadah.
Hampir semua masjid dan surau juga mengadakan majlis berbuka puasa dengan kerap, kalaupun tidak saban hari. Hubungan sesama umat Islam di sesuatu kawasan kejiranan dapat dieratkan apabila dapat berkumpul untuk berbuka. Lebih afdal, jika majlis berbuka itu dihadiri oleh golongan fakir miskin, anak-anak yatim, pelajar dan musafir.
Suasana masjid dan surau terang-benderang dengan kunjungan jemaah berkali ganda ramainya daripada hari-hari biasa, melainkan ketika solat Jumaat. Selingan tazkirah yang disampaikan akan memberi mesej supaya para jemaah dapat memakmurkan masjid dan surau sepanjang masa bagi membina kekuatan umat yang kini menghadapi cabaran daripada pelbagai penjuru. Tinjauan rambang menunjukkan bahawa kebanyakan jemaah memilih solat sunat terawih sebanyak 8 rakaat.
Umat Islam hendaklah mengutamakan perpaduan dan menjauhi perselisihan yang merugikan. Namun, perpaduan itu hendaklah dibina atas ikatan aqidah, syariat dan akhlak. Tiada kompromi tentang perkara-perkara keji dan mungkar.
Bazar Ramadan ialah suatu fenomena bulan puasa di mana-mana. Kesibukan bekerja dan minat memasak yang rendah menyebabkan bazar Ramadan diserbu oleh pembeli, termasuk orang-orang bukan Islam. Ujian tentang etika berniaga dan sifat berhemat pembeli akan terus teruji buat kesekian kalinya.
Keistimewaan Ramadan yang tidak terdapat pada bulan-bulan yang lain ialah Lailatul Qadar. Sesiapa yang berjaya mengisi malam tersebut dengan munajat akan beroleh ganjaran 1,000 bulan, iaitu bersamaan lebih 83 tahun. Berdasarkan keterangan-keterangan hadith, para ulama menyatakan kemungkinan besar bahawa Lailatul Qadar akan muncul pada 10 malam terakhir bertarikh ganjil (21, 23, 25, 27, 29 Ramadan).
Namun, sebenarnya sukar untuk memuktamadkan tarikh genap atau ganjil, justeru penetapan tarikh bermula dan berakhir puasa yang tidak sama antara wilayah geografi. Demikian juga bahawa lokasi yang berbeza mengakibatkan tempoh waktu malam yang juga berbeza-beza. Demikianlah hikmah rahsia Allah ke atas hamba-hamba-Nya agar mereka berusaha menambah baik amalan mereka sepanjang masa.
Sebelum berakhir Ramadan, umat Islam menunaikan kewajipan zakat fitrah kepada amil supaya dapat diagih-agihkan kepada para penerima (asnaf) yang layak. Kepada umat Islam yang peka, zakat fitrah ialah permulaan kepada infaq (membelanjakan harta) ke jalan Allah. Mereka dengan suci hati akan sentiasa sudi menghulurkan pertolongan kepada saudara seagama sama ada secara terang-terangan atau bersembunyi dengan setulus hati tanpa kepentingan atau maksud yang melencong.
Ibadah puasa digandingkan dengan taqwa. Orang yang berpuasa mestilah berupaya menahan diri daripada lapar dan dahaga, selain menahan diri daripada segala perkara yang membatalkan puasa. Amalan seperti membaca al-Qur'an, zikir, bersedekah dan hal-hal kebajikan yang lain akan diberi ganjaran yang berlipat kali ganda, tertakluk kepada niat, cara dan sumber yang digunakan.
Segala amal berkenaan bagaimanapun akan hanya bersifat adat (ritual) jika dilakukan tanpa ilmu. Sebagai contoh, bacaan al-Qur'an secara tadarus bukan setakat membetulkan makhraj, sebutan dan tajwid, bahkan perlu berlaku perbincangan tentang pelaksanaan perintah Allah dalam ayat-ayat yang dibaca dalam kehidupan sebenar. Gabungan kepakaran jemaah boleh digembleng bagi menggandakan kekuatan umah menerusi inspirasi dan pedoman ayat-ayat suci al-Qur'an yang dibaca dan disemak beramai-ramai...
SELAMAT BERPUASA
Saturday, July 30, 2011
PETUA GRED A+ BAHASA MELAYU SPM (HOW TO SCORE FULL MARK?)
Begitulah bunyi soalan yang kerap diterima oleh guru Bahasa Melayu yang mengendalikan kelas peperiksaan, khususnya tingkatan 5. Soalan datangnya daripada murid, ibu bapa dan para guru. Kebiasaannya, panitia bahasa akan diminta untuk merangka strategi menghasilkan seberapa banyak calon A+ berdasarkan kiraan kepala (head count), unjuran pencapaian (expected target result, ETR), dan pencapaian dalam ujian, serta peperiksaan peringkat dalaman sekolah (actual target result, ATR).
Bagi sekolah-sekolah harian biasa, mata pelajaran Bahasa Melayu menjadi penentu peratus pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Maka, kumpulan berisiko pencapaian rendah akan dimasukkan dalam kategori harapan lulus (halus), potensi lulus (polus), atau gagal hampir lulus (galus). Seorang guru cemerlang bahasa secara berjenaka memberitahu bahawa sepatutnya ada program yang dinamakan garuk (gagal teruk).
Sekolah-sekolah kawalan dan pilihan seperti sekolah berprestasi tinggi (sbt), sekolah kluster kecemerlangan, sekolah asrama penuh, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), sekolah yayasan negeri (Yayasan Islam Kelantan, Imtiaz Terengganu, Izzuddin Shah, Ipoh), sekolah elit swasta (seperti Kolej Yayasan Saad, Sekolah Rantau Petronas, Seri Cempaka) dan sekolah-sekolah teknik akademik akan mempunyai sasaran yang lebih tinggi. Sasaran kelompok sekolah berkenaan ialah 100 peratus A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu SPM. Namun, kebiasaannya ada juga beberapa orang calon yang hanya memperoleh gred A, A- atau sekadar B+.
Selain kerja keras panitia bahasa di sekolah, calon-calon peperiksaan awam kini juga mempunyai akses kepada laman sesawang bahasa, bahkan Astro, penyiar televisyen berbayar, kini telah menawarkan saluran khas untuk calon peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Sama ada saranan-saranan laman sesawang dan Astro benar-benar membantu calon peperiksaan SPM memerlukan suatu analisis kritikal oleh pakar. Sebabnya mudah sahaja, iaitu peraturan pemarkahan sebenar tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi (OSA), dan sesiapa juga yang terbabit dalam pembinaan item, pentaksir dan pegawai boleh dikenakan hukuman penjara dan denda jika bertindak membocorkan maklumat terperingkat itu.
Pilihan yang ada kepada guru ialah sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran dan buku teks. Selain itu, garis panduan umum tentang keperluan peperiksaan memang disebarkan kepada awam, termasuk laporan prestasi calon. Guru-guru bahasa akan menerima pendedahan teragih daripada peringkat kebangsaan, negeri, daerah, zon dan sekolah.
Berdasarkan perbincangan rasmi dan tidak rasmi, perbezaan antara calon A+ dengan gred-gred yang lain ialah dari segi kepekaan terhadap tugasan soalan. Calon A+ sentiasa peka tentang ambilan isi jawapan dan keperluan huraian bagi setiap soalan atau pecahan soalan. Mereka awal-awal lagi menentukan aras soalan, sama ada aras petikan, aras kbkk, atau aras komsas, serta soalan respons terbuka atau respons tertutup untuk karangan..
Setelah aras soalan ditentukan, calon A+ akan memastikan tumpuan (fokus) tugasan soalan. Mereka akan hanya menjuruskan penulisan jawapan kepada kehendak berkenaan, tanpa menulis perkara-perkara lain. Pendek kata, calon A+ dapat mentakrifkan liputan jawapan yang dikehendaki, dan dalam masa yang sama peka terhadap batasan atau had yang ditentukan...
Friday, July 29, 2011
PENGGUNAAN ISTILAH, KONSEP YANG TEPAT DALAM EKONOMI (DISCPLINE WITH SIMPLICITY)
Apabila seseorang pelajar telah melangkah masuk ke peringkat pengajian lepas menengah atau prauniversiti, mereka mula didedahkan dengan mata pelajaran yang lebih khusus dan menjurus kepada disiplin pembelajaran yang tertentu. Aktiviti lisan dan penulisan yang berlaku tidak lagi bersifat umum dengan penggunaan perkataan atau frasa dengan begitu bebas. Pelajar dikehendaki mempelajari istilah atau konsep yang lebih abstrak bagi meringkaskan penjelasan fenomena yang begitu rencam, atau memerlukan percakapan yang panjang jika berdasarkan penglihatan mata kasar semata-mata.
Mata pelajaran Ekonomi ialah satu contoh pembelajaran yang menghendaki para pelajar menguasai sejumlah istilah, konsep, prinsip, teori, hukum, model dan rumus yang khusus. Tidak seperti pengajian bahasa atau pengajian am yang membenarkan variasi sinonim, pengajian ekonomi mendedahkan pelajar kepada disiplin yang lebih ketat. Sama ada ketika perbincangan lisan, mahupun penulisan, pelajar perlu menggunakan istilah dan konsep yang tepat sahaja, bukan secara sewenang-wenangnya.
Sebagai contoh, analisis teori permintaan dan penawaran. Terdapat perbezaan antara kuantiti diminta / kuantiti ditawarkan dengan permintaan / penawaran. Begitu juga dari segi arah perubahan sama ada naik / meningkat / turun / jatuh dengan menguncup / mengembang dengan bertambah / berkurang.
Kuantiti merujuk kepada nilai pada paksi daripada lokus atau koordinat kombinasi harga dengan kuantiti yang diwakili oleh keluk. Maka, istilah yang tepat ialah kuantiti diminta / ditawarkan, bukan kuantiti permintaan / penawaran. Bagi menunjukkan arah perubahan kuantiti, naik / turun atau meningkat / jatuh hendaklah digunakan, bukan bertambah / berkurang.
Analisis terhadap keluk juga perlu dilakukan secara berhati-hati. Jika perubahan kombinasi harga dan kuantiti hanya merujuk keluk yang sama (satu keluk permintaan / penawaran) sahaja, arah perubahan mestilah disebut sebagai mengembang atau menguncup sahaja. Dalam kata lain, pergerakan lokus di sepanjang keluk yang sama disebut sebagai permintaan / penawaran mengembang atau menguncup.
Sebaliknya, apabila berlaku peralihan keluk, sama ada ke kanan atau ke kiri, ke atas atau ke bawah, baharulah istilah bertambah dan berkurang akan digunakan. Permintaan bertambah / berkurang, bukannya permintaan meningkat / jatuh, dan bukan juga permintaan naik / turun. Samalah juga halnya, tiada padanan seperti kauntiti mengembang / menguncup.
Apabila merujuk keluk secara khusus, tiada pula istilah keluk naik / meningkat / bertambah / turun / jatuh / berkurang / mengembang / menguncup. Keluk hanya beralih ke kanan / kiri / atas / bawah secara selari / tidak selari. Keluk juga boleh bersilang atau memotong keluk lain atas sebab-sebab yang khusus, iaitu merujuk prinsip / teori / hukum ekonomi yang tertentu.
Keseimbangan merujuk kepada titik, bukan keluk. Ertinya, tiada keluk keseimbangan, tetapi yang ada ialah titik keseimbangan yang menggambarkan kombinasi harga keseimbangan dan kuantiti keseimbangan. Barang diingat bahawa keseimbangan tidak semestinya diingini, atau tidak semestinya selari dengan tingkat kebajikan...
Thursday, July 28, 2011
PERCATURAN TAKTIKAL MALAYSIA TIDAK MENJADI (HAVE TO WAIT LONGER TO WORLD CUP)
Kuala Lumpur, Khamis: 28.6.11 / 24 Syaaban 1432
Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, penjaga gol Malaysia menganggap bahawa dalam permainan bola sepak, segala kemungkinan boleh berlaku. Semua pemain negara telah bermain berhabis-habisan, tetapi rezeki lebih memihak kepada Singapura yang memiliki kelebihan dua gol di Stadium Jalan Besar tempoh hari. Pasukan pelawat memberi tekanan psikologi yang hebat kepada skuad kebangsaan dengan taktik melengah-lengahkan permainan, serta berlakon cedera sehingga penjaga gol mereka, Izwan turut dilayangkan kad kuning.
Keputusan seri 1-1 di tengah-tengah lautan lebih 90,000 penonton di Stadium Nasional, Bukit Jalil sudah memadai buat Singapura mara ke pusingan ketiga kelayakan pra-Piala Dunia zon Asia. Kemenangan bergaya mereka di tempat sendiri dengan jaringan 5-3 menjadikan agregat keseluruhan 6-4. Kesempatan pertama yang telah direbut berjaya dipertahankan.
Setelah tidak menemui sentuhan penyudah dalam separuh masa pertama, Mohd Safee Mohd Salee akhirnya memecah kebuntuan dengan rembatan kencang pada minit ke-58. Ketika bunga-bunga harapan mula berkembang untuk mencapai sasaran dua gol kosong (2-0), ruang-ruang kosong yang ditinggalkan dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh Shia Juiyi (pemain 'import' kelahiran China) menerusi tiga sentuhan bola sahaja daripada hantaran Izwan untuk meledak tendangan leret ke bucu kanan gawang Khairul Fahmi. Gol minit ke-73 itu sekali gus menyempitkan peluang pasukan Malaysia.
Kini, harapan untuk mengibarkan Jalur Gemilang dalam saingan bertaraf dunia terletak kepada skuad Olimpik bawah 23 tahun yang akan menghadapi Jepun yang berkedudukan nombor satu Asia. Selepas itu, negara akan berhadapan dengan Syria dan Bahrain, kedua-duanya pasukan kental yang tidak mudah untuk ditundukkan. Pengajaran daripada skuad pra-Piala Dunia yang mengharapkan kebangkitan lewat pada perlawanan ulangan perlu dihalusi oleh jurulatih, Ong Kim Swee.
Saingan bola sepak mutakhir tidak semudah dahulu yang didominasi oleh beberapa pasukan handalan. Di benua Amerika Latin sendiri, Argentina dan Brazil tidak lagi digeruni oleh pasukan kerdil seperti Paraguay, Uruguay, mahupun Mexico. Di Asia, pasukan bukan kuasa bola sepak seperti Bangladesh, Filipina, India dan Taiwan kini juga begitu liat untuk ditewaskan, apatah lagi dengan peraturan longgar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) yang membenarkan penggunaan pemain asing yang didaftarkan sebagai warganegara dalam tempoh begitu singkat...
Wednesday, July 27, 2011
SISTEM JUALAN LANGSUNG KEJAM? (THE MANIPULATION OF DOWNLINES)
Penganjur-penganjur jualan langsung sering menjaja hujah lebih kurang bunyinya, "kita biarkan wang yang bekerja untuk kita, bukan kita yang bekerja untuk wang." Pemidato jualan langsung yang terlatih juga akan menayangkan beberapa kerat kader mereka yang hidup mewah dengan banglo, kenderaan termahal dan melancong ke serata dunia. Namun, kegagalan 90 peratus peserta jualan langsung tidak pula diungkapkan.
Bukan tiada langsung warga sekolah terbabit dengan jualan langsung, tetapi bilangannya sangat kecil. Sebagai penjawat awam, guru dan kakitangan sekolah wajib akur terhadap perintah am perkhidmatan awam dan segala pekeliling yang berkuat kuasa. Pembabitan dalam perniagaan jualan langsung, khususnya yang berciri piramid dan tidak jelas adalah terlarang.
Sebahagian besar perniagaan jualan langsung berpangkalan di negara-negara kapitalis seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan. Kini, sistem jualan langsung juga dimodifikasi oleh usahawan-usahawan tempatan, terutama produk kosmetik, kopi segera, suplemen makanan tambahan, dan susu kambing. Mereka beroperasi setelah memperoleh lesen yang sah daripada pihak berkuasa.
Hierarki dalam perniagaan langsung mengakibatkan kemungkinan peserta awal yang dapat mengumpul downlines akan goyang kaki, serta hanya perlu menekan tetikus komputer bagi menyemak jumlah wang masuk setiap beberapa jam. Kalau ingin lebih kaya, mesti sanggup menjaja ceramah di hotel-hotel pilihan. Hinggakan aktiviti menjual kad prabayar dan khidmat jalur lebar tanpa wayar juga dijadikan jualan langsung!
Jika diamati secara halus, up lines hakikatnya ditanggung oleh down lines yang bertungkus-lumus di lapangan. Orang ramai yang menjadi sasaran pula akan dipujuk rayu hingga "terpaksa" membeli produk yang asalnya tiada dalam senarai belanjawan mereka. Pendek kata, kelihatannya banyak sekali "mangsa" dibabitkan.
Dakwaan ekstrem mengatakan bahawa pendapatan yang diperoleh oleh uplines yang goyang kaki itu sebagai kabur dan tidak sah. Mereka tidak mengeluarkan peluh atau perlu bersusah payah menjual produk, sebaliknya hanya perlu menganga untuk "ngap" makanan yang datang bergolek. Seolah-olahnya bahawa ada orang membina kesenangan hidup atas manipulasi kejahilan orang lain yang besar bilangannya...
Tuesday, July 26, 2011
CERPEN "BIARKAN SAMUDERA" KOMSAS TINGKATAN 4 (PEER COUNSELLING)
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
“Tunggu.” Ibu menarik nafas. Kemudian ibu menghulurkan bungkusan yang berbalut kain putih. “Berikan ini kepada Mir.”
Hakimah angguk. Tangannya menyentuh bungkusan itu. Digenggamnya kemas-kemas. Terbayang wajah Mir yang suram, sendu dan mengharukan. Untuk sejenak, direnungnya wajah ibu yang sentiasa prihatin, lembut dan mendinginkan.
Wajah itu umpama salju, merenjis hati yang walang. Alangkah damainya jika Mir juga punya ibu.
Barangkali juga Mir akan lebih damai. Akan lebih tenteram.
“Ajaklah Mir datang ke sini. Ingin sekali ibu ketemu dengannya.”
Spontan, direnungnya wajah ibu yang damai. Sesungguhnya pada saat-saat seperti itu, bagaikan tidak terasa betapa dia sebenarnya amat bersyukur mempunyai wanita yang berhati murni ini. Sungguhlah betapa disedari bahawa dirinya sebenarnya amat bertuah, memiliki wanita yang sarat kemuliaan ini.
“Ya,. Saya akan mengajaknya ke sini, ibu. Mengajaknya mengenali seorang wanita yang saya kagumi sejak dulu,” ujarnya.
Barangkali, dia sewajarnya tidak terus membenamkan kekesalan yang perih itu terus ke jantung hati.
Sewajarnyalah dia membiarkan sahaja samudera itu bergulung-gulung, berpintal-pintal dengan ngauman kegarangannya yang tidak pernah berubah sejak dulu. Yang berubah hanyalah pantai itu. Yang bertukar hanyalah kehidupannya yang payah.
(Dipetik daripada
“Biarkan Samudera”
Raihanah Salleh
Antologi Harga Remaja, 2009)
(i) Berikan maksud sarat kemuliaan. (2 markah)
(ii) Nasihat ibu bagi mencari jalan menyelesaikan sesuatu masalah sangatlah wajar.
Selain ibu, jelaskan dua pihak lain yang boleh dirujuk bagi menyelesaikan sesuatu masalah mengikut
pendapat anda. (4 markah)
(iii) Nyatakan satu nilai murni daripada petikan dan dua nilai murni daripada cerpen. (3 markah)
Monday, July 25, 2011
PELAJAR TEKNIK BAKAL PECAH REKOD (MARATHON OF SUCCESS)
Ipoh, Selasa: 26.7.211 / 24 Syaaban 1432
Pelajar tingkatan 5 SM Teknik Ipoh, Persiaran Brash (SMTI) tahun ini mungkin merupakan kumpulan kedua akhir yang mengikuti pengajian sains tulen teknikal sebelum sistem kolej vokasional diperkenalkan mulai tahun 2012. Mata pelajaran akademik dan teknikal akan ditawarkan di sekolah-sekolah harian dan asrama penuh terpilih. Kolej vokasional akan tertumpu kepada kursus kemahiran asas dan pertengahan.
Sejak ditubuhkan pada tahun 1973, SMTI telah mengeluarkan modal insan penting negara, termasuk pakar kejuruteraan, akauntan, pemimpin masyarakat, profesor dan tokoh perniagaan. Menjelang usia matang 40 tahun, sekolah teknik asal daripada 9 buah seumpamanya di seluruh negara itu harus akur kepada keputusan kerajaan bagi memperkasakan latihan kemahiran teknikal hands-on pertengahan. Namun, bagi pelajar, guru, kakitangan dan semua pihak yang pernah menjadi sebahagian sejarah SMTI, jasa dan sumbangan SMTI tetap terpahat dalam sanubari mereka selama-lamanya.
Penulis blog (PB) memenuhi undangan sahabat-sahabat lama dalam Panitia Bahasa Melayu, iaitu Hajjah Hashimah (kini Penonong Kanan Kokurikulum), Hajjah Jamaliah (Guru Kanan Kemanusiaan), Mohd Nizam Sohor (Guru Kanan Bahasa), Miswan (Penyelaras Bestari IT), Ghazali Itam (pakar pengangkutan) dan Cikgu Haslizah (ketua panitia) untuk bertemu dengan sejumlah 298 orang pelajar tingkatan 5. Pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu di SMTI memang sudah hebat, iaitu 80 peratus calon memperoleh gred A untuk SPM 2010. Maka, tidak salah untuk SMTI membuat sasaran pencapaian lebih tinggi.
Objektif utama pertemuan ialah untuk memberi pengukuhan terhadap pengetahuan sedia ada pelajar, dan pengukuhan terhadap pengalaman pembelajaran bahasa dalam kalangan pelajar tingkatan 5. Selain itu, pelajar juga diberi pendedahan semula tentang beberapa bentuk kesilapan yang mungkin menjejaskan pencapaian pelajar dalam peperiksaan awam. Kepintaran dan kerja kuat sahaja tidak mencukupi tanpa memiliki kepekaan yang tinggi terhadap tugasan soalan dan unsur pengganggu dalam item soalan yang bertujuan memisahkan aras pencapaian calon.
Kepekaan yang tinggi juga perlu diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Insan yang peka dapat membaca isyarat daripada tanda-tanda kebesaran Allah di muka bumi, ayatullah fi'l-kaun, lantaran mereka terikat dengan iman. Tanpa kepekaan yang tinggi, seseorang itu akan senantiasa berada dalam kerugian...
Sunday, July 24, 2011
PUNCA SEKOLAH SUKAR BERUBAH (NEW VISION FOR EDUCATION)
ORGANISASI PENDIDIKAN ADALAH LAMBAT BERUBAH
Pengenalan
Sesebuah organisasi yang dinamik bukan sahaja seharusnya responsif terhadap keperluan peningkatan kecemerlangan berterusan, bahkan sewajarnya proaktif tanpa menunggu tekanan dalaman mahupun luaran. Organisasi pendidikan memiliki sejumlah ciri khusus yang membezakannya dengan bentuk organisasi awam, swasta atau NGO yang lain. Ia amat berkait rapat dengan lobi kumpulan berkepentingan utama stake holders sama ada kehendak politik (model berpusat UK) atau pembayar cukai yang menggunakan institusi mahkamah (model disentralisasi USA).
Ciri-ciri Perubahan Pendidikan
Mike Wallace (2003) berpendapat bahawa ada lima ciri perubahan pendidikan yang mendatangkan implikasi pengurusan. Pertama, ia bersifat skala besar dengan kepelbagaian latar belakang pengkhususan, keutamaan, kepercayaan dan nilai stake holders.
Walaupun memiliki sejumlah ciri unik tersendiri terutama dari segi tugas dan teknologi, persekitaran, individu dan struktur, organisasi pendidikan (EO) berkongsi beberapa ciri dengan semua sistem terbuka yang memiliki fungsi dalaman, serta pertalian penuh dengan persekitaran. Maka sebagai organisasi yang dinamik, EO tidak boleh selama-lamanya bergantung kepada corak pemikiran lama untuk menawarkan penyelesaian masalah semasa dengan mengambil kira dimensi perubahan yang bersifat rencam, sementara dan sarat dengan ketidaktentuan atau ketidakteraturan.
Kelambatan EO berubah sangat berkaitan dengan daya rintangan pembangunan organisasi (OD), terutama sekali berkaitan pengekalan status quo. EO, khususnya yang dibiayai awam tidak dapat lari daripada dikaitkan dengan sistem tipikal birokrasi (faceless entity) yang melambatkan perubahan. Model birokrasi Waber (1947) misalnya menekankan tugas dan pengkhususan, hierarki dan peraturan formal. Model tradisional ini menekankan autoriti dan kawalan.
Sistem EO berpusat yang dominan di kebanyakan negara adalah contoh paling relevan. Tekanan untuk meningkatkan kawalan pengurusan terhadap EO dibuat bagi pihak ahli politik kerajaan (Wallace,2003). Ahli politik lebih bimbang tentang kegalalan EO memenuhi keperluan ekonomi masa depan memandangkan pelaburan sosial terhadap modal manusia bagi menjana kemakmuran begitu besar, sedangkan kerencaman perubahan tidak mungkin dapat dikawal, malah di luar keupayaan manusia (Ibid).
Namun peralihan kepada sistem disentralisasi dengan konsep pengurusan berasaskan sekolah (site-based) tidak semestinya mempercepat perubahan memandangkan ia kuat dipengaruhi pula oleh kepentingan stake holders dan pembayar cukai yang sering berakhir dengan pertelingkahan di kamar mahkamah
Model tradisional lebih bersifat sistem tertutup atau reductionist. Lagipun keseimbangan organisasi dianggap amat penting untuk dipertahankan. Kesilapan sebenar banyak dipendamkan, sedangkan yang dirawat hanyalah gejalanya. Dalam jangka pendek ia kelihatan berkesan untuk menutup perasaan malu dan terancam. Ini bermakna bahawa pertahanan organisasi begitu kuat untuk digugat oleh ejen perubahan, sekali gus bertentangan dengan konsep organisasi pembelajaran yang amat peka terhadap perubahan, penambahbaikan, mengesan dan membetulkan kesilapan (Ong, 2002).
Sehebat mana pun matlamat dan metafora organisasi, visi dan misi EO digubal, akhirnya bertumpu kepada kehendak menyediakan murid yang boleh saling bekerjasama dalam masyarakat lebih luas pada masa depan (Robiah,1998:274). EO mesti berubah menjadi organisasi masa depan dengan peranan sebagai organisasi pembelajaran. EO harus sanggup akomodatif dan mengepikan daya rintangan yang melambatkan perubahan, biar pun mungkin kelihatan sebagai anarkis terancang.
Perubahan tidak semestinya mendatangkan kemajuan, tetapi kemajuan tidak mungkin berlaku tanpa perubahan (Glickman, 2003:451). Perubahan mendatangkan pengalaman baru dan pembelajaran baru. Ia mencabar amalan dan kepercayaan sedia ada dalam organisasi atau dengan organisasi lain pada tahap sistem yang berbeza, serta meningkatkan peluang pencapaian outcome yang diharapkan di luar jangkaan (Wallace:op.cit). Dalam konteks EO, perubahan mungkin lambat berlaku justeru terhadnya keupayaan mengawal stake holders, kurang kesedaran tentang apa yang sebenarnya berlaku dan percanggahan kepercayaan dan nilai yang teragih mengikut kumpulan berlainan. Dalam organisasi berskala besar dan dengan kewujudan pelbagai tahap sistem EO, hal ini tidak dapat dielakkan.
Sepertimana dalam disiplin ekonomi pendidikan yang baru dikembangkan pada dekad 1950-an, model OD dalam EO sebenarnya meminjam model dan pendekatan dari luar bidang pendidikan. Maka, mungkin tidak begitu tepat untuk membandingkan respons EO terhadap perubahan dengan organisasi lain memandangkan motif kewujudan EO amat berbeza dengan entiti perniagaan dan korporat. Penilaian tentang cepat atau lambat EO berubah seharusnya menggunakan instrumen dan indikator yang direka bentuk oleh para sarjana dalam bidang pendidikan sendiri.
Kebanyakan karya tradisional tentang OD menjurus kepada kepemimpinan dan pengurusan perubahan yang berfokuskan pengenalpastian daya rintangan perubahan dan cara mengatasinya. Pendekatan terkini telah beralih kepada pencetusan wawasan, meraih sokongan politik dan mengurus transisi. Jika kita bersetuju bahawa perubahan ialah sebenarnya strategi, maka ia sepatutnya terancang untuk jangka masa pertengahan (3 – 5 tahun) dan seterusnya dalam jangka masa panjang (5 - 10 tahun) (Davies, 2003) kerana kebolehramalan persekitaran.
Perubahan tidak terancang dalam jangka masa pendek akan lebih mudah diserap. Konsep intrapreneurship yang berfungsi dalam EO dengan subunit bertanggungjawab terhadap sasaran terhad daripada sejumlah besar sasaran unit pusat. Lebih banyak autonomi diserahkan kepada subunit tanpa mengubah statusnya kepada site-based.
Pengurus subunit EO mesti diorientasikan dengan kebolehan memindahkan wawasan jangka panjang dan konsep perubahan terancang seumpama tekanan kreatif dan lonjakan kelok S (sigmoid curve) dalam tugas harian. Keseluruhan struktur dalaman EO dan kepakaran stake holders dimanfaatkan dalam bentuk perundingan kolaboratif. Nescaya EO akan memadamkan imej lambat berubahnya. Pendek kata EO sentiasa bersedia untuk terus fokus terhadap tugas membantu pelajar ke arah pembelajaran sepanjang hayat yang berkesan, dan mudah dilatih di pasaran kerja bila-bila masa jua tanpa fobia perubahan.
Kita tidak boleh mengharapkan EO berubah sepantas organisasi berorientasi perkhidmatan dan keuntungan yang lain. EO sebenarnya tidak berhadapan dengan tekanan luaran untuk lebih berdaya saing mengakibatkan proses perubahan tidak begitu mendesak atau kritikal. Pembiayaan awam menyebabkan EO hampir berstatus monopoli memandangkan pihak swasta sangat selektif dalam enrolmen mereka.
Kepastian sama ada EO benar-benar lambat berubah atau sebaliknya bergantung kepada cara ukuran dibuat. Dalam menilai OD dan respons terhadap perubahan, ungkapan you are what you measure lebih bersesuaian (Davies, Ibid). Begitu banyak idea berbaris untuk dilaksanakan oleh EO. Penyelidikan masa depan terhadap isu ini harus memberi fokus kepada pengukuhan konsep organisasi belajar dan kepemimpinan strategik.
BIBLIOGRAFI
Cummings, Thomas G & Worley, Christopher G (2001), Organization Development & Change, South-Western Thompson Learning, Ohio.
Davies, Brent (2003), Rethinking Strategy and Strategic Leadership in Schools, Journal of Management & Administration, SAGE Publications, London
Glickman, Carl D, et al, SuperVision and Instructional Leadership: A Developmental Approach, Allyn and Bacon, Boston
Wallace, Mike (2003), Managing the Unmanageable: Coping with Complex Educational Change, Journal of Management & Administration, SAGE Publication, London
Ong Chon Sooi (2002), Konsep Teras dalam Organisasi Pembelajaran dan Penerapannya dalam Pengurusan Pendidikan dalam Sufean Hussin, Inovasi Dasar Pendidikan: Perspektif Sistem dan Organisasi, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur
_______________ (2002), Teori Sistem dan Penerapannya kepada Organisasi Pendidikan dalam Sufean Hussin, Dasar Pendidikan Progresif: Perspektif Makro dan Mikro, Utusan Publications, Kuala Lumpur
Robiah Sidin (1998), Pemikiran dalam Pendidikan, Fajar Bakti, Shah Alam
Saturday, July 23, 2011
JARING TIGA, BOCOR LIMA (CHALLENGING TIME FOR WORLD CUP SQUAD)
Singapura, Sabtu: 23.7.11 / 21 Syaaban 1432
Tiada pilihan selain memadam defisit dua gol di tempat lawan. Pada perlawanan timbal balik di Stadium Nasional, Bukit Jalil Khamis ini, Malaysia mesti menang sekurang-kurangnya dengan jaringan 2-0, 3-1, atau 4-2 bagi melayakkan diri secara automatik ke pusingan kelayakan bola sepak Piala Dunia 2014 seterusnya. Jaringan besar yang diterima berpunca daripada kerapuhan menyerap tekanan penyerang-penyerang import pasukan tuan rumah di Stadium Jalan Besar dengan kapasiti penonton sekitar 10,000 orang.
Tidak sampai 30 saat sepak mula, Malaysia berada di hadapan apabila Safee Salee bijak memanfaatkan bola yang muntah daripada tangkapan kurang kemas Izwan, penjaga gol ketiga Singapura yang diturunkan ekoran kecederaan Lionel Lewis dan penjaga gol kedua. Selepas solat Maghrib, penonton siaran langsung pasti terkedu apabila kedudukan sudah berubah kepada 1-2. Sebelum tamat babak pertama, Singapura melebarkan jurang dengan dua gol berturut-turut.
insiden yang mengakibatkan si baju merah, Ismail Yunos (Singapura) dibuang padang
Setelah sepuluh minit separuh masa kedua, pertarungan bertukar kepada 10 sebelah apabila pengadil dari Bahrain melayangkan dua kad merah, satu kepada kapten Malaysia, Safiq Rahim (minit ke-50) dan satu kepada pertahanan Singapura (minit ke-54). Asakan demi asakan pasukan negara akhirnya berhasil. Pada minit ke-69 dan 70, kedudukan berubah kepada 3-4.
Namun, cabaran perebutan bola barisan negara yang tidak cukup kuat membolehkan Singapura membawa bekalan lebih selesa dengan gol kelima. Jurulatih, Datuk Rajagobal harus memikirkan langkah terbaik memantapkan barisan pertahanan yang melepaskan 15 gol dalam tiga perlawanan terakhir, iaitu tewas 0-4 kepada Arsenal, dan 3-6 kepada Liverpool. Anak-anak buah Ong Kim Swee, terutama Faizal Marlias yang mengawal gawang Malaysia berjaya menafikan kemenangan bergaya Chelsea, naib juara Liga Perdana Inggeris musim ini elok dicontohi dan dipelajari secara serius...
Catatan jaringan: Malaysia (Mohd Safee Mohd Salee, 1, 70; Amirul Hadi Yahya, 69)
: Singapura (Aleksandar Duric, 7; 82; Qiu Li, 22; Mustafic Fahruddin, 44; Jia Yi Shi (45+1)Friday, July 22, 2011
KRITERIA MEMILIH WAKIL SEKOLAH (EQUITY IN EDUCATION)
Dasar "1 Murid 1 Sukan" yang dilancarkan baru-baru ini diharap dapat membuka peluang penyertaan yang lebih adil kepada semua murid dalam aktiviti sukan, khususnya di peringkat sekolah. Pertandingan-pertandingan yang dianjurkan boleh dikategorikan semula, misalnya untuk atlet prestasi tinggi, sederhana dan potensi. Maka, penglibatan dalam aktiviti sukan akan lebih menyeluruh dan tidak hanya tertumpu kepada beberapa kerat muka yang sama justeru dibantu oleh kelebihan fizikal dan akses latihan yang teratur.
Selain acara sukan, banyak lagi aktiviti pertandingan koakademik dan kokurikulum yang lain. Pertandingan yang membabitkan kemahiran komunikasi seperti debat ala-parlimen, forum remaja, pantun, pidato, puisi dan lagu sebagai contoh memerlukan calon peserta yang cerdas mindanya, serta berupaya mempengaruhi hakim dengan isi dan hujah yang jitu. Walaupun mereka akan dibimbing oleh guru sebelum pertandingan, tetapi apabila sudah berada di ruang pertandingan, mereka akan kembali bersendirian, atau berkumpul bersama rakan sepasukan sahaja.
Pemilihan pemimpin murid, sama ada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, majlis ketua tingkatan dan pembimbing rakan sebaya juga tidak sunyi daripada persepsi atau cakap belakang tentang kelayakan mereka yang tersenarai. Adakah pemilihan dilakukan secara tunjuk-tunjuk seperti membeli kuih-muih di pasar malam? Adakah semua kriteria yang telah digariskan dalam tatacara pengambilan pemimpin murid dipatuhi sepenuhnya?
Memandangkan persaingan merebut tempat terbaik di institut pengajian tinggi terkemuka, biasiswa dan temu duga jawatan memasukkan merit terhadap penglibatan, serta pencapaian dalam acara bersifat pertandingan di sekolah, maka pemilihan peserta perlu lebih jelas, telus dan utuh. Ibu bapa yang prihatin akan cuba menggalakkan penyertaan anak masing-masing supaya meraih markah penglibatan dan pencapaian dalam aktiviti luar bilik darjah. Maka, sebarang bentuk pemilihan peserta yang dianggap sambil lewa boleh mengundang kritikan ibu bapa.
Sudah ada kes mahkamah bahawa seorang hakim memfailkan saman kepada pihak sekolah (swasta) kerana menggugurkan penyertaan anak beliau dalam satu pertandingan koakademik. Mujurlah pihak sekolah berkenaan didapati telah akur akan garis panduan yang tertulis, serta tidak melakukan sebarang khilaf. Namun, kes itu merupakan duluan (precedent) supaya tidak berlaku sebarang kecuaian yang bakal menyusahkan pihak sekolah dan imej pihak berkuasa pendidikan.
Konflik kepentingan lebih ketara berlaku di sekolah-sekolah rendah. Keadaan demikian berpunca daripada terdapatnya guru yang turut mendaftarkan anak-anak sebagai murid di sekolah tempat mereka bertugas. Maka, apabila anak-anak mereka dipilih sebagai pemimpin murid atau wakil sekolah, kontroversi tentunya sukar ditepis begitu sahaja.
Penggunaan "kabel" juga telah sekian lama menjadi rahsia umum. Terdapat segelintir ibu bapa yang berpengaruh menghubungi pihak sekolah supaya mempertimbangkan pemilihan anak atau cucu masing-masing dalam hierarki kepimpinan murid atau anggota pasukan sekolah dalam sesuatu pertandingan. Dari satu sudut, tindakan itu hanyalah sebahagian ikhtiar ibu bapa, tetapi pihak sekolah tidak wajar menjadikannya sebagai tekanan untuk berlaku pilih kasih.
Barangkali satu manual panduan tentang tatacara pemilihan pemimpin murid dan wakil sekolah dalam pertandingan perlu disusun oleh pihak berkuasa pendidikan. Walaupun garis panduan mungkin dianggap satu lagi bentuk kongkongan yang menyusahkan, sekurang-kurangnya prinsip kesamarataan peluang (aksesibiliti) dan keadilan (ekuiti) benar-benar dapat dilaksanakan di sekolah. Semua murid, termasuk daripada kelompok kurang beruntung akan memiliki peluang bagi mengembangkan bakat, fakulti dan potensi yang ada dalam diri masing-masing...
Thursday, July 21, 2011
MALAYSIA LAYAN CHELSEA (ONLY ONE GOAL)
Kuala Lumpur, Khamis: 21.7.11 / 19 Syaaban 1432
Hanya gol 'hadiah' daripada sepakan bola mati (tendangan percuma) minit ke-80 sentuhan Didier Drogba memisahkan kedudukan Pilihan Malaysia dengan Chelsea di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi. Penjaga gol gantian Malaysia kelihatan seolah-olah memohon simpati penjaga garisan yang mengatakan bola di kawasan garisan gol itu masuk. Suhu panas yang melanda negara belakangan ini barangkali cepat memenatkan pemain-pemain Chelsea yang berkulit putih.
Strategi bertahan yang direncanakan oleh jurulatih, Ong Kim Swee ternyata berjaya mengekang pergerakan bintang-bintang antarabangsa kelab terkemuka EPL itu. Walaupun pasukan pelawat berjaya menguasai 70 peratus kawalan bola, hanya beberapa percubaan ke atas pintu gol Malaysia berjaya dihasilkan. Peluang terbaik Malaysia untuk mengikat Chelsea hadir apabila Thamil Arasu hanya berhadapan dengan penjaga gawang lawan, tetapi dia nyata gugup dengan acahan benteng terakhir lawan yang bijak menyempitkan ruang untuk rembatan tepat ke arah sasaran.
Pasukan yang diturunkan ialah gabungan pemain-pemain Olimpik bawah 23 tahun dengan pemain senior negara yang tidak tersenarai dalam skuad pra-Piala Dunia kebangsaan. Berbanding dengan kesebelasan skuad yang akan bertarung di Stadium Jalan Besar, Singapura lusa, barisan pertahanan Pilihan Malaysia lebih teratur. Barangkali anak buah Datuk Rajagobal boleh belajar sesuatu...
Wednesday, July 20, 2011
AMALAN SIKAP TERBUKA (THERE WILL ALWAYS BE A FRONTIER)
Antara halangan utama terhadap proses perubahan ialah pemikiran jumud atau tertutup. Keengganan menerima anjuran atau saranan yang bersifat baharu bererti jalan mati. Konsep-konsep seperti inertia, status quo, dan daya rintangan (restraining forces) sering digunakan bagi merujuk kelompok sedemikian.
Sesebuah organisasi yang dipenuhi anggota-anggota yang sudah terperangkap dalam zon selesa itu akan cepat mengalami proses keusangan dan tidak relevan. Organisasi itu tidak akan berupaya menonjol dalam persekitaran yang pesat berubah. Pendek kata, sesebuah organisasi yang kuat dipengaruhi orang-orang yang tegar tentang sesuatu aliran akan jatuh, serta makin jauh ketinggalan.
Walaupun sikap terbuka itu sangat penting sebagai prasyarat proses perubahan, ia mesti dipandu oleh ilmu dan sejumlah konsep yang betul. Jika sebaliknya, sikap terbuka yang kononnya diamalkan akan bersifat angan-angan, arbitrari, dakwaan (claim) falasi, khayalan, palsu dan tidak sah. Nilai-nilai murni yang menjadi tunjang sikap terbuka mungkin diselewengkan kepada prinsip hedonisme.
Amalan sikap terbuka bukanlah lesen untuk mempromosikan hedonisme. Alasan bahawa sikap terbuka merujuk kepada tingkah laku yang tidak terikat kepada mana-mana peraturan ialah satu bentuk kesesatan dan penyelewengan yang serius. Semua perkara pun mesti ada unsur kawalan.
Hedonisme ialah aliran pemikiran yang taksub kepada prinsip keseronokan. Perkataan hedonisme berasal daripada leksikon Greek hedonismos yang bererti keseronokan (joy, pleasure) dan sekali gus berusaha bagi menghindari sengsara (pain, sorrow). Hedonisme sangat dekat dengan fahaman utilitarian dan pagan.
Memang benar bahawa manusia perlu bahagia dan sejahtera dalam kehidupan. Namun, bahagia dan sejahtera yang didambakan wajib merujuk kepada ilmu yang sah. Dalam usaha mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan, tiada kerosakan harus dibenarkan berlaku sama ada kepada diri sendiri dan orang lain.
Sebagai contoh, amalan sikap terbuka dalam kalangan warga sekolah. Ada murid mengaitkan sikap terbuka dengan kebebasan dalam pergaulan berlainan jantina. Bagi mereka yang sedemikian, contoh yang dipaparkan menerusi layar kaca (televisyen), layar perak (pawagam) dan pelbagai media yang lain menunjukkan perkara berkenaan adalah biasa-biasa sahaja.
Tindakan pertama yang perlu diambil ialah membuat penegasan tentang peraturan sekolah yang tidak membenarkan sentuhan fizikal antara berlainan jantina dalam kawasan sekolah. Seterusnya, konsep sebenar sikap terbuka hendaklah disampaikan dengan cara yang paling hikmah. Dunia pendidikan ialah antara benteng terakhir bagi mempertahankan akhlak yang mulia...
Monday, July 18, 2011
TUGAS GURU MEMBERI HARAPAN (AN ISLAND OF HOPE IN A SEA OF DREAMS)
Hakikatnya, segala tugas yang berkaitan dengan dunia pendidikan ialah tentang proses perubahan. Terdapat banyak istilah yang cuba menggambarkan perubahan yang diinginkan seperti penambahbaikan, transformasi, modifikasi tingkah laku (BM), reformasi, pengurusan kualiti dan macam-macam jargon yang lain. Inti patinya ialah aktiviti pembelajaran harus berupaya menganjak status quo kepada tahap keseimbangan yang baharu, atau meningkat ke tahap yang lebih tinggi.
Secara mudah, status quo bermaksud kekal dalam keadaan yang sama, tanpa sebarang kemajuan. Contohnya, seseorang murid yang mengulang-ulang kesilapan yang serupa sepanjang masa, sama ada dalam tugasan bertulis atau disiplin. Tindakan intervensi perlu diambil supaya berlaku perubahan sikap dan tingkah laku dalam diri murid berkenaan dalam jangka panjang jika pun tidak serta-merta.
Sebahagian kita sudah biasa mengunjungi premis makanan segera KFC, atau sekurang-kurangnya pernah melintas di hadapannya. Terdapat banyak iklan, dan patung yang berupa seorang tua yang sedang berdiri, merujuk kepada pengasas KFC, "Colonel" Harland Sanders. Mengapa orang tua?
Sebenarnya, minat Sanders dalam dunia masakan bermula setelah bergelar anak yatim ketika berusia 6 tahun. Ibu Sanders keluar bekerja, dan Sanders menggalas tugas menjaga sepasang adiknya dan memasak untuk mereka. Bermula dengan gerai kecil, makin maju dan akhirnya terpaksa berhenti kerana tapak niaga Sanders diambil sebagai laluan lebuh raya.
Berbekalkan elaun sosial sebanyak USD105 sebulan, Sanders cuba menceburkan diri dalam penjualan ayam goreng dari restoran ke restoran. 1,009 pemilik restoran menolak. Namun, pemilik restoran ke 1,010 telah mengubah sejarah pemasaran makanan segera dan sistem francais dunia apabila mengatakan "ya" kepada Sanders.
Kisah Sanders dengan KFC ialah salah satu modal dalam slot motivasi, walaupun kadang-kadang terdapat tokok tambah dan penyelewengan fakta. Namun, pokok pangkal cerita yang penting ialah seribu kegagalan dapat ditebus dengan satu kejayaan sahaja. Sanders bermula pada usia 65 tahun, serta sempat melihat kejayaan empayar KFC di 82 buah negara selama 35 tahun sebelum memejamkan mata akibat leukimia.
Kisah Sanders boleh dibaca menerusi pautan di bawah:
Di Malaysia, tokoh seperti Azman Hashim (Tan Sri, Ambank), Syed Mokhtar al-Bukhary (Bernas, DRB, Yayasan Bukhari), S.M. Nasimudin (Allahyarham, Kumpulan Naza), Boon Siew (Honda), dan Ananda Krishnan (Astro, Maxis, Bina Riang) berasal dari keluarga biasa, bukan orang berharta. Azman datang daripada keluarga besar, 19 orang adik-beradik, manakala Syed Mokhtar dan Nasimudin hanya tamat persekolahan tingkatan 5. Boon Siew pula buta huruf!
Pemilik Kumpulan Metrowealth, David Teo hanya lulusan tingkatan 5 sekolah jenis kebangsaan Cina, tetapi kini mendominasi dunia perfileman Melayu. Yusof Haslam (Dato'), pemilik Skop Production hanya bermula dengan watak pelakon tambahan. Dunia lakonan memang penuh kontroversi, khususnya tentang adegan yang membabitkan bukan mahram, tetapi kita berharap kepakaran mereka dapat dijuruskan ke arah kebaikan dan amalan taqwa.
Dalam bidang akademik, Prof. Dr. Sidek Baba pernah mengayuh basikal 60 kilometer sehala untuk belajar di sekolah Inggeris, dan harus menduduki peperiksaan HSC (kini STPM) sebanyak 8 kali sebelum diterima masuk ke Universiti Malaya. Beliau hanya akan kekal sebagai guru lulusan maktab jika tidak pernah berfikir tentang perubahan! Sidek Baba hanya memerlukan tempoh 3 tahun untuk pengajian ijazah sarjana muda Pengajian Melayu (UM), setahun untuk sarjana pendidikan perbandingan (USA) dan tiga tahun untuk Ph.D (juga USA).
Murid-murid yang kurang beruntung, termasuk kelompok yang bermasalah pembelajaran tidak seyogia disisihkan. Mungkin hari ini, mereka mempamerkan sikap menolak dan tidak peduli. Siapa tahu, 10 tahun akan datang mereka kembali bertemu kita (guru) dengan membawa khabar yang di luar dugaan.
Pengalaman penulis blog (PB) juga demikian. Banyak kali PB disapa oleh bekas murid yang mengaku bahawa kata-kata PB beberapa tahun yang lalu telah membawa perubahan dalam kehidupan mereka. Pada PB, guru ialah pelaksana amanah yang berusaha menjana idea tentang perubahan. Berjaya atau sebaliknya bukanlah tugas seorang manusia, melainkan dengan Kehendak Allah jua...
Sunday, July 17, 2011
"BUDI SEORANG BAPA ANGKAT" PROSA KLASIK TINGKATAN 1 (THE SUPERIOR AND THE SUBORDINATE)
Pengenalan
Pada amnya, tujuan pembelajaran sastera penglipur lara ini ialah tentang tanggungjawab bapa dalam memberi pendidikan kepada anak supaya menjadi insan berguna (antologi Kasut Kelopak Jantung, 28). Maka, si anak hendaklah tidak mensia-siakan harapan ibu bapa untuk melihat anaknya berjaya di dunia dan di akhirat. Murid-murid tingkatan 1 perlu mempelajari kisah Awang Sulung Merah Muda yang dipelihara oleh Datuk Batin Alam setelah kematian ibu bapanya.
bersambung...
Saturday, July 16, 2011
SAFEE, SAFIQ TERJAH GAWANG LIVERPOOL (HIGH LEVEL EXPERIENCE FOR NATIONAL SOCCER TEAM)
Kuala Lumpur, Sabtu: 16.7.11 / 14 Syaaban 1432
Ternyata bahawa pasukan yang dibarisi bintang antarabangsa yang pernah beraksi dengan pasukan-pasukan kebangsaan terbaik dunia menyerlahkan kelas yang tersendiri apabila melayan skuad yang masih mengintai peluang saingan tinggi. Begitulah skrip yang tertulis apabila Liverpool, kelab ternama Inggeris singgah dalam kunjungan pramusim EPL di Stadium Nasional, Bukit Jalil menentang Harimau Malaya. Namun, Malaysia tetap mampu mencemaskan kelab gergasi England itu apabila tiga kali membocorkan gawang lawan, walaupun akhirnya terpaksa akur dengan jaringan berjumlah sekali ganda.
rembatan setpiece bola mati (tendangan percuma) Safiq Rahim melepasi jangkauan penjaga gol Liverpool
untuk menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-42
untuk menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-42
Liverpool kelihatan tidak menampakkan tahap sebenar permainan mereka, seakan-akan menjadikan Harimau Malaya sebagai rakan pelatih pemanas badan. Gol pertama pasukan pelawat disumbat menerusi sepakan bola mati, iaitu penalti pada minit ke-26 oleh Charlie Adam. Setelah kedudukan terikat 1-1 dalam separuh masa pertama, David Ngoc menghukum kealpaan pertahanan Malaysia dengan dua jaringan berturut-turut pada minit 57 dan 58.
The Reds melebarkan jurang apabila sentuhan Maxi Rodriguez pada minit ke-74 menewaskan Khairl Fahmi Che Mat. Namun, kemasukan penyerang sensasi negara Mohd Safee Mohd Salee dalam baki 20 minit terakhir membuatkan ego Liverpool tersentak. Dua gol padang Safee berselang dua minit (79, 81) merapatkan kedudukan kepada 3-4.
Ketika defisit jaringan kecil itu bagaikan muktamad, sekali lagi pengalaman menyambar peluang tepat pada waktunya membolehkan Liverpool menambah dua gol lewat menerusi Rodriguez sekali lagi (90) dan menerusi lambungan bintang Piala Dunia Belanda, Dirt Kuyt (90+3, masa kecederaan). Perlawanan berakhir dengan keputusan Malaysia 3, Liverpool 6. Tanggal 21 Julai nanti, Malaysia akan berhadapan dengan sebuah lagi kelab handalan Inggeris, Chelsea, setelah sebelum ini Malaysia turut akur kepada Arsenal 0-4...
Thursday, July 14, 2011
PENGALAMAN MENAIKI KERETA API (INTER CITY RAILWAYS)
Pengangkutan kereta api pernah melalui zaman suram bagaikan akan menjadi jentera tontonan di muzium. Namun, dengan usaha gigih penyelidikan dan pembangunan teknologi termaju, perkhidmatan kereta api kembali menjadi sebutan orang ramai yang sudah rimas dengan kesesakan lalu lintas di jalan raya. Malaysia, walaupun agak lewat melakukan reformasi pengangkutan kereta api, tetapi telah berjaya memperkenalkan pelbagai pilihan perkhidmatan seperti mel biasa, sistem transit aliran ringan (LRT), kereta api laju (ETS), komuter, sistem transit landasan tunggal (MRT), ERL dan lain-lain secara serentak.
Di negara-negara besar seperti China dan India, pengangkutan kereta api sudah sinonim dengan kehidupan rakyat mereka. Di China, terdapat tren paling laju dengan catatan hampir 600 kilometer sejam. Di negara-negara Eropah dan Jepun, rangkaian kereta api dibina menerusi konsep landasan bawah tanah dan terowong (tube) yang menghubungkan seluruh negara.
Di Russia, terdapat landasan rentas benua terpanjang, iaitu dari Moscow di Eropah Timur dengan Vladivostok di Timur Jauh Asia, menghubungkan wilayah-wilayah negara tabir besi itu yang luasnya melebihi 17 juta kilometer per segi. Di Pulau Sakhaline, berhampiran Kepulauan Kurile yang masih dituntut oleh Jepun (seluas Semenanjung Tanah Melayu), pengangkutan kereta api masih menggunakan teknologi lama, iaitu dengan penggunaan bahan api arang batu. Setakat ini, tidak ramai orang asing yang berpeluang merasai pengalaman menaiki kereta api rentas benua di sana justeru Russia belum menjadikan industri pelancongan sebagai sumber pendapatan negara mereka.
Di Malaysia, operator terbesar pengangkutan kereta api ialah Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB). Walaupun dari segi operasi, KTMB sering mencatat kerugian, tetapi nilai aset yang berupa tanah rezab kereta api yang begitu luas dianggarkan bernilai puluhan bilion ringgit dan akan terus meningkat sejajar dengan permintaan yang tinggi terhadap tanah. KTMB baru sahaja melepaskan salah satu tanah rezab yang paling mahal, iaitu Tanjong Pagar di Singapura walaupun mendapat ganti Woodland di sana.
bersambung...
"HIKAYAT INDERA NATA" KOMSAS TINGKATAN 4 (THE GREAT PRINCE)
Penceritaan watak penting
Indera Nata / Si Piatu
Indera Nata / Si Piatu
Anak Raja Rom yang gagah perkasa. Mampu menundukkan semua haiwan buas dalam usaha mencari gajah bergading emas seperti titah ayahanda baginda. Berjaya mendaki mahligai puteri tujuh yang diculik oleh raksasa dari kecil untuk dipelihara sehingga tiba waktunya menjadi makanan sang raksasa. Disembunyikan dalam peti emas apabila raksasa kembali. Dengan bantuan puteri, berjaya memperoleh gajah bergading emas, sambil mengalih perhatian raksasa supaya dapat melarikan diri. Ketika dikejar oleh raksasa, Indera Nata mendapat bantuan lembur (ular sakti) dan naga yang diutus oleh Betara Gangga menerusi isyarat gemala hikmat. Raksasa suami isteri dibunuh di laut. Indera Nata membawa puteri tujuh ke rumah bonda baginda, Puteri Cenderawati.
tuan puteri tujuh orang
Puteri Cendana Kesuma: anak Raja Mesir. Petah berkata-kata
Puteri Norlila: anak raja Baghdad (Iraq)
Puteri Indera Paksi; anak Raja Siam
Puteri Ratna Cahaya: anak Raja Kufah (Iraq)
Puteri Ratna Bagang: anak Raja Iraq
Puteri Cendera Maha Dewi: anak Raja Peringgi (Portugis)
tuan puteri ketujuh: walaupun amat cantik, masih tidak dapat menandingi Puteri Cendana Kesuma
Terperangkap dalam mahligai jin di atas bukit nan tinggi. Sedia menghambakan diri jika Indera Nata sanggup menyelamatkan mereka. Berjaya membuat helah hati mereka masih kecil untuk dimakan melainkan dicarikan gajah bergading emas. Apabila raksasa berjaya, disuruh pula mencari kijang putih bertanduk emas, serta mencuci kain hitam sampai bertukar putih. Mereka berjaya melepaskan diri bersama Indera Nata dengan menunggang gajah bergading emas. Setelah raksasa dibunuh oleh lembur dan naga, mereka dibawa bertemu Puteri Cenderawati, bonda Indera Nata dan tinggal di sana.
Raksasa laki isteri
Betara Gangga
Penjaga kepada Indera Nata yang boleh dihubungi menerusi isyarat gemala sakti. Mengutuskan lembur dan naga bagi membantu Indera Nata dan puteri tujuh daripada dikejar oleh raksasa suami isteri
Lembur dan naga
Puteri Cenderawati
Si Batu Kembar
Indera Jenaka
tuan puteri ketujuh: walaupun amat cantik, masih tidak dapat menandingi Puteri Cendana Kesuma
Terperangkap dalam mahligai jin di atas bukit nan tinggi. Sedia menghambakan diri jika Indera Nata sanggup menyelamatkan mereka. Berjaya membuat helah hati mereka masih kecil untuk dimakan melainkan dicarikan gajah bergading emas. Apabila raksasa berjaya, disuruh pula mencari kijang putih bertanduk emas, serta mencuci kain hitam sampai bertukar putih. Mereka berjaya melepaskan diri bersama Indera Nata dengan menunggang gajah bergading emas. Setelah raksasa dibunuh oleh lembur dan naga, mereka dibawa bertemu Puteri Cenderawati, bonda Indera Nata dan tinggal di sana.
Raksasa laki isteri
Betara Gangga
Penjaga kepada Indera Nata yang boleh dihubungi menerusi isyarat gemala sakti. Mengutuskan lembur dan naga bagi membantu Indera Nata dan puteri tujuh daripada dikejar oleh raksasa suami isteri
Lembur dan naga
Puteri Cenderawati
Si Batu Kembar
Indera Jenaka
Wednesday, July 13, 2011
PRINSIP PENULISAN TEKS UCAPAN (SPEECH SCRIPTING)
Anekdot
I
Pada satu majlis perhimpunan pemimpin pelajar peringkat kebangsaan di Stadium Indera Mulia, Ipoh beberapa tahun lalu, pengacara majlis mengumumkan bahawa teks ucapan diserahkan kepada Perdana Menteri berupa sebuah buku berjilid kain baldu. Sejurus itu, Perdana Menteri pun menyampaikan ucapan dengan membaca teks berkenaan. Ucapan Perdana Menteri kedengaran begitu lancar dan dengan intonasi yang cukup baik seolah-olah berucap secara spontan atau impromtu. Ketika itu, penulis blog (PB) bertindak selaku guru pengiring kepada sekumpulan murid Sekolah Menengah Teknik Ipoh, Persiaran Brash, Ipoh.
II
Peristiwa berlaku pada hari sukan juga di sebuah sekolah tempat PB bertugas. Pengacara menjemput Yang Dipertua PIBG melancarkan penutupan rasmi kejohanan. Justeru tiada teks ucapan disediakan, YDP berkenaan telah bercakap lebih setengah jam dengan bahasa yang tidak begitu kena dan isi yang langsung tidak fokus terhadap majlis. Semua hadirin, termasuk budak sekolah menjadi gelisah. Tiada sesiapa pun tampil menghentikan ucapan seperti menghantar memo atau notis kecil. Alkisahnya macam watak Pak Jabit dapat mikrofon (filem Hantu Kak Limah Balik Rumah).
III
Seorang bekas pegawai kanan penyiaran yang telah lanjut usia (barangkali 70 tahun lebih) diberikan anugerah khas RTM, serta ditayangkan secara langsung menerusi radio dan televisyen. Apabila dijemput menyampaikan sepatah dua kata, dia telah bercakap hampir satu jam setengah tanpa sesiapa pun yang berani menegur. Tiada muzik dimainkan sebagai isyarat supaya dia berhenti menceceh. Pengacara dan penerbit juga tidak bertindak masuk campur. Hadirin pasti berharap agar kelantangan pembesar suara diperlahankan terus supaya akhirnya orang itu sedar bahawa dirinya terlebih perasan!
Konsep Teks Ucapan
Naskhah atau teks ucapan untuk sesuatu majlis disediakan lebih awal supaya berlaku kawalan dari segi kandungan dan peruntukan masa yang diatur oleh penganjur. Ahli-ahli politik yang berkedudukan tinggi atau pegawai kanan kerajaan boleh mengarahkan agensi atau organisasi di bawah bidang kuasa masing-masing untuk menyediakan teks ucapan rasmi yang mengandungi butiran, data, fakta, maklumat, senario dan unjuran yang sah. Pada kebiasaannya, pemimpin sedemikian perlu merasmikan banyak majlis, menjawab soalan sidang parlimen atau melayan wartawan dalam sidang media.
Draf teks ucapan yang disediakan akan diperhalusi pula oleh setiausaha sulit kanan atau pembantu peribadi kepada pemimpin atau pegawai yang bakal menyampaikan ucapan. Kemudian, setiausaha atau pembantu tadi akan memuktamadkan teks ucapan setelah mendapatkan maklum balas pemimpin atau pegawai, jika perlu. Kemungkinan berlaku penambahan atau penghilangan fakta, ubah suai dan pindaan akan menjadi hak kepada individu yang bakal menyampaikan ucapan.
Setelah ucapan disampaikan, teks ucapan berkenaan menjadi milik penuh pemimpin atau pegawai itu. Tiada sesiapa pun sama ada penulis draf asal, pakar rujuk, pakar runding atau mana-mana pembantu dibenarkan mendakwa bahawa teks ucapan berkenaan ialah miliknya. Pemimpin dan pegawai yang berucap dianggap memiliki hak cipta dari segi undang-undang bagi menerbitkan semula teks ucapan berkenaan atas namanya sendiri, iaitu tanpa sebarang ikatan dengan pihak yang menyediakan draf atau pihak yang membuat pemurnian.
Proses Merangka Teks Ucapan
Antara perkara penting yang perlu diambil kira:
1 status acara / majlis
2 tetamu utama / protokol
3 objektif majlis
4 hadirin / latar belakang khalayak
5 idea / mesej yang hendak disampaikan
6 peruntukan masa ucapan
7 kecindan
8 harapan
Rangka asas ucapan
1 status acara / majlis
2 tetamu utama / protokol
3 objektif majlis
4 hadirin / latar belakang khalayak
5 idea / mesej yang hendak disampaikan
6 peruntukan masa ucapan
7 kecindan
8 harapan
Rangka asas ucapan
1 Menghadap majlis: salam / protokol (pengacara, def kehormat, anggota organisasi, khalayak)
2 Lafaz kesyukuran / ucapkan terima kasih
3 Sepintas lalu tujuan majlis / kapasiti penyampai ucapan
4 Latar belakang mesej / senario
5 Ulasan ringkas tema majlis
6 Isu semasa / laporan kemajuan organisasi
7 Bidang penambahbaikan
8 Harapan terhadap sokongan berterusan
9 Tahniah kepada individu / kumpulan / organisasi yang diraikan
10 Menutup ucapan
Contoh Teks Ucapan Hari Anugerah Kokurikulum
(penyampai: Penolong Kanan Kokurikulum)
Terima kasih saudara pengacara majlis
Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat sejahtera, selamat pagi
Yang Berbahagia Datin __________________________, tetamu kehormat majlis anugerah kokurikulum SMK ___________________ edisi tahun 2011, Yang Berusaha, Encik __________________________, pengetua SMK ______________________________, penolong-penolong kanan, guru-guru kanan, guru, pemimpin pelajar, penerima anugerah, dan seterusnya hadirin yang dihormati.
Bersyukur kita ke Hadrat Ilahi justeru dengan Inayah dan Kurnia-Nya, dapat kita berkumpul bersama-sama pada pagi yang berbahagia ini. Saya mengambil kesempatan ini merakamkan penghargaan kepada Yang Berbahagia Datin yang sudi menerima jemputan kami. Terima kasih juga ditujukan buat semua pihak yang telah bertungkus-lumus bekerja bagi memastikan kejayaan majlis anugerah kokurikulum pada pagi ini.
Hadirin yang dimuliakan,
Kegiatan kokurikulum telah dimasyhurkan sebagai komponen penting pembelajaran di sekolah, serta diberikan merit sebanyak 10 peratus dalam permohonan memasuki institut pengajian tinggi dan juga untuk layak dipertimbangkan biasiswa dan pinjaman kewangan. Lebih penting daripada itu ialah segala pengalaman pembelajaran yang diperoleh daripada aktiviti kokurikulum akan memupuk bakat kepimpinan, menyerlahkan potensi yang terpendam dan mengukuhkan semangat kesukarelaan dalam bidang kebajikan dan perkhidmatan sosial. Aktiviti kokurikulum menjadi medan latihan kepada generasi muda murid Malaysia untuk lebih berdaya saing dan hidup dalam persekitaran yang mengutamakan persefahaman dan kerukunan bermasyarakat.
SMK ________________________________ telah menempa beberapa kejayaan yang boleh dibanggakan di peringkat zon, daerah dan negeri. Misalnya, ___________________________________, murid tingkatan 2 telah mencipta nama dalam acara _______________ peringkat negeri. Murid berkenaan telah pun diintai oleh sebuah sekolah sukan ternama di negara kita. Pasukan _______________________ pula telah terpilih sebagai wakil negeri yang akan bersaing di peringkat kebangsaan.
Selain sukan berprestasi tinggi, dasar 1 Murid 1 Sukan yang dilancarkan baru-baru ini menunjukkan kesungguhan Kementerian Pelajar dalam amalan dasar inklusif dan konsep pendemokrasian pendidikan, iaitu pendidikan bermutu untuk semua. Semua murid akan diberi peluang menyertai bidang sukan menurut kemampuan diri masing-masing. Pihak sekolah sudah memuktamadkan dokumen pelaksanaan konsep berkenaan untuk dilaksanakan serta-merta.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Pencapaian kokurikulum dalam bidang kelab dan persatuan, serta unit pakaian seragam juga amat memberangsangkan. Antara catatan kejayaan SMK _____________________ termasuklah:
1
2
3
4
5
6
Bagi pihak sekolah, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga sekolah, terutama murid dan guru yang telah memberikan komitmen yang terbaik dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum SMK ___________________________ selama ini. Pada pagi ini, pihak sekolah berbesar hati mengiktiraf pencapaian cemerlang dalam bidang kokurikulum.
Yang Berbahagia Datin, hadirn dan hadirat,
Penerima anugerah pencapaian kokurikulum pada pagi ini ialah murid-murid yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang sekurang-kurangnya di peringkat daerah. Sebenarnya, bilangan murid yang cemerlang di peringkat sekolah dan zon juga besar bilangannya. Namun, dengan meletakkan kriteria pemilihan yang agak ketat, bilangan penerima anugerah kecemerlangan telah dihadkan. Pada masa hadapan, kriteria pemilihan mungkin diubah suai berdasarkan keperluan. Pihak sekolah mengalu-alukan sebarang bentuk saranan yang dapat menambah baik majlis seperti itu pada masa akan datang.
Sebelum mengakhiri ucapan, sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada para pemenang. Jangan berhenti pada satu-satu tahap, sebaliknya cubalah meningkatkan kemajuan dalam bidang kegiatan yang dipilih. Sesungguhnya kalian ialah harapan agama, bangsa dan negara.
Sekian. wabillahi taufiq wal hidayah. Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih...
2 Lafaz kesyukuran / ucapkan terima kasih
3 Sepintas lalu tujuan majlis / kapasiti penyampai ucapan
4 Latar belakang mesej / senario
5 Ulasan ringkas tema majlis
6 Isu semasa / laporan kemajuan organisasi
7 Bidang penambahbaikan
8 Harapan terhadap sokongan berterusan
9 Tahniah kepada individu / kumpulan / organisasi yang diraikan
10 Menutup ucapan
Contoh Teks Ucapan Hari Anugerah Kokurikulum
(penyampai: Penolong Kanan Kokurikulum)
Terima kasih saudara pengacara majlis
Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat sejahtera, selamat pagi
Yang Berbahagia Datin __________________________, tetamu kehormat majlis anugerah kokurikulum SMK ___________________ edisi tahun 2011, Yang Berusaha, Encik __________________________, pengetua SMK ______________________________, penolong-penolong kanan, guru-guru kanan, guru, pemimpin pelajar, penerima anugerah, dan seterusnya hadirin yang dihormati.
Bersyukur kita ke Hadrat Ilahi justeru dengan Inayah dan Kurnia-Nya, dapat kita berkumpul bersama-sama pada pagi yang berbahagia ini. Saya mengambil kesempatan ini merakamkan penghargaan kepada Yang Berbahagia Datin yang sudi menerima jemputan kami. Terima kasih juga ditujukan buat semua pihak yang telah bertungkus-lumus bekerja bagi memastikan kejayaan majlis anugerah kokurikulum pada pagi ini.
Hadirin yang dimuliakan,
Kegiatan kokurikulum telah dimasyhurkan sebagai komponen penting pembelajaran di sekolah, serta diberikan merit sebanyak 10 peratus dalam permohonan memasuki institut pengajian tinggi dan juga untuk layak dipertimbangkan biasiswa dan pinjaman kewangan. Lebih penting daripada itu ialah segala pengalaman pembelajaran yang diperoleh daripada aktiviti kokurikulum akan memupuk bakat kepimpinan, menyerlahkan potensi yang terpendam dan mengukuhkan semangat kesukarelaan dalam bidang kebajikan dan perkhidmatan sosial. Aktiviti kokurikulum menjadi medan latihan kepada generasi muda murid Malaysia untuk lebih berdaya saing dan hidup dalam persekitaran yang mengutamakan persefahaman dan kerukunan bermasyarakat.
SMK ________________________________ telah menempa beberapa kejayaan yang boleh dibanggakan di peringkat zon, daerah dan negeri. Misalnya, ___________________________________, murid tingkatan 2 telah mencipta nama dalam acara _______________ peringkat negeri. Murid berkenaan telah pun diintai oleh sebuah sekolah sukan ternama di negara kita. Pasukan _______________________ pula telah terpilih sebagai wakil negeri yang akan bersaing di peringkat kebangsaan.
Selain sukan berprestasi tinggi, dasar 1 Murid 1 Sukan yang dilancarkan baru-baru ini menunjukkan kesungguhan Kementerian Pelajar dalam amalan dasar inklusif dan konsep pendemokrasian pendidikan, iaitu pendidikan bermutu untuk semua. Semua murid akan diberi peluang menyertai bidang sukan menurut kemampuan diri masing-masing. Pihak sekolah sudah memuktamadkan dokumen pelaksanaan konsep berkenaan untuk dilaksanakan serta-merta.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Pencapaian kokurikulum dalam bidang kelab dan persatuan, serta unit pakaian seragam juga amat memberangsangkan. Antara catatan kejayaan SMK _____________________ termasuklah:
1
2
3
4
5
6
Bagi pihak sekolah, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga sekolah, terutama murid dan guru yang telah memberikan komitmen yang terbaik dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum SMK ___________________________ selama ini. Pada pagi ini, pihak sekolah berbesar hati mengiktiraf pencapaian cemerlang dalam bidang kokurikulum.
Yang Berbahagia Datin, hadirn dan hadirat,
Penerima anugerah pencapaian kokurikulum pada pagi ini ialah murid-murid yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang sekurang-kurangnya di peringkat daerah. Sebenarnya, bilangan murid yang cemerlang di peringkat sekolah dan zon juga besar bilangannya. Namun, dengan meletakkan kriteria pemilihan yang agak ketat, bilangan penerima anugerah kecemerlangan telah dihadkan. Pada masa hadapan, kriteria pemilihan mungkin diubah suai berdasarkan keperluan. Pihak sekolah mengalu-alukan sebarang bentuk saranan yang dapat menambah baik majlis seperti itu pada masa akan datang.
Sebelum mengakhiri ucapan, sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada para pemenang. Jangan berhenti pada satu-satu tahap, sebaliknya cubalah meningkatkan kemajuan dalam bidang kegiatan yang dipilih. Sesungguhnya kalian ialah harapan agama, bangsa dan negara.
Sekian. wabillahi taufiq wal hidayah. Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih...
Tuesday, July 12, 2011
PLOT DAN SINOPSIS NOVEL "SUKAR MEMBAWA TUAH" (THE PRICE TO SUCCEED)
Alangkah baiknya jika Adit tidak perlu menjadi tempang dalam usaha mengejar kecemerlangan ilmu dan mengubah nasib kaumnya. Alangkah baiknya juga jika Ah Tong tidak mati apabila lori yang dipandunya tergelincir di jalan balak yang biasa dilalui. Namun, pendekatan dera sosial (social torture) itulah yang menjadi pilihan M.Z Erlysha, nama pena bagi pengarang novel, Suziana binti Che Will, 34, anak Kelantan.
Panduan Asas Menulis Plot dan Sinopsis
Binaan plot sesebuah novel biasanya dibahagikan kepada lima bahagian, iaitu:
1 Pengenalan / Permulaan
2 Perkembangan / Eksposisi
3 Konflik / Pergolakan
4 Klimaks / Puncak
5 Peleraian / Pengakhiran
Sinopsis ialah ringkasan cerita secara umum antara 100 ke 150 patah perkataan, dan perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
1 Tema
2 Watak / perwatakan
3 Latar masa, masyarakat, tempat
4 Beberapa peristiwa penting (maksimum 3)
Contoh Penulisan Plot
Permulaan
Adit, 10 tahun, anak lelaki Pak Katan, kanak-kanak orang Asli. Adit anak yang patuh kepada ibu bapa dengan membantu mereka untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga yang hidup miskin. Adit sudah menyiapkan tali sejak malam sebelumnya dan sanggup meredah hutan sendirian untuk melihat belat di sungai. Dalam usia semuda itu, Adit sangat cekap dan tangkas mengayuh sampan ke hilir. Adit juga mahir mencari damar di celah-celah daun kering. Adit juga sangat berpegang kepada janji kepada Tuk Batin Ahboi dengan tidak menjual ikan kepada orang lain.
Pak Katan juga bijak merancang pekerjaan dengan mengasah parang hingga tajam sebelum turun ke hutan. Walaupun sudah berusia, Pak Katan masih bertenaga untuk kerja hutan. Pak Katan berjalan pantas hingga Adit tercungap-cungap mengekorinya.
Mak Tawi pula ibu yang penyayang dan prihatin. Dia menegur perbuatan Adit yang tergesa-gesa minum kopi panas. Mak Tawi cekap menyediakan hidangan untuk seisi keluarga.
Perkembangan
Adit berbeza pendapat dengan pak Katan dari segi impian kehidupan. Adit menyatakan keinginannya untuk bersekolah seperti Akeh, rakan karibnya. Pak Katan pula seperti penduduk kampung orang Asli yang lain tidak menaruh impian besar, melainkan berterung hidup dalam persekitaran leluhur (turun-temurun) mereka di hutan yang terasing daripada dunia luar. Dalam diam, Pak Katan akur akan hasrat Adit, lalu ke pekan untuk menguruskan pendaftaran persekolahan Adit. Mak Tawi pula masih bersikap konservatif dan pesimis.
Tijah, 13 tahun, anak Tuk Batin memberi sokongan penuh kepada Adit untuk menggapai cita-citanya. Dia sanggup mendengar luahan perasaan Adit dan menunggu sehingga Adit selesai mandi di sungai.
Konflik
Masalah timbul apabila Adit tidak mendapat tempat tinggal di asrama. Adit juga harus mula belajar dalam darjah satu, berbanding dengan Akeh yang sudah masuk darjah enam. Impian Adit seperti sudah berkecai.
Mujur Ah Tong, penyelia pembalakan sanggup menumpangkan Adit ke sekolah, sambil Pak Atan, pemandu lori balak sudi mengambil Adit pulang. Pada suatu hari, Adit tidak pulang-pulang ke rumah sedangkan, hari sudah merangkak malam. Gerak hati (sixth sense) Mak Tawi nyata tepat bahawa Adit terbabit dengan kemalangan hingga mengalami kecederaan parah. Gerakan mencari yang diselaraskan oleh Tuk Batin akhir menemui Adit mengerang kesakitan di sebelah mayat Ah Tong di dalam gaung. Adit dimasukkan di Unit Rawatan Rapi dan berada di hospital selama dua bulan sebelum disahkan pulih. Kaki Adit berubah tempang.
Peleraian
Adit murid yang pintar. Dalam tempoh yang singkat, Adit boleh membaca, menulis dan mengira dengan cekap. Dia mendapat tempat pertama dan dibenarkan melompat kelas. Akhirnya, Adit memperoleh 3A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan ditawarkan ke sekolah berasrama penuh. Adit memilih untuk kekal di sekolah harian. Adit menjadi ikutan dan dorongan kepada kanak-kanak orang Asli di kampungnya untuk turut bersekolah...
Contoh Penulisan Sinopsis
Novel "Sukar Membawa Tuah" membawa tema kegigihan seorang kanak-kanak orang Asli mengejar impian untuk berjaya dalam pelajaran. Adit berjaya meyakinkan Pak Katan tentang kepentingan pelajaran walaupun pada awalnya Pak Katan dan Mak Tawi bersikap konservatif dan hanya mahu mengekalkan tradisi kehidupan sedia ada. Adit sanggup menumpang jip dan lori pekerja balak untuk ke sekolah akibat tidak mendapat tempat di asrama. Walaupun terbabit dengan kemalangan dan terlantar di hospital selama dua bulan, Adit tidak patah semangat. Malah, Adit muncul sebagai murid cemerlang yang menjadi ikon dan teladan kepada kanak-kanak kampungnya untuk menjejak kaki ke alam persekolahan.
Perwatakan watak utama
gigih: Adit sanggup berulang-alik dari rumah ke sekolah dengan menempuh jalan balak yang sempit berjumlah empat jam sehari
berwawasan / berpandangan jauh: Adit yakin pelajaran ialah jaminan masa hadapan memandangkan kawasan hutan akan semakin terjejas akibat proses pembangunan dan kegiatan ekonomi
amanah / berpegang teguh kepada janji: Adit tidak memberi sebarang kepastian tentang lebihan ikan yang diminta oleh jiran memandangkan Tuk Batin terlebih dahulu telah membuat pesanan belian
patuh / taat: Adit tidak pernah membantah cakap Pak Katan dan Mak Tawi. Walaupun hasratnya ditentang oleh pak katan dan mak Tawi pada awalnya, Adit hanya merajuk.
sabar / tabah: walaupun telah tempang, Adit tetap kental dalam pembelajaran hingga mencapai kejayaan cemerlang.
Perwatakan watak sampingan
Peka / prihatin / sensitif: Pak Katan perasan akan perubahan sikap Adit yang berdiam diri apabila permintaannya untuk bersekolah disanggah. Pak Katan kemudian mengubah pendirian, lalu memberi harapan kepada Adit.
Penyayang: Mak Tawi sangat bimbang apabila kelibat Adit tidak muncul hingga larut senja. Mak Tawi mengambil tindakan segera untuk mencari adit dengan bantuan Tuk batin dan penduduk kampung. mak Tawi juga sanggup tinggal di asrama jururawat untuk menemani Adit di hospital.
Berwibawa: Tuk Batin Ahboi, 75 tahun, sangat dihormati oleh penduduk kampung. Perintah dan arahan Tuk Batin dipatuhi, contohnya dalam gerakan mencari Adit yang hilang.
Setia kawan: Tijah menangis mendengar berita Adit masih belum pulang ke rumah.
Sedia membantu: Mak Ca, isteri Tuk Batin sanggup menjaga dan menanggung makan minum adi-adik Adit semasa Pak Katan dan Mak Tawi tinggal di asrama jururawat.
Budiman / peramah: Ah Tong sanggup membantu Adit untuk ke sekolah walaupun tiada hubungan darah.
: Pak Kassim, pengawal keselamatan sekolah mempelawa Adit sarapan bersama bekal yang dibawa.
Latar masyarakat
Masyarakat orang Asli: keluarga Adit tinggal jauh di dalam hutan.
Masyarakat pekerja balak: Ah Tong, Rak Atan dan rakan-rakan tinggal di rumah kongsi dan sentiasa mesra dengan penduduk tempatan.
Masyarakat yang gigih: (huraian ikut contoh dalam perwatakan di atas)
Masyarakat yang berwawasan / berpandangan jauh
Masyarakat yang patuh / taat
Masyarakat yang sabar / tabah
Masyarakat yang amanah / berpegang kepada janji
Masyarakat yang peka / prihatin / sensitif
Masyarakat yang penyayang
Masyarakat yang setia kawan / saling membantu
Masyarakat yang budiman / peramah / berhati mulia / jujur / ikhlas
Latar tempat
Bukit Lokan / Kampung Bakai: petempatan orang Asli suku Jahut
Rumah bangsal: tempat tinggal keluarga Adit yang daif. Apabila hujan, tempias dan bocor di sana sini.
Rumah Tuk Batin: tempat masyarakat setempat mengadu hal / bermesyuarat / menerima arahan
Sungai: tempat Adit menahan belat / mendayung sampan ke hilir
Di tengah hutan: tempat Adit dan Pak Katan mencari damar, gaharu dan rotan
Sekolah / pekan: tempat Adit berulang-alik empat jam sehari untuk belajar
Hospital: tempat Adit menerima rawatan setelah terbabit dengan kemalangan ngeri
Latar masa
Awal pagi: Adit bersedia menemani bapa ke hutan / bersiap ke sekolah / mandi dalam keadaan menggigil
Sesi persekolahan pagi: Adit berjumpa semula dengan Akeh menerusi pertolongan Pak Kassim
Tengah hari / petang: Adit menumpang lori balak yang dipandu oleh Pak Atan yang peramah
Malam: Hujan turun mencurah-curah. Atap rumah Adit ditampal dengan kain guni. Tanpa diduga rusa menyerah diri.
: Gerakan mencari Adit dilancarkan oleh Tuk Batin dengan kerjasama seluruh penduduk kampung
Enam tahun berselang / kemudian: Adit berjaya mencatat keputusan 3A dalam UPSR
Nilai murni (huraian: gunakan contoh dalam perwatakan / latar tempat / latar masa)
Kegigihan, kepatuhan / ketaatan, kesabaran / ketabahan, kesetiaan, kepekaan / kerihatinan, kasih sayang, kejujuran / keikhlasan / kesetiakawanan
Persoalan (juga gunakan contoh yang sama)
Kegigihan dalam menempuh cabaran / dugaan
Kepatuhan / ketaatan terhadap ibu bapa / ketua / pemimpin
Amanah dalam berjanji
Kasih sayang dalam keluarga / masyarakat / sesama insan
Saling membantu mengikut kemampuan diri
Kesetiakawanan yang tidak berbelah bahagi
Kesabaran kunci kejayaan (seperti judul novel)
Pengajaran (juga gunakan contoh yang sama)
Kita hendaklah gigih dalam menempuh cabaran / dugaan
Kita hendaklah patuh / taat terhadap ibu bapa / ketua / pemimpin
Kita hendaklah menunaikan janji
Kita hendaklah menyayangi sesama keluarga / masyarakat / insan
Kita hendaklah tolong-menolong sesama masyarakat
Kita hendaklah setia kawan dalam persahabatan / masyarakat
Kita hendaklah sabar / tabah dalam menghadapi pancaroba kehidupan
kbkk
peristiwa yang menarik: kejutan / saspens / cemas / mendebarkan / lucu
alasan tentang kesesuaian judul novel
kebijaksanaan watak utama menyelesaikan masalah
permulaan yang berjaya menambat hati pembaca untuk meneruskan pembacaan
pengakhiran cerita yang sejajar dengan jangkaan / harapan pembaca
kelebihan novel yang dibaca: gaya bahasa kemas, teknik penceritaan yang mudah difahami, kaya dengan maklumat yang berguna
Contoh Penulisan Sinopsis
Novel "Sukar Membawa Tuah" membawa tema kegigihan seorang kanak-kanak orang Asli mengejar impian untuk berjaya dalam pelajaran. Adit berjaya meyakinkan Pak Katan tentang kepentingan pelajaran walaupun pada awalnya Pak Katan dan Mak Tawi bersikap konservatif dan hanya mahu mengekalkan tradisi kehidupan sedia ada. Adit sanggup menumpang jip dan lori pekerja balak untuk ke sekolah akibat tidak mendapat tempat di asrama. Walaupun terbabit dengan kemalangan dan terlantar di hospital selama dua bulan, Adit tidak patah semangat. Malah, Adit muncul sebagai murid cemerlang yang menjadi ikon dan teladan kepada kanak-kanak kampungnya untuk menjejak kaki ke alam persekolahan.
Perwatakan watak utama
gigih: Adit sanggup berulang-alik dari rumah ke sekolah dengan menempuh jalan balak yang sempit berjumlah empat jam sehari
berwawasan / berpandangan jauh: Adit yakin pelajaran ialah jaminan masa hadapan memandangkan kawasan hutan akan semakin terjejas akibat proses pembangunan dan kegiatan ekonomi
amanah / berpegang teguh kepada janji: Adit tidak memberi sebarang kepastian tentang lebihan ikan yang diminta oleh jiran memandangkan Tuk Batin terlebih dahulu telah membuat pesanan belian
patuh / taat: Adit tidak pernah membantah cakap Pak Katan dan Mak Tawi. Walaupun hasratnya ditentang oleh pak katan dan mak Tawi pada awalnya, Adit hanya merajuk.
sabar / tabah: walaupun telah tempang, Adit tetap kental dalam pembelajaran hingga mencapai kejayaan cemerlang.
Perwatakan watak sampingan
Peka / prihatin / sensitif: Pak Katan perasan akan perubahan sikap Adit yang berdiam diri apabila permintaannya untuk bersekolah disanggah. Pak Katan kemudian mengubah pendirian, lalu memberi harapan kepada Adit.
Penyayang: Mak Tawi sangat bimbang apabila kelibat Adit tidak muncul hingga larut senja. Mak Tawi mengambil tindakan segera untuk mencari adit dengan bantuan Tuk batin dan penduduk kampung. mak Tawi juga sanggup tinggal di asrama jururawat untuk menemani Adit di hospital.
Berwibawa: Tuk Batin Ahboi, 75 tahun, sangat dihormati oleh penduduk kampung. Perintah dan arahan Tuk Batin dipatuhi, contohnya dalam gerakan mencari Adit yang hilang.
Setia kawan: Tijah menangis mendengar berita Adit masih belum pulang ke rumah.
Sedia membantu: Mak Ca, isteri Tuk Batin sanggup menjaga dan menanggung makan minum adi-adik Adit semasa Pak Katan dan Mak Tawi tinggal di asrama jururawat.
Budiman / peramah: Ah Tong sanggup membantu Adit untuk ke sekolah walaupun tiada hubungan darah.
: Pak Kassim, pengawal keselamatan sekolah mempelawa Adit sarapan bersama bekal yang dibawa.
Latar masyarakat
Masyarakat orang Asli: keluarga Adit tinggal jauh di dalam hutan.
Masyarakat pekerja balak: Ah Tong, Rak Atan dan rakan-rakan tinggal di rumah kongsi dan sentiasa mesra dengan penduduk tempatan.
Masyarakat yang gigih: (huraian ikut contoh dalam perwatakan di atas)
Masyarakat yang berwawasan / berpandangan jauh
Masyarakat yang patuh / taat
Masyarakat yang sabar / tabah
Masyarakat yang amanah / berpegang kepada janji
Masyarakat yang peka / prihatin / sensitif
Masyarakat yang penyayang
Masyarakat yang setia kawan / saling membantu
Masyarakat yang budiman / peramah / berhati mulia / jujur / ikhlas
Latar tempat
Bukit Lokan / Kampung Bakai: petempatan orang Asli suku Jahut
Rumah bangsal: tempat tinggal keluarga Adit yang daif. Apabila hujan, tempias dan bocor di sana sini.
Rumah Tuk Batin: tempat masyarakat setempat mengadu hal / bermesyuarat / menerima arahan
Sungai: tempat Adit menahan belat / mendayung sampan ke hilir
Di tengah hutan: tempat Adit dan Pak Katan mencari damar, gaharu dan rotan
Sekolah / pekan: tempat Adit berulang-alik empat jam sehari untuk belajar
Hospital: tempat Adit menerima rawatan setelah terbabit dengan kemalangan ngeri
Latar masa
Awal pagi: Adit bersedia menemani bapa ke hutan / bersiap ke sekolah / mandi dalam keadaan menggigil
Sesi persekolahan pagi: Adit berjumpa semula dengan Akeh menerusi pertolongan Pak Kassim
Tengah hari / petang: Adit menumpang lori balak yang dipandu oleh Pak Atan yang peramah
Malam: Hujan turun mencurah-curah. Atap rumah Adit ditampal dengan kain guni. Tanpa diduga rusa menyerah diri.
: Gerakan mencari Adit dilancarkan oleh Tuk Batin dengan kerjasama seluruh penduduk kampung
Enam tahun berselang / kemudian: Adit berjaya mencatat keputusan 3A dalam UPSR
Nilai murni (huraian: gunakan contoh dalam perwatakan / latar tempat / latar masa)
Kegigihan, kepatuhan / ketaatan, kesabaran / ketabahan, kesetiaan, kepekaan / kerihatinan, kasih sayang, kejujuran / keikhlasan / kesetiakawanan
Persoalan (juga gunakan contoh yang sama)
Kegigihan dalam menempuh cabaran / dugaan
Kepatuhan / ketaatan terhadap ibu bapa / ketua / pemimpin
Amanah dalam berjanji
Kasih sayang dalam keluarga / masyarakat / sesama insan
Saling membantu mengikut kemampuan diri
Kesetiakawanan yang tidak berbelah bahagi
Kesabaran kunci kejayaan (seperti judul novel)
Pengajaran (juga gunakan contoh yang sama)
Kita hendaklah gigih dalam menempuh cabaran / dugaan
Kita hendaklah patuh / taat terhadap ibu bapa / ketua / pemimpin
Kita hendaklah menunaikan janji
Kita hendaklah menyayangi sesama keluarga / masyarakat / insan
Kita hendaklah tolong-menolong sesama masyarakat
Kita hendaklah setia kawan dalam persahabatan / masyarakat
Kita hendaklah sabar / tabah dalam menghadapi pancaroba kehidupan
kbkk
peristiwa yang menarik: kejutan / saspens / cemas / mendebarkan / lucu
alasan tentang kesesuaian judul novel
kebijaksanaan watak utama menyelesaikan masalah
permulaan yang berjaya menambat hati pembaca untuk meneruskan pembacaan
pengakhiran cerita yang sejajar dengan jangkaan / harapan pembaca
kelebihan novel yang dibaca: gaya bahasa kemas, teknik penceritaan yang mudah difahami, kaya dengan maklumat yang berguna
Saturday, July 9, 2011
Friday, July 8, 2011
"HIKAYAT MARAKARMA" KOMSAS TINGKATAN 1 (THE FAIRY KINGDOM)
Pengenalan
Maharaja Indera Dewa: menguasai kerajaan besar Anta Beranta, tempat Indera Dewa dan isteri turun ke bumi. Mulanya baginda bersikap benci terhadai Si Miskin dengan titah usir. Kemudian, baginda bertukar simpati dengan mengizinkan buah mempelam dan nagka diberikan kepada isteri Si Miskin yang mengidam.
Ringkasan Cerita
Permulaan
Perkembangan / pergolakan / konflik
Puncak / klimaks
Peleraian
Marakarma ialah anak kepada pasangan maharaja kayangan yang telah turun ke dunia, serta telah menmpuh pelbagai sengsara. Sejajar dengan penceritaan yang bersifat penglipur lara, terdapat banyak unsur magik dan sakti dipaparkan. Misalnya, ayahanda Marakarma yang bergelar Si Miskin ketika di bumi, berpakaian compang-camping dan tinggal di hutan lalu bertemu tajau berisi emas dan dimakbulkan hajat untuk menukar hutan itu kepada sebuah negeri yang lengkap dengan pembesar dan rakyat jelata sekali.
Watak dan Perwatakan
Maharaja Betara Angkasa Indera Dewa / Si Miskin / Maharaja Indera Angkasa: memiliki kerajaan besar di kayangan. Turun ke dunia bersama isteri setelah tiga kali menghadap Betara Guru, lalu mendapat murka. Bersifat berani, budiman, dermawan, gagah dan setiawan. Di bumi, baginda suami isteri dilontar dengan kayu dan batu hingga cedera, selain diusir. Mereka makan ketupat (lelaki) dan tebu (perempuan) yang diselongkar daripada tong sampah. Ketupat itu ialah jelmaan sepasang anak Betara Kama Jaya, juga dari kayangan. Sebagai suami budiman, Si Miskin sanggup menghadap raja untuk menunaikan rasa mengidam isteri terhadap buah mempelam dan nangka dalam kawasan istana. Sesudah menjumpai tajau emas, hajat mendirikan sebuah kerajaan dimakbulkan apabila hutan yang dihuni bertukar menjadi sebuah negeri yang lengkap dengan jajahan takluk dan rakyat jelata. Negeri itu dinamai Puspa Sari. Baginda memperoleh sepasang anak, iaitu Markarma dan Tuan Puteri Nila Kesuma.
Dewi Kencana / Tuan Puteri Ratna Dewi: Isteri yang setia, iaitu sentiasa di sisi suami sama ada ketika senang mahupun susah. Enggan makan buah mempelam daripada pasar, melainkan daripada taman Maharaja Indera Dewa.
Watak dan Perwatakan
Maharaja Betara Angkasa Indera Dewa / Si Miskin / Maharaja Indera Angkasa: memiliki kerajaan besar di kayangan. Turun ke dunia bersama isteri setelah tiga kali menghadap Betara Guru, lalu mendapat murka. Bersifat berani, budiman, dermawan, gagah dan setiawan. Di bumi, baginda suami isteri dilontar dengan kayu dan batu hingga cedera, selain diusir. Mereka makan ketupat (lelaki) dan tebu (perempuan) yang diselongkar daripada tong sampah. Ketupat itu ialah jelmaan sepasang anak Betara Kama Jaya, juga dari kayangan. Sebagai suami budiman, Si Miskin sanggup menghadap raja untuk menunaikan rasa mengidam isteri terhadap buah mempelam dan nangka dalam kawasan istana. Sesudah menjumpai tajau emas, hajat mendirikan sebuah kerajaan dimakbulkan apabila hutan yang dihuni bertukar menjadi sebuah negeri yang lengkap dengan jajahan takluk dan rakyat jelata. Negeri itu dinamai Puspa Sari. Baginda memperoleh sepasang anak, iaitu Markarma dan Tuan Puteri Nila Kesuma.
Dewi Kencana / Tuan Puteri Ratna Dewi: Isteri yang setia, iaitu sentiasa di sisi suami sama ada ketika senang mahupun susah. Enggan makan buah mempelam daripada pasar, melainkan daripada taman Maharaja Indera Dewa.
Maharaja Indera Dewa: menguasai kerajaan besar Anta Beranta, tempat Indera Dewa dan isteri turun ke bumi. Mulanya baginda bersikap benci terhadai Si Miskin dengan titah usir. Kemudian, baginda bertukar simpati dengan mengizinkan buah mempelam dan nagka diberikan kepada isteri Si Miskin yang mengidam.
Ringkasan Cerita
Permulaan
Perkembangan / pergolakan / konflik
Puncak / klimaks
Peleraian
bersambung...
Subscribe to:
Posts (Atom)